Bab 43

Action Series 39599

Rayyan terjaga daripada pengsan apabila terasa ada kain basah yang mengelap ke mukanya.

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka.

"Kau ni degil kan? Dah tahu sakit sibuk nak marah-marah. Dah tahu sakit, sibuk nak menengking nengking tu apehal" bebel Ray sebaik sahaja melihat Rayyan sudah tersedar.

"Aku bangun-bangun dah kena bebel. Pengsan balik lah macam ni" kata Rayyan sebelum matanya berpura-pura ingin menutup semula.

"Berani kau pengsan balik. Aku sumbat kain ni dalam mulut kau" ugut Ray laju.

Rayyan tersengih. Perlahan lahan dia cuba menyandarkan badannya ke kepala katil dengan bantuan abangnya.

"Dah berapa lama aku pengsan?" Tanya Rayyan mendatar. Wajah abangnya di sebelah dipandang.

"20 jam"

Rayyan sedikit tersentak mendengar jawapan Ray. Namun raut wajahnya dikawal semula.

Tak apa, aku okay.

"Ayyan, pasal rancangan Lucia tu..."

"Aku tak nak dengar" potong Rayyan laju.

"Dengar dulu apa aku nak kata"

"Aku kata aku taknak dengar. Lantak lah dia nak kata apa apa pun. Aku tetap tak nak dengar. Titik... " tegas Rayyan.

"Kau sebenarnya takut kehilangan dia kan? Kau takut kalau dia akan pergi tinggalkan kau selamanya. Sebab tu kau marah marah dia semalam. Betul tak apa aku cakap ni?" Tanya Ray semula.

Rayyan terdiam.

"Kau tahu tak siapa bini kau tu?" Sambung Ray lagi.

"Dia tu ketua kumpulan BlackRose..."

"Tapi dia tak kuat nak lawan Tyler" pintas Rayyan mendatar.

"Dia nampak lemah cuma depan kau je Rayyan. Percayalah cakap aku. Aku kenal dia lebih lama daripada kau kenal dia. Dia lemah dengan kau. Tapi kalau dia berseorangan dia kuat. Kalau betullah Lucia seorang perempuan yang lembik, dia takkan mampu nak handel grup BlackRose sorang diri"

Rayyan diam lagi.

"Kau kena faham, dia sanggup ambik risiko ni sebab dia terlampau sayangkan kau. Aku bukan nak letakkan dia dalam bahaya. Tapi aku berani cakap macam ni sebab aku yakin dengan kebolehan dia" jelas Ray lagi.

"Tapi dia tetap pernah kena culik dengan Kevin..."

"Dia tak melawan sebab dia nak lindung anak aku. Kalau dia sorang sorang je masa tu aku rasa dah lama dia kerjakan Si Kevin sampai lunyai" celah Ray semula.

"Tapi aku tetap tak setuju dengan rancangan dia. Rancangan dia terlalu bahaya. Kalau dia kena apa apa macam mana?" Kata Rayyan perlahan. Pandangannya ditunduk kebawah.

"Percayalah cakap aku, Lucia bukan seorang perempuan yang lemah. Dia ada kelebihan dia dan dia mampu. Kau cuma perlu yakin pada dia. Bagi dia semangat. Sekarang ni hanya dia je yang boleh selesaikan masalah ni. Dia buat semua ni untuk kau. Sebab dia cintakan kau. Aku yakin dia pun tak sanggup nak tengok kau menderita macam ni hari hari. Kau fikir fikirkan lah apa yang aku cakap ni... "

Rayyan terdiam lagi. Lama dia merenung selimut yang menutupi badannya. Hanya bunyi nafas sahaja yang kedengaran.

Hatinya berbelah bagi. Dia takut untuk melepaskan Lucia pergi. Macam mana kalau ada sesuatu buruk yang jadi...

Kepala digeleng laju. Tak! Jangan fikir benda tu.

"Awak..." panggil satu suara dari arah pintu bilik.

Rayyan menoleh kearah pintu sesaat sebelum matanya dialihkan semula kearah tempat lain.

Lucia jalan mendekati katil Rayyan sebelum tangan lelaki itu dicapai lembut.

"Awak maafkan saya please..." rayu Lucia lembut. Nada suaranya seperti hendak menangis.

Rayyan masih lagi membeku. Wajahnya dingin sahaja. Muka Lucia langsung tidak dipandang.

Ray yang masih lagi berada di situ hanya diam memerhati. Bukan selalu dapat tengok drama percuma.

"Awak janganlah marah saya lagi. Saya minta maaf tau" kata Lucia lagi. Suaranya sayu sahaja.

Diam.

"Awak" panggil Lucia lagi.

Sunyi.

"Mulut kau mana mulut? Dah bisu eh? Ke dah cacat?" Celah Ray tiba-tiba. Mukanya jelas menyampah melihat Rayyan yang acah acah merajuk itu.

"Biarlah aku nak gedik gedik dengan isteri aku kejap, kau ni semak lah! Dah blahlah keluar sana, sibuk je mengacau rumah tangga orang" balas Rayyan geram, sempat lagi matanya menjeling ke arah Ray.

Ray pantas bangun daripada duduknya sambil mulut menayang sengihan lebar. Dia tahu adiknya itu bukan seorang yang pemarah. Rayyan cuma tertekan dengan situasi sekarang. Takde maknanya dia nak marah Lucia. Satu satunya perempuan yang dia cintai.

"Okay gua cau dulu. Bincang elok-elok. Jangan bergaduh eh" kata Ray mendatar sebelum kakinya terus sahaja melangkah kearah pintu bilik.

Pintu bilik ditutup rapat.

"Awak dah tak marahkan saya?" Tanya Lucia lembut sebaik sahaja Ray keluar daripada bilik tidurnya itu.

Rayyan tarik nafas panjang sebelum wajah isterinya itu dilihat semula.

"Aku tak marah, aku kecewa" balas Rayyan senada.

"Tapi..."

"Aku kecewa dengan diri aku" potong Rayyan laju.

Lucia terdiam.

"Aku kecewa bila dengar kau akan korbankan diri untuk jadi umpan. Aku rasa macam aku ni seolah-olah tak berguna untuk kau. So aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku bukan marah. Tapi aku takut, Lucia. Aku takut kalau ada benda buruk yang jadi dekat kau. Aku takut kalau aku terpaksa kehilangan kau sekali lagi. Aku takut kalau kau lalui sakit yang sama macam aku tengah rasa sekarang ni. Kau faham maksud aku?" kata Rayyan mendatar. Wajahnya sudah kembali tenang. Tidak dingin seperti tadi.

Lucia pantas memeluk Rayyan kemas sebelum esakan kuat terlepas dari mulutnya.

"Saya sayang awak..." kata Lucia sayu.

"Aku pun sayang kau Lucia, kalau tak sayang, buat apa aku nak kahwin dengan kau" balas Rayyan semula. Kemudian dia membalas pelukan isterinya itu. Badan Lucia dipeluk erat.

"Betul ni awak dah tak marahkan saya?" Tanya Lucia lagi. Wajahnya dibenamkan ke bahu Rayyan.

"Aku terlalu cintakan kau sampaikan cinta itu menjadi satu kemarahan bila kau sendiri letakkan diri kau dalam bahaya" balas Rayyan semula.

Lucia melepaskan pelukannya semula.

Rayyan menyeka air mata yang berada di pipi Lucia menggunakan kedua ibu jarinya.

"Sejak kau kahwin dengan aku, dah berapa kali kau menangis?" Tanya Rayyan sambil menatap mata kelabu milik Lucia.

"Hampir setiap hari..."

"Aku tak suka tengok kau menangis. Mata kau cantik, lagi cantik kalau kau senyum. Nampak bersinar. Dah, jangan menangis. Nak jadi isteri aku tak boleh cengeng. Aku je yang boleh..." kata Rayyan cuba berjenaka bodoh sebelum dia tergelak halus.

Kedua pipi Lucia dipegang lembut sebelum kepala gadis itu dirapatkan ke dahinya.

Dahi mereka bertemu.

"Aku izinkan kau pergi. Tapi janji dengan aku yang kau akan selamat. Janji dengan aku yang kau akan kembali semula pada aku. Janji dekat aku yang kau takkan tinggalkan aku" bisik Rayyan perlahan.

Lucia mengangguk kecil.

"Awak jugak kena janji yang awak takkan lupakan saya..." kata Lucia semula.

"Aku cuba... Aku akan cuba ingat kau setiap saat. Aku takkan lupakan kau" dahi Lucia dicium lembut.

"Sorry sebab tengking kau semalam" kata Rayyan lagi sebelum rambut depan Lucia digosok sehingga serabai.

Lucia tersenyum lebar menampakkan lagi giginya yang putih bersih.

Itu cerita seminggu yang lalu. Kini Lucia berada betul betul di hadapan Tyler yang sebenar. Lelaki itu tersenyum manis ke arah Lucia yang berada di atas lantai biliknya. Tangan yang memegang kayu golf berwarna hitam keemasan itu ditilik dari bawah hingga ke hujung.

"Kau tahu tak apa yang aku buat pada abang kau sebelum dia mati?" Tanya Tyler bersama senyuman sinis yang terhias di bibirnya. Wajah Lucia yang penuh dengan bengkak dan lebam itu di pandang tanpa rasa simpati.

"Hmmm...hmmm...hmmm" jerit Lucia kuat. Namun tidak kedengaran apabila mulutnya diseletip menggunakan pita pelekat.

"Hahaha takpa kau tak perlu jawab. Biar aku seorang sahaja yang bercerita" Tyler turun daripada meja sebelum melangkah ke arah Lucia. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"Pada suatu hari yang sungguh malang. Ketika awan di langit kelihatan begitu mendung. Burung berkicauan. Angin bertiupan. Di suatu lorong yang sangat panjang terdapat dua orang budak lelaki yang sangat kacak. Seorang bermata kelabu, seorang lagi bermata coklat" cerita Tyler bersungguh-sungguh. Kemudian dia berhenti. Wajah Lucia dipandang sejenak.

"Eh tak best lah pulak cerita sorang-sorang" pantas tangannya menarik pita pelekat di mulut Lucia.

"Manusia bodoh! Lepaskan aku lah sial!" Marah Lucia kasar apabila pita itu sudah terlepas dari mulutnya.

"Haish tak baik tau tuduh kita macam tu..." kata Tyler sebelum wajahnya dicebikkan. Sesiapa sahaja yang melihat pasti rasa ingin terajang muka bodoh itu sekali dua tendangan.

Mata Lucia tajam menjeling Tyler di sebelahnya. Sampaikan macam nak tertembus.

"Jangan pandang-pandang, nanti terjatuh cinta pulak. Eh tapi kau dah kahwin kan? Dengan lelaki siapa tu nama dia? Hah anak ayam aku tu. Rayyan. Apa cerita dia sekarang? Dah mampus ke belum?" Kemudian Tyler gelak terbahak-bahak.

"Yang akan mampus tu kau... " balas Lucia tenang.

"Tapi aku hidup lagi..." Balas Tyler semula. Menganjing.

"Tak lama dah tu. Doa jelah banyak-banyak"

Tyler tergelak , tetapi kali ni lebih kuat. Sampaikan nampak anak tekak dia.

Lucia terus sahaja meludah darah yang berada di dalam mulutnya tepat ke muka Tyler.

Lelaki itu terdiam sebelum dia mengesat darah Lucia menggunakan tapak tangannya. Kemudian tangan itu dijilat.

"Hmm manis" kata Tyler.

"Bapak pengotor kau ni" kata Lucia jijik.

"Berbalik kepada cerita aku tadi, kau nak tahu macam mana abang kau mati?"

"Tak, aku taknak tahu" balas Lucia laju. Wajahnya dikalihkan kearah lain.

"Kalau aku nak cerita jugak macam mana?"

"Eh lantak kau lah bodoh, sakit pulak hati aku cakap dengan kau ni lama-lama" balas Lucia geram.

"Kau dengar aku cerita tau. Pada suatu hari yang tak beberapa nak indah. Seekor makmal tikus aku telah pun berjaya dijumpai semula. Tetapi! Dia telah disuntik dengan satu jenis cecair ..." sambung Tyler beria. Dia bangun melangkah ke arah mejanya semula sebelum kayu golf hitam tadi dicapai. Kemudian Tyler menoleh ke arah Lucia.

"Kau rasa cecair apa yang aku suntik dekat dia?" Tanya Tyler sambil tersengih sengih.

Lucia masih lagi diam membisu.

"FD 0.1. Dalam erti namanya yang lain Fake Death 0.1" Tyler tersenyum sinis.

Perlahan-lahan mata Lucia terbuntang luas.

"Korang semua yang bunuh dia! Korang semua yang tanam dia hidup hidup HAHAHAHAHAHAAHA" gelak Tyler persis seperti lelaki gila.

"Apa maksud kau?" Tanya Lucia kembali. Hatinya tersentak. Fake Death? Tanam hidup hidup? Apa benda semua ni.

Tyler berhenti daripada gelak.

"Korang semua yang tanam dia hidup hidup. Abang kau tu tak mati pun. Dia mati sementara je. Itulah cecair yang aku suntik pada dia. Dan kalau kau nak tahu. Sepanjang dia tidur yang korang kata mati tu. Dia masih lagi boleh mendengar. Hahaha apa agaknya perasaan dia ya masa korang tanam dia. Oh my god! Mesti dia rasa sedih sebab kena tanam hidup hidup dengan darah daging sendiri" ejek Tyler lagi.

Gigi Lucia diketap kuat, sangat kuat sampaikan terhasil bunyi geseran. Matanya tajam menikam bagaikan pisau. Tepat pada wajah Tyler yang tampak gembira.

"KAU MEMANG BABI! SIAL PUNYA ANAK HARAM! Kau dengar sini makhluk laknat! Aku bersumpah! Yang. Kau. Akan. Mati. Dekat. Tangan. Aku" Lucia menekan ayatnya satu persatu. Keras suaranya menutur.

"Cuba lah kalau kau berjaya" balas Tyler sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience