Side story (Hanz)

Action Series 39599

Tyler melihat ke arah seorang lelaki yang sedang membuat bom di dalam bilik kurungan di hadapannya. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan. Kepala menoleh ke kiri dan kekanan. Setelah yakin tiada siapa yang berdekatan, pintu bilik itu terus dibuka laju.

"Lucas, aku nak kau pergi selamatkan kawan kau sekarang. Adik kau dengan kawan kau dalam bahaya!" bisik Tyler kepada Lucas.

"Hah! Adik aku? Apa maksud kau! Dan kenapa aku nak kena percaya cakap kau pulak?" soal Lucas dengan dahi yang berkerut. Lelaki yang bernama Tyler itu dipandang atas bawah. Dia ni betul ke tak betul ni.

"Cepat Lucas! Kita dah takda masa!" tangan Lucas direntap laju sebelum kaki melangkah keluar dari bilik itu.

Terjengil mata Hanz merenung Tyler atas bawah. Dadanya berombak laju. Tiga orang tahanannya semua sudah melarikan diri.

"Apa yang kau buat hah! Kau tahu tak kau tu dah gagalkan rancangan aku!" jerkah Hanz kuat.

Pang!

Satu tamparan mengena pada pipi Tyler. Kepala Tyler terteleng ke kiri.

"Aku... A-aku.."

"Aku apa!" tengking Hanz kuat.

"Aku tak sanggup tengok diorang jadi tikus makmal..." bicara Tyler perlahan.

Rambut Tyler dicengkam sebelum dihantukkan ke dinding dengan kuat. Satu aliran darah mengalir mengikut lekukan muka.

"Bodoh! Gara gara kau! Habis rosak rancangan aku! Sekarang ni tiga ekor tikus tu semua dah lari! Penghianat! Kau patut sedar diri kau! Siapa yang dulu kutip kau dari tepi jalan tu hah!" badan Tyler pula ditumbuk kuat. Kemudian Tyler dicampak masuk ke dalam makmal putih milik Hanz.

" Kau siapkan dadah FD tu! Selagi kau tak siap selagi tulah aku tak bagi kau makan! " tengking Hanz kuat. Pintu dihempas.

Tyler mengeluh panjang. Pipinya yang mula terasa perit dipegang lembut.

"Patut ke aku lari je daripada Hanz? Tapi aku dah takda sesiapa dalam dunia ni, kalau aku lari aku nak pergi mana" bisik Tyler sendiri. Lambat lambat microscope yang berada atas meja itu dibelek. Darah yang mengalir di kepala dikesat menggunakan lengan baju. Nafasnya dikeluh lagi. Harap harap tiga orang budak tadi dah berjaya selamatkan diri.

Selang beberapa jam Hanz masuk semula ke dalam makmal itu dengan muka yang menyinar.

"Hahahaha bodoh! Aku tak sangka budak budak tu terlalu bodoh" kata Hanz dengan gelak tawa yang kuat.

Tyler memandang wajah lelaki itu dengan dahi yang berkerut.

"Lucas datang sini semula" kata Hanz sebelum kaki melangkah keluar dari bilik itu.

Mata Tyler membulat besar mendengar bicara Hanz. Dadanya berombak laju. "Kenapa kau datang balik Lucas!"

Laju kakinya melangkah ikut bayang Hanz. Segala kerja yang berada atas meja semua ditinggalkan.

Mata Tyler terpaku melihat Lucas yang kini sudah teruk dibelasah oleh anak buah Hanz.

"Berhenti! Jangan pukul dia!" arah Tyler kuat kepada dua orang anak buah Hanz.

Badan Lucas yang sudah terbaring lemah di atas lantai itu di ribakan ke atas peha.

"Lucas! Kenapa kau datang balik sini semula! Kau sedar tak kau buat benda bodoh sekarang ni?" tanya Tyler kesal. Penat penat dia dimarahi oleh Hanz kerana membantu mereka semua lari, tapi akhirnya Lucas datang balik pulak.

"Aku memang tengah buat benda bodoh sekarang ni..." kata Lucas lemah. Mulutnya mengalir cecair merah.

Tyler tertunduk. Hatinya berkecamuk. Apa jadi pada lagi dua orang budak yang lari tu?. Kenapa Lucas datang seorang diri.

"Hahaha..." terdengar suara gelakan kuat dari belakang. Tyler menoleh ke arah suara itu.

"Tyler bawak dia masuk makmal. Ada dadah yang aku nak cuba dekat dia" arah Hanz kepada Tyler. Muka Hanz jelas nampak bahagia.

Cartez berdiri disebelah Hanz dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Yang pasti muka riak dan bongkak.

Tyler terdiam. Apa patut dia buat sekarang. Lari? Bawak Lucas? Tapi pasti nanti anak buah Hanz yang lain akan mengejar mereka.

Tangannya kuat menggenggam lengan baju Lucas.

"Cartez! Kau heret diorang berdua ni masuk makmal" arah Hanz apabila melihat Tyler hanya diam membatu.

"Jangan sentuh aku!" jerit Tyler kuat apabila melihat Cartez dan beberapa anak buah Hanz yang lain datang mendekat.

"Haha sorry but you're not my boss" kepala Tyler diketuk kuat. Tyler rebah  menghempap Lucas yang masih di atas pehanya.

Tyler membuka matanya perlahan lahan. Tangannya tidak boleh bergerak. Matanya terus teralih pada badan yang terikat pada atas katil besi. Kaki juga diikat kemas menggunakan tali kulit. Pergerakannya terbatas. Hanya kepala sahaja yang masih boleh bergerak bebas.

Hanz datang mendekati katil itu. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Tyler, Tyler, Tyler... Aku tak sangka kau sanggup belot aku" kata Hanz mendatar.

"Apa kau nak buat pada aku hah Hanz!" marah Tyler. Mata tajam merenung lelaki dihadapannya itu.

"Aku tak buat apa... Aku cuma ikat kau je. Supaya kau tak buat benda bodoh macam haritu" kata Hanz sebelum mengambil tempat di sebelah katil Tyler.

"Lepaskan aku lah takguna! HANZ! LEPASKAN AKU!"

"Hahahaha, janganlah marah aku Tyler. Kau dah lupa ke siapa yang selamatkan kau daripada merempat tepi jalan hmm? Kau kena balas jasa aku. Kau patut sanjung aku" balas Hanz mendatar. Muka sinis ditayang.

"Kalau aku tahu nasib aku macam ni, aku tak hinggin nak duduk dengan kau! Aku rela merempat tepi jalan lah sial! Kau mempergunakan budak budak tu! Diorang tak bersalah!" marah Tyler.

Hanz tergelak kuat. Sampaikan terkeluar air mata. Perutnya ditekan.

Tiba tiba pintu makmal itu terbuka, Cartez menyorong satu katil yang sama seperti katil Tyler sedang berbaring.

" Lucas! Lucas!" panggil Tyler kuat. Mata memandang ke arah Lucas yang terbaring di atas katil itu.

"Hanz! kau buat apa hah dekat dia!" marah Tyler lagi.

"Aku? Aku tak buat apa... Aku cuma jadikan dia sebagai bahan uji kaji haha"

"Kau..."

Perlahan-lahan mata Lucas terbuka lemah.

"Lucas! Kau okay tak! Woi jawab lah!" panggil Tyler.

"Aku dekat mana ni?" soal Lucas lemah.

"Cartez kau pergi ambik dadah FD 0.1..." arah Hanz kepada Cartez yang masih berada dalam bilik itu.

Cartez tidak berkata banyak dia terus sahaja berjalan ke arah meja. Satu picagari yang berisikan cecair warna unggu dibelek.

"Kau nak buat apa hah Hanz! Hanz! Jangan kau berani suntik benda tu pada dia! Hanz!"

"Hmmm too bad.. Sebab aku memang nak suntik dadah tu pada dia... Jom kita tengok apa hasil dadah yang kau cipta tu Hahaha"

Tyler hanya terdiam. Giginya diketap geram. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Lucas disebelahnya. Lucas sedang memandang Tyler dengan pandangan yang cukup sayu. Tyler terus menutup matanya kuat kuat. Dia tidak sanggup. Dia tidak sanggup untuk melihat Lucas merana akibat dadah yang dia cipta.

Cartez berjalan mendekati katil Lucas sebelum picagari itu disuntik pada leher Lucas.

"Tyler... Jangan biarkan Rayyan mati macam aku...." kata Lucas lemah.

Tyler membuka kelopak mata dengan laju. Pandangannya menjadi kabur. Dia ingin berkata sesuatu tetapi ayatnya seperti tersekat dikerongkong.

"Luca-... Lucas..."

"Lucia... Abang sayang kau..." itulah kata kata Lucas yang terakhir sebelum perlahan-lahan matanya menutup rapat.

"LUCAS! LUCAS!" panggil Tyler kuat. Tetapi jejaka itu tidak menyahut. Muka Lucas juga sudah berubah menjadi pucat.

"Lucas! Aku tahu kau masih boleh dengar! Jangan risau aku akan bagi tahu dekat adik kau! Kau jangan risau! Lucas kau dengar tak.... Lucas... Lucas aku minta maaf...maafkan aku...maafkan aku Lucas" setitis demi setitis air mata Tyler jatuh.

"Hahahaha, bodoh kau ni... Kau nak bagi tahu adik dia? Hah? Kau fikir diorang semua nak dengar cakap kau? Kau tu anak buah aku, kau sedar tak? Kau tu orang jahat. Kau dah bunuh abang dia. Lucas mati disebabkan kau... Hahaha kau tahu tak? Kau tu pembunuh!"

Tyler merenung tajam mata Hanz. Tangannya menggigil kerana menahan marah. Seluruh badannya juga terasa panas.

"Apahal? Kau marah? Kau marah aku? Kau tak layak nak marah aku Tyler. Kau dah lupa ke siapa yang cipta semua dadah dadah tu?"

"Itu sebab kau yang paksa aku jahanam! Kau binatang! Aku dipergunakan oleh binatang macam kau! " herdik Tyler. Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Hahahaha, aku binatang? Aku? Hanz? Kau tengah cakap pasal Hanz isaac ke ni?" kata Hanz sambil tergelak kuat. Kemudian dia memandang ke arah Tyler semula. Senyuman sinis terukir sebelum dia berjalan ke arah meja yang penuh dengan pelbagai jenis dadah. Satu dadah yang berwarna jernih diisikan ke dalam picagari.

"Hanz! Kau nak buat apa? benda ni tak stabil lagi... " halang Cartez yang berada di sebelah Hanz.

"Hahaha ada aku kisah ke dadah ni stabil ke tidak? Dia dah belot aku. Ini hukuman untuk dia. Kau pergi tunggu dekat luar" arah Hanz mendatar.

Lambat lambat Cartez melangkah keluar dari bilik itu.

"Kau nak buat apa hah dengan aku! Kau nak buat apa hah sialan!" tanya Tyler kuat.

Hanz hanya berjalan mendekati katil Tyler.

"Aku nak buat apa? Hahaha kau kata kau benci Hanz kan? Kau benci aku kan? Kau benci manusia yang namanya Hanz Isaac kan?" picagari itu terus disuntik masuk kedalam kulit Tyler.

"Mulai harini kau yang akan jadi Hanz Isaac!"

Tyler menutup kedua matanya rapat. Tiba tiba kepalanya terasa sakit yang sangat dasyat. Mata dibuka semula. Wajah Hanz direnung lama sebelum pandangannya berbalam. Nafas Tyler juga menjadi laju.

Hanz tersenyum psiko.

"Hanz... Ohhh Hanz. Apa kau rasa sekarang ni? Kau tengah sakit ke Hanz? " tanya Hanz lembut ditelinga Tyler.

"Nama.. Nama aku Tyler..." jawab Tyler lemah. Otak dan sendinya terasa bagai di carik carik. Muka Hanz juga sudah nampak berganda ganda. Dunianya terasa seakan akan berputar.

"Kau lupa nama kau sendiri ke Hanz?" tanya Hanz lagi.

"Nama aku Tyler lah!" balas Tyler kuat. Bibir bawahnya digigit sehingga berdarah.

Hanz ketawa terbahak bahak.

"Kau ni degil betul...".

Kaki melangkah semula ke arah meja sebelum dadah yang sama jenis dengan yang tadi diambil. Picagari itu dicucuk masuk ke dalam lengan Tyler lagi.

"Arghhhh....." sakit yang diterima oleh Tyler kini semakin berganda ganda.

Tawa Hanz terlepas sebelum wajah Lucas disebelah katil Tyler dilihat.

"Kau tengok dia.... Dia terseksa gara gara kau! Sebab dia cuba selamatkan korang bertiga! Hahahahaha eh lupa pulak kau mana boleh tengok lagi... Hahahahaha kau dengar jelah hero kau ni merana" kata Hanz psiko.

Tyler menjerit lagi dan lagi dan lagi. Sakit. Kepalanya terasa sangat sakit. Badannya umpama dibalut dengan duri yang tajam. Dadanya berombak laju. Nafas yang ditarik tersekat sekat kerana sakit yang dialami.

Hanz hanya melihat Tyler tersiksa dengan mulut yang tersenyum sinis.

"Hanz... Kau bunuh jelah aku... Kau bunuh je...aku rela mati... Bunuh je aku" kata Tyler lemah. Nafasnya tersekat sekat. Badannya sudah terlampau sakit sampaikan pendengarannya juga terdengar seperti berdesing. Perlahan-lahan matanya ditutup rapat.

"Hanz siapa nama kau..." tanya Hanz lagi. Rambut Tyler diusap usap lembut.

"Na... Nama aku Tyler..." jawab Tyler.

"Bukan Hanz... Nama kau Hanz Isaac... Kau yang cipta semua dadah ni. Kau yang bunuh Lucas.kau yang bunuh semua orang. Ini semua salah kau" bisik Hanz lagi.

"Bu... Bukan... Aku tak bunuh Lucas...bukan aku yang bunuh dia.. "

"Aku tahu kau keliru Hanz... Takpa kau tidur dulu... Nanti aku kejut okay..."

Tyler tidak menjawab. Hanya anggukan menjadi balasan. Bibir Hanz melebar melihat anggukan dari jejaka itu.

"Siapa nama kau?..." soal Hanz lagi.

"Ty..."

"Tak... Nama kau Hanz..."

"H... Hanz?"

"Nama kau Hanz Isaac..." kata Hanz lagi.

"Hanz..."

"Siapa nama kau?" ulang Hanz.

"Hanz Isaac..." jawab Tyler lemah sebelum nafas yang ditarik menjadi semakin lemah. Pendengarannya mati. Dia tenggelam dalam dunia yang penuh kesakitan.

Kepala Tyler diusap lembut.

"Bagus Hanz... Nama kau Hanz Isaac... Mulai harini kau hidup guna nama yang kau benci tu" bisik Hanz sebelum tawanya terlepas.

"Abis? Tatu dekat tangan kau tu macam mana?" soal Cartez yang sedang menyandar pada pintu makmal. Hanz menoleh.

"Dia akan pengsan selama beberapa hari. Kau pergi dapatkan pelukis tatu. Biar bila dia sedar nanti dia yakin sepenuhnya yang dia adalah Hanz Isaac hahaha" balas Hanz.

"Budak kecik tu kau nak buat apa?"

"Bagi balik pada orang orang dia... Biar dia kena tanam hidup hidup dengan keluarga sendiri. Puas hati aku!" bicara Hanz sebelum dia terus melangkah keluar dari makmal itu.

Cartez melihat dua orang jejaka yang terbaring di atas katil itu dengan pandangan dingin.

"As you wish.... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience