"Eh Ayyan, sorry lah aku kacau adik kau, hahaha... Takpa kan kalau aku jamah dia dulu?" Kata Diaz yang masih lagi berada di sebelah Lucia. Sempat lagi mulutnya mengukir senyuman senget.
Rayyan melangkah mendekati Diaz sebelum rambut lelaki itu ditarik kemudian dihentakkan ke dinding dengan kuat.
"Itu, bini akulah sial!" Jerkah Rayyan tinggi. Kemudian kepala Diaz dihentakkan pula ke lutut kaki .
Krak!
Darah mengalir laju dari kedua lubang hidung Diaz. Batang hidung Diaz patah. Lelaki itu meraung sekuat-kuatnya di atas lantai.
Tak cukup dengan itu Rayyan memijak pula kepala Diaz bekali-kali di bahagian muka. Darah terpercik percik keluar dari hidung dan mulut Diaz. Rahang giginya juga kelihatan senget.
Matin, Mika, Farid dan Haikal yang menyaksikan kejadian itu sudah tergamam. Semua terkaku seperti tiang.
Keith pantas sahaja membalut tubuh Avery yang sudah separa bogel di atas katil itu menggunakan selimut.
"Siapa yang buat dia macam ni?" tanya Keith dingin. Wajah mereka berempat satu persatu dipandang.
Rayyan masih lagi tidak berhenti menumbuk muka Diaz di sisi katil.
"Kau memang sial! Bangsat!" Marah Rayyan. Diaz pengsan apabila dirinya sudah tidak tahan dengan kesakitan yang diterima.
Lucia yang berada di atas hanya terdiam melihat suaminya yang seperti kerasukan syaitan di sebelah katil.
"Aku kata siapa yang buat dia macam ni!" Jerkah Keith kuat. Lantaklah sesiapapun yang mendengar. Amarahnya sudah tidak dapat dikawal lagi.
Perlahan-lahan Keith melangkah ke arah Farid sebelum muka lelaki itu ditumbuk dengan kuat. Farid terpelanting ke lantai. Darah tersembur keluar dari mulutnya. Keith mencengkam koler baju Farid sebelum muka jejaka itu pula ditumbuk berkali-kali.
"K-korang jangan macam macam. Ki-kita orang ni anak tengku tau tak!" Kata Mika tergagap gagap di tempatnya.
Rayyan melepaskan Diaz yang seperti sudah nyawa nyawa ikan di atas lantai.
"Hahaha apa kau kata? Anak tengku?" kaki laju melangkah ke arah Mika sebelum kepala jejaka itu diheret ke meja solek.
"Kalau kau anak tengku, aku anak tengkujuh" kata Rayyan selamba sebelum kepala Mika dihentak pada buju meja berkali kali sehingga kepala itu bocor. Darah mengalir keluar dengan laju.
Melihat kawannya diperlakukan seperti itu, Haikal dan Matin cepat cepat menarik tangan Rayyan ke belakang. Badan Rayyan ditumbuk kuat oleh Matin. Rayyan terjatuh ke bawah. Kemudian Haikal pula menendang badan Rayyan berkali-kali.
Rayyan terbatuk darah. Sakit yang terasa di seluruh badannya kini sudah berganda ganda. Giginya diketap kuat.
Melihat Rayyan yang sudah terbaring Keith pantas membuat handstand sebelum kakinya menyepak kuat kepala Haikal dan Matin. Mereka berdua terpelanting ke hadapan pintu.
"Awak!" jerit Lucia kuat apabila melihat mulut Rayyan mengalir darah. Tangannya meronta ronta untuk dilepaskan tetapi tali yang mengikat tangan Lucia malah semakin ketat.
"Bro, kau okay bro?" Tanya Keith cemas. Badan Rayyan pantas diangkat semula.
"What the fuck is going on here?" celah satu suara di hadapan pintu.
Rayyan menoleh ke arah pintu yang kini sudah terkopak dua. Wajah abangnya jelas kelihatan terkejut melihat keadaan bilik Avery. Darah merata rata di atas lantai.
"Louis, adik kau kena rogol dengan dua binatang depan kau tu" kata Rayyan selamba dengan menjuihkan mulutnya ke arah Matin dan Haikal yang masih terbaring betul betul di hadapan pintu . Dia tahu Louis akan muncul jika dia berkata sedemikian.
Matin dan Haikal sudah memandang antara satu sama lain. Mereka semua belum sempat buat apa apa lagi dekat dua orang gadis itu.
Mendengar sahaja bicara Rayyan, mata Ray yang tadinya bewarna hijau gelap terus menjadi merah gelap sepenuhnya. Riak mukanya juga sudah berubah bengis.
Rayyan tersenyum nipis.
"Biar korang jumpa dengan syaitan yang sebenar" kata Rayyan perlahan.
Louis melangkah ke arah Matin selangkah demi selangkah. Wajah Rayyan dipandang sekilas sebelum matanya terarah pula pada Avery yang berada di atas katil.
"Kau buat apa dekat adik adik aku?" Tanya Louis dingin. Ayatnya ditekan satu persatu. Mata yang berwarna merah itu tajam merenung Matin dan Haikal.
"Wey wey, kitaorang tak buat apa-apa pun!" Jerit Matin kuat.
Prak!
Kepala lutut Matin dipijak kuat sehingga berbunyi seperti tulang patah.
"Arghhh!!" Jerit Matin.
Haikal yang berada di sebelah sudah menggigil ketakutan. Gila!. Semua ni gila!. Keluarga ini tidak gentar langsung untuk membunuh! Terbit rasa menyesal di hatinya.
Rayyan sudah tersenyum senget.
Kemudian Louis mengheret Matin dan Haikal masuk ke dalam sebelum dicampak betul betul di sebelah Farid yang terbaring lemah akibat ditumbuk oleh Keith sebentar tadi.
Keith melepaskan ikatan tali di tangan dan kaki Lucia. Selepas sahaja ikatan itu terbuka Lucia pantas mendapatkan Rayyan. Tangan suaminya itu dibelek. Kekura tangan Rayyan terkoyak. Jelas tumbukan yang diberi kepada Diaz tadi sangat kuat.
"Awak tak apa apa?" Tanya Lucia prihatin. Mulut Rayyan yang mengalir darah itu dikesat menggunakan lengan bajunya. Pantas badan Rayyan dipeluk erat.
"Aku okay, kau okay tak ni? Apa yang jadi?" Soal Rayyan semula. Nafasnya sedikit termengah mengah. Pelukan dilepaskan. Kepala Lucia yang berdarah itu dibelek lembut.
"Diorang hentak kepala saya guna pasu tadi masa saya nak selamatkan Av..." jelas Lucia laju.
"Keith, pergi panggil Xavier. Suruh dia bawak first aid sekali" arah Rayyan perlahan. Nafasnya turun naik dengan pantas. Dadanya berombak laju.
Keith tidak berkata apa apa, dia pantas sahaja melangkah ke arah pintu bilik.
"Awak tunggu luar" kata Rayyan kepada Lucia pula.
Lucia mengeleng perlahan. Dia risau jika kesihatan Rayyan semakin memburuk.
"Tunggu luar, aku taknak kau tengok sisi aku yang macam ni" kata Rayyan lagi. Rambut Lucia dihelus lembut.
Lambat-lambat Lucia bangun sebelum kaki melangkah ke arah pintu.
Rayyan merenggangkan badannya yang terasa menyiat disetiap sendi. Kepalanya dibengkokkan kekiri dan kekanan.
"Fuh! Lega" darah yang berada di dalam mulutnya diludah keluar sebelum kaki melangkah ke arah Louis.
Matin dan Farid masih lagi dengan raungan yang tak henti henti. Manakala Mika dan Diaz daripada tadi lagi sudah tidak sedarkan diri. Sorang dah lunyai, sorang lagi dah bocor kepala. Dua dua dikerjakan oleh Rayyan. Kini hanya Haikal sahaja yang masih lagi belum disentuh.
"Apa yang kau dah buat pada adik aku?" Tanya Louis semula. Nada suaranya dingin sahaja. Muka jangan cakap ah. Memang gerun habis.
"Bro kitaorang tak sempat buat apa apa pun!" Celah Haikal laju.
Pang!
Satu tamparan kuat mengena pipi Haikal.
Rayyan tergelak kecil. Apa bodoh punya jawapan. Kecik kecik dulu tak ambik spm ke?
"Tak sempat buat apa apa kau kata?" Tanya Louis dingin.
Matin di sebelah sudah meraung kuat melihat kakinya yang tersenget ke arah yang tak sepatutnya.
Rayyan dengan selamba memijak kaki Matin perlahan lahan. Makin kuat lelaki itu menjerit.
"Aku tanya lagi sekali, korang buat apa dekat adik aku"
"K-kitaorang nak rogol dia" jawab Farid terketar ketar. Sumpah dia gerun melihat mata merah lelaki di hadapannya ini. Dia ni manusia ke setan?
Pang!
Satu tamparan mengena pada pipi Farid pula. Satu gigi Farid terpelanting keluar. Bayangkan lah kuat tak kuat tamparan Louis tu. Suara esakan semakin kuat kedengaran.
"Diam! Kalau korang tak diam aku korek biji mata kau satu persatu!" Ugut Louis kepada Matin dan Farid. Automatik mereka senyap. Bibir masing-masing digigit untuk menahan esakan daripada keluar.
"Berani kau buat kitaorang macam ni! Aku ni kerabat diraja tau!" Bentak Haikal berani.
Rayyan tergelak kuat sebelum rambut lelaki itu ditarik menghadap ke arah Mika yang terbaring di sebelah meja solek.
"Kau tengok kawan kau...dia anak kerabat tengkujuh macam kau jugak kan?" Tanya Rayyan dengan gelakan yang masih bersisa.
Haikal mengangguk laju.
"Lepastu kau tengok muka aku pulak..." arah Rayyan sambil memaksa kepala Haikal menghadap mukanya.
"Nampak macam muka aku ni kisah ke?" Rayyan ketawa terbahak-bahak. Kepala Haikal dilepas.
Haikal menelan air liurnya yang terasa berpasir.
Setelah puas gelak, Rayyan merenung semula muka Haikal dengan pandangan yang tajam menikam. Rahang lelaki itu dicengkam kuat.
"Fuck off dengan anak tengku kau tu! Kau dah cari masalah dengan keluarga aku! Kau pukul bini aku! Kau bogelkan adik aku!" tengking Rayyan sebelum menampar muka Haikal berkali-kali. Nada suaranya juga semakin meninggi dari satu ayat ke satu ayat.
Kemudian Rayyan melangkah ke arah Diaz yang awal awal tadi sudah pengsan. Pisau rembo yang terselit dikakinya ditarik keluar.
"Ni akibat sebab kau berani sentuh bini aku" pisau itu ditusuk tepat ke dada Diaz sebelum ditarik keluar semula dan dikelar pula dibahagian leher. Darah terpancut pancut keluar. Lantai bilik itu kini sudah persis seperti kolam darah.
Haikal sudah mati kata. Lidahnya terkelu. Otak tidak dapat memproses apa-apa langsung.
Diaz.. Diaz mati dibunuh. Sah lelaki di hadapannya ini sudah gila!
Rayyan tersengih lebar sebelum kaki melangkah semula ke arah Haikal.
"Siapa eh yang semalam kata aku lembik?" Tanya Rayyan semula. Bicaranya seperti main main.
Masing masing hanya diam.
Pisau rembo dihala ke arah Matin.
"Kau kan? Hahahha kau kan yang kata adik ketua mafia lembik! Kau kan yang kata aku takda duit tu! Hahahahaha Sial! Berani kau kata aku miskin!" Rayyan sudah melangkah ke arah Matin dengan laju. Dagu Matin didongak menggunakan pisau rembonya.
"Surprise! Aku lah adik ketua mafia yang kau kata lembik semalam. Suka tak dapat jumpa dengan aku?" Soal Rayyan dengan senyuman yang menyeringai.
Matin menangis teresak esak. Sumpah dia takut dengan lelaki yang berada di hadapannya ini.
Pang!
Louis menampar muka Matin kuat.
"Orang tanya tu jawab!" Jerkah Louis.
"Y-ye a-aku suka sangat" jawab Matin tersekat sekat. Pipinya jelas sudah membengkak.
Rayyan tergelak lagi.
"Mesti kau takut dengan Louis kan? Kenalkan, dia ni abang aku. Ketua mafia France" kata Rayyan mendatar.
Farid, Matin dan Haikal sudah menelan air liur mereka. Jelas mereka sudah tersilap kerana mencari pasal dengan keluarga ini.
"Bro lepaskan kitaorang please. Aku janji takkan laporkan pada polis pasal kematian Diaz" rayu Haikal kepada Louis dan Rayyan.
Louis merenung mata Haikal dalam. Tawa sinis terlepas.
"Convince me. Why, i should let you live" kata Louis dingin.
Haikal terdiam. Matanya teralih pada Mika yang berada di belakang Louis. Kawannya itu sudah bermandikan dengan darah sendiri. Kepalanya yang bocor itu tidak henti henti mengalirkan darah. Pasti Mika sudah mati.
"Nothing? So why i should let you go?" Kata Louis lagi.
Matin dan Farid sudah menunduk pandang lantai bilik yang sudah dicemari dengan cecair merah.
"Kenapa adik aku tak bangun daripada tadi?" Soal Rayyan mendatar.
"Kloroform..." jawab Matin perlahan.
"Berani betul korang ni kan...memang tempah keranda betul... " celah Rayyan.
"Selagi adik aku tak bangun selagi tu aku akan duduk sini dengan korang bertiga..." kata Louis mendatar.
Keadaan menjadi tegang.
"Bertiga?" Soal Farid perlahan.
"Yelah bertiga. Kawan kau yang tu konfirm dah mampus. Eh... Ke belum? " Kata Rayyan sebelum kakinya melangkah ke arah Mika. Tangan diletak di bahagian bawah hidung lelaki itu.
"Haha hidup lagi rupanya bangsat ni"
Serentak Farid, Matin dan Haikal menarik nafas lega.
Tiba-tiba Rayyan mencucuk pisau rembonya tepat di dahi Mika.
"Sekarang baru betul mati..." kata Rayyan selamba.
Matin dan Farid yang tadinya sudah diam terus menangis semula.
"Bro lepaskan kitaorang please.." kata Matin.
"Please bro... Aku minta maaf, aku sanggup bayar berapa ringgit pun yang kau nak" kata Farid pula.
Haikal hanya diam. Lidahnya terkelu untuk mengeluarkan apa apa kata.
"Duit? Hmm berapa kau ada?" Soal Rayyan yang sudah duduk semula di hadapan Matin.
"Aku ada 1 juta. Aku boleh bagi kau 1 juta tu" kata Matin laju.
"Aku ada 1.5 juta" celah Farid pula.
Rayyan tergelak kuat.
"Duit aku dalam bank tu ada berbillion euro...setakat juta ringgit Malaysia. Miskin!" kata Rayyan kuat.
Matin dan Farid terdiam mendengar bicara Rayyan. Dalam hati tidak putus berdoa agar mereka dibebaskan.
"Wey apa yang dah jadi ni?" Tanya satu suara di muka pintu.
Mereka semua menoleh ke arah suara itu.
Zariq, Zen, Faiq dan Keith melangkah masuk dengan kasut yang tidak dibuka.
Gila ke nak bukak kasut, darah merata rata dekat lantai.
"Bro tolong kitaorang bro. Diorang berdua ni dah gila!" Kata Farid kepada mereka semua yang baru sahaja melangkah masuk bilik itu.
"Tolong kitaorang!" Rayu Matin pula.
Sesaat...
Dua saat...
Zariq, Zen dan Faiq memandang ke arah orang gila yang disebutkan oleh Matin dan Farid tadi. Air liur ditelan kasar sebelum perlahan lahan kaki melangkah semula ke arah pintu.
"Sorry lah bro, dua orang tu memang gila betul. Aku sendiri tak sanggup nak masuk campur" kata Zariq selamba.
"Gua cau dulu. Pape roger... " kata Zen pula.
"Banyak banyak jelah mengucap. Dah tak lama dah tu" celah Faiq. Mereka bertiga elok keluar semula dari pintu yang dah tak serupa pintu itu.
Keith sahaja yang masih kekal di tempatnya. Dia memandang sekilas Avery yang masih lagi tidak sedarkan diri.
"Xavier mana?" Soal Rayyan kepada Keith.
"Dekat luar tengah rawat Lucia" balas Keith mendatar. Mata melihat ke arah Diaz dan Mika yang sudah tidak bernyawa sebelum selaras pistol dikeluarkan dari dalam kocek. Pistol itu dibaling ke Louis.
"Nah, kau bunuh je diorang semua ni, tadi diorang bogelkan adik kau" kata Keith selamba sebelum dia turut melangkah keluar. Taknak lama lama dengan Louis. Seram!.
Rayyan tergelak melihat muka Keith yang masam mencuka. Damn marah betul tu.
Farid, Matin dan Haikal jelas terkejut melihat pistol yang kini berada dalam tangan Louis.
Louis memeriksa peluru yang ada di dalam pistol itu. Penuh. Kemudian wajah mereka bertiga dipandang semula.
"Siapa punya idea?" Yanya Louis dingin dan mendatar.
Masing-masing tidak bersuara.
"Hah cepat lah jawab, dah takda mulut dah ke?" Ejek Rayyan sebelum tergelak sinis. Menganjing teruk.
"A-aku..." kata Farid tergagap-gagap.
Bang! Bang!
Dua peluru tepat ditembak di kepala Farid. Farid rebah ke lantai.
Matin terus menangis semula. Haikal hanya diam. Tangannya menggigil teruk menahan takut yang mula bersarang dalam hati.
"Siapa yang bagi adik aku kloroform tu?" soal Louis lagi.
Masing-masing tidak menjawab. Hanya Matin sahaja yang menangis semakin kuat.
"Kau kan?" Soal Louis dengan pistol yang sudah mengacu di kepala Matin.
"Bro please, aku minta maaf bro..."
Bang! Bang!
Matin jatuh tak bernyawa.
"Habislah, tinggal kau sorang..." kata Rayyan tiba-tiba.
"Bro... Aku.." peluh sudah menjejeh jejeh di dahi Haikal. Nafasnya terketar ketar kerana terlampau takut.
"Aku bagi masa untuk kau mengucap..." kata Louis kepada Haikal.
Haikal cuba membuka mulutnya tetapi langsung tiada suara yang kedengaran. Pandangan menjadi kabur dan berair.
"Sorry lah bro aku bukan taknak selamatkan kau, tapi aku memang taknak selamatkan kau" celah Rayyan sebelum dia tergelak sinis. Kepala Haikal dicengkam kuat sebelum dirapatkan pada pistol Louis.
"Tembak je..." kata Rayyan mendatar.
Bang!
Maka tamat lah riwayat kesemua bangsat yang telah meraba Avery sebentar tadi.
Louis melihat pipi Rayyan yang kelihatan agak bengkak ditumbuk oleh Matin.
"Sakit?" soal Louis prihatin. Pipi Rayyan dipegang.
"Bolehlah... Perit" kata Rayyan sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.
Zariq, Zen, Faiq, Keith, Lucia dan Xavier semua tengah menunggu diluar. Masing masing elok menyandarkan badan ke dinding luar bilik.
Rayyan melangkah ke arah Xavier.
Kening sebelah diangkat. "Dah habis ke?" Soal Xavier mendatar. Wajah Rayyan yang agak pucat itu dipandang.
Lucia yang berada di sebelah Keith terus mendekati Rayyan.
"Bro, badan aku rasa sakit macam nak mati..." habis sahaja Rayyan menutur dia terus rebah ke pangkuan Xavier.
Share this novel
cant wait for next update... this kind of story make my day.. tq ms writer