Bab 3

Action Series 39599

         "Cepat tunjuk aku mana anak-anak babi tu semua, hah mana, mana?" Kata Rayyan sambil mata meliar memandang sekeliling lobi syarikatnya yang sudah seperti tongkang pecah. Dinding kaca berkecai. Pasu bunga pecah. Sofa sofa berlubang. Kurang hajar. Aku beli mahal tau sofa tu, guna duit Ray.

        "Boss, benda dah jadi 10 jam yang lepas boss. Semua dah settel" ucap salah satu anak buah Rayyan yang berdiri betul betul di hadapannya. Tangan menggaru ke belakang kepala.

       "Bodoh.. Dah tu aku nak buat apa sekarang ni? Aku datang sia-sia lah?" Tanya Rayyan tak puas hati.

       "Err maafkan kami boss".

       "Kau ni bodoh, patutnya tinggalkan sekor dua untuk aku" keluh Rayyan sebelum menyiku salah sorang kepala anak buahnya. " Mati kau, mati kau!" Leher anak buahnya yang bernama Eric pula dicekek dan digoyang kuat.

       "Siapa tolong korang tadi?" Soal Keith prihatin.

Rayyan melepaskan leher Eric.

       "TR, dengan JR" balas Eric termengah-gmengah selepas dicekik oleh bossnya itu.

       "Bagus, nasib baik diorang tolong. Kalau tak, mulut aku ni dah lama tak sebut perkataan ' you are fired fucker' hahaha" gelak Rayyan sendiri.

Lucia hanya memerhati daripada tepi. Kesian wey mamat ni. Muka dah hensem. Duit dah berlambak. Lengkap dah semua. Tapi sayang wayar otak putus.

Mereka yang lain memandang antara satu sama lain. Benda dah settel. Jadi diorang nak buat apa sekarang ni?

        "Dah jom ah balik apa tunggu lagi, kerja berlambak dekat syarikat tu" kata si kembar mendatar.

Rayyan sudah berbaring di salah satu sofa yang ada di lobi. Iphone 11plusnya dikeluarkan dari dalam kocek sebelum dibelek, sekejap disengetkan ke kiri, sekejap pula ke kanan, fokus betul tak lain tak bukan dia main Pubg lah tu.

      "Lek lu... Lepak lu awal lagi. Balik awal-awal pun nanti Ray suruh aku buat kerja, time time macam ni lah kita nak ponteng" balas Rayyan selamba.

Si kembar sudah tersenyum nipis sambil memandang sesama sendiri. Mereka juga turut menyertai Rayyan duduk di salah satu sofa yang berada disitu. Iphone masing-masing dikeluarkan.

        "Hah apa lagi, jom ah squad" ajak Zariq.

        "Eh takda hal, siapa paling banyak kill, aku bagi Kereta Ferrari hitam Ray sebijik, amacam?" Jawab Rayyan dengan selamba mempertaruhkan kereta Ferrari milik abangnya.

       "Cun..." balas si kembar.

Faiq dan Keith sudah menepuk dahi mereka sendiri, sejak bila pula si kembar ni boleh berjangkit perangai pemalas Rayyan ni. Boleh musnah wey dunia.

Mereka berdua mula membantu anak-anak buah Rayyan yang tercedera akibat daripada rusuhan.

Lucia hanya menggelengkan kepala melihat perangai Rayyan.

Langkah diatur mendekati adik ketua mafia France itu.

        "Sir" perlahan Lucia memanggil.

        "Wey, wey sana tu ada orang lah anjing! Kau tembak pokok buat apa".

        "Sir...!" Kata Lucia lagi tetapi kalini lebih kuat.

        "Nak apa! Aku sibuk lah, tak nampak ke?" Soal Rayyan geram. Tangannya laju menekan nekan skrin telefonnya.

        "Lagi setengah jam kita kena bertolak balik semula, i akan uruskan penerbangan" ucap Lucia mendatar.

Rayyan mengangkat wajahnya sebelum wajah Lucia ditatap lama.

        "Kalau aku kata aku taknak balik?" Ucap Rayyan sambil tersenyum mengoda. Iphone 11 plusnya sudah diletakkan di atas pehanya.

        "I tetap juga akan bawak Sir Rayyan balik tak kiralah sama ada dengan menggunakan cara lembut ataupun kasar".

        "Wuuuu kasar... Cara kasar tu macam mana? Boleh demo?" Kata Rayyan lagi dengan sisa gelaknya.

Si kembar hanya memerhati dari tepi. Air liur ditelan kesat. Tidak berani ingin masuk campur. Gila. Itu adik Xavier kut. Hanya orang bodoh sahaja yang berani cari pasal dengan gadis itu. Contoh terdekat sudah ada di depan mata. Rayyanlah si bodoh yang dimaksudkan tu.

Lucia mendekati lelaki itu sebelum tangannya diletakkan diatas bahu Rayyan.

       "Eh apa sentuh-sentuh ni, tahulah aku kacak" baru sahaja dia ingin menepis tangan kecil itu. Lucia pantas memaut lengan Rayyan sebelum dipusingkan ke belakang. Badan lelaki itu ditekan sebelum ditolak kuat ke bawah. Rayyan terduduk di atas lantai dengan tangan yang sudah terlipat ke belakang. Semuanya berlaku dengan sekelip mata tanpa sempat jejaka itu mempertahankan diri.

Rayyan terkedu.

Apa yang dah jadi?

Si kembar sudah tersenyum sesama sendiri.

Nasib baik tak masuk campur.

       "Ini cara lembut" ucap Lucia berbisik ditelinga kiri Rayyan. "Kalau nak tengok cara kasar pula, silalah buat perangai lagi ya... Mister Rayyan Mikayla" .

Tangan Rayyan dilepaskan sebelum Lucia terus melangkah ke arah Faiq dan Keith meninggalkan Rayyan yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.

      "The hell bro! Apa yang jadi tadi?" Soal Rayyan tak puas hati. Cepat-cepat dia bangun semula. Seluarnya dikebas beberapa kali. Pergh ini kalau anak buahnya yang lain nampak, boleh jatuh saham. Aku? Adik ketua mafia? Kalah dengan perempuan? What the fish bro?

      "Hahaha, itulah kau. Melawan lagi cakap perempuan tu" ucap Zariq.

Rayyan merenggangkan tangannya kedepan dan ke belakang. Sumpah sakit. Apahal perempuan ni kuat sangat? Tengok lengan kecik je. Mana dia sorok urat - urat tangan dia. Entah entah dia pakai susuk?

       "Apasal minah tu kuat sangat? Dia ada bela jin ke apa?" Soal Rayyan tak puas hati.

      "Wow, kau memang tak ambik tahu langsung pasal dia ke bro?" Soal Zariq. Wajah bengang Rayyan dipandang tak percaya.

      "Seriously?" Soal Zen pula.

      "Dia nenek aku ke sampai aku kena ambik tahu pasal dia? Nenek aku pun aku tak kenal siapa. Lagikan dia" balas Rayyan mendatar.

      "Lucia Natalie, satu satunya perempuan yang memegang kumpulan Blackrose dan mempunyai 4 syarikat terletak di Russia, South Korea, German, dan paling besar di Spain. Dia sorang sahaja mampu menguruskan ke lima-lima syarikat tu. Dan tahun lepas Syarikat Blackrose mendapat keuntungan tertinggi di negara Spain melebih semua syarikat yang ada. Aik takkan kau tak tahu? Syarikat kau dekat Spain jugak kan?" Soal Zariq.

       "Itu nama je, syarikat dia. Tapi dia jenguk setahun sekali, mana nak ambik tahu. Nak nampak muka dekat sana pun susah. Meeting? Jauh sekali, entah-entah pekerja dia pun tak kenal siapa boss diorang" balas Faiq yang baru sahaja menghampiri mereka bertiga.

       "Silap ah tak kenal aku. Aku boss paling hensem kut" betah Rayyan.

       "Hensem tapi bodoh nak buat apa" balas Keith pula.

       "Ewah ewah, ini anjing, dah hidup lama ke?" Soal Rayyan mendatar.

Keith mengabaikan kata kata Rayyan sebelum dia mula mengambil tempat bersebelahan dengan Zariq.

       "Tapi at least aku jenguk jugak kan syarikat tu. Hahaha, aku ni ketua yang prihatin tahu tak" balas Rayyan sambil tergelak kecil.

Zen dan Zariq pantas menayangkan jari tengahnya ke arah Rayyan. Kepala hotak dia lah prihatin.

       "Dah tu apa motif dia datang sini jadi PA aku?" Soal Rayyan kembali.

       "Yang itu kitaorang tak tahu, yang aku tahu Ray memang sayang gila dekat Lucia tu. Dia dah anggap macam adik dia sendiri" sambung Zariq semula.

      "Adik sendiri dia abaikan, sibuk nak kutip adik orang lain pehal?" Balas Rayyan tak puas hati.

       "Celah mana dia abaikan kau? Semua benda kau nak, semua dia bagi, apa lagi yang tak cukup?" Soal Keith semula.

       "Memang tak cukup! Aku tak cukup kasih sayang" balas Rayyan sebelum tergelak besar.

       "Sila meninggal lah setan" ucap si kembar serentak.

       "Hah tu dia suruh Lucia jaga kau, dia nak bagi cukuplah tu kasih sayang yang kononnya tak cukup tu haha" balas Faiq pula.

       "Pergi mampus. Aku hidup 26 tahun elok je tak mati pun dengan tak cukup kasih sayang tu, aku tak perlu perempuan untuk jaga aku. Aku pandailah nak jaga diri sendiri" balas Rayyan tak puas hati.

       "Yeke pandai?"

"Ye!"

"Ye?"

"Ye!"

"Ye?"

         "Kau bantah aku lagi sekali bulan ni aku potong gaji kau separuh" balas Rayyan.

         "Babi" balas Keith geram.

         "Siapa babi? Aku ke kau?"

         "Xavier babi" balas Faiq tiba tiba.

         "Apa kena mengena dengan dia bodoh" tanya Rayyan semula.

         "Entah kau, orang tu elok elok je dekat France sana" balas si kembar serentak bahu Faiq ditepuk kuat.

         "Entah aku pun tahu kenapa dia babi..." balas Faiq pula.

Kemudian mereka semua menyambung semula bermain game. Masing masing membuat hal sendiri. 30 minit telah berlalu tetapi kelibat Lucia masih juga belum kelihatan.

         "Tak masalahnya mana minah tu? Apehal aku tak nampak dia ni?" Rayyan mencelah sebelum mata tercari cari kelibat Lucia di sekitar lobi syarikatnya itu.

         "Pergi toilet kut" balas Faiq yang masih fokus pada gamenya.

         "Berak ke? Pehal lama sangat? Dah berapa minit dah ni. Tadi beria sangat nak balik awal" soal Rayyan sambil memandang jam tangannya.

         "Kau nak tahu kau pergilah check dia sana" balas Keith pula.

Rayyan mula tersenyum gatal .

         "Okay aku check" Rayyan bangun daripada duduknya sebelum kaki terus melangkah ke arah toilet yang berada di tingkat itu.

         "Cari nahas dowh mamat tu" ucap si kembar mendatar.

         "Lantak dialah" balas Keith pula.

         "Aku harap Lucia terajang kepala dia . Biar tegak sikit otak dia yang senget tu" balas Zariq sebelum dia kembali bermain game di telefon bimbitnya.

        "Tak baik lah, sian dia. Dahlah cacat. Nanti makin cacat. Kita jugak yang susah" ucap Faiq pula.

Mereka yang lain tergelak.

Selang beberapa minit Rayyan mendekati mereka semula dengan wajah agak gelisah.

        "Hah kau pehal pulak buat muka macam nak berak ni?" Soal Keith pelik.

        "Minah tu takde dowh!"

        "Siapa?" Soal si kembar.

        "Minah tu lah! Lucia. Dia takda!" Ucap Rayyan kuat.

        "Dah tu yang kau gelabah semacam ni pehal?"

        "Tingkap tandas kena pecah. Ada kesan darah dekat lantai, aku syak dia kena culik" kata Rayyan lagi.

        "Fuck! Habislah kita semua kena dengan Ray" balas Keith semula sambil tangan menekup ke muka.

         "Faiq buat kerja kau sekarang" pantas Zariq mengarahkan Faiq agar menjejaki kedudukan Lucia.

         "As you wish" Faiq pantas membuka ipad di tangan sebelum jari laju melakukan tugasnya.

Selepas setengah jam, Faiq memandang ipadnya itu tidak percaya, matanya besar membulat.

          "Guys bad news" ucap Faiq mendatar. Kemudian skrin ipadnya itu dipusingkan sebelum ditunjukkan ke arah mereka yang lain.

         "What, the, fuck!"

Ipad itu dirampas oleh Zen sebelum ditenung dengan lebih dekat.

         "Kau biar betul Faiq dia dekat sini".

         "Ye betul ni location dia sekarang"

Location detection
*Padang besar Thai border check point*
*Thailand*

"Woi laju sial buat kerja! Apahal tiba-tiba dia dekat sana?" Keith terkejut.

"Sah dia kena culik!" Balas Faiq pula.

         "Fuck, i know this gonna be my worst nightmare ever" guman Rayyan perlahan.

         "Buat hal lah minah ni! Dah dah dah! Jom gerak!" Arah Rayyan tegas.

Mereka yang lain pantas memasuki kereta yang berada di luar. Pintu ditutup. Rayyan laju menghidupkan enjin sebelum stereng kereta dihentak kuat.

        "Sebab inilah aku benci perempuan, fucking stupid. Tak habis-habis bagi masalah dekat aku. Dunia aku takkan pernah nak amanlah kalau wujudnya mahkluk bernama perempuan ni" bebel Rayyan seorang diri.

        "Diam lah bodoh, kau bebel macam mana pun benda dah jadi" kata Keith yang sudah duduk di sebelah seat pemandu.

Rayyan mengeluh. Babi. Aku baru nak berdrama sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience