Intan Wirdayu duduk termenung di wakaf di hadapan rumah banglo yang telah pun menjadi miliknya sambil melihat jemaah-jemaah surau yang mula meninggalkan rumah itu beransur-ansur. Hari ini genap seratus hari pemergian Haris. Atas permintaan Intan sendiri, majlis tahlil tersebut diadakan dirumah ini. Intan tersenyum memandang Balqis yang berjalan menghampirinya.
“Akak tak apa-apa? Akak buat apa duduk seorang-seorang kat sini?”
Soal Balqis sambil duduk disebelahnya.
“Akak tak apa-apa, saja nak duduk-duduk di sini. Panaslah kat dalam.”
Jawab Intan perlahan. Seketika kemudian Ikram pula datang menghampiri mereka.
“Boleh saya join sekali?”
Soal Ikram sambil tersenyum. Intan hanya tersenyum.
“Kalau tak malu joinlah.”
Ujar Balqis mengusik. Intan memukul lembut bahu Balqis. Ikram hanya ketawa kecil.
“Dulu Qis ada cerita yang Qis ada kawan di syarikat abang Syamil tu, Ikram inilah orangnya?”
Soal Intan. Balqis menganguk perlahan.
“Bukanlah kawan, buah hati rupanya.”
Balqis ketawa kecil. Ikram hanya tersenyum. Merona merah wajahnya.
“Bila lagi?”soal Intan lagi.
“Bila lagi?”soal Balqis kembali.
“Bila lagi nak kahwin. Umi dengan Abi tu dah tak sabar nak menimang cucu.”
Bertambah merah wajah Ikram bila soal kahwin disebut. Balqis hanya tersenyum.
“Ikram?”
Intan mengalihkan pula soalan itu pada Ikram.
“Saya…..saya tak kisah kak. Balqis ni ha, dia kata nak kerja dulu.”
Jawab Ikram malu-malu. Ikram memang seorang yang pemalu. Itulah sebab kenapa Balqis boleh terpikat dengannya.
“Ha’ah la kak, Qis baru je habis belajar, nak juga cari kerja dulu.”
Ujar Balqis. Intan hanya tersenyum. Intan berharap Intan dan Ikram dapat memberikan Haji Amin dan Hajah Safiah cucu ang mereka inginkan yang tak dapat diberikan olehnya dan Haris dulu.
“Assalamualaikum.”
Kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.
“Waalaikumussalam.”
Jawab mereka bertiga serentak.
“Iz?”
Intan sedikit terkejut. Memang Izkandar dan ibunya dijemput ke majlis itu, tetapi dia ingat Izkandar sudah pulang.
“Ayu, kenalkan, ini Ariana, tunang saya.”
Izkandar memperkenalkan gadis yang bersamanya. Ariana bersalam dengan Intan dan Balqis.
“Yana, ini Ayu, yang saya ceritakan tu.”
Izkandar memperkenalkan Intan kepada Ariana.
“Awak berdua dah makan ke belum?”
Soal Intan.
“Dah…dah makan dah..”jawab Ariana mesra.
“Ayu, boleh kita bercakap sekejap, bertiga, saya, awak dan Ariana.”
Ujar Izkandar.
“Mengenai apa ya?”
Soal Intan pula.
“Mengenai arwah suami awak, Haris.”
Ujar Izkandar.
“Kalau begitu, kita cakap disini sahajalah. Lagipun, kalau mengenai Haris, mereka berdua ni kena dengar juga. Yang ini Balqis, adik Haris dan yang ini rakan sepejabatnya, Ikram yang tak lama lagi akan jadi tunang Balqis.”
Ujar Intan sambil memperkenalkan Balqis dan Ikram.
Share this novel