Louis mengherat Tyler kehulu kehilir sebelum akhirnya dia terjumpa satu bilik yang mempunyai satu kolah kering yang agak besar. Louis pantas masuk ke dalam bilik itu sebelum diikuti oleh Lucia di belakang. Tangisan dan jeritan Tyler diabaikan 100%.
Pili air dibuka sebelum Louis menarik paip getah yang bergulung atas lantai dan terus dimasukkan ke dalam kolah kering tadi.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Tanya Louis yang sudah perasan kehadiran Lucia daripada dalam bilik tadi.
"I dah khawin dengan Rayyan" balas Lucia mendatar. Dia kenal Louis . Mereka pernah berjumpa beberapa kali ketika di Spain bertahun tahun yang lepas.
"Ouh ya? Bila?" Soal Louis kembali.
"3 bulan lepas..." jawab Lucia. Mukanya beku sahaja tiada langsung senyuman terukir.
"Oooo..."
Xavier yang baru tiba di bilik itu terus melangkah ke arah Louis.
"Yow, susupiris aku muncul kembali" kata Louis selamba ke arah Xavier. Keningnya diangkat sebelah.
Xavier hanya beriak biasa. Tangannya elok dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia sudah menjangkakan yang satu hari nanti pasti Louis akan muncul kembali jika Ray terlampau tertekan. Dan ia benar benar berlaku saat ini.
"Sorry lah bro, ubat kau tak berkesan lah, Aku tetap dapat keluar" kata Louis dengan nada yang agak mengejek.
"Kau okay tak ni?" Tanya Xavier mendatar.
Louis tersenyum senget. Rambutnya dikuakkan ke belakang beberapa kali. Nampak sangat kacak dan penuh menggoda.
"Kalau aku okay , Ray takkan panggil aku semula" balasnya mendatar.
Kolah air yang kering tadi kini sudah di penuhi dengan air. Pili air ditutup semula. Baru sahaja Louis ingin melangkah ke arah Tyler matanya tertancap pada satu botol yang tertulis perkataan 'garam'. Botol itu terus dicapai sebelum dituang habis ke dalam kolah tadi.
Kaki melangkah semula ke arah Tyler sebelum rambut lelaki itu ditarik kuat.
"Kalau kau nak tahu, kau lah manusia paling bodoh pernah aku jumpa" habis sahaja dia berkata terus badan Tyler dicampak masuk ke dalam kolah yang dipenuhi dengan air garam tadi.
Akibatnya meraunglah jejaka itu apabila lukanya terasa seperti disiat oleh air yang tajam. Habis berkecah lantai bilik itu dengan percikan air yang kini sudah bercampur dengan darah milik Tyler.
"Hahaha rasakan!" Gelak Louis sinis. Xavier pula hanya memerhati dari tepi. Tiada nafsu langsung untuk membantu.
Lucia memandang dingin ke arah Tyler yang sedang meraung di dalam kolah . Kemudian dia melangkah ke arah suis yang berada di bahagian kanan dinding. Satu wayar yang berselirat di atas meja di ambik sebelum diputuskan separuh.
Suis ditekan. Lucia kembali semula ke arah kolah tadi sebelum wayar itu dicampakkan ke dalam air.
Aliran elektrik yang terhasil menyebabkan Tyler terkena renjatan elektrik. Tambah pula air itu sudah dicampurkan dengan garam oleh Louis sebentar tadi.
Berasap- asap badan Tyler sebelum akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir.
Louis bersiul perlahan sebelum tergelak.
"Benci betul kau dengan dia..."
"Dia punca suami aku sakit..." kata Lucia mendatar. Wajahnya dingin sahaja.
Louis berhenti gelak. Wajahnya berkerut memandang ke arah Xavier.
"Rayyan sakit? Teruk ke?" Soal Louis .
"Aah, nanti balik kau tengoklah sendiri keadaan dia" balas Xavier mendatar.
"Ermm korang dah habis ke?" Tanya satu suara dari arah pintu. Mereka bertiga menoleh serentak.
Keith sedang menjengahkan kepalanya di tepi pintu, manakala Zen pula kelihatan takut takut di sebelahnya. Adik kembarnya pula sedang menyorok di belakang badan Zen.
"Yang korang sorok-sorok tu kenapa?" Tanya Xavier kepada mereka bertiga.
"Mesti kau takut dengan aku kan?" Tanya Louis mendatar. Mulutnya tersenyum senget. Sebelah tangan elok terletak dalam kocek seluar.
"Ma-mana ada" jawab Zariq di belakang abangnya. Suara sahaja kedengaran. Kelibat masih tak kelihatan.
"Iya tak takut?" Tanya Louis lagi sambil kaki yang sudah melangkah mendekati mereka selangkah demi selangkah.
"O-okay okay! Iya aku takut. Jangan dekat!" Balas Zariq sedikit kuat.
Louis tergelak kuat. Dua kembar itu didekati.
"Aku tak makan orang lah" kata Louis sambil tangannya menggosok rambut mereka sehingga serabai.
"T-tapi kau bunuh orang..." balas Zariq semula.
"Iya? Nak aku test dekat kau tak?" Sakat Louis.
"Taknak taknak!" Pantas Zariq menjawab . Keith awal awal lagi sudah berlari ke arah Xavier.
Tiba-tiba telefon Zariq yang berada dalam kocek Louis bergetar.
Rayyan is calling...
Panggilan di angkat sebelum butang pembesar suara ditekan.
"Hello..."
"Macam mana semua? Dah keluar belum dari rumah?" Soal Louis memulakan bicara. Mereka yang lain hanya mendengar.
"Lucia ...ada tak...de-dekat situ..." tanya Rayyan perlahan.
"Iya awak, saya ada ni... kenapa?" Lucia mendekat sedikit mulutnya ke arah telefon di tangan Louis.
"Lucia, dengar apa yang...aku nak cakap ni..." kata Rayyan semula.
"Aku, Av, dengan Faiq terperangkap dekat dalam rumah..."
"Khayra! Isteri aku mana!" Pintas Louis laju. Membulat matanya memandang telefon. Mereka yang lain juga sudah tergamam.
"Khayra selamat...dia dah keluar...cuma aku, Av dengan Faiq je yang masih lagi terperangkap..." kata Rayyan semula.
Keith tersentak apabila mendengar Avery masih berada di dalam rumah itu.
"Kenapa?...Kenapa awak tak keluar?" Tanya Lucia sayu. Matanya sudah kembali bergenang.
"Kitaorang dekat tingkat bawah...Bom tu...kitaorang dah jumpa...masa tinggal setengah jam lagi sebelum dia meletup..."
Kesemuanya terkedu.
"Bagi aku gambar bom tu. Aku cuba tengok kejap..." celah Keith laju.
Kemudian satu gambar dihantar oleh Rayyan.
"Macam mana? You boleh tolong diaorang tak?" Tanya Lucia kepada Keith. Tangisannya semakin kedengaran. Jelas tampak gelisah dengan situasi sekarang.
Lambat-lambat kepala Keith menggeleng.
"Rayyan, aku minta maaf... aku tak boleh nak tolong kau..." kata Keith perlahan. Komponen bom itu tidak pernah dilihat olehnya sebelum ini. Bom TPB itu terlalu rumit .
Air mata Lucia makin laju mengalir keluar apabila mendengar bicara Keith.
"Takpa... Aku tahu... sebab hanya Lucas sahaja yang tahu ...macam mana nak bina dan matikan bom ni..." balas Rayyan semula.
"Awak..." tangisan Lucia semakin kuat.
"Awak please jangan tinggalkan saya..."
Keith mengenggam tangannya. Gigi diketap. Mereka yang lain juga sedang berlawan dengan perasaan sendiri.
"Jangan risau, aku akan cuba ... tapi aku tak pasti akan berjaya atau tidak... kalau aku tak berjaya ..aku nak korang semua dengar kata kata kita orang yang terakhir ni... Kalau aku Av dengan Faiq tak berjaya matikan bom ni..... Anggap ni sebagai wasiat kitaorang yang terakhir.... "
Satu persatu airmata mengalir keluar dari mata masing-masing.
Telefon dihulurkan kepada Faiq.
"Ni Faiq. Aku cuma nak cakap yang aku gembira dapat kenal dengan korang. Terima kasih Ray, sebab sanggup selamatkan aku dulu. Kau ketua yang baik. Ketua yang paling awesome sekali. Aku dah takde sesiapa dalam dunia ni. Korang jelah keluarga yang aku ada. Kalau takde korang semua mungkin aku masih lagi terkapai kapai seorang diri. Korang lah selama ni yang bagi aku peluang untuk merasai erti berkeluarga. Terima kasih. Aku terhutang budi...Andai kata aku mati harini. Tolong maafkan semua salah silap aku... Bye semua... "
Tangisan mereka semakin kuat. Masing-masing sudah menunduk ke bawah. Esakan yang terdengar juga semakin berlagu.
"Hi, ni Av...Hmm Av cuma nak minta maaf kalau Av ada salah apa apa dekat korang semua. Relax lah, Av tahu Av selalu gurau kasar. Takkan itupun nak terasa. Mafia mana boleh cengeng..." kemudian terdengar gelakan kecil daripada gadis itu.
"Andai kata ini kali terakhir korang dengar suara Av. Av cuma nak cakap yang Av sayangkan korang semua lebih dari apapun yang ada dalam dunia ni... "
Gigi diketap kuat. Semakin ditahan semakin sesak dada terasa. Hati mereka bagaikan dilibas dengan belati berduri. Perit.
"Untuk abang Louis. Akhirnya kita jumpa lagi, walaupun tak berdepan. Hari tu abang pergi tak sempat jumpa Av kan? Jadi Av nak balas apa yang abang suruh pesan dekat abang Rayyan. Av, sayang abang Louis jugak. Tak pernah kurang pun dengan abang Ray... Av sayangkan keluarga Av. Kalau Av mati, abang jaga diri okay. Hmmm rasanya itu je kut yang Av nak cakap..."
Akhir sekali, telefon itu dihulurkan pula kepada Rayyan.
"Ni aku Rayyan..."
"Aku takda apa yang nak cakap sangat... sebab aku sebenarnya tak sayang korang pun..." Rayyan cuba berseloroh. Kemudian terdengar gelakan perit dari Rayyan sebelum dia terbatuk batuk kecil. Suaranya jelas seperti sedang menahan kesakitan.
Mata mereka semua sudah basah. Babi sial ni! Time time macam ni pun tak boleh nak serius.
Rayyan tarik nafas dalam dalam.
"Aku cuma nak sampaikan pesanan pada isteri aku..."
Lucia memasang telinga, menunggu ayat Rayyan yang seterusnya.
"Lucia, aku bahagia dapat kenal dengan kau... kau isteri yang baik. Kau sanggup jaga aku masa aku sakit. Yang tahan... dengan perangai aku selama ni... Yang tak pernah putus asa demi aku. Kalau aku mati harini janganlah menangis lama lama sangat.. tau... kan aku dah pesan.... nak jadi isteri aku tak boleh cengeng..." kata Rayyan sayu sebelum terdengar lagi batuknya yang perit.
Lucia menekup mulut sendiri. Dia cuba menahan dirinya daripada menangis agar dia dapat mendengar ayat Rayyan dengan jelas.
"I love you and only you... Selamat tinggal sayangku...aku sayang kau selamanya"
Serentak itu, serta merta panggilan dimatikan.
Masing masing terus melepaskan tangisan mereka yang sedari tadi ditahan. Kenapa akhir kesudahan mereka begini?
Kaki Lucia yang menggigil itu sudah tidak dapat menampung lagi badannya. Akhirnya dia jatuh terduduk ke lantai.
"Saya tak sempat pun balas... kenapa awak dah tutup" bicara Lucia sayu. Esakannya semakin berlagu sebelum dia meraung kuat.
Rayyan mencampakkan telefon itu ketepi. Sengaja dia tidak mendengar balasan dari isterinya. Dia takut kalau dirinya tidak kuat. Alang mendengar esakan Lucia tadi sahaja dia sudah hampir mahu ikut menangis bersama.
"Kau okay?" Tanya Faiq yang berada di sebelah.
"Kenapa... korang masih dekat... sini? Korang boleh je... kalau nak terjun dari tingkat atas" tanya Rayyan kepada mereka berdua. Wajahnya jelas kelihatan pucat.
Avery dan Faiq hanya menayang senyuman.
"Aku nak teman kau..." kata Faiq perlahan.
Avery mencangkung di hadapan bom itu. Masa hanya tinggal 10 minit sahaja lagi.
"Andaikata bom ni meletup, kau mati..." kata Avery mendatar.
"Dah tu? Takkan... kau nak ikut aku? " Tanya Rayyan dengan senyuman yang dipaksa. Matanya berair. Kurang pasti sama ada dia sedang sedih ataupun kerana dia sedang menangung sakitnya.
"Aku ikut..." balas Avery senada. Kemudian bibirnya terukir senyuman manis.
"Haih...lantak koranglah.." Rayyan terus membuka kepingan besi yang menutupi bom itu dengan berhati-hati. Wayar yang berada di bawah timer dikeluarkan.
"Wayar mana yang nak kena potong?" Tanya Faiq yang turut mencangkung di sebelah Rayyan. Wayar bom itu ditenung lama.
"Fucking bullshit lah Lucas ni..." sempat lagi mulut Rayyan mengutuk.
"Kenapa?" Soal Avery hairan.
"Dia pernah cakap dekat aku, kalau nak matikan bom ni... kena potong wayar warna hijau..." kemudian mereka bertiga melihat wayar yang berada dalam genggaman Rayyan. Ada tiga wayar berwarna hijau yang berlainan. Hijau cair, hijau pekat dan hijau neon.
"Ah sudah mana satu kita nak potong ni?" Soal Faiq pula.
"Potong je semua..." cadang Avery tenang.
"Kalau meletup?"
"Meletup matilah kita..." balas gadis itu selamba.
Rayyan menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan dilepaskan.
"Betul ni korang still nak stay sini?" Tanya Rayyan semula. Wajah mereka berdua dipandang buat kali terakhir.
Faiq dan Avery mengangguk perlahan.
"Okay...".
Gunting diambil sebelum ketiga tiga wayar itu terus dipotong serentak.
Snap!
The end
Okay gurau. Hahahahahha.
Share this novel