Epilog

Action Series 39599

Lima bulan kemudian...

Pintu bilik pejabat dibuka dari luar dengan kasar. Ray masuk ke dalam bilik Rayyan dengan wajah yang masam mencuka.

"Ayyan! Ke mana kau menghilang hah, apasal tak masuk meeting tadi!" marah Ray mendatar.

Rayyan memandang wajah Hanz yang duduk di meja kerja bahagian kanan bilik. Dahulu itu meja kerja Lucia.

"Apasal kau tak masuk meeting? " kata Rayyan berpura-pura tanya.

"Tapi kau yang kata tadi tak payah masuk" balas Hanz pelik.

Ray merenung tajam muka Rayyan yang sudah tersengih sengih seperti kerang busuk.

"Relax lah, baru satu meeting, hahaha" balas Rayyan selamba bersama gelakan halus. Kemudian dia terus sahaja menyambung kerjanya semula.

"Kau ni memang nak kena" Ray melangkah mendekati adiknya itu sebelum kepala Rayyan disekel dengan kuat.

"Aduh! Sakit lah. Jangan lah main kepala, nanti kalau aku bengong macam mana. Hah siapa yang nak buat semua kerja ni" tanya Rayyan dengan tangan yang menunjuk ke arah kertas yang bersepah di atas mejanya.

"Kau jangan nak buat alasan. Tu memang kerja kau! Meeting aku tetap kena masuk" kata Ray semula.

Hanz hanya memerhatikan sahaja dua beradik itu memekak dari meja kerjanya. Setiap hari memang macam ni suasana di bilik Rayyan.

"Hak alah! Yelah yelah lain kali aku masuklah" Rayyan bangun daripada kerusi berodanya sebelum kaki terus melangkah ke arah pintu bilik.

"Kau nak kemana pulak tu!" tanya Ray tegas.

"Kepala aku dah bengong dah nak buat kerja tu, kau ah yang salah. Siapa suruh pukul kepala aku" kata Rayyan selamba sebelum dia hilang dari pandangan.

Ray mengetap giginya geram. Wajah bersahaja Hanz dipandang sekilas.

"Macam mana kau boleh tahan kerja dengan dia?" soal Ray geram sebelum kaki terus melangkah keluar dari bilik Rayyan.

Hanz menghela nafas panjang sebelum dia kembali membuat kerjanya semula.

"Assalamualaikum sayang!" jerit Rayyan di muka pintu. Kaki laju mencari isteri tercinta. Mereka yang berada di belakang Rayyan turut masuk ke dalam rumah. Masing-masing baru balik kerja.

"Waalaikummussalam,..." sahut Lucia mendatar. Dia dan Khayra baru sahaja melangkah keluar dari dalam perut lift.

"Sayang! Rindunya!" jerit Rayyan sebelum badan Lucia dipeluk erat. Kemudian perut Lucia yang memboyot itu diusap lembut. "Hello anak daddy, rindu dekat daddy tak?" tanya Rayyan sebelum dia tergelak kecil.

Khayra yang berada di sebelah juga tergelak melihat perangai Rayyan. Macam budak budak manja dia.

Rayyan memapah Lucia duduk di ruang tamu.

"Dia rinduuu sangat dekat daddy dia ni, tu yang asyik meragam je dalam perut sayang" adu Lucia sebelum mengambil tempat di atas sofa. Rayyan duduk di sebelah Lucia. Kepalanya ditekap ke perut. "Alaaa sayang daddy ni jangan lah susahkan mummy. Sian mummy tau" kata Rayyan kepada perut Lucia.

Khayra duduk di sebelah Ray. Perutnya yang sama besar dengan Lucia itu juga diusap perlahan.

Siapa sangka mereka berdua hamil serentak. Macam berjanji pun ya. Hmmm entah bilanya buat. Tiba-tiba boleh sama.

"Sayang okay harini?" tanya Ray kepada Khayra.

"Okay, biasalah penat sikit perut dah masuk 5 bulan ni" kata Khayra mendatar.

Keith dan Zariq turut mengambil tempat di sofa. Yang lain sudah naik ke atas bilik.

"Agak agak anak kau nanti jantina apa?" soal Keith kepada Rayyan.

"Aku nak anak perempuan, nanti boleh main makeup makeup dengan dia".

"Hish tapi saya nak anak lelaki, nanti dia boleh jaga keluarga kita" celah Lucia pula.

"Eh nak lelaki buat lah yang lain, saya nak anak perempuan jugak!" balas Rayyan semula.

Lucia mencebik. Tak cukup dengan dia main makeup makeup dengan Alicia tiap hari. Anak sendiri pun dia nak ajak main makeup jugak.

"You Khayra? You rasa anak you jantina apa kali ni?" soal Zariq kepada Khayra pula.

"Ermm entah eh. I tak kisah anak i jantina apa, yang pasti dia sempurna cukup sifat i dah bersyukur" balas Khayra lembut.

"Kalau keluar pondan macam mana?" celah Rayyan celupar.

Pantas lengannya dipukul oleh Lucia. " Mulut tu jaga sikit eh. Tampar kang" ugut Lucia.

"Yalah yalah, gurau pun tak boleh" balas Rayyan dengan muka yang masam. Merajuk konon.

"Alicia dengan Rachel dekat mana sayang?" tanya Ray mendatar

"Dekat atas, saya baru je lepas tidurkan diorang tadi"

"Ouh..."

"Eh panggil lah yang lain turun makan sama sama, penat tau tadi sayang masak dengan Kak Khayra" kata Lucia kepada Rayyan yang sibuk bermain dengan perutnya.

"Awak masak? Aik rajin betul" kata Rayyan semula. Dahi berkerut melihat muka Lucia dan Khayra yang duduk di hadapannya.

"Aah, saje bosan bosan takda buat apa" balas Khayra.

"Rajinnya sayang" kata Ray mendatar.

"Dah, pergi panggil yang lain turun. Kita makan sesama" peha Rayyan ditepuk.

"Okay!" kata Rayyan teruja sebelum kaki terus melangkah ke arah lift rumah.

Pintu bilik Zen diketuk.

"Woi turun makan! Bini aku masak tu! " jerit Rayyan kemudian dia melangkah pula ke arah bilik Faiq.

"Woi makan woi!" kata Rayyan.

Kaki melangkah pula ke arah bilik Hanz yang berada paling hujung sekali. Pintu bilik Hanz terus sahaja dibuka tanpa diketuk.

"Woi turun ma...." Rayyan terdiam. Muka Hanz yang jelas kelihatan cuak itu direnung tajam.

Cepat cepat Hanz menyarung semula baju kemeja yang baru sahaja dibuka.

Muka Rayyan berubah tegang.

"Now explain to me this fucking bullshit, kenapa tangan kau ada tatu yang sama dengan tatu yang sepatutnya ada dekat tangan Tyler?" kata Rayyan dingin dan mendatar. Mata tajam merenung anak mata coklat milik Hanz.

"Bro... Let's me explain first..." kata Hanz perlahan.

The end

Author nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua readers yang sentiasa menyokong buku ini.

Maaf kalau ada kekurangan dan silap. Timeline selepas buku ni masuk buku My Insane Lover.

Jangan lupa like dan komen banyak banyak.

Share this novel

Ain Yatim
2021-07-17 20:20:29 

alaaaaa.... habis da ke.. tak puas baca kegilaan rayyan


NovelPlus Premium

The best ads free experience