Bab 44

Action Series 39599

"Kau rasa apa kesudahan bagi sesebuah cerita? Happy ending? Sad ending? Romantic ending?" Kakinya melangkah mendekati gadis yang jelas nampak bait bait kemarahan yang terserlah di setiap inci mukanya.

"Ataupun miserable ending?" Senyuman menyeringai.

"Setiap jalan cerita hidup kita semua berbeza-beza. Mungkin pasangan bercinta tak semuanya hidup bahagia, mungkin yang bersedia tak selalunya berjaga, dan watak jahat tak semestinya berduka. Betul tak?" Kemudian lelaki itu mengambil tempat di kerusi berodanya. Tangan kanannya diletakkan ke atas meja. Dagunya menongkat memandang ke arah Lucia yang berada atas lantai

"Dan apa kau rasa pengakhiran bagi kita semua?" Soal Tyler kepada Lucia.

"Aku tak tahu pengakhiran buat aku. Tapi yang aku pasti pengakhiran untuk hidup kau adalah mati di tangan aku" dingin Lucia menutur.

Tyler tersenyum lebar sebelum senyuman itu perlahan -lahan menjadi gelakan yang tak henti henti.

"Apa motif kau sebenarnya? Kenapa kau buat semua ni? Apa salah kitaorang pada kau hah!" Tengking Lucia berani.

"Salah? Takda salah. Mana ada korang salah apa-apa pada aku" kayu golf yang berada di tepi meja dibelek-belek. 

"Aku cuma bosan dengan hidup aku... Mungkin" balas Tyler. Bicaranya seperti main-main.

"Yang mati meletup tu adik kembar kau kan?" Soal Lucia semula.

"Aah dia adik kembar aku, korang semua letupkan dia kan? Jadi... aku bagi korang semua rasa pulak apa perasaan bila ahli keluarga sendiri mati dalam letupan. Boom! Berkecai pftttt kubur yang tiada penghuni mayat hahaha" cerita Tyler beria sebelum dia tergelak kuat.

"Tapi sebenarnya aku tak kisah pun adik aku tu nak berkecai ke nak mati ke nak hilang ke nak mampus ke. Itu bukan hal akupun..."

"Jadi apa motif kau buat semua ni kalau tak kerana dendam?" Keras Lucia menyoal.

"Hiburan mungkin? HAHAHAHAHAHAHA" gelak Tyler terbahak-bahak.

"Kau memang binatang Tyler! Kau ni gila!"

Tyler berhenti ketawa.

"YA! Memang aku gila! Mana ada orang waras buat apa yang aku buat ni..." Tyler bangun daripada kerusi berodanya sebelum kaki melangkah kearah Lucia semula. Rahang Lucia dicengkam kuat.

"Kau nak tahu tak apa punca aku boleh jadi gila macam ni?" Lucia tidak menjawab. Hanya mata sahaja yang tajam berbicara.

Rahang dilepaskan kasar. Kemudian Tyler mengambil tempat di sebelah Lucia. "Dulu ada seorang bidadari yang sangat cantik..." Tyler mula bercerita walaupun tidak disuruh.

"Cantiknya lebih dari apapun. Sampaikan tiada langsung kecantikan yang dapat tandingi dia dalam dunia ni. Tapi malang sekali dia berabangkan aku, manusia yang hina, manusia yang sangat jijik dimata manusia. Tapi bidadari tu langsung tak peduli walaupun abang dia seorang yang hina dan kotor. Dia tetap sayang abang-abang dia walupun diri dia selalu disakiti. Nampak tak betapa baiknya bidadari tu?" Soal Tyler sendiri.

Lucia hanya diam menunggu bicara Tyler yang seterusnya.

"Tapi malang sekali, pada satu hari bidadari cantik itu jatuh cinta pada satu manusia yang tidak pandang langsung kecantikan dia. Malah! Lelaki itu menolak cinta bidadari aku mentah mentah. Bidadari aku dipersiakan, disisih, dan tidak dihargai langsung! Akhirnya bidadari aku jatuh sakit dan kecewa kerana cintanya yang sesuci mutiara itu ditolak dan tidak dihargai. Siapa sangka bidadari itu akhirnya membunuh diri kerana cinta. Kerana cinta yang bodoh! Kerana cinta yang jijik! Hanya kerana cinta yang palsu! Hanya kerana cinta yang penuh dengan kesakitan!" Tyler menengking kuat kearah muka Lucia. Koler baju Lucia ditarik mendekati mukanya.

"Itulah punca aku jadi gila seperti ini..." koler dilepaskan serentak itu setitik demi setitik air mata Tyler jatuh menuruni wajahnya.

"Jadi apa kaitannya dengan keluarga aku, sampaikan kau buat semua ni pada kitaorang!" Soal Lucia yang masih dalam keliru.

Wajah Lucia dipandang semula. "Abang kau adalah watak utama" kata Tyler mendatar.

"Kau tak guna! Abang aku tak bersalah! Tak semua cinta perlu dibalas ! Itu salah adik kau kerana suka pada orang yang salah! Abang aku ada hak dia untuk menolak!" marah Lucia.

"Memang betul abang kau tak bersalah..." Tyler tersenyum.

"Aku membunuh bukan kerana dendam terhadap bidadari aku..."

"Aku membunuh kerana aku ingin mengisi kekosongan hati aku...aku membunuh sebab aku nak korang semua rasa! Apa yang aku rasa selama ni"

"Macam mana peritnya bila dapat tahu ahli keluarga kau sendiri pergi tinggalkan kau selamanya, bila orang yang kau ikhlas menyayangi pergi meninggalkan dunia"

"Kau penipu! Kalau betul kau sayang keluarga kau sendiri, kenapa kau tak selamatkan adik kembar kau? Hah! Kenapa kau biar je dia mati!" Marah Lucia.

"Sebab dia memang layak mati pun..." balas Tyler selamba.

"Si bodoh tu pernah rogol bidadari aku... jadi memang layaklah dia kena bunuh dengan kejam"

"Tapi tadi kau kata kau bunuh keluarga mafia tu sebab adik kau!"

"Siapa kata aku bunuh keluarga tu disebabkan dendam? Aku cuma nakkan hiburan je. Kan aku kata yang aku ni bosan" Tyler tergelak kuat.

"Kau ..." gigi Lucia diketap kuat. Matanya tajam mencerlung ke arah Tyler.

"Kau nak tahu apa yang akan jadi pada suami kau?" Senyuman sinis terukir.

"Tak lama lagi dia akan lupa segalanya. Perlahan-lahan dia akan lupakan kau. Perlahan-lahan dia akan lupakan orang dekat sekeliling dia. Perlahan- lahan dia akan lupa diri dia. Dan perlahan-lahan dia akan mati sengara HAHAHAHA"

Lucia tersentak apabila mendengar ayat Tyler.

"Apa salah dia, apa salah suami aku dalam hal ni. Rayyan takde buat salah langsung pada kau. Kenapa kau buat dia macam ni..." rintih Lucia sayu. Matanya sudah mula berkaca kaca.

"Hahaha kalau kau nak tahu suami kau tulah paling tak bersalah. Salah dia hanya kerana dia tersilap pilih kawan. Dan... sebenarnya aku nak tengok macam mana satu pasangan bercinta yang akhirnya kecewa kerana cinta yang dilupakan. Aku nak tahu adakah perasaan yang namanya cinta itu cukup kuat untuk kekal selamanya. Korang berdua ni eksperimen untuk kajian aku... " kata Tyler sebelum dia tergelak lagi.

Automatik muka Lucia yang sayu tadi berubah masam.

"I can't hear all of this bullshit anymore" besi yang merantai tangan Lucia serta merta terlepas kebawah.

Mata Tyler terbuntang luas melihat gadis itu sudah berdiri di hadapannya.

Lucia merenggangkan tangan dan badannya kekiri dan kekanan.

"KAU! MACAM MANA KAU BOLEH TERLEPAS!" Tanya Tyler kuat. Jelas dia terkejut melihat Lucia yang sudah berdiri seperti tiada apa-apa yang berlaku, padahal tangan gadis itu telah dirantai kemas olehnya.

"Mungkin...sebab kau manusia yang bodoh" balas Lucia main main sama seperti Tyler sebentar tadi.

Perlahan-lahan Lucia mendekati Tyler sebelum satu pisau rembo milik Rayyan yang terselit dalam lengan bajunya dikeluarkan. Pisau itu dihala tepat ke dahi Tyler, jejak pada permukaan kulit sebelum satu garis cecair merah mengalir ke bawah mengikut lekukkan muka.

"Now tell me..., where's the antidote? Mana antidote dadah yang kau bagi laki aku!" dingin Lucia menutur. 

Tyler senyum sinis sebelum satu pucuk pistol dikeluarkan dari belakang poket seluar.

"Perempuan tak akan menang bila berseorangan..." Pistol itu tepat mengacu pada kepala Lucia. Mata mereka bertentangan.

"Malangnya dia bukan datang seorang" celah satu suara yang tiba-tiba sahaja muncul di sebalik pintu bilik itu.

Tyler melihat ke arah belakang Lucia.

Keith, Zariq, Zen dan Ray berdiri di muka pintu. Masing-masing lengkap bersenjata. Baju jaket hitam yang tersarung pada badan nampak lencun dengan darah hingga ada yang menitik ke lantai. 

"Hahahahahahaha, hi... korang pun datang? Mesti anak-anak buah aku yang lain korang dah bunuh kan? Hebat, hebat, hebat" kata Tyler dengan senyuman yang masih kekal di bibir. Pistol diturunkan.

"Kalau korang semua datang sini, siapa yang tinggal dekat rumah?" Soal Tyler lagi. Pistol tadi dicampakkan ke tengah bilik.

Masing-masing terkejut melihat lelaki itu. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri.

Kemudian Tyler memandang pula wajah Lucia yang masih lagi mengacu pisau di kepalannya.

"Kesiannya kau...Aku ingatkan suami kau akan datang. Kalau tak boleh kau hidup dengan dia lebih lama sikit" kata Tyler mendatar. Mulutnya tersengih sinis.

"Apa maksud kau... " tanya Lucia keliru.

"Bom TPB. Aku dah tanam dalam rumah tu. Tak lama lagi bom tu akan meletup... " kata Tyler tenang.

Mereka semua tergamam. Meletup?! Tapi Rayyan, Khayra, Anak kembar Ray, Faiq , Avery, mereka semua berada di rumah saat ini!

"Apa maksud kau hah!" Ray laju melangkah ke arah Tyler sebelum koler baju lelaki itu ditarik kuat. Matanya yang merah kehijauan tajam merenung tajam anak mata coklat milik Tyler.

"Rumah. Korang. Tu. Aku. Dah. Pasang. Bom. TPB" sebut Tyler satu persatu sebelum dia tergelak kuat.

Lucia terkedu. Mukanya berubah kendur. Pisau yang berada pada tangannya terus terlepas ke lantai.

"Rayyan..." kata Lucia perlahan. 

Buk!

Muka Tyler kuat ditumbuk oleh Ray. Tyler terjatuh ke lantai. Bibirnya pecah. Kemudian Ray menarik semula koler baju Tyler sebelum tumbukan seterusnya pula dilepaskan. Perbuatan itu diulang berkali kali sehinggalah Tyler termuntah darah. Giginya patah 3.

"Hah..hah... kau bunuh aku sekarang pun ...benda tu takkan berubah... bom tu tetap akan meletup ..." kata Tyler tersekat sekat. Mukanya sudah bengkak.

Melihat ketuanya itu sudah mengamuk, Keith dan kembar laju menerpa kearah Ray . Masing-masing  cuba menarik Ray supaya menjauhi Tyler yang sudah seperti nyawa nyawa ikan.

"Ray sabar wey... jangan bunuh dia. Kita kena tahu dekat mana bom tu dia tanam!" Kata Zariq sedikit kuat. Tangan yang memegang badan ketuanya itu hampir terlepas. 

"Woi sabarlah!" kata Zen pula.

Ray pantas menolak mereka semua ke tepi . Ketiga-tiga terjatuh ke lantai. Tiga orang yang memegang pun masih belum cukup untuk menahan kemarahan ketua mafia France itu.

Lucia pula masih statik di tempatnya. Otak masih ligat memproses kenyataan yang baru di terima. Bom? Dekat rumah? Jadi apa yang akan terjadi kepada mereka yang lain? Apa akan jadi pada suaminya?

Ray duduk di atas badan Tyler sebelum tulang selangka lelaki itu ditekan kuat.

Prak!

Jelas bunyi tulang patah kedengaran. 

"ARGHHH!" Jerit Tyler kuat mengerang kesakitan. 

Mereka bertiga cepat-cepat bangun semula sebelum Keith pantas menarik Tyler menjauh Ray. Zariq pula terus menghalang ketuanya itu menggunakan badan. Manakala Zen sudah memeluk erat badan Ray yang masih lagi dalam keadaan duduk.

"RAY! Sabar wey! Kita kena dapatkan maklumat pasal bom tu dulu!" Jerit Zariq kuat. Kecut perutnya melihat warna mata ketua mereka itu seakan ingin berubah sepenuhnya kepada warna merah.

Dada Ray turun naik. Nafas yang ditarik juga semakin laju.

"Woi woi nanti dulu wey!" Tiba-tiba Keith yang berada di belakang mereka pula menjerit kuat.

Zen dan Zariq terus menoleh ke arah Keith dan Tyler yang berada di belakang .

Lucia yang tadinya masih kekal statik di tepi meja kini sedang mengorek biji mata kanan Tyler. Manakala tangan kirinya pula kuat mengenggam baju lelaki itu. Tangan Lucia jelas nampak menggigil.

"Kau binatang!" Kata Lucia kuat. Pipinya sudah basah dengan air mata. Mata tajam merenung wajah Tyler yang kini sudah dipenuhi dengan darah.

Tyler menjerit kesakitan.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu Keith cuba menarik tangan Lucia tetapi tidak berhasil kerana kekuatan gadis itu hampir sama dengan kekuatan dia.

Akhirnya mata kanan Tyler tercabut dari soket mata.

Tyler meraung sekuat hati. Darah laju mengalir keluar dari mata yang kini sudah lopong.

"Lucia! Kalau you nak selamatkan Rayyan kita kena dengar dulu maklumat pasal bom TPB!" Kata Keith kuat. Kedua lengan gadis itu dipegang kemas.

Lucia mengigit bibir bawahnya kuat. Air matanya laju mengalir keluar. Mata Tyler yang berada dalam tangan terlepas ke lantai sebelum mata itu bergolek golek seperti guli.

"Arghhh!" Tyler masih lagi meraung penuh kesakitan.

Tiba-tiba Zen dan Zariq yang tadi masih lagi memegang Ray terus tercampak ke tepi apabila Ray berdiri secara mengejut. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Tyler sebelum koler baju lelaki itu ditarik kasar.

"Look here you little shit fucking brainless. Where's the bomb right now" keras suaranya menutur. Wajah Ray berubah dingin.

Tyler tidak menjawab, dia masih lagi meraung kuat akibat daripada kesakitan yang dirasai di bahagian matanya.

Mereka yang lain semua sudah kejung, terkaku di tempat masing masing. Gerun melihat Ray yang kini sudah hilang kewarasan.

Pang!

Satu tamparan tepat mengena pada muka Tyler. Darah dalam mulut lelaki itu terpercik keluar.

"I said where's the bomb!" Tengking Ray kuat.

"Tingkat 1 bawah...bawah tanah" jawab Tyler tersekat-sekat.

Koler dilepaskan. Ray terus melangkah kearah Zariq sebelum tangannya menghulur.

"Give me your phone..." kata Ray dingin.

Zariq cepat cepat mengeluarkan telefonnya dari dalam kocek. Jelas tangannya tampak terketar-ketar.

Telefon bertukar tangan.

"R-ray...?" Panggil Keith yang berada di sebelah Lucia. 

"Shut up... I don't have any mood right now" balas Ray dingin . Nombor telefon Rayyan pantas didail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience