Rayyan duduk disebelah Lucia di meja makan. Makanan yang terhidang di atas meja sangat banyak. Sampaikan meja yang luas itu tiada ruang kosong langsung. Steak, Lobster, Chicken chop, Spaggeti, Dessert, penuh lah dengan macam macam lagi jenis makanan . Tak lain tak bukan siapa lagi kalau tak si Rayyan punya permintaan . Hanya dia seorang sahaja yang makan macam membela lima ekor saka.
" Betul ke kau ingat semua orang ni?" tanya Ray yang sedari tadi tidak lepas merenung muka adiknya itu.
" Iya aku kenal lah korang semua , aku memain je tadi" balas Rayyan yang mulut kini penuh disumbat dengan steak. Orang di sekelilingnya tidak dihiraukan.
Ray menarik nafas lega.
"Hanz mana? Dia tak sedar lagi ke?" soal Faiq yang duduk di antara Keith dan Xavier. Si kembar pula duduk di sebelah kanan Ray.
" Siapa Hanz?" soal Rayyan mendatar.
" Rayyan! Kau kata kau dah ingat!" kata Ray sedikit kuat . Mukanya jelas nampak risau.
Rayyan terus menayang sengihan lebar.
"Aku memain jelah. Hah mana anak ayam tu, hidup lagi ke dah mati?" balas Rayyan semula.
" Dia okay cuma belum sedar.." balas Xavier mendatar.
" Dengar kata dia kena tembak dengan Elena?" soal Rayyan semula. Wajah masing-masing dipandang.
" Aah, Elena nak tembak kau, tapi Hanz yang halang guna badan dia. " balas Faiq.
" Dia pikir dia tu iron man ke sampai nak halang peluru guna badan" balas Rayyan semula sebelum dia tergelak kecil.
" Itulah tu... " kata Zariq.
" Otak sempit..." sambung Zen pula.
" Habis apa jadi dekat Elena?" soal Rayyan semula.
Semua tidak menjawab. Hanya mata sahaja yang sudah terarah pada Lucia yang duduk di sebelah Rayyan.
Rayyan juga menoleh kearah gadis itu.
" I yang bunuh dia" kata Lucia cukup selamba. Mulutnya mengunyah makanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
" Lima tembakan wey..." kata Faiq.
" Headshot semua" sambung Keith pula.
" Bang bang bang..." kata Zariq sambil jarinya diacukan ke muka sendiri seperti pistol.
" Gila babun lah, ni yang aku makin sayang ni " balas Rayyan sambil tersenyum nakal kearah Lucia.
Lucia pula sudah tersenyum gedik apabila dipuji oleh Rayyan.
Yang lain terus membuat muka meluat melihat dua pasangan bercinta itu.
"Ah ye, Siapa yang design rumah baru ni, cantik siot. Bangun bangun je tadi rasa macam duduk dalam kayangan. Ingatkan aku dah mati" kata Rayyan dengan mulut yang penuh. Dia sudah perasan yang dia sekarang berada di rumah agam baru sejak daripada dia sedar.
" Aku dengan Avery. Cantik an. Penat tau perah otak " balas Faiq sedikit bangga dengan hasil kerjanya.
" Eh aah mana adik aku tu? Tak nampak pun" kata Rayyan semula.
" Dia dekat atas dengan Khayra tadi , tengah tidurkan anak anak aku " balas Ray .
Tiba-tiba Avery dan Khayra melangkah masuk ke ruangan makan.
" Fuhlamak hidup lagi abang aku ni rupanya" kata Avery yang mula mengambil tempat di sebelah Keith.
Khayra mengambil tempat di sebelah suaminya.
" Tulah aku hebat sangat, musuh susah nak bunuh aku " balas Rayyan dengan kening yang diangkat sebelah.
Avery terus memutarkan bola matanya apabila mendengar bicara Rayyan.
" Ayyan, aku nak tanya sesuatu . Kenapa kau suruh letupkan rumah lama? Kalau semata-mata untuk bunuh anak buah Tyler tu. Kita semuakan boleh je bunuh diaorang" soal Ray tiba-tiba. Matanya sudah merenung kearah muka Rayyan.
" Memang takda function pun, aku dah bosan tengok rumah tu. Sebab tu aku suruh buat rumah baru" balas Rayyan selamba.
" Kepala hotak kau! Kau tahu tak duit aku separuh habis gara gara nak buat rumah baru ni je!" kata Ray kuat. Suaranya sudah naik seoktaf.
" Duit kau, bukan duit aku" balas Rayyan cukup selamba. Muka tidak bersalah ditayang.
Khayra yang berada disebelah suaminya itu tersentak mendengar ayat Ray. Dia tahu kos untuk membina rumah baru mereka ini cecah sehingga 850 billion, but what! Baru separuh duit dia?!
Yang lain pula hanya diam memerhati dua beradik itu bertekak. Terasa rindu dengan suasana yang sebegini.
Rayyan, Zariq, Zen, Faiq, Xavier, Keith dan Ray masing-masing berada di dalam bilik Hanz yang masih belum sedarkan diri.
" Kau rasa kenapa dia tak bangun lagi?" Soal Keith yang berada di sebelah Rayyan.
" Entah, tapi pembedahan aku berjaya " kata Xavier tenang. Kedua tangannya elok dimasukkan kedalam kocek seluar.
" Ke sebab mental dia tak boleh terima kenyatan yang Elena tembak dia? " Soal Faiq pula yang berdiri di sebelah Ray.
" Bukannya Elena tu adik betul dia pun" celah Zariq.
Rayyan tidak berkata apa apa dia terus sahaja berjalan mendekati Hanz.
Panggg!
Satu tamparan mengena pipi Hanz. Masing-masing sudah membulatkan mata mereka melihat tindakan Rayyan yang tiba - tiba itu.
" Kau bangun sekarang, kalau kau tak bangun aku rodok luka kau balik" keras suaranya menutur.
Yang lain hanya diam. Terkelu lidah. Apahal dia ni?
Beberapa saat selepas itu Hanz membuka matanya perlahan-lahan.
" See? Tamparan aku menjadi" kata Rayyan tanpa rasa serba salah.
" Aku dekat mana ni? " soal Hanz perlahan. Pipinya yang terasa sakit diusap perlahan. Apahal pipi dia sakit pulak ni? Bukan dia kena tembak dekat bahagian perut ke?
" Dekat neraka, maaf anakku kau telah banyak buat kesalahan. Sekarang kau akan dihumbam dalam NERAKA!! MATILAH KAU!! " kata Rayyan sambil membesarkan suaranya.
Jelas muka Hanz sedikit cuak mendengar ayat Rayyan.
Keith di sebelah pantas memukul kepala Rayyan dengan kuat . Orang tu baru sedar dari operation boleh pulak dia nak bergurau macam ni.
" Kau dekat rumah kitaorang" kata Ray mendatar.
Muka Hanz kembali lega tetapi tak lama sebelum muka itu mula berkerut.
" Rumah korang? Kenapa korang selamatkan aku?" soal Hanz semula. Hatinya mula tertanya-tanya.
" Tulah aku pun tak pasti kenapa diaorang selamatkan kau. Kalau aku, aku biar je kau mati dekat tanah haritu " balas Rayyan semula sebelum dia mula ketawa terbahak-bahak.
Mereka yang lain sudah menggelengkan kepala masing-masing.
" Elena? Adik aku macam mana? " soal Hanz perlahan.
" Adik kau? Setan macam tu kau mengaku adik?" kata Rayyan sinis.
" Rayyan! " tegur Ray tegas. Tetapi mukanya masih lagi tenang.
Rayyan buat muka tak bersalah.
" Sorry Hanz, masa tu keadaan kelam kabut. Tindakan refleks kitaorang menyebabkan Elena terbunuh " kata Ray mendatar. Wajah Hanz dipandang lama.
Yang lain hanya diam memerhati.
Lama jugak Hanz merenung selimut yang menutupi separuh badannya sebelum mukanya menoleh semula ke arah ketua mafia Fance di hadapannya.
" Takpa, aku faham" kata Hanz sedikit sayu.
" So macam mana ni? Lepas ni kau ada nak pergi ke tempat lain atau kau nak join kitaorang? " soal Keith yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
" Aku dah takda sesiapa...." kata Hanz lagi.
" Kalau macam tu joinlah kitaorang, tapi syarat yang aku sebutkan haritu kau kena patuh " kata Ray mendatar.
Hanz memandang wajah mereka satu persatu sebelum akhirnya jatuh pada wajah Rayyan yang berada betul betul di sebelah sisinya.
" Kau terima aku ke? " Soal Hanz kepada mereka semua. Lebih tepat kepada Rayyan yang berada di sebelahnya.
Rayyan menyilangkan kedua tangannya ke dada sebelum matanya dikecilkan .
" Kau pandai guna laptop? " Tanya Rayyan serius.
" Pandai... "
" Powerpoint? "
" Pandai..."
" Excel?" Tanya Rayyan lagi.
" Pandai"
" Word?"
Hanz mengangguk lagi.
" Okay kau diterima kerja bawah aku" kata Rayyan sebelum tangan Hanz pantas dicapai dan disalam laju. Mulutnya terukir senyuman nakal.
" Oleh kerana dia buat salah dengan aku so dia kerja under aku. Tiada bantahan. Titik" kata Rayyan kepada Ray pula.
Yang lain sudah menghela nafas panjang. Mampus lah kau Hanz.
Hanz pula sudah kebingungan ditempatnya. Kenapa semua orang memandangnya dengan pandangan simpati?
Share this novel