BAB 28

Romance Completed 16892

“Apa awak cakap ni Haris?!”

Izkandar terkejut dengan permintaan Haris.

“Tolong Izkandar, ini harapan saya. Saya tahu ini semua kerja gila.Tapi hanya awak yang saya boleh percaya setakat ni.”

Rayu Haris.

“It doesn’t make sense. Awak cakap apa ni? Tak masuk akal langsung. Awak suruh saya kembali pada Ayu? Awak gila ke? Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak suami dia tau.Ayu tu isteri awak!!”

Izkandar sedikit berang.

“Saya tak suruh awak kembali pada dia sekarang. Saya kata nanti, bila saya dah pergi. Saya perlukan orang yang betul-betul boleh bahagiakan dia untuk menjaga dia nanti.”

“Bila awak dah pergi? What you mean by that? Awak nak pergi mana?”

Soal Izkandar lagi yang masih keliru.Haris menarik nafas panjang.

“Awak akan tahu bila dah tiba masanya nanti.”

Ujar Haris perlahan.

Izkandar merenung Intan Wirdayu, menunggu sebarang riaksi.

“Dia jumpa awak dan dia cakap macam tu?”

Soal Intan perlahan. Izkandar mengangguk perlahan. Balqis, Ikram dan Ariana hanya mendengar.

“Kalau tak silap saya, dua ke tiga minggu sebelum dia meninggal. Masa tu saya masih belum bertunang dengan Ariana. Dia datang cari saya dan dia bagi tahu permintaan dia tu.”

“Awak tak bagi tahu dia yang awak dah ada Ariana?”

Soal Intan pula.Izkandar menggeleng.

“Saya tak terfikir pun untuk bagitahu, sebab saya fikir semua tu mengarut. Saya fikir mungkin Haris ada sedikit masalah yang mengganggu fikiran dia sampai dia cakap macam tu….”

“Awak nak kata yang abang saya tu dah gila?!”

Balqis bersuara dalam nada sedikit marah. Izkandar tersentak.

“Bukan…maksud saya….memang pada masa tu, saya fikir di dah gila.Tapi bila saya dapat berita yang dia sudah meninggal, saya mula faham apa yang dia katakan ketika itu. Dia memang maksudkan apa yang dia katakan.”

Ujar Izkandar lagi.

“Tapi Iz…”

“Saya tak boleh nak ikut apa yang Haris cakap tu.”

Izkandar memotong cakap Intan.

“Saya dah ada Ariana. Kalau saya kembali kepada awak, macam mana dengan Ariana? Tak kan saya nak tinggalkan dia semata-mata untuk….”

“Untuk seorang janda?”

Sambung Balqis. Izkandar tersentak.

“Balqis!!!”

Tegur Ikram. Balqis mencebik. Tidak tahu kenapa dia merasa meluat melihat Izkandar dan Ariana.

“Iz, kalau awak masih belum ada Ariana sekali pun, tak semestinya saya kan kembali pada awak. Saya mengaku, saya memang sayangkan awak, cintakan awak. Tapi itu setahun dulu. Waktu kita masih sepasang kekasih. Sekarang ni sudah tiada walau sedikit pun perasaan yang saya simpan untuk awak. Semua saya dah berikan pada Haris. Tak mungkin saya boleh menerima awak lagi Izkandar.”

Terang Intan Wirdayu.

Izkandar tersenyum mendengar kata-kata Intan itu. Rasa lega. Hilang semua semua beban persoalan yang ditanggungnya.

“Jadi macam mana?”soal Izkandar.

“Tak ada apa-apa. Saya dengan hal saya dan awak dengan hal awak. Tak ada apa-apa yang berubah.”balas Intan.

Izkandar tersenyum lagi sebelum dia memberikan isyarat mata pada Ariana. Seakan faham dengan isyarat itu, Ariana mengeluarkan sesuatu dari dalam tas tangannya dan diberikan pada Intan.

Intan menyambut huluran kad dari Ariana. Intan membaca kad jemputan perkahwinan itu.

“Tahniah.”

Ujarnya lembut. Balqis mencuri-curi tengok kad tersebut.

“Datang ya, saya jemput semua. Awak berdua pun dijemput.”

Ujar Ariana lembut.

“Terima kasih.”

Ucap Ikram.

Intan tersenyum bahagia melihat Izkandar dan Ariana. Kini sudah tiba masanya untuk membina hidup baru. Dia tetap perlu teruskan hidup. Kini semua persoalannya dulu terjawab. Apa yang Haris maksudkan dengan ‘bila tiba masanya nanti, awak kan tahu’ sudah terjawab. Haris memang sudah bersedia dari awal. Dia pulang ke Malaysia pun sebenarnya sebagai persediaan untuk meninggalkan dunia ni. Dia ingin sekali membahagiakan kedua orang tuanya selagi termampu. Itulah sebabnya dia menerima gadis pilihan keluarga dengan senang hati sebagai isteri. Nyata memang perkahwinan itu benar-benar menggembirakan kedua orang tuanya walaupun dia sendiri tersiksa.

Sedaya upaya dia mengelak dari jatuh cinta dengan Intan, namun siaplah dia untuk menidakan kuasa tuhan. Perasaan sayang itu datang juga walau telah dihalang. Intan tersenyum sendiri. Kini baru dia sedar betapa baiknya Haris. ‘Ya Allah, aku bersyukur kau telah mengurniakan insan yang sebegitu baik untuk menjadi suamiku walau untuk seketika. Ya Allah, tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman ya Allah, sesungguhnya dia seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya, abang yang baik kepada adiknya sahabat yang baik pada kawan-kawannya dan suami yang baik padaku.’Intan berdoa di dalam hatinya. ‘aku redha ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience