Bayangkan, apa akan jadi kalau satu hari nanti kucing dan anjing tinggal sebumbung? Huru- hara dunia. Confirm hari hari mesti ada je pergaduhan yang tak masuk akal jadi. Silap hari bulan dengan bumbung bumbung sekali hilang terus.
"Tak sekarang ni, kenapa pulak dia ni kena tinggal dekat sini dengan kita?" Soal Rayyan tak puas hati. Bertambah sakit hati apabila dia mendengar suara si hujung talian menggelakkan dirinya.
"Kenapa pulak tak boleh. Banyak lagi bilik kosong kan. Apa salahnya kalau bagi dia tumpang. Lagipun dia perempuan, bahayalah kalau tinggal sorang sorang dekat luar sana" balas Ray tenang.
"Sebab dia perempuan lah aku tak suka dia tinggal sini! Ish kau ni menyusahkan aku lah. Ah takda takda yang pasti aku memang tak bagi dia tinggal sini. Titik!"
"Dulu masa Khayra tinggal dekat sana dengan aku boleh je? Kau tak marah pulak. Kenapa baru sekarang nak jadikan isu perempuan tak boleh tinggal sana?"
"Khayra lain! Dia lain. Aku tak suka orang luar duduk sini" balas Rayyan semula. Merah mukanya menahan marah. Tiba tiba sahaja, Ray memberitahu bahawa Lucia akan tinggal sebumbung dengan mereka yang lain. Mana tak naik angin dia.
"Haha kenapa pulak lain, sama je Khyara perempuan dia pun perempuan. Jadi apa yang lainnya?" Balas Ray semula.
Keith dan Faiq dari tadi hanya memerhatikan pergaduhan antara dua beradik itu. Yang sorang asyik nak menjerit. Yang si abangnya pun asyik nak menyakat. Mana tak sakit hati si Rayyan ni. Last last budak ni tak reti duduk diam dari tadi kehulur kehilir dekat depan tv. Pening kepala mereka berdua melihat dua beradik ni.
"Khayra tu sebab aku tahu akan jadi akak ipar aku. Kau memang dah menggatal dengan dia dah lama. So takpalah. Ni dia siapa? Dia tu orang luar je. Kenapa pulak sampai nak kena duduk rumah sini. Berlambak lah hotel kat luar sana tu. Aku boleh bayar kan lah. Setakat sebulan dua, satu hotel tu aku tempahkan untuk dia" punggungnya dihempas kuat keatas sofa. Penat pulak asyik berdiri.
Faiq hanya menjeling apabila mendengar ayat Rayyan. Dasar riak. Tahulah kaya. Air milo panas yang dibuat tadi dicicip perlahan. Keith hanya mendiamkan diri sahaja. Bagi ruang untuk dua beradik itu menyelesaikan masalah.
"Siapa kata dia bukan siapa - siapa. Dia tu adik Xavier. Xavier part of our family so that means dia pun salah sorang dari family kita. Alah lagipun kau kan kena handel projek brand yang aku suruh buat tu dengan Lucia. Baguslah kalau duduk serumah. Boleh korang bincang elok - elok. senang sikit nak berurusan"
"Elok - elok kepala atok kau lah..." marah Rayyan. Geram pulak bila bercakap dengan Ray ni. Karang ada jugak berlaku pembunuhan.
"Uhuks atok kita kan dah mati. Kau dah lupa ke?" Balas Ray selamba sebelum disusuli dengan tawa halus. "Jangan gaduh gaduh eh. Hormat mummy dengan Daddy dalam rumah tu. Aku dengar korang bergaduh siap kau" ucap Ray berbaur amaran.
Rayyan sudah menjulingkan matanya keatas. Ni kena tembak sekali dekat kepala bagus jugak mamat ni.
"Tapi long..." rayu Rayyan lagi.
"Ah takda tapi- tapi. Ini arahan aku. Kalau aku dengar kau halau Lucia dari rumah tu siap kau" talian di matikan.
Rayyan meraup wajahnya kusut. Bala. Ini semua bala. Tak guna punya abang, tak pernah nak memahami adik sendiri. Faiq memegang bahu Rayyan.
"Relax lah wey, Lucia je pun. Bukan siapa siapa, lagipun dia kan adik Xavier jugak. Kau abaikan je lah dia kalau kau rasa benci sangat nak tengok muka dia" pujuk Faiq.
"Tak ni masalah dia bukan benci ke tak" Rayyan memandang wajah Faiq.
"Habis tu?"
"Hah ye benci tu memang nombor satu lah. Tapi ni masalahnya dia perempuan. Aku tak suka lah perempuan dekat dekat dengan aku, aku rasa rimas tahu tak. Aku asyik terbayang je muka betina yang kurung aku masa aku kecik dulu tu, kau faham tak perasaan aku" ngadu Rayyan. Wajahnya nampak kusut.
Keith memperlahankan sedikit suara tv. "Dulu masa Khayra tinggal sini kau okay je? Siap mandi swimming pool lagi sama-sama. Bawak gi shopping dekat mall belakang tu. Okay je aku tengok, takde pulak kau nak stress macam sekarang" jawab Keith mendatar.
"Khayra lain. Aku memang dah kenal dia dari kecik. Lagipun aku tahu. Orang tua tu mesti nak kahwin dengan Khayra, sebab tu aku okay je. Ni dia entah datang dari mana. Tiba-tiba jadi adik susuan Xavier. Pastu nak tinggal sebumbung dengan kita pulak, mana boleh!" kata Rayyan sedikit kuat. Geram pula bila abangnya sendiri buat tak endah je dengan rayuan dia tadi.
Faiq cuak apabila Rayyan bercakap dengan nada yang kuat. "Shuhhh... Cakap tu pelan lah sikit. Kalau dia dengar nanti macam mana. Kecik hati dia tau" Faiq memandang sekeliling ruang tamu itu. Kut kut Lucia turun dari biliknya. Habis kantoi yang diorang tengah membawang pasal dia. Karang satu kerja pulak nak memujuk perempuan tu.
"Biarlah dia dengar, dia ada telinga. Mengisah pulak aku" balas Rayyan selamba. Badannya disandar ke sofa sebelum kedua tangannya ditepuk tepuk kuat ke sofa. "Ishhh! Serabut lah aku macam ni"
Keith menggeleng kepala melihat perangai Rayyan. Macam budak budak betul. Sampai bila dia nak mengelak daripada perempuan. Takkan dia nak jadi Gay? huh jauh menyimpang.
"Kalau dia dengar je takpa. Tapi kalau dia dengar, pastu dia lari, Xavier ngadu dekat Ray. Tak nahas kau kena?" Keith mengangkat sebelah keningnya.
Rayyan cepat-cepat menutup mulutnya. Ada betul jugak kata Keith. Pantas dia melihat ke arah lift. Fuh nasib baik perempuan tu tak turun lagi.
"Tapi sampai bila dia nak duduk dekat sini..." sambung Rayyan lagi.
Keith dan Faiq serentak mengangkat bahu mereka. "Sampai bila bila lah kut. Dia dah kerja under kau kan" balas Keith mendatar.
Rayyan mencemikkan mukanya. Wuarghh mummy daddy, abang Ray buli Rayyan.
Makan malam kali ini sunyi sepi apabila ditambah kehadiran baru dalam keluarga itu. Rayyan yang selalunya kecoh dengan lawak hambar bodohnya kini diam seribu bahasa. Mereka yang lain juga tidak mengeluarkan apa apa suara. Masing masing makan dengan senyap. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja kadang kala kedengaran.
"Lucia dulu kerja mana?" Soal Mrs Agnes ibu angkat Rayyan memecahkan kesunyian di meja itu.
Lucia memandang wajah Mrs Agnes. Walaupun usia wanita itu sudah semakin lanjut. Namun wajahnya masih lagi kekal awet muda. Agak-agak apa rahsia dia untuk kekal berseri eh. Mesti tiap hari dia pergi spa "Dulu Lucia kerja dekat Spain, Puan Agnes" jawab Lucia penuh sopan.
"Tak payah puan puan, panggil je mummy dengan daddy. Lucia kan sebahagian daripada keluarga ni jugak"
Lucia tersenyum. "Okay mummy".
Rayyan membuat muka menyampah apabila mendengar mummy nya berkata sedemikian. Sukalah kau, orang anggap kau family. Daging yang berada di dalam mulutnya dikunyah geram, segeram hatinya.
"Hah Rayyan, tak payah nak buat muka sangat. Hormat sikit tetamu dalam rumah kita, daddy taknak ada apa-apa isu pun ye" balas Mr Darell ayah angkat Rayyan.
Rayyan menundukkan wajahnya. Bengang juga apabila ayahnya perasan yang dia membuat muka tadi.
"Iyalah daddy".
"Jadi Lucia datang sini kerja sebagai apa?" sambung Mrs Agnes lagi.
"Personal Assistant Rayyan, mummy".
"Ouh baguslah. Ada lah jugak yang nak menengoknya si Rayyan ni buat kerja, takda lah stress abangnya nanti. Asyik nak kena marah je, padahal umur dah 26 tahun. Tapi perangai tak matang - matang , Faiq yang 25 tahun tu pun tak pernah mummy tengok dia mengelak nak buat kerja" hah dah mulalah bebel dia.
Rayyan menadah telinga. Bukan setakat telinga je panas, hati pun dah macam kena panggang apabila mummynya menangkan orang lain berbanding dirinya. Terasa di-anak tirikan pula, walaupun hakikatnya dia memang anak tiri.
"Rayyan busy lah mummy" Rayyan jawab endah tak endah.
"Semua orang busy Rayyan. Pandai-pandai lah kamu nak uruskan masa sendiri. Kalau dah namanya tanggungjawab. Kenalah kamu laksanakan. Kalau tanggungjawab kecik pun tak boleh nak pikul, nampak sangat kamu tu seorang lelaki yang tak boleh diharap" ambik kau kan dah sentap kena dengan mak sendiri. Hastag deep sampai tulang rusuk.
Lucia sudah tersenyum kemenangan. Suka pulak tengok Rayyan kena marah. Selama ni dia je yang berlagak seolah-olah dunia ni dia yang punya. Hah sekarang ambik kau. Baru kau tahu yang langit tu tak selalunya cerah.
"Betul tak Faiq?" Sambung Mrs Agnes lagi.
Faiq tersentak apabila namanya dipanggil. Aduh macam mana ni nak iyakan ke tak. Kalau dia meng iyakan nampak sangat dia menyokong kata kata Puan Agnes tadi . Tapi kalau dia menidakkan nampak macam biadap pulak.
Lambat lambat Faiq mengangguk.
"Haah..Betul lah tu mummy" jawab Faiq serba salah. Kemudian dia menoleh memandang muka Rayyan.
Mampus. Rayyan dah buat muka ' siap kau kejap lagi' dia tu. Matilah. Faiq memandang makanannya semula, pasrah akan nasibnya selepas ini.
"Keith esok nak bertolak ke US ye?" Soal Mrs Agnes lagi. Wajah Keith pula dipandang.
"Aah mummy, tiba tiba pulak ada problem dekat sana. Salah sorang pelabur saham syarikat GNW tarik diri. Tu yang Ray suruh pergi sana. Settelkan secepat mungkin".
"Lah macam tu pulak. Pergi sana berapa hari? Flight dah uruskan?"
"Tak tahu lagi mummy, cepat settel cepatlah balik sini semula. Tiga empat hari je kut, lagipun dekat GNW tu okay je takda masalah apa pun cuma nak settelkan kes saham tu je, semalam dah tempah dah. Keith guna kapal terbang persendirian Rayyan je"
Rayyan memandang Keith. Keningnya diangkat, mulutnya membuat gaya isyarat seperti 'Kau pergi sorang ke esok?'.
Keith mengangguk. Rayyan sudah tersenyum lebar. 'Aku nak ikut boleh?' Keith mengangguk lagi. Diorang berdua ni kalau pergi mana-mana memang asyik nak berkepit je. Lepastu nanti adalah bangunan letup sana sini. masuk berita. Tak lain tak bukan abangnya lah yang bertanggungjawab kena coverkan semua benda untuk budak budak tak matang ni . Bak kata Ray 'Jaga monyet lagi senanglah daripada jaga korang berdua'.
Wajah Mrs Agnes dipandang pula.
"Mummy...".
"Takda, Keith pergi sorang je tak payah nak berteman - teman" potong Mrs Agnes laju seolah-olah dia sudah tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Rayyan.
"Alahh.... Mummy ni... Ayyan tak habis lagi cakap" dia sudah membuat muka gedik dia.
"Jangan nak beralah-alah sangat. Asyik nak lari dari tanggungjawab. Bukan mummy tak tau yang kamu kena handle projek baru yang abang kamu bagi tu kan".
Rayyan terus melihat wajah Lucia geram. Ni tak lain tak bukan mesti dia yang bagi tahu.
Lucia hanya membuat muka poker dia.
"Yang kamu nak pandang Lucia tu kenapa? Mummy tahu daripada abang kamu tu. Tak payah nak sibuk jeling jeling anak dara orang" jawab Mrs Agnes lagi.
Rayyan memuncungkan mulut. Tanda protes.
Mereka yang lain menggelakkan Rayyan. Padan muka. Tahu takut bila puan besar dah membebel.
Lucia hanya diamkan diri sahaja. Pergilah kau ikut Keith sana. Sikit pun dia tak heran. Lagi bagus sebab dia tak perlu nak menghadap muka Rayyan yang hensem tapi bebal tu.
Rayyan memandang kembar pula. Zen awal-awal dah buat isyarat mulut ' Aku taknak masuk campur ' dia.
Zariq yang duduk di sebelahnya dicucuk pinggangnya sedikit. "Tolong lah aku , nanti aku naikkan gaji kau" bisik Rayyan perlahan.
Zariq tersenyum luas.
"Aku taknak naik gaji, gaji aku dah terlebih cukup"
"Habis kau nak apa?"
"Bagi aku satu jet peribadi" Zariq menahan tawanya.
Rayyan menayang muka meluat, dasar anak buah mata duitan.
"Hah yelah-yelah ...nanti aku bagi jet apa yang kau nak, pilih jelah nak mana satu" balas Rayyan semula mengalah.
"Cantik ..." Zariq tersenyum suka. Yeah yeah dapat jet baru. Wajah Puan Agnes dipandang kembali.
"Ehem.. Mummy bagi jelah Ayyan ikut, lagipun projek baru yang Ray suruh buat tu pun memang perlu ciptakan satu jenis brand baru. Biarlah dia pergi ikut Keith, bak kata pepatah orang dulu tuh apa, jauh perjalanan luas pemandangan. Hah tak ke gitu?" Zariq mula membodek.
Zen hanya menggeleng kan kepalanya. Malas hendak masuk campur.
"Aah betul tu mummy" Keith pula menyokong.
Rayyan sudah tersenyum riang. Bagus betul anak didik aku ni. Pandai membodek.
"Aah betul alang-alang tu nanti suruh je Lucia ikut sekali. Nanti boleh diorang cari Idea sama sama, mummy ..." sambung Faiq selamba.
Terus mati senyuman Rayyan. Serentak Lucia, Rayyan, Keith dan Zariq merenung Faiq tajam, kalau ada laser dekat mata dia, dah lama mati si budak Faiq ni. Sesukahati dia je bagi idea mengarut macam tu.
Faiq yang terasa bagaikan dikelilingi aura pembunuh itu terus terdiam menikus. Dia ada salah cakap ke tadi?
"Hah bagus lah tu idea Faiq..." Faiq kembali ceria apabila Puan Agnes memujinya.
"Hah esok nanti Lucia ikut sekali ye Rayyan dengan Keith pergi US, alang-alang tu nanti boleh kamu tengok syarikat dekat sana sekali"
Lucia tersenyum paksa. "Baiklah mummy".
Rayyan dah makin pasrah dah dengan kebodohan Faiq tadi. Budak tu memang mintak nak kena smash sekali dekat kepala.
Tidak jadi Lucia ingin masuk ke dalam lift, apabila ada satu tangan yang menghalangnya di hadapan pintu lift.
Wajahnya dibekukan melihat jejaka itu.
"Sukalah kau kan, mummy asyik backup kau" provok Rayyan. Kemudian dia memasuki lift itu dahulu.
Lucia hanya mendiamkan diri sahaja. Malas nak bersuara. Dia turut mengikut langkah Rayyan masuk ke dalam. Pintu lift tertutup. Rayyan menekan butang nombor 2. Di mana terletakknya semua bilik tidur di dalam rumah agam itu.
"Asal diam...?" Provok Rayyan lagi.
"Aku tak suruh pun Mummy backup aku" balas Lucia mendatar.
"Kejap aku kau, kejap saya awak nanti kat pejabat i you pulak..."
"Kau memang ada masalah kan dengan panggilan yang aku guna, daripada semalam lagi. Apa sebenarnya eh masalah kau ni?" Soal Lucia berang.
"Masalah aku, kau. Kau tu punca masalah aku yang utama" balas Rayyan sambil jari telunjuknya ditunjuk tepat ke kepala Lucia.
Lucia hanya menjelingkan matanya. Malas nak melayan orang sakit jiwa ni. Pintu lift terbuka apabila sudah sampai di tingkat dua.
Cepat-cepat dia melangkah keluar meninggalkan Rayyan di belakang. "Tiba tiba datang sini pastu sibuk nak melekat dekat mummy aku" kata Rayyan lagi perlahan tapi masih boleh didengari oleh Lucia.
Lucia menoleh ke belakang apabila mendengar Rayyan berkata sedemikian. Kakinya diberhentikan betul betul di hadapan lelaki itu.
"Look here Mister Rayyan Mikayla, I tak tahulah apa besar sangat salah i pada you ni, tapi boleh tak you buat hal you. I buat hal i" kedua tangannya disilang, berpeluk tubuh.
Rayyan membut muka poker dia. "Takda kerja aku nak buat hal kau. Kau perasan pehal, aku cuma rasa tak puas hati dengan kau je" balas Rayyan selamba. Kemudian matanya terarah pada bilik yang berada di belakang Lucia. "Wait a minute. Kau tinggal bilik ni?" Jarinya ditunjuk ke arah muka pintu di belakang Lucia.
"So ada apa apa masalah ke? Apahal? Ni bilik kau?" Balas Lucia kembali.
Rayyan terus memusingkan badan sebelum terus membuka pintu biliknya.
"Banyak banyak bilik dalam rumah ni. Depan bilik aku jugak kau nak duduk" bebel Rayyan perlahan sebelum dia terus masuk ke dalam. Pintunya dihempas sedikit kuat.
Lucia hanya buat tak endah sahaja dengan perangai Rayyan, dia juga terus masuk ke dalam biliknya.
"Pikir aku nak sangat agaknya duduk depan bilik dia" bebel Lucia sorang diri. Sebelum dia juga menghempaskan pintu biliknya kuat.
Xavier yang menyaksikan drama itu di hujung lorong menggelengkan kepalanya perlahan.
"Aku rasa kan Ray, boleh kiamat dunia kalau kau masih nak jodohkan adik aku dengan Rayyan" gumannya perlahan. Kaki terus melangkah masuk ke dalam biliknya sendiri.
Share this novel