Bab 49

Action Series 39599

        Mereka semua telah pun sampai ke pulau persendirian di Malaysia iaitu Royal Resort Mikayla. Resort ni selalunya orang kaya-kaya sahaja yang mampu duduk. Mana taknya kalau dah satu malam cecah hampir 25 ribu ringgit untuk satu bilik.

Taraf taraf sultan.

Rayyan menarik bag bagasi dengan muka yang monyok sebelum duduk di atas sofa yang tersedia di hadapan reception. Ray dan Khayra berada di kaunter untuk menguruskan bilik mereka.

"Eh kau ni, kata nak bercuti sangat. Bila dah cuti monyok pulak muka" tegur Keith yang berada di sebelahnya.

"Aku nak bercuti. Tapi taknak dekat Malaysia" balas Rayyan mendatar.

"Apasal pulak? Awek Malaysia cun cun apa" celah Zariq.

"Awek aku lagi cun" balas Rayyan dengan mata yang sudah menoleh ke arah Lucia. 

"Apasal kau tak suka bercuti dekat Malaysia?" Soal Zen yang baru sahaja mengambil tempat di hadapan sofa Rayyan.

"Banyak anjing..."

"KENAPA BILIK TAK SIAP LAGI NI? SEPATUTNYA SEBELUM AKU SAMPAI LAGI KORANG SEMUA KENA SIAPKAN BILIK TU AWAL AWAL! KAU TAHU TAK AKU NI ANAK SIAPA? AKU NI ANAK TENGKU TAHU TAK! " Tengking satu suara yang berada di kaunter hujung.

Mereka semua menoleh ke arah suara tadi. Khayra dan Ray yang turut berada di kaunter sebelah juga  memandang ke arah lelaki yang menengking salah sorang pekerja resort di situ.

"Hah itulah anjing yang aku mention tadi. Orang kaya dekat sini berlagak nak mampus. Padahal takdalah kaya mana pun" balas Rayyan selamba. Badan sudah menyandar ke sofa.

Mereka yang lain sudah memandang simpati kepada pekerja perempuan yang ditengking itu.

"Woi relax lah! Kau nak tengking-tengking dia pehal" celah Avery yang sudah melangkah ke kaunter lelaki tadi.

Ah mampus.

"Apahal? Kau mak dia ke sampai nak sibuk hal aku!" Tengking lelaki itu semula.

"Kau tengok jelah tak lama lagi mampus laki tu" kata Zariq mendatar. Mereka semua malas mahu masuk campur. Masing-masing hanya mendiamkan diri di sofa.

"Cakap elok-elok tak boleh ke bro! Bukan salah dia pun. Hak alah kau ni berlagak nak mampus" kata Avery nada perli. Lelaki yang sama tinggi dengannya itu dijeling tajam.

"Kurang hajar.." baru sahaja lelaki itu ingin menampar muka Avery ada satu tangan lain yang menahan.

"Bro relax lah, asal naik tangan dekat perempuan ni..." kata Keith mendatar. 

"Itu kalau Keith tak tolong, aku rasa dah arwah jantan tu..." bisik Faiq perlahan. Mereka semua seperti melihat drama dalam tv. Masing-masing tekun.

"Kau siapa? Bapak dia ke, Nak masuk campur hal aku! " Jerit lelaki tadi. Beberapa pekerja hotel yang melihat semua sudah kecut. Siapa je yang tak kenal dengan keluarga mafia itu. Pulak tu mereka pemilik Resort ni. Memang bodohlah nak cari pasal dengan keluarga mereka.

Khayra dan Ray sudah melangkah semula ke arah mereka yang lain di sofa.

Keith melepaskan tangan lelaki tadi kasar.

"Cakap elok elok lah. Kau manusia dia pun manusia. Tak perlu nak tengking-tengking"

Kemudian ada lagi 4 orang lelaki datang di sebelah lelaki yang menengking tadi. Masing-masing tayang muka berlagak.

"Masalahnya kitaorang dah tempah 4 bilik! Salah dia lah sebab tak kemas awal-awal" kata kawan lelaki yang lain. Nada suaranya naik seoktaf. Pelancong yang lain sudah memandang mandang kearah Keith dan Avery.

"Tak nak tolong ke?" Tanya Lucia mencelah.

"Tak perlu, biar je" balas Ray dan Rayyan serentak.

"Aku tak kisah lah kau tempah 4 bilik ke,10 bilik ke. Aku cuma tegur perangai je bro... Benda boleh settel cara baik, aku rasa tak perlu kut nak tengking tengking ni" kata Keith masih lagi cuba berlembut.

"Orang acah kaya memang macam ni" sindir Avery pedas. Tangannya disilang ke dada.

"Apa kau kata!" Salah seorang daripada 5 lelaki itu cuba untuk menarik rambut Avery namun sempat ditahan oleh Keith.

"Bro relax bro... jangan macam ni" balas Keith takut. Bukan dia takut dengan 5 lelaki di hadapan itu. Dia takut dengan gadis di sebelahnya ini. Mengamuk dia habis lah dunia.

Pang!

Satu tamparan mengena pada wajah Keith.

"Kau takyah nak acah sibuk lah bodoh!" Tengking kawan kepada lelaki yang ingin menarik rambut Avery tadi.

"Wuishhh..." kata Faiq, Zariq dan Zen serentak. Mereka masih lagi melihat kejadian itu dari sofa.

Avery merenung tajam lelaki yang menampar Keith. Nafasnya turun naik dengan laju. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu.

"Touch his face again, and i will make sure your fucking face gone" keras Avery menutur. Wajahnya berubah dingin.

"Kau fikir aku takut ke?" Bidas lelaki tadi berani. Mulutnya tersenyum senget.

"You should..." mata tajam merenung antara satu sama lain.

"Avery dah, kita datang sini nak bercuti bukan nak cari gaduh" pantas Keith menarik lengan gadis itu menjauhi mereka. Seram wey aura yang Avery keluarkan tadi. Meremang bulu kaki.

"Dasar bocah" jerit lelaki yang menengking pekerja resort tadi kuat apabila Keith sudah menarik tangan Avery ke arah mereka yang berada di sofa.

"Apahal dia tu? Nak aku bunuh tak?" soal Ray dingin. Matanya tajam merenung ke arah 5 orang lelaki tadi.

Mereka semua menoleh ke arah Ray atau lebih tepat ke arah lelaki yang bermata merah itu.

"Louis!" 

"Yeah Daddy Louis!" Kata Alicia dan Rachel serentak sebelum memeluk kaki Louis.

"Hmm aku dah agak dah..." balas Rayyan malas. Louis memang sayang dekat Avery. Agaknya kalau Avery kena tampar tadi hilang terus kepala kelima lima lelaki tu semua.

"Awak jangan nak mengada eh. Kita kat tempat orang ni... " tegur Khayra laju. Suami dia yang lagi sorang ni bukan boleh percaya sangat, kalau dia kata nak bunuh memang dia bunuh betul betul. Tak main-main.

"Jom blah naik bilik, panas pulak aku duduk sini lama-lama karang Louis tak bunuh diaorang, aku yang bunuh" kata Rayyan yang sudah melangkah pergi. Mereka yang lain mengekor dari belakang.

"Bye bye fucker" sempat lagi Rayyan menayangkan jari tengahnya ke arah sekumpulan lelaki tadi.

"Siapa diaorang tu?" Soal Farid kepada Haikal. Farid ini lah yang nak tampar Avery awal-awal tadi.

"Entah, macam orang kaya je dari atas ke bawah pakai brand Mikayla... lawa doh perempuan tadi tu, kau perasan tak?" Tanya Diaz kepada rakannya yang lain.

"Yang mana satu?" Soal Mika mendatar. Mata masih lagi memerhati keluarga yang sudah pergi melangkah ke arah lift.

"Tu yang rambut perang mata kelabu tu" jari telunjuk Diaz menunjuk ke arah Lucia.

"Kau rasa sebelah dia tu suami dia ke abang dia?" Soal Diaz lagi.

"Aku rasa abang, macam muda je" jawab Matin. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek.

"Tapi aku lagi suka dengan perempuan yang depan kau tadi, Hot doh perempuan tu dengan kain skirt dia tu perghh..." celah Mika.

Farid tersenyum jahat.

"Diaorang mesti stay sini kan..."

"Wey kau jangan macam macam daddy aku marah nanti," tegur Haikal yang sememangnya sudah tahu perangai Farid yang kaki perempuan itu.

"Apa salahnya, kita enjoy jelah... bukan selalu" kata Matin pula.

"Dapat seround dua jadi lah..." sambung Diaz. Kemudian mereka semua tergelak.

Hanz yang masih lagi tidak beranjak daripada sofa tadi perlahan lahan melangkah ke arah mereka berlima.

Tangan Faris dicapai sebelum disalam kuat. Mata tajamnya tepat merenung kelima-lima lelaki muda itu.

"Hi nama aku Hanz, aku ada dengar apa yang korang borak tadi. Aku cuma mampu bagi nasihat yang bernas dekat korang semua. Jangan ganggu keluarga tu kalau korang masih nak keluar dari resort ni dengan roh dan jasad yang masih bersatu" kata Hanz bersama senyuman. Kemudian dia terus melangkah ke arah lift.

"Pehal doh mamat tu, hak alah!" Latah Farid. Mata memerhati Hanz yang sudah menghilang ke dalam perut lift.

"Entah nak berlagak pulak!" Marah Matin.

"Dah jomlah naik bilik" ajak Haikal sebelum mereka semua melangkah ke arah lift yang sama.

Rayyan menghempaskan badannya ke atas tilam. Penat perjalanan France ke Malaysia masih belum hilang lagi. Kepalanya dipicit sedikit. Tekaknya terasa mual, tetapi sedaya upada dia cuba menahan.

Lucia berbaring di sebelah Rayyan selepas meletakkan beg bagasi mereka di tepi dinding. Badan Rayyan dipeluk erat.

"Awak okay tak ni, nak ubat? " Soal Lucia dalam pelukan.

"Okay, penat sikit je ni... Kejap lagilah ubat tu" bohong Rayyan dengan mata yang sudah menutup rapat. Tangannya elok memeluk badan Lucia yang berbaring di sebelahnya.

Kemudian mereka sama-sama mendiamkan diri. Hanya nafas halus sahaja yang kedengaran.

"Sayang, kau nak anak tak?" Soal Rayyan tiba-tiba.

Terkejut beruk Lucia apabila ditanya soalan itu.

"Awak ni memang suka buat orang terkejut dengan soalan yang tiba-tiba eh?" Soal Lucia semula.

Rayyan tergelak kecil.

"Aku tanya je..." balas Rayyan perlahan.

Lucia hanya diam.

"Nak ke taknak..." tanya Rayyan lagi.

"Siapa je yang taknak tapi..."

Rayyan membuka matanya sebelum wajah Lucia ditatap manja.

"Tapi?..."

" Tapi awak sakit..." sambung Lucia perlahan.

Rayyan memeluk kembali.

"Sorry sayang..." bisik Rayyan perlahan.

Air mata Lucia satu persatu menitik ke cadar. Entah kenapa suara Rayyan kedengaran sayu di telinganya. Hati Lucia terasa bagai diguris oleh sembilu yang tajam setiap kali Rayyan menutur menggunakan nada itu.

"Awak janganlah kata sorry..." balas Lucia perlahan.

"Heh hey kenapa nangis ni? " Kedua pipi Lucia dipegang lembut. Mata mereka bertentangan.

"Kenapa nangis ni?" tanya Rayyan lagi.

"Habis tu awak tu hah yang buat saya nangis..." balas Lucia dengan esakan kecil.

"Yelah yelah sorry sorry... Aku janji tak buat kau sedih lagi... Dah dah jangan nangis" pujuk Rayyan. Rambut Lucia dihelus lembut.

Tapi makin kuat pula Lucia menangis.

"Saya sayang awak..."

"Aku pun sayang kau..."

"Saya tak sanggup tengok awak sakit..."

"Itulah yang dinamakan takdir, dan takdir aku dah tertulis macam ni..."

"Tapi saya sedih tengok awak macam ni..."

Rayyan memandang Lucia semula.

"Aku okay, jangan risau" bisik Rayyan perlahan sebelum dahi Lucia dikucup lama.

"Awak tipu..." rintih Lucia perlahan.

'Mungkin...' balas Rayyan tetapi tidak diluah di mulut.

Khayra merenung lama suaminya yang sudah bermata merah gelap. Kedua tangan disilang kedada.

"Janji dengan sayang sekarang..." kata Khayra dengan muka yang masam mencuka.

"Janji apa?"

"Janji yang awak takkan bunuh diorang tadi..." jelas Khayra mendatar. Melihat renungan yang Louis berikan kepada 5 jejaka tadi sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa nyawa mereka tak akan panjang.

"Alicia! Rachel! Daddy rindu!" Terus Louis memeluk anak anaknya yang berada di atas katil. Kata-kata Khayra sebentar tadi diabaikan.

"Daddy Louis look at this..." Alicia menunjuk ipad yang berada di tangannya.

"Wah, so pretty like you..."

"Daddy look at mine too.." kata Rachel pula. Masing-masing ada ipad sorang satu. Kaya lah katakan.

"Wah yours pretty too" kata Louis melihat lukisan anak mereka yang serupa alien planet saturn. Layan kan jelah budak budak. Karang kata hodoh melalak pulak.

"Awak!" Marah Khayra geram.

"Iya apa sayang?" Balas Louis yang masih memeluk Alicia.

"Cepat janji dengan saya..." tegas Khayra semula.

Louis menghela nafas panjang.

"Yelah yelah aku janji tak bunuh diaorang .." kata Louis perlahan.

"Tapi tak janji yang diaorang semua hidup..." sambung Louis kembali.

"Awak!"

"Apa? Sayang sedar tak yang sayang tengah bercuti dengan siapa?" Soal Louis semula.

Khayra hanya diam.

"And, i take that silent as an answer..." balas Louis mendatar.

Tangan Khayra ditarik masuk kedalam pelukan.

"Sayang mungkin boleh tahan aku dari membunuh, but how about Rayyan? Avery? Zariq? Zen? Keith? Xavier? How about them? Diaorang tu pembunuh elit. Sayang kena biasakan diri dengan perangai diorang, membunuh tu umpama bernafas untuk mereka, mereka terlatih, dan dilatih memang untuk membunuh. Setakat lima orang tadi? Rasanya hantar Xavier seorang pun dah cukup. Jadi sayang rasa sayang boleh halang diorang membunuh?" Bisik Louis perlahan di telinga Khayra. Taknaklah nanti anak anak mereka dengar.

Khayra melepaskan nafas berat. Dia tahu keluarganya merupakan pembunuh elit. Perkataan membunuh tu bukan lagi satu perkataan yang asing di telinganya. Bukannya dia tak pernah tengok Rayyan, Keith dan yang lain membunuh depan mata, pernah. Tetapi kenyataan itu tetap perit untuk ditelan.

"Sayang faham...."

Lama Khayra dalam pelukan Louis. Masing-masing hanya melayan perasaan.

"Sayang..." bisik Louis perlahan di telinga Khayra sekaligus mematikan lamunan mereka.

"Hmm?"

"Alicia dengan Rachel tu anak Ray kan?" Soal Louis semula.

"Aah..."

Louis terus mengangkat badan Khayra sebelum diletakkan atas katil . Bahu Khayra ditekan perlahan menggunakan kedua tangannya. Mata mereka bertentangan.

"Aku nak anak aku sendiri..." kata Louis selamba. Mulut sudah tersenyum nakal.

Membulat besar mata Khayra.

"Awak jangan nak mengada eh. Alicia dengan Rachel tengok" bisik Khayra keras.

"Aku peduli apa, suruh lah yang lain jaga ..." jawab Louis semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience