Bab 14

Action Series 39599

         Suasana dalam bilik mesyuarat kini terasa sungguh dingin. Dengan suhu bilik yang hanya 20 darjah celsius. Bertambah dingin lagi apabila ketua mereka yang berada di hadapan itu mempamerkan muka singa. Kecut perut semua ahli lembaga yang berada di dalam bilik itu. Yang sudah tua boleh menjadi semakin tua jika melihat aura yang mengelilingi ketua mereka saat ini.

"Berani betul si setan ni tak masuk meeting aku...." bisik Ray perlahan. Tangannya bermain-main dengan sebatang pen. Matanya dari tadi terarah pada pintu masuk bilik mesyuarat itu. Kut kut muncul kelibat Rayyan. Tapi hampa.

"Sabar lah bang, sekejap lagi dia datang lah tu" pujuk Khayra lembut. Tangan suaminya di sebelah itu ditepuk perlahan.

"It's not professional to came late" ujar Ray senada.

Xavier yang berada di sebelah hanya diam memerhati. Mampus lah kau kalini Rayyan.

Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat itu terbuka luas sebelum muncul wajah Rayyan bersama Lucia di belakangnya. Semua mata yang ada dalam bilik mesyuarat itu kini memandang ke arah mereka berdua. 

Lucia menundukkan badannya sedikit.

"I'm sorry Sir Ray. I'm quite late" ucap Lucia sungguh formal. Badannya ditegakkan semula oleh Rayyan.

"Tak payah nak maaf sangat lah" bisik Rayyan.

"It's okay Lucia. I just wanna hear the excuse" balas Ray semula. Wajah Rayyan dipandang sekilas. Namun Rayyan hanya beriak selamba dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tak ambik peduli langsung. Definisi orang kaya berlagak.

"Ingat tau kalau dia minta excuse kenapa kita masuk lambat nanti, cakap kau muntah muntah, tak sihat"

Terngiang-ngiang kata kata Rayyan sebentar tadi.

"I'm not feeling well" balas Lucia lagi. Jelas tampak serba salah kerana telah membohongi Ray.

"Its okay. You may sit" arah Ray dingin. Tiada senyuman langsung yang tercalit di bibirnya.

"Thank you Sir" balas Lucia ringkas.

Kemudian mereka berdua duduk berdekatan dengan bahagian platform hadapan.

"So mister Rayyan. I'm sure you already finish the task that i gave you last month?" soal Ray dingin dan mendatar.

"Yeah sure" jawab Rayyan yakin.

Lucia terus menyiapkan kelengkapan untuk Rayyan membuat pembentangan. Setelah selesai gadis itu memandang Rayyan yang berada di hadapan sebelum kepalanya mengangguk sedikit menandakan yang powerpoint mereka sudah siap untuk dibentangkan.

Setelah satu jam Rayyan membentangkan projeknya itu dengan sungguh formal dan yakin di hadapan semua orang, semua ahli-ahli lembaga dalam bilik itu menepuk tangan masing masing. Mereka semua kagum dengan idea yang dibentangkan oleh Rayyan. Tak kurang juga ada yang bercadang untuk projek itu terus dilaksanakan secepat mungkin.

Lucia jelas terkejut melihat pembentangan yang baru sahaja dibentangkan oleh Rayyan. Mana taknya. Idea, projek, lakaran, kos, dan juga semua pembentangan tu baru sahaja disiapkan 3 jam yang lepas. 3 JAM YANG LEPAS. Tahu tak!

"Good. Thank you Sir Rayyan. I'm sure this project will go well this time. How about you guys?" Soal Ray kepada ahli mesyuarat yang lain. Masing-masing senyap.

Tiada bantahan.

"I think this project can proceed within next month. Karel, now Its your job to take over this thing" arah Ray kepada salah sorang ahli lembaga yang ada.

Karel hanya mengangguk menuruti perintah ketuanya itu.

"If no one has a question, we will end our meeting here. Dismiss" arah Ray kepada mereka yang lain.

Selesai sahaja semua ahli mesyuarat itu keluar. Ray terus melangkah ke arah Rayyan yang masih lagi duduk di kerusinya sambil memejamkan mata.

"Jujur dengan aku sekarang. Idea ni kau baru dapat pagi ni kan?" Soal Ray serius. Wajah Rayyan dipandang dingin.

"Aah" balas Rayyan malas.

Lucia yang berada ditepi Rayyan sudah tidak senang duduk.

"Wow impressive. Menarik betul idea you, tak sabar i nak tengok kemenjadian produknya nanti" puji Khayra ikhlas. Dia berdiri di sebelah suaminya sambil memegang sebuah laptop. 

"Well, tengoklah otak siapa yang buat" Rayyan tersenyum sendiri.

"Sorry abang, adik pun terlupa pasal projek tu sebenarnya" kata Lucia memohon maaf.

"Takpa, lagipun macam macam jadi haritu. Janji kau orang berdua dapat siapkan tugasan yang abang suruh buat. Tapi lain kali jangan lambat lagi masuk meeting" sempat Ray berpesan sebelum terus berlalu keluar dari bilik itu dan diikuti Khayra dari belakang.

Lucia memandang Rayyan yang masih menutup matanya itu. Penat wey perah otak tadi.

"Pergh jujur i kata. I kagum sangat masa you bentang dekat depan tadi. Yakin gila! Takda gagap langsung" puji Lucia jujur. Bukan senang untuk membuat semua kiraan kos dan lakaran idea baru. Tetapi lelaki ini boleh menyiapkan semuanya dalam masa 3 jam dan sekaligus menghafal apa point penting yang perlu diingat semasa pembentangan.

"Bakal suami kau ni hebat, kan" balas Rayyan dengan kening yang diangkat sebelah.

Lucia mengangguk.

"Hmm boleh lah, hebat sikit. Tapi macam mana you boleh dapat idea baju sejuk tu?" Soal Lucia bingung. Kertas lakaran di atas meja itu dibelek.

Rayyan membentangkan idea tentang sehelai baju untuk musim sejuk yang boleh dipakai dua style dan baju itu boleh diterbalikkan untuk mengubah kepada warna yang lebih gelap.

Rayyan membuka matanya. Wajahnya didekatkan kemuka Lucia.

"Sebab baju yang kau pakai, nampak seksi dekat mata aku" bisik Rayyan perlahan betul betul di telinga Lucia. Kemudian dia terus bangun dan keluar dari bilik itu dengan kedua tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Lucia yang bingung dengan kata-kata Rayyan itu terus memandang baju yang sedang dipakainya.

WHAT THE HELL! Dia pakai baju terbalik wey!

"Arghhhhhhhhhhh!" Jerit Lucia geram bercampur malu. Sudah pasti mereka yang hadir tadi semua nampak dia memakai baju terbalik. Inilah padah kalau kau pakai baju dalam keadaan bilik yang gelap.

Rayyan yang sudah berada diluar tergelak mendengar jeritan gadis itu. Sememangnya dia sudah perasan baju gadis itu terbalik daripada pagi tadi. Tetapi sengaja dia mendiamkan tentang hal itu. Kadang kadang seronok juga dia menyakat gadis bermata kelabu itu.

Rayyan berjalan keluar dari dalam lift sebelum diekori oleh Lucia dibelakangnya. Gadis itu sudah membetulkan semula baju yang dipakai di dalam bilik air sebentar tadi.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu biliknya. Telinganya menangkap suara budak kecil menangis dari arah bilik Ray. Rayyan tidak jadi ingin masuk ke dalam biliknya sebaliknya dia terus melangkah ke arah bilik Ray. Lucia pula hanya mengekor dari belakang.

"Wow sejak bila Mikayla's holding ni jadi pusat jagaan kanak kanak terbiar?" Tanya Rayyan sebaik sahaja dia melihat anak sedaranya Alicia dan Rachel dua-dua berada dalam dukungan Xavier. Yang sorang tengah menangis. Yang sorang lagi air liur menjejeh jejeh dekat mulut.

Alicia di ambil dan didukung oleh Rayyan. Terus kanak kanak kecil itu berhenti menangis.

"Vista ada emergency, tadi dia call aku. Tapi tak dapat sebab aku silentkan masa dalam meeting. Tu yang dia terus je hantar diorang ke sini" terang Ray yang tampak kelam kabut. Dia mengemas sedikit kertas yang berada di atas mejanya.

"Kau dengan Xavier tolong jagakan anak aku sekejap, aku dengan Khayra ada meeting dengan Tan sri Fruger" pinta Ray.

"Hidup lagi orang tua bodoh tu" kata Rayyan mendatar.

"Kalau dia nak susu, ni hah dalam fridge sebelah sini" Ray menunjukkan dua botol susu yang berada di dalam peti sejuk kecil sebelah sudut hujung.

"Ewah kau, sedap sedap je nak suruh aku jadi bibik. Dah pandai buat anak tak pandai nak jaga siapa suruh?" Ucap Rayyan tak puas hati. Walaupun sebenarnya dia tidak kisah pun untuk menjaga anak sedaranya itu. Lagi lagi Alicia. Dia memang rajin melayan kanak kanak riang itu.

"Tolong lah.. Tau, sekejap je. Jaga elok - elok eh. Jangan sampai hilang" sempat lagi Ray berpesan sebelum dia menutup pintu bilik pejabatnya.

Rayyan pandang wajah beku Xavier.

"Kau jaga" kata Xavier tenang. Terus Rachel juga dihulurkan ke arah Rayyan.

Tanpa banyak soal Xavier terus melangkah keluar dari bilik itu. Dia masih lagi sakit hati dengan Rayyan pasal draf yang ditangguh oleh Rayyan semalam.

"Biadap betullah. Abang siapa lah tu" komen Rayyan selamba. Tangannya dari tadi tidak berhenti memicit lembut pipi Alicia yang berada dalam dukungan.

Lucia pula buat buat tak dengar komen Rayyan.

"Habis kita nak buat apa ni?"

Rachel diangkat sebelum didukung oleh Lucia pula. Ringan. Orang ke bantal ni? Budak itu diam sahaja. Langsung tidak takut dengan orang, beza sungguh dengan kakaknya Alicia, yang asyik menangis apabila didukung oleh orang yang tidak dikenali.

"Kita jaga jelah diorang. Lagipun aku dah lama tak main dengan anak sedara aku ni. Anyonyonyo betul tak cayang...cayang rindu uncle tak..." kata Rayyan sambil membenamkan wajahnya keperut Alicia. Mengekek- ngekek budak itu ketawa.

Bibir Lucia tercalit senyuman. Geli hati melihat gelagat mereka berdua, nampak comel. Agak agak macam manalah kalau Rayyan ada anak sendiri.

Tiba tiba Rachel memegang jari kelingking Lucia.

"Umm... Candy?" Soal Rachel sambil menghulurkan sebiji gula-gula kepada Lucia. Lucia mengambil gula-gula itu dengan mulut yang tersenyum manis. Pandai betul budak kecik ni ambik hati orang.

"Thank you sayang..." ucap Lucia sebelum dia mencium kedua-dua belah pipi Rachel. Rachel tersenyum malu.

Manakala Alicia dan Rayyan sudah berlari berkejar- kejaran dalam bilik pejabat itu. Habis bersepah segala kertas kertas yang berada di almari kini sudah berada di atas lantai.

Lantak kau lah Ray. Kau nak sangat aku jaga anak kau kan. Pandai pandai lah kau nak mengemas nanti.

Lama mereka bermain-main di dalam pejabat yang sudah seperti tongkang pecah itu, Rayyan bermain sorok-sorok dengan Alcia, manakala Rachel hanya duduk diatas riba Lucia sambil merenung dan meramas pipi gadis itu. Lucia pula berpura-pura ingin memakan tangan kecil Rachel.

Sedang mereka bermain-main, tiba-tiba terdengar telefon berbunyi di atas meja milik Ray. Rayyan terus berhenti daripada bermain dengan Alcia, kaki melangkah kearah meja.

"Aik apehal dia ni tak bawak phone?" Soal Rayyan pelik melihat iphone milik abangnya Ray yang berada di atas meja pejabatnya itu.

"Moshi moshi...".

"Hello... Hello? Abang! Abang Rayyan mana? Dia tak apa apa ke? Abang dengan Kak Khayra okay tak? Ada apa apa jadi yang ke? Kau orang semua selamat kan?" Soal Avery yang berada dihujung talian kedengaran cemas. Suaranya seperti tidak cukup nafas.

"Woi woi, apehal ni. Ini akulah Rayyan. Kau okay tak ni dik?" Soal Rayyan pelik mendengar suara adiknya Avery yang tersekat-sekat seperti tak cukup nafas.

"Abang Rayyan!" Jerit Avery kuat.

Rayyan terus menjauhkan telefon itu daripada telinganya. Boleh pekak beb. Telinganya di gosok beberapa kali.

"Jangan jerit please, boleh mati cepat aku" ucap Rayyan mendatar. Telefon itu dilekapkan semula ke telinga.

"Sorry, sorry. Abang Rayyan! Abang okay ke? Abang Ray mana. Kenapa abang yang angkat telefon ni? Ada apa apa jadi ke? Kak Khayra macam mana? Alicia? Rachel? Diorang semua baik - baik sahaja kan?" Soal Avery laju dan bertubi - tubi.

"Woi, satu satu lah. Aku nak menjawab pun susah. Ray dengan Khayra ada meeting, dia tertinggal phone. Tu yang aku tolong jawab kan. Alicia dengan Rachel ada je ni dengan aku. Kenapa? Kau okay tak ni? Macam tak cukup nyawa je" soal Rayyan sedikit risau. Wajah Lucia yang berada di sofa dipandang sekilas. Pipi gadis itu masih lagi dipicit picit lembut oleh Rachel.

"Aku okay. Nasib baik kau orang semua okay. Abang Rayyan kau kena hati hati sikit, ada musuh tengah cari kau sekarang ni. Aku pun tengah...." belum sempat Avery berkata, kedengaran pula seperti orang sedang berlari.

"Hello? Hello? Av! Apehal ni?" Kata Rayyan kuat.

"Abang aku takda masa ni...... " bisik Avery perlahan" Kau tengok tengok diorang yang lain. Cakap dengan Faiq ketatkan kawalan. Jaga jaga sikit dua tiga minggu ni. Minggu depan aku turun sana.... Lelaki yang..." pap! Talian terputus.

Shit.

Rayyan cuba mendail nombor telefon adiknya itu berkali kali namun gagal. Masuk ke peti simpanan suara. Dia jelas nampak risau. Apa yang ingin disampaikan oleh Avery? Musuh? Siapa yang tengah bermusuh dengannya. Tapi kalau nak difikirkan balik, dia memang banyak musuh. Tapi musuh yang mana satu Avery maksudkan tadi.

Sedang dia berfikir, Alicia berjalan mendekati kaki Rayyan sebelum kanak kanak kecil itu menarik sedikit seluar Rayyan.

"Let's play again. Again unclee... Hide and seek" pinta Alicia sambil membuat muka comel.

Rayyan melutut di hadapan anak sedaranya itu. Kedua tangan kecil itu dipegang lembut.

"Later okay. Uncle ada kerja sikit" pujuk Rayyan. Kemudian rambut Alicia di gosok hingga serabai.

"Kenapa? Ada apa apa jadi ke?" Soal Lucia yang melihat Rayyan dari tadi seolah olah cemas.

"Tengok tengokkan diorang boleh. Aku nak pergi bilik Faiq kejap" pinta Rayyan mendatar.

"Okay" balas Lucia sepatah.

Rayyan terus mendukung Alicia sebelum kanak kanak itu diletakkan atas sofa bersebelahan dengan Lucia.

"Duduk dengan auntie sekejap tau, kejap lagi uncle datang balik" pujuk Rayyan. Alicia hanya memandang sayu wajah lelaki yang suka bermain dengannya itu.

"Otay..." balas gadis kecil itu perlahan.

"Jangan nakal nakal okay" sempat lagi Rayyan memicit hidung Alicia sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu.

Lucia dan Alicia hanya memerhatikan sahaja Rayyan yang mula melangkah keluar daripada bilik.

Pintu bilik Faiq dituju sebelum terus dibuka tanpa diketuk.

"Assalamualaikum anak ayam yang paling kukasihi"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience