Bab 13

Action Series 39599

Khayra dan Lucia berjalan ke arah bilik tetamu. Pintu bilik dibuka sebelum mereka berdua masuk ke dalam.

"Dalam bilik ni dah lengkap semua barang. Sebab kadang kadang Avery yang tidur sini, kalau Lucia nak apa- apa panggil je akak okay. Bilik akak dekat hujung sekali sebelah tangga kita naik tadi" kata Khayra lembut sambil tersenyum.

Lucia membalas senyuman. "Terima kasih kak" ucap Lucia sopan.

Belum sempat Khayra keluar dari bilik itu Lucia pantas mengapai tangan wanita itu.

"Kak, maaf ya sebab datang tengah tengah malam macam ni. Ganggu je akak dengan abang Ray nak berehat" ucap Lucia serba salah. Gadis itu memandang ke arah lantai. Malu ingin menatap wajah bakal akak iparnya itu.

Seketika kemudian tangannya itu digenggam lembut oleh Khayra.

"Taklah, mana ada ganggu. Akak okay je. Akak lagi suka kalau rumah ni ada tetamu datang, lagi-lagi si Ayyan tu. Ceria sikit rumah ni " balas Khyara lembut.

Lucia terharu. Hilang rasa serba salah dalam hatinya. Tangan Khayra dilepaskan.

"Lucia rehatlah dulu... " kata Khayra lagi. Terus sahaja dia melangkah ke arah pintu.

Selepas sahaja Khayra keluar dari bilik, Lucia melabuhkan punggungnya di atas katil. Wajahnya bertukar sinis. Haih. Menyusahkan betul.

"Sebenarnya aku nak kahwin dengan Lucia sebab arwah Lucas" kata Rayyan mendatar. Air tin coca cola itu dihirup perlahan.

"Macam mana kau boleh ingat Lucas? Ingatan kau dah pulih ke?" Soal Ray bingung.

"Ingat tak masa aku koma seminggu tu. Bangun je daripada koma tu aku terus ingat balik semua memori aku" jelas Rayyan lagi.

Namun Ray hanya diam melihat wajah Rayyan tanpa menyoalkan apa - apa. Rayyan binggung dengan reaksi abangnya itu.

"Aik? Kau tak marah pulak?" Soal Rayyan pelik. Dahinya berkerut melihat ke arah Ray.

"Aku nak marah pasal apa pulak?" Soal Ray semula.

"Yelah aku kahwin dengan Lucia bukan sebab aku suka dia. Tapi sebab aku serba salah dengan arwah Lucas. Bukan ke kau ugut aku haritu supaya jangan kahwin dengan dia kalau aku tak suka dia?" Terang Rayyan lagi.

Ray menghembus nafas panjang.

"Sebenarnya aku nak marah, tapi aku tetap nak suruh kau kahwin dengan dia. Sebab aku dah mula curiga dengan dia. Aku nak tahu apa yang dia sorokkan daripada kita" ucap Ray serius. Kedua dua tangannya ditongkat ke dagu.

Rayyan menghirup lagi air pencuci tandas di tangannya. "Curiga? Pasal apa" Soal Rayyan pura pura tidak tahu. 

"Masa kau baru lepas tersedar daripada koma haritu, aku ada terdengar dia macam tengah berbual dengan seseorang dalam telefon. Dan aku ada dengar apa yang dia bualkan tu. Berkaitan kau dengan dia. Lepas je daripada tu kan dia macam terus je setuju nak kahwin dengan kau. Padahal dia tak suka kau pun" terang Ray panjang lebar. Auch yang ayat belakang tu kenapa terasa dalam mencucuk.

"Well.... Siapa je yang suka aku dalam dunia ni kan.. " balas Rayyan semula. Mukanya dikawal macho.

"Nasib baik kau sedar diri" jawab Ray mendatar.

Rayyan pantas menjeling ke arah abangnya itu.

"Dan.." sambung Ray lagi.

"Dan apa?" Soal Rayyan.

Ray pandang muka Rayyan dingin. Rayyan yang menyedari akan pandangan abangnya itu terus dia memandang ke arah tempat lain.

"Aku tahu yang kau tahu pasal hal ni kan" ucap Ray mendatar.

Hampir tersedak air yang berada dalam mulut Rayyan. Tak guna betul. Susah kalau dapat abang yang terlebih bijak ni.

Rayyan mengelap sisa air yang terkeluar sedikit daripada mulutnya menggunakan hujung baju.

"Ehhhh. Memandai je kau. Aku mana tahu apa apa" soal Rayyan pura pura bodoh.

"Iya?"

"Ya!"

"Iya?" soal Ray lagi.

"Iyalah bingai"

"Iya?" Soal Ray untuk kali yang ketiga. Kemudian dia tersenyum senget.

Shit.

"Yelah! Yelah! Aku tahu. Aku memang dah syak daripada first aku jumpa dengan dia lagi. Ingat tak masa aku call dia kena culik dekat Malaysia tu?" Soal Rayyan.

Ray mengangguk laju.

"Masa kitaorang serbu tempat tu. Dia sendiri keluar daripada tempat tu tanpa calar sikit pun dekat badan. Dia kata dia lawat kawan dia. Yang aku pelik. Tempat tu tempat salah satu pejabat kongsi gelap dekat thailand. Macam mana aku tahu? Faiq yang cakap. Mustahil Faiq salah informasi. Jadi takkan kawan dia duduk situ. Lagi satu yang aku musykil, orang yang tembak aku haritu ada mention nama Lucia. Macam mana dia boleh kenal Lucia dan aku yakin dia juga kenal Lucas. Lepas tu mamat tu ada sebut tentang dokumen TPB. Tapi of course lah aku jawab tak tahu, sebab masa tu aku belum ingat apa apa lagi" terang Rayyan panjang lebar.

"Dokumen TPB? Taik panda besar?" Soal Ray bergurau dengan muka yang serius.

"Kepala hotak kau! Triple plated Bomb lah ayam. Sesuka hati nenek kau je tukar nama bomb tu. Penat penat aku dengan Lucas fikir seminggu nak dapat nama tu tahu tak" marah Rayyan tak puas hati.

Ray tergelak kuat. Puas dapat mengenakan adiknya itu.

"Sekarang ni dokumen tu pada kau?" Soal Ray kembali serius.

Rayyan mengangguk.

"Lagi satu kan aku nak suruh kau kahwin dengan Lucia sebab aku nak tahu dengan siapa Lucia berbual dalam telefon masa tu. Apa motif diorang. Dan apa yang diorang nak daripada perkhawinan kau dan Lucia" sambung Ray kembali.

Rayyan tergelak. Kedengaran sinis.

"Tak payah risau, aku tahu apa aku nak buat sekarang" terus Rayyan berdiri.

Ray juga ikut berdiri sama.

"Hah? Buat apa?" Soal Ray bingung melihat Rayyan.

Rayyan tidak menjawab dia terus melangkah ke arah bilik Lucia. Ray pula hanya mengekor dari belakang.

Mereka berdua berdiri betul betul di hadapan bilik gadis itu. Tanpa salam tanpa ketuk, pintu bilik itu terus dibuka oleh Rayyan dengan yakinnya.

Lucia yang dari dalam bilik hanya bersport bra dan berseluar pendek itu terkejut apabila pintunya dibuka secara tiba-tiba.

"MANA ADAB KAU MASUK BILIK PEREMPUAN HAH!?" suara Lucia naik dua oktaf. Dia mengapai selimut yang berada diatas katil dan terus menyelubung badannya.

Akibat daripada jeritan itu, dua anak kembar Ray terus terjaga dan menangis.

Oh shit!

Ray dan Rayyan berpandangan sesama sendiri sebelum Ray cepat-cepat menutup semula pintu bilik gadis itu dan pantas berlalu pergi.

"Kepala hotak kau! Yang kau terjah bilik dia tu kenapa!" Marah Ray geram. Kepala Rayyan dipukul.

"Yang kau pergi ikut aku kenapa!" Marah Rayyan semula. Tangan menggosok kepalanya yang baru dipukul itu.

"Abang buat apa dekat Lucia hah!" Jerit satu suara kuat. Tak lain tak bukan suara Khayra lah.

"Mampus aku..... " ucap Ray mendatar.

"Padan muka kau siapa suruh kau nak kahwin sangat" balas Rayyan selamba. Dia terus berjalan meninggalkan Ray di belakang sambil mulut bersiul kecil.

"Ayam betul....." kata Ray.

Ruang meja makan itu sunyi sahaja. Sekali sekala terdengar bunyi garfu dan pinggan berlaga.

"Jadi siapa yang bijak sangat semalam pergi bukak pintu anak dara malam malam hah" serius Khayra bertanya. Wajah jejaka jejaka kacak di hadapannya dipandang bersilih ganti.

Masing-masing diam. Tak berani nak bertentang mata.

Khayra ni memang nampak baik pijak semut tak mati. Tapi kalau dah marah. Woi seram woi.

"Mum..my why you angry..." soal Alicia ke arah Khayra. Walaupun baru 2 tahun setengah. Anaknya itu sudah pandai berkata - kata. Rachel yang berada di sebelah kembarnya itu hanya diam. Berbanding kakaknya, Alicia dia lebih banyak diam daripada bercakap.

"Because your daddy do stupid things" kata Khayra selamba. Rayyan sedikit tergelak mendengar ayat itu. Ray memandang makanannya sayu. Tak pasal pasal dia pun kena marah.

Lucia pula hanya diam ditempat duduknya.

"Stu.. Pid... Things?" Soal Alicia lagi.

"Yes" balas Khayra sambil mengusap lembut rambut anaknya itu.

"You tak baik lah ajar anak cakap benda bukan bukan" Rayyan menyampuk.

"Habis tu terjah bilik perempuan malam-malam benda baik lah?" Perli Khayra semula.

Ambik kau. Kena sekali.

Rayyan tersengih. " Yelah yelah sorry. Tak sengaja"

"Bukan dekat i, you patut minta maaf dekat Lucia" kata Khayra lagi.

Rayyan pandang muka Lucia. "Sorry tau you" pinta Rayyan sambil muka yang dibuat buat comel.

"Hmmm yelah..." balas Lucia endah tak endah.

Mereka menghabiskan sarapan dengan bual bual kosong. Selepas anak buah Ray, Vista iaitu penjaga kepada anak kembar nya datang. Mereka bertolak untuk pergi ke pejabat menaiki kereta masing masing.

Di dalam kereta Lucia masih lagi dengan sikap dinginnya itu. Dirinya masih lagi sakit hati dengan perbuatan Rayyan semalam. Dahlah terjah bilik orang sesuka hati lepas tu minta maaf pun macam nak taknak je.

"Sorry tau pasal semalam. Sebenarnya aku nak kenakan Ray. Tapi aku tak expect pulak kau tengah kurang berbaju" ucap Rayyan sambil matanya memandang ke arah jalan raya.

Lucia jeling Rayyan tajam. Rayyan pandang Lucia dengan wajah yang pelik. Apa? Salah ke dia cakap.

Akhirnya lucia menghela nafas panjang.

"Takpelah nanti kalau you dah kahwin dengan i, you nampak jugak semua tu" selamba Lucia jawab. Sebenarnya dia malas nak ambik kisah sangat pasal hal semalam.

Rayyan tersenyum. Selepas beberapa minit menyepi Rayyan pandang muka Lucia semula.

"You" panggil Rayyan mendatar.

"Hmm apa" jawab Lucia malas.

"Harini meeting pembentangan projek yang Ray suruh kita berdua buat tu kan" habis sahaja Rayyan berkata. Terus Lucia pandang wajah Rayyan dengan mata yang membulat besar.

"Alamak! Projek tu! Kita tak siap lagi!"

Rayyan tergelak sakit. Mampus aku kali ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience