BAB 21

Romance Completed 16901

Syamil melangkah perlahan masuk ke dalam wad yang menempatkan Haris. Haris masih tidur. Syamil memandang temannya itu sayu. Dia tahu Haris sudah tidak punya banyak masa. Tapi dia tidak mahu memikirkan tentang itu .Dia takut untuk menghadapi kenyataan. Syamil meletakan termos serta buah-buahan yang dibawanya di atas meja kecil disebelah katil Haris. Syamil duduk disebelah Haris.Perlahan mata Haris terbuka.

“Syam….”ujar Haris perlahan.Syamil hanya tersenyum.

“Bila sampai?”soal Haris.

“Baru je.Ini, aku bawakan kau milo panas.Buah pun ada.”

Ujar Syamil sambil menunjukan termos dan seplastik buah-buahan yang dibawanya.

“Terima kasih.”

Ucap Haris ikhlas. Haris bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil. Syamil membantu Haris bangun.

“Haris, kau tak nak bagitahu family kau ke yang kau ada kat sini?”

Soal Syamil. Haris tersenyum mendengarkan soalan itu.

“Kenapa? Kau pun dah tak nak uruskan aku? Tak apalh, tinggalkan saja aku. Kau pergilah uruskan hal kau.”

“Haris!! Apa kau ni?! Aku tak berniat pun macam yang kau cakap tu. Aku cuma rasa, family kau ada hak nak tahu. Kau tahu tak keluarga kau tengah sibuk cari kau sekarang ni.”

Cerita Syamil.Haris terdiam.

“Aku bukan tak nak bagi tahu. Aku cuma tak mahu mereka malu. Abi aku tu Imam kat taman perumahan tu. Apa orang sekeliling akan cakap kalau mereka tahu anak Haji Amin penghidap AIDS?”

“Abi kau tak akan kisah pasal semua tu.”

Pujuk Syamil.

“Ya, aku tahu. Abi aku memang taka akan pernah kisah pasal semua tu.Tapi aku kisah. Aku tak nak keluarga aku dapat malu sebab aku.”

Tegas Haris. Syamil hanya mendengar. Ada benarnya kata-kata Haris itu.

“Biarlah…..biarlah aku pergi seorang-seorang kat sini. Sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan sesiapa.”

Sambung Haris lagi yang berselang seli dengan batuk .

“Haris, janganlah cakap macam tu.”pujuk Syamil.

“Syam…boleh aku mintak tolong kau satu je lagi.Ini kali terakhir aku akan mintak tolong dengan kau.”

Syamil mengangguk.

“Aku mintak, lepas aku dah pergi nanti, kau tolong uruskan jenazah aku.”

“Apa kau cakap ni Haris?!!”

Syamil sedikit meninggikan suara. Haris tidak terkejut dengan riaksi itu. Dia faham benar dengan Syamil. Syamil memang tidak suka bila dia bercakap tentang isu itu.

“Syam…kau kena terima kenyataan.Aku dah tak lama Syam.”

Ujar Haris perlahan dengan batuk yang dari tadi tidak menunjukan tanda akan berhenti.

“Haris…..”

“Tolong Syam, ini harapan aku. Aku harap kau akan tolong tunaikan harapan terakhir aku ni.”

Haris separuh merayu.

“Haris..”

Syamil tertunduk. Air mata yang ditahan sejak dulu supaya tidak tumpah dihadapan Haris akhirnya tumpah jua. Syamil menangis buat pertama kalinya dihadapan orang lain sejak dia berusia 12 tahun.

“Kau menangis Syam?”

Soal Haris sekan tak percaya dengan apa yang dilihat. Syamil lantas berpaling ke tempat lain bagi menyembunyikan kesedihannya.

“Syam…”

Panggil Haris lembut. Syamil mengesat air matanya dengan tangan dan kembali memandang Haris.

“Boleh ya?”

Haris masih mengharap harapan terakhirnya itu dapat ditunaikan. Syamil mengangguk perlahan. Haris tersenyum lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience