" Lucia jom makan dulu" ajak Khayra di sisinya. Lucia daripada semalam tidak beranjak daripada katil Rayyan. Setia betul dia ni.
Lucia menggeleng lemah.
"Nanti Lucia makan..."
Khayra mengalah, termasuk dia sudah 4 orang memujuknya untuk makan. Semua ditolak mentah-mentah. Sanggup dia kekal macam batu dekat dalam bilik Rayyan ni.
"Akak, abang tak apa-apa lah. Paling kurang pun dia hilang ingatan je. Tak payah nak risau sangatlah..." kata Avery yang sedang bermain game didalam telefon bimbitnya. Dirinya dipaksa oleh Lucia untuk menemani sekali, takkanlah Lucia nak berdua-duaan dalam bilik Rayyan pulak kan. Haram.
"Benda tulah yang akak taknak..." balas Lucia perlahan. Mukanya murung sahaja.
Khayra menghela nafas sebelum melangkah keluar dari dalam bilik. Pintu ditutup perlahan.
"Hah macam mana? Okay tak si Rayyan?" Tanya Ray yang berada diluar bilik.
" Masih belum bangun, Lucia tu jelah, susah sangat nak ajak makan. Sayang pergilah pujuk dia" kata Khayra lembut.
"Bukan taknak pujuk, dah pujuk dah pun, tapi dia tetap jugak degil taknak keluar"
"Nanti dia lapar pandai-pandai lah dia nak makan" balas Xavier disebelah Ray.
" Entahnya...Nanti dia dah lapar pandai lah dia turun cari makan" kata Faiq pula mendatar.
" Hanz macam mana?" Soal Ray kepada Xavier.
" Ada dekat bilik sebelah . Dia okay je, peluru tu tak kena mana mana organ penting. Tak lama lagi bangunlah tu.." balas Xavier mendatar.
Mereka semua menarik nafas lega. Sekarang hanya tinggal Rayyan sahaja untuk bangun .
Namun hinggalah waktu bertukar senja, Rayyan masih lagi tidak membuka mata. Mereka semua takdelah risau mana pun. Sebab Xavier kata dia dah cuba sehabis baik untuk stabilkan dadah yang Rayyan ambik selama ni, tinggal tunggu dia bangun sahaja untuk tahu ubat tu berkesan atau tidak. Lucia jelah yang risau lebih lebih.
Zariq dan Zen duduk diruang tamu bermain dengan Rachel dan Alicia. Dalam tak sedar budak berdua itu sudahpun lancar berbicara.
"Uncle Jariq, mana uncle Rayyan?" Tanya Alicia pelat kepada Zariq yang dari tadi bermain playdoh bersama dengannya.
"Uncle Rayyan tengah tidur . Nanti dia dah bangun dia main dengan adik okay."
" Tapi Uncle Keith kata uncle Rayyan tidur mati. Tidur mati tu tidur apa?" soal Rachel pula.
" Tidur mati tu, kalau dia dah banyak sangat buat benda jahat. Nanti ada pari-pari datang ambik roh dia " tipu Zen.
" Aah betul tu, nanti jadilah macam Uncle Rayyan awak berdua tu. Tidur mati " sambung Zariq pula.
Rachel dan Alicia menganggukkan kepala mereka percaya apa yang didengar.
"Kau jangan ajar diaorang benda bukan-bukan boleh tak? Ray marah karang" celah Xavier mendatar. Tangannya sibuk menekan nekan papan kekunci laptop membuat kerja syarikat.
" Tulah, haritu Xavier yang kena marah dengan Ray sebab Avery ajar diaorang menda pelik-pelik" balas Faiq pula. Dia juga sedang membuat kerja. Masing-masing sibuk mengejar tarikh deadline . Nasib Zen dan Zariq diarahkan untuk menjaga Alicia dan Rachel , kalau tidak mereka berdua pun tengah buat kerja sekarang ni.
" Hah? Av? dia ajar apa dekat budak berdua ni?" tanya Zariq.
" Jangan kata dia ajar buat bom ah.." kata Zen pula.
Xavier mengangguk.
" Kepala hotak dia lah....." kata Zen dan Zariq serentak.
" Dua orang adik beradik tu pernah ke ajar benda yang betul. Ada je benda bukan-bukan diaorang buat" kata Faiq pula. Ayatnya ditujukan buat Avery dan juga Rayyan.
" Pastu last -last kau berdua yang kena kan...." kata Keith yang baru sahaja masuk ke ruang tamu bersama secawan coffee ditangan.
" Itulah tu .." balas Faiq mengiyakan kata-kata Keith.
Xavier hanya diam .
" Padan lah muka kau.. Hahaha" kata Keith selamba.
Keith duduk disebelah sofa Faiq.
" Banyak ke kerja?" Soal Keith apabila melihat Xavier dan Faiq tekun dengan laptop ditangan masing-masing.
" Banyak lah jugak , dah lah kerja kau selama ni aku yang ambik alih.
" balas Faiq mendatar.
" Habis kerja Rayyan?" soal Keith semula.
" Xavier yang buatkan"
" Aik, Habis Lucia buat apa?"
" Buat -buat lupa..." balas Xavier.
" Eh..?"
''Buat buat gila... "
"Hah?"
" Takdalah dia dengan Avery yang rancang untuk kes korang haritu" balas Faiq kembali.
" Oh yeke . Hah! Sebut pasal Lucia aku pelik tau sebenarnya , macam mana Rayyan dengan Lucia tu boleh tiba-tiba rapat semacam ? Bukan sebelum ni diaorang asyik bergaduh je ke?" Keith mula hendak bergosip , apa kau pikir mafia takda bergosip ke?
" Lah kau tak tahu ke diaorang tiap malam dating masa korang dekat Spain" kata Zariq mendatar.
" Pulak tu kitaorang ni pulak, hari-hari kena marah sebab gagal cari korang..." adu Faiq.
"Kedengaran macam sial tapi itulah hakikat..." kata Zariq mendatar.
"Dah tu bila korang semua dapat tahu?" Soal Keith.
" 3 minggu lepas baru kitaorang dapat tahu, itupun sebab Khayra yang perasan kalau tak hah memang sampai tak kesudah lah jawabnya aku ni macam orang bodoh cari korang berdua kehulur hilir, tahu tak!" balas Zariq .
" Ouh patutlah ..." balas Keith meleret.
" Asal kau boleh tak tahu? Kau kan dekat sana jugak?" Soal Zen pula.
" Sebab aku kena kurung sepanjang 6 bulan tu. Bukan macam Rayyan. Dia bebas masa dekat sana. Sebab Tyler ingatkan dia dah jadi Kiez Lythe sepenuhnya " balas Keith kembali.
" Pergh nama nak glamour, Kiez Lythe. Hahaha..." kata Zariq.
" Habis tu kau kena buat apa je dekat sana tiap hari?" soal Faiq.
" Eh kejap, aku hantar budak berdua ni naik bilik dululah, takkan nak cerita depan diaorang" kata Zariq sebelum dia bangun mendukung Alicia. Rachel pula didukung oleh Zen.
Risau juga kalau mereka mendengar bebelan diaorang, karang kalau Ray marah habis semua kena tibai.
" Pergilah hantar diaorang dulu" kata Keith sebelum air coffeenya dicicip perlahan.
Melihat Zariq dan Zen hilang dari pandangan Faiq menoleh semula kearah Keith .
" Kau buat apa tiap hari dekat sana?" soal Faiq kembali.
" Aku kena cipta bom. Banyak nak mampus wey, tiap hari lebih 10 bom aku buat "
" Dia nak buat apa dengam bom bom tu semua?" soal Faiq.
" Entahlah, aku mana tahu..."
" Tu je ke kau kena buat?" Soal Xavier mendatar. Tangannya masih lagi menaip di laptop.
" Tu jelah. Kadang -kadang Hanz datang tolong aku. Tapi dulu kalau dia masuk dalam bilik aku pun dia diam je. Takda pulak berbual ke apa. Aku pun malas nak banyak bunyi sangat" balas Keith.
Selepas beberapa minit Zariq dan Zen kembali semula ke ruang tamu. Masing-masing mengambil tempat di sebelah Xavier.
" Tapi yang aku pelik kenapa Rayyan suruh letupkan rumah lama tu. Tak ke korang rasa membazir? Rumah tu cecah 500 billion wey nak bina .." tanya Keith.
" Yang ni mesti kau tak tahu cerita kan?" kata Faiq.
" Pasal apa?"
" Rancangan Rayyan dan Lucia" kata Si kembar serentak.
" Rancangan apa?"
" Kau tahu kan Lucia pun ada kumpulan dia sendiri?" soal Faiq mendatar.
" Yang BlackRose tu?"
" Aah, 3 minggu sebelum korang datang ke France . Aku, Kembar dengan Avery merata cari penghianat dalam kumpulan BlackRose dan kumpulan kita" kata Faiq kepada Keith.
" Untuk apa pulak?"
"Sebenarnya sebelum korang datang dengan anak buah Tyler lagi rumah lama tu dah penuh dengan anak-anak buah BlackRose dengan Snr. Avery arahkan diaorang berjaga disetiap tingkat . Siapa yang dapat bunuh anak buah Tyler yang paling ramai akan diberikan ganjaran"
" Tapi diaorang mati dalam letupan tu jugak kan?" tanya Keith semula. Dahinya bertaut.
" Sebab tu lah yang kitaorang letak dalam rumah tu cuma penghianat dan pembelot sahaja" balas Zariq mendatar.
" Orang orang yang makan duit syarikat sampai berjuta-juta lesap, diaorang yang jual dadah. Semua yang kes-kes berat lah senang cerita.." kata Faiq.
" Payah wey, nak cari pembelot pembelot tu semua" sambung Zen pula.
" Patutlah aku pelik, apasal anak buah Tyler takda seorang pun yang keluar daripada rumah . Padahal kitaorang bawak lebih seribu orang masa tu" balas Keith.
Faiq menganggukkan kepalanya.
" Yang bom tu Av lah yang pasang eh?" kata Keith semula.
" Siapa lagi kalau bukan dia" kata Zen tenang.
" Tapi kan.... Masih ada satu lagi benda yang aku musykil" kata Keith lagi .
" Apa dia?"
" Korang ingat tak masa dekat hospital?"
" Hospital mana?" soal Zariq keliru.
" Masa Lucia kena tembak ,yang dia bukak cerita pasal kesan jadi makmal tikus tu , kau ingat tak?" Soal Keith semula.
Xavier sahaja yang masih lagi membuat kerjanya tetapi dalam diam dia juga memasang telinga kearah mereka bercerita. Faiq awal-awal sudah meletakkan laptopnya ke tepi. Syok sangat mengumpat.
" Kenapa? Apa yang kau musykil?" soal Faiq .
" Kan Lucia kata dia ada 8 deria betul tak?"
Mereka semua mengangguk.
" Lepastu kau ingat tak masa Lucia bukak mata plastik dia ... Kan dia pandang Rayyan terkejut gila muka dia masa tu."
" Eh haah lah! Aku pun ingat !" kata Faiq sedikit kuat.
" Aah aku pun perasan jugak masa tu muka dia macam terkejut gila ..." Zariq mengiyakan kata-kata Keith juga.
" Kan!" kata Keith.
" Mata tu boleh nampak organ dalaman manusia eh?" Soal Zen kembali.
Keith mengangguk.
" Itulah yang aku masih tertanya-tanya sampai sekarang apa yang Lucia nampak masa tu"
" Ya wey ,pastu Ray pun macam terus je percaya masa tu bila dia tengok reaksi Lucia " kata Faiq pula.
" Betul tu . Korang rasa apa benda yang Lucia nampak?" tanya Keith.
Masing-masing menyepi berfikir.
" Hah aku tahu!"
Semua mata memandang kearah Zariq.
" Dia nampak bebird Rayyan kut" kata Zariq selamba.
" Kepala hotak kau!"
" Dia ni memain lah! "
" Entah orang tengah serius..." kata Faiq.
Zariq tersengih .
" Dah tu dia nampak apa je sampai boleh terkejut"
" Dia nampak otak Rayyan takda kut.." celah Xavier yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
" Hmmm boleh diterima.." balas Faiq.
" Betul jugak tu ..." kata Zen . Lagak mukanya seperti seorang detektif .
" Eiii korang ni memain lah!" Marah Keith.
" Aik apa yang main-mainnya, dia ada otak ke selama ni?" Kata Zariq pula turut menyokong.
" Itulah tu..." kata Zen pula.
" Nak senang tanya jelah pada Lucia nanti. Tak pun kau tanya je terus pada Rayyan" kata Xavier tenang.
" Memang tak lah Rayyan nak bagi tahu..." balas Keith.
" Tanya apa benda ni?" soal Ray yang baru sahaja melangkah masuk kedalam ruang tamu. Dia mengambil tempat di sebelah Zariq.
" Hah Ray! Aku nak tanya.." kata Keith .
" Tanya apa?"
" Apa benda yang Lucia nampak dekat dalam badan Rayyan sampai dia boleh terkejut gila , 6 bulan lepas masa dekat hospital tu. Kau mesti tahu sesuatu kan..." kata Keith.
" Ouh tu, entahlah mana aku tahu, dia nampak bebird Rayyan panjang sangat kut.." balas Ray dengan muka yang selamba.
Yang lain terus pecah tawa mereka. Xavier yang tiada perasaan itu pun tiba-tiba boleh wujud semula emosi dia .
" Aiy kau ni main-main lah.." kata Keith meleret.
" Hahaha kau tanya lah Rayyan sendiri nanti, aku manalah tahu" balas Ray semula dengan sisa gelaknya.
Masing-masing menyambung gelak sendiri.
"Oii nak kutuk aku pun agak-agak lah" kata satu suara yang baru sahaja melangkah ke arah ruang tamu itu.
Mereka semua menoleh kearah suara tersebut.
"Rayyan!" Panggil mereka serentak.
Lucia yang berada di sebelah Rayyan sudah berona merah pipinya. Jelas dia juga turut mendengar bicara mereka semua tadi.
" Bila kau sedar?" Tanya Ray mendatar.
" Siapa Rayyan? Nama aku Kiez Lythe lah" kata Rayyan senada.
Masing-masing terkejut. Woi woi woi , serius ke ni?
Share this novel