Bunyi pintu besi cell itu dibuka sebelum dua orang anggota polis menolak masuk seorang lelaki kedalam bilik kurungan itu.
"Hi my soulmate till jannah! Apa khabar? Aku rindu gila doh dekat kau!" Ucap Rayyan ke arah Keith yang sedang duduk di hujung bilik kurungan itu.
Tangannya di depakan seluas-luasnya beracah ingin memeluk lelaki itu.
Pantas Keith menayangkan jari tengah tepat kearah muka Rayyan.
"Till jannah kepala hotak kau lah. Pergi mampus kau, kau dah humban aku dekat dalam sini" kata Keith sambil menjeling geram. Wajahnya masam mencuka sikit pun tidak menunjukkan tanda gembira melihat jejaka itu didepan matanya sekarang.
Rayyan membuat muka sedih . Tangan mengesat air mata halimunan yang jatuh dipipi.
"Auch! Sampai hati you cakap macam tu.... i terasa tau. Siapa lagi nak kawan dengan i kalau bukan you" kata Rayyan dengan suara yang dikepitkan.
"Terasa, setan kau ler...." balas Keith sepatah.
Ekor mata Rayyan beralih pula ke arah penjuru bilik itu. Ada seorang lelaki berbadan tegap dan besar sudah lunyai dikerjakan terbaring di hujung sudut. Kesan-kesan darah kering juga penuh di atas lantai. Ada juga beberapa batang gigi yang bersepah.
Nampak macam dah nyawa-nyawa ikan je lelaki ni. Malaikat maut pun macam tengah stand by je tu sebelah dia.
Banduan yang lain pun tak berani langsung mengangkat wajah mereka apatah lagi nak bersuara.
"Tu pehal?" Tanya Rayyan sambil jari menunjuk ke arah lelaki yang hampir separuh mati itu.
"Takda, tadi aku ingatkan dia tu kau....dah lunyai, tup tup orang lain" selamba Keith membalas.
Pantas Rayyan tersengih macam kerang busuk. Leher Keith dipaut manja. Sambil pipinya digeselkan ke pipi jejaka itu.
"Elelelele kau marah aku ke? Aku gurau jelah tadi.....ni aku datang nak teman kau lah ni" ucap Rayyan cuba memujuk.
"Sembang lah kau.... Pehal kau dekat sini" Keith meleraikan pautan lengan Rayyan kasar. Dah buat taik pastu nak manja manja pulak. Sepak karang.
Rayyan menyandarkan badannya di sebelah Keith.
"Lucia yang humban aku dalam ni...." ucap Rayyan perlahan.
"Hahahahahahaha, padan muka kau ! Suka sangat mendajjal orang kan!" Gelak Keith kuat.
Rayyan meramas rambutnya sehingga serabai.
"Tapi kenapa dia buat macam tu, dendam sangat ke dia dekat kau?" Soal Keith kembali. Masih lagi dengan sisa gelaknya.
"Aku bawak pergi mall kau tadi. Pastu aku ambikkan dia iphone tapi tak bayar. So dia suruh aku minta maaf dekat kau" kata Rayyan masih lagi tiada nada. Mata ditutup rapat. Tiba-tiba badannya terasa letih dan penat seolah-olah semua tenaga disedut tarik keluar dari badan.
Keith melihat Rayyan yang sudah menutup mata itu.
"So mana maaf nya?" Soal Keith semula.
"Nanti - nanti jelah maaf kau tu. Aku penat sekarang ni, dah jangan kacau aku shuh-shuh" balas Rayyan mendatar. Nafas dilepas panjang.
"Dasar anjing...." jawab Keith mendatar. Dia juga sudah menutup mata. Sunyi pula terasa bilik ni.
"Beb.." panggil Rayyan tiba-tiba.
"Hmmm.. Apa?" Jawab Keith malas.
"Kau ingat tak dulu waktu first kau masuk keluarga aku?"
Keith membuka matanya semula, wajah Rayyan di sebelah dipandang pelik.
"Ingat... Pehal?" Soal Keith. Pelik dengan Rayyan yang tiba-tiba mengungkit kisah lalu. Dah nak mati ke? Selalunya orang dah nak mati je buat sinetron macam ni.
"Dulu, aku takda kawan kan... " kata Rayyan dengan suara yang agak mamai dan meleweh.
Keith kembali bersandar.
"Yek eleh... Tu je kau nak cakap?" Kata Keith.
"Orang tanya tu jawab jelah...." balas Rayyan meleret.
"Sape je nak kawan dengan setan" balas Keith semula.
"Tapi kau kan kawan aku? Kiranya nya kau setan jugak ke macam aku?" Soal Rayyan makin merepek.
Keith buat muka menyampah.
"Kau pehal? Hisap dadah eh?"
"Orang tanya tu jawab jelah...." kata Rayyan semula tapi nada suara nya makin lama makin perlahan.
"Hah yelah aku pun setan..... " jawab Keith pasrah.
"Dulu ingat tak masa aku belajar dekat Spain?" Soal Rayyan lagi.
"Ingat... Kenapa?" Balas Keith malas.
"Ingat tak masa kita kena kurung sama-sama dulu?" Makin lama makin perlahan nada suara Rayyan.
"Huh? Mana ada, masa tu aku dekat France lah dengan kembar. Bukan ke kau kena kurung tu sebab ada orang cuba culik kau dengan Lucas ke, abangnya si Lucia?" Balas Keith pelik.
Diam. Tiada jawapan.
Keith menoleh sebelah. Lah tido budak ni. Patutlah diam. Perlahan-lahan Keith menyandarkan kepala Rayyan rapat ke bahunya.
"Tapi kalau kau nak tahu kan. Walaupun perangai kau macam setan, dajjal dan ada sedikit campuran babi dan anjing. Tapi korang jelah keluarga yang aku ada. Kalau bukan sebab kau kutip aku dulu, mungkin aku dah mati dekat tangan setan tu. Hmmm terima kasih sebab terima aku, Rayyan. Terima kasih sebab sanggup kutip aku dari ayah kandung aku" kata Keith dengan nada yang sungguh perlahan. Dia teringat kembali tentang ayah kandungnya dahulu. Ayah? Layak ke panggilan ayah untuk makhluk kejam macam tu.
"Rayyan.. Aku... "
Sunyi
Tiada jawapan.
Hmmm dah tidur lah tu.
Kemudian dia melihat banduan lain yang sedang merenung ke arah mereka berdua.
"Kau tengok apa hanat! Keep your eyes close!?" Ugut Keith tegas. Malu sebenarnya peluk-peluk lelaki ni, tiba-tiba terasa macam gay couple.
Terus kecut perut mereka yang lain. Selepas melihat pergaduhan antara Keith dengan banduan yang sudah nyawa-nyawa ikan tadi. Mereka yakin lelaki di hadapan mereka ini bukan calang-calang orang. Dan yang sedang menyandarkan kepala di bahu lelaki itu pasti lebih berkuasa daripada dia.
"Apa! Keith dengan Ayyan dalam penjara?! Macam mana boleh jadi macam ni? Dah tu Kenapa telefon adik boleh pecah pulak?" Soal Ray bertubi - tubi.
Xavier hanya diam tidak bersuara di sebelahnya. Biarlah Ray yang settel kan semua.
"Mula - mula macam ni. Masa Keith dah habis meeting kitaorang jalan-jalan pergi mall. Lepastu tiba-tiba ada orang ikut Rayyan. Tapi Rayyan yang nak pergi settel kan sorang-sorang and entah macam mana orang tu dapat lari lepas dia dapat tembak Rayyan dekat bahu. Lepas kitaorang keluar mall, kitaorang kena kejar dengan orang yang sama tapi tak lama lepas tu Rayyan dapat perangkap kereta tu but suddenly once again dia dapat larikan diri dari kitaorang" jawab Lucia menerangkan keadaan yang berlaku satu per satu.
"Dah tu macam mana Keith boleh masuk penjara pulak?" Soal Ray lagi.
"Rayyan yang sumbat dia, sebab Rayyan nak lari dari polis" jawab Lucia jujur.
"Kepala hotak dialah! Dah tu yang dia masuk penjara jugak kenapa?" Soal Ray geram.
"Adik yang buat" balas Lucia selamba sambil buat muka tak bersalah.
Serentak Xavier dan Ray menepuk dahi masing-masing. Pasrah. Inilah jadinya kalau tinggalkan mereka bertiga je. Bala. Memang bala.
"Habis tu kenapa iphone adik boleh pecah?" Soal Ray semula.
"Rayyan buat, sebab dia tak bagi adik ngadu dekat abang" balas Lucia jujur.
"Habis iphone ni?" Soal Ray mendatar.
"Rayyan yang bagi" jawab Lucia lagi.
"Apa nak jadi lah dengan korang semua ni, ni diorang dekat penjara mana?" Soal Xavier kepada Lucia kembali.
"Louisiana State" jawab Lucia ringkas.
Ray terduduk di salah satu bangku yang berada di hadapan hotel itu. Kepalanya dipicit sedikit.
"Kau okay?" Soal Xavier prihatin. Risau jugak kalau kalau perkara ni menganggu kesihatannya.
"Aku okay" balas Ray perlahan.
Selepas sahaja mereka tiba di US ini. Mereka disuruh Lucia untuk datang ke salah satu hotel yang berada di tengah tengah bandar US. Ingatkan dapat jumpa bertiga. Tapi last-last tinggal Lucia sorang je yang ada.
"Aku nak kau rogol perempuan ni" arah seorang lelaki badan bertatu penuh. Jarinya menunjuk ke arah seorang perempuan terbaring tidak sedarkan diri.
Rayyan yang masih dalam kawalan dadah itu hanya menurut seperti orang bodoh. Gadis itu didekati. Namun sebaik sahaja tangannya menyentuh bahu gadis itu ada satu lagi tangan menghalang.
"KAU NAK BUAT APA NI SETAN!?"
"Tolong aku Lucas" rayu Rayyan. Air mata sudah basah di muka jejaka itu. Badan dan mindanya tidak dapat dikawal dengan betul.
"Apa kau buat ni Rayyan, APA KAU NAK BUAT DEKAT ADIK AKU HAH!! JAWABLAH!" Wajah Rayyan ditumbuk kuat.
Kepala Rayyan terteleng kuat ke kiri. Tunggu masa sahaja untuk muka itu bengkak dan membiru.
"Lucas... Tolong aku....." tangannya yang menggeletar itu perlahan lahan mencapai pistol putih di belakang kocek seluarnya dan terus dihalakan tepat ke kepala Lucas.
"KILL ME NOW!! NOW LUCAS! I CAN'T CONTROL MY BODY" jari yang berada di pemicu pistol menggigil teruk cuba menahan arahan dikepalanya.
Dalam masa yang sama, seorang lelaki di luar bilik kurungan itu sedang gelak terbahak bahak melihat mereka bertiga. Siapa sangka adik ketua Mafia yang dibangga banggakan dengan kehebatannya itu akan jadi macam ni.
"NO!" Jerit Lucas kuat membatah.
"NOW LUCAS!!" Jerit Rayyan kuat betul betul di sebelah telinga Keith. Keith terus menolak badan Rayyan menjauhinya.
"Kepala bapak kau! Sakit, telinga aku sial!" Keith mengosok gosok telinganya. Pergh boleh pekak beb.
"Woi kau pehal jerit tiba tiba?"
Bahu Rayyan digoyangkan kuat.
"Woi bangun lah!"
Tiada respon.
"Beb ..." panggil Keith lagi.
Bahu Rayyan ditampar kuat.
"Woi bangu... "
Basah.
Perlahan lahan Keith melihat tapak tangannya yang basah dan melekit itu. Darah! Matanya laju melihat baju yang dipakai oleh Rayyan. Lencun wey!
"W... WOI JANGAN MAIN MAIN W.. EY"
"Pehal baju kau da..darah ni"
Muka Rayyan disentuh. Sejuk!
Baru Keith teringat, tadi bahu Rayyan terkena tembakan dan bahu itu masih belum di rawat.
Tiba-tiba telinganya menangkap suara orang bergaduh di luar.
"I said open the damn door!"
Pantas Keith melihat ke arah luar.
"RAY!"
Jelas dia terkejut melihat kemunculan Xavier dan ketuanya itu secara tiba-tiba di tanah airnya.
Seorang anggota polis membuka pintu kurungan itu dengan pantas. Terketar-ketar tangan apabila berdiri di sebelah Ray. Siapa je tak kenal mafia yang paling kaya dan digeruni orang ramai itu.
Laju Ray mendapatkan adiknya yang sudah terbaring lesu di lantai bilik.
"What happen?" Leher dipaut sebelum Rayyan terus didukung keluar dari bilik busuk itu.
"He lost too much blood" balas Keith.
Xavier pantas memeriksa nadi Rayyan.
"Apasal simptom dia macam orang kena racun ni? Better kita pergi hospital cepat" kata Xavier kepada Ray.
"Okay"
Hospital Royal dituju.
"Kenapa kau buat macam ni hah? Ini adik aku, maruah dia .... kenapa Rayyan!? Jawablah !?" Raung Lucas sambil menggenggam erat kedua bahu rakan baiknya itu.
"I'm sorry, I'm so sorry....it's my fault.. " ulang Rayyan berkali kali.
"Tapi Lucas, sebenarnya aku belum sen..."
Belum sempat Rayyan menghabiskan kata katanya Lucas sudah mencelah.
"No! It's not your fault. Aku akan pastikan lelaki yang buat adik aku macam ni mati ditangan aku!" Ucap Lucas sambil menumbuk kuat ke arah dinding di sebelahnya.
Tanpa berkata apa apa lagi, Lucas terus melangkah meninggalkan bilik rumah agam itu.
Rayyan hanya membiarkan sahaja Lucas pergi, seluruh badannya bagaikan sudah terpaku ke lantai.
Sakit hati, kecewa, marah , kesal, semua bercampur aduk di hatinya kala ini. Tanpa disedari, satu persatu air matanya mengalir keluar membasahi mukanya yang putih itu.
"Kalau lah aku cukup kuat masa tu, semua ni takkan jadi....." raung Rayyan perlahan.
"AKU KATA MANA LUCAS!" Jerit Rayyan kuat sambil mencengkam baju anak buahnya yang lain.
"CARI LUCAS! SELAMATKAN DIA! AKU NAK DIA HIDUP! KALAU KORANG GAGAL , MAMPUS AKU KERJAKAN!" Arah Rayyan tegas ke arah semua anak buahnya.
Tangan Lucia digenggam erat. Cuba memberikan kekuatan kepada gadis yang sedang koma itu.
"Maafkan aku , maafkan aku , maafkan aku Lucia sebab tak jaga abang kau dengan baik"
"Maaf tuan muda, kami gagal selamatkan kawan Tuan muda" ucap salah sorang anak buahnya. Tubuh Lucas yang terkulai layu tidak bernyawa itu diletakkan di atas katil putih bersebelahan dengan adik kembarnya, Lucia.
Telefon Rayyan berdering sebelum panggilan itu diangkat.
"Long...datang sini. Aku perlukan kau. Kawan aku mati long. Aku...i don't know...im lost right now.. Please just come here" rayu Rayyan tersedu sedu.
"Hello, Rayyan aku dah on the way ni, Keith, kembar dengan Faiq dah sampai airport dah, kejap lagi kitaorang sampai. Kau sabar kejap. Relax okay. Jangan buat benda bodoh.... "
Namun belum habis Ray berkata Rayyan terlebih dahulu memutuskan talian.
"Hello....hello...Rayyan!? Woi jangan buat benda bodoh lah bingai! Kau dengar tak ni? HELLO! "
"Shit!?"
"Maaf kan saya. Mungkin adik tuan akan mengalami trauma dibahagian kepala akibat daripada hentakan kuat yang dia terima. Selebihnya kita berserah kepada takdir. Tunggu untuk dia sedar supaya kami boleh buat rawatan lebih lanjut"
"Habis Lucia macam mana?" soal Zariq pula.
"Pergi panggil Xavier"
"Ayyan! Hello! Dengar tak!" Ucap Keith berulang kali memanggil nama jejaka itu.
Perlahan-lahan matanya dibuka sekaligus memberikan ruang supaya sinar matahari memantulkan cahaya ke dalam bola matanya.
Rayyan termenung seketika. Bagaikan baru tersedar daripada mimpi yang panjang dan menyakitkan.
"Woi, kau okay tak ni? Masih kenal tak siapa aku?" Soal Ray setelah melihat tiada reaksi daripada adiknya itu.
Rayyan memandang ke hadapan. Keith, kembar, Faiq, Ray. Kesemua berdiri menggelilingi katilnya. Ouh ya kecuali Xavier. Lelaki itu berada di luar bilik rawatan menemani Lucia.
"Aku dekat mana?" Soal Rayyan mendatar.
"Hospital, luka peluru kau tu ada racun. Kau hilang banyak darah" jawab Keith.
"Dah berapa lama aku kat sini?" Soal Rayyan lagi.
"Seminggu dah. Kau okay tak ni?" Soal Ray semula.
Rayyan menatap mata abangnya itu dalam.
"Long, aku rasa aku nak kahwin dengan Lucia" ucap Rayyan senada.
Keith tengok kembar.
Faiq tengok Ray.
Masing -masing merenung wajah antara satu sama lain.
"APA!?!" Jerit mereka semua serentak.
Prang!
Di pintu bilik itu, satu cawan kaca sudah berkecai jatuh ke lantai. Lucia tergagam mendengar apa yang baru diucapkan oleh Rayyan.
Perlahan-lahan Xavier mengukir senyuman kecil di bibirnya.
Share this novel