Bab 41

Action Series 39599

Sebulan kemudian.....

Rayyan kini nampak semakin pulih. Dia sudah boleh berjalan dan makan seperti biasa. Pada mata kasar, dia sudah nampak sihat. Namun hanya Lucia sahaja tahu itu adalah satu kepuraan yang dicipta oleh Rayyan untuk menutup kesakitannya.

Mereka yang lain sejak daripada Rayyan koma lagi mereka sudah tidak pergi ke syarikat. Masing-masing membuat kerja daripada rumah. Kalau ada meeting penting sahaja mereka akan ke syarikat. Ray dan Khayra juga telah berpindah masuk semula kerumah agam. Senang katanya kalau ada apa-apa yang terjadi.

      Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik meeting di tingkat 2 rumahnya. Kaki laju sahaja melangkah kearah Hanz yang duduk bersebelahan dengan Keith.

"Hi kuli , buat kerja ke tu?" soal Rayyan selamba. Tangannya elok memaut di leher Hanz. 

"Aah" balas Hanz malas. Dia sudah masak dengan perangai Rayyan sejak memasuki keluarga mafia itu. Setiap hari, ada sahaja benda tak masuk akal yang akan dibuat. Tak padan dengan sakit.

"Alololo sian. Nak aku tolong tak?" tanya Rayyan semula.

"Eh tak apalah, Nanti kau sakit aku pulak yang kena marah" bantah Hanz kembali.

"Bagus betul lah kau ni. Kalau aku tahu daripada dulu lagi aku ambik kau kerja under aku. Tak payah aku susah susah nak kena hadap proposal ni semua " kata Rayyan sebelum tergelak halus. Kemudian dia mengambil tempat di kerusi beroda sebelah Hanz.

Mereka yang lain hanya membuat muka. Sejak makin sihat makin sial pulak perangai dia ni. Rasa nak pijak pun ada kadang kadang.

      "Kenapa datang sini, Lucia mana?" tanya Ray mendatar. Matanya masih tidak lepas memadang ke arah laptop di hadapan.

        "Tadi dia ada dalam bilik, kejap lagi naik lah tu..." balas Rayyan semula. Badannya disandarkan ke kerusi.

        "Naik sini? Ada apa?" Soal Faiq pula. Wajah Rayyan yang kelihatan sedikit pucat itu dipandang.

        "Kitaorang ada benda nak bincang sikit. Pasal Tyler" jawab Rayyan serius. Mata masing-masing terus memandang kearah Rayyan.

Selang beberapa saat Lucia pula masuk ke dalam bilik itu sebelum mengambil tempat di sebelah suaminya.

        "Ada apa pasal Tyler?" tanya Zariq memulakan bicara.

"Sebelum tu aku nak tanya pada Kadir..." .

       "Keith lah!" celah Keith laju. Geram pulak namanya ditukar tukar.

       "Hahahaha yelah yelah, Keith" gelak Rayyan halus.

        "Kau nak tanya apa?" Tanya Keith mendatar. Sebelah keningnya diangkat.

        "Haritu kau ada pergi semula markas Tyler kan dengan budak budak ni?" tanya Rayyan mula serius.

          "Ada. Sebulan lepas kau koma. Aku ada datang sana balik untuk ambik semula bom yang aku buat sepanjang 6 bulan dekat sana. Tapi masa aku sampai tempat tu dah kosong. Tak ada satu barang pun yang ada. Markas tu macam tak pernah digunakan langsung" jelas Keith.

         "Yup, Aku pun dah hack semua CCTV yang ada dalam markas tu. Tapi videonya macam dah diedit. Sebab tiba-tiba je barang dalam tu boleh lesap. Takkanlah diaorang ada kuasa magik pulakkan" terang Faiq pula.

          "Aku cuba jugak cari sekeliling lantai markas tu. Kut kut diaorang ada tercicir dua tiga cecair dadah yang dia bagi dekat kau. Tapi lantai markas tu macam kena sembur dengan peluntur. Memang bersih. Satu habuk pun takda " celah Xavier serius.

          "Kau pulak? Ada apa apa yang kau nak cakap?" tanya Rayyan kembali. Kepalanya sudah menoleh ke arah Hanz yang duduk di sebelahnya.

          "Aku memang tak tahu apa-apa langsung ... Tyler yang sebenar pun aku tak dapat beza. Kalau betul apa yang kau cakapkan haritu. Tyler yang sebenar mungkin dah 10 tahun aku tak jumpa. Sebab aku perasan tatu dekat tangan dia tu dah bertahun tahun takda" jelas Hanz panjang.

Rayyan memandang ke hadapan semula sebelum nafasnya ditarik panjang.

          "Sebenarnya aku dengan Lucia guna alternatif lain untuk cari Tyler" kata Rayyan mendatar.

Masing-masing sudah fokus kearah Rayyan dan Lucia.

         "Cara apa tu?" soal Zen yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

         "Guna CCTV jalan dan mata i" jawab Lucia.

          "Mata you? Means? " Tanya Ray mendatar.

          "Seperti yang korang tahu, mata i boleh nampak isi dalaman manusia kan" kata Lucia tenang. Mereka semua hanya memberikan reaksi biasa kecuali Hanz yang baru mengetahui kelebihan gadis itu.

           "So kalau nak ikutkan apa yang i nampak 13 tahun yang lepas. Dalaman Tyler sedikit berbeza dengan kita semua" jelas Lucia lagi.

          "Apa yang beza? Otak dia?" soal Keith. Lucia menggeleng.

         "Tulang belakang dia. Tyler guna tulang belakang besi" kata Lucia senada.

Masing-masing sudah tercengang. 

         "Hah? Besi? Dia pikir dia tu Iron Man ke apa? Nak acah acah pakai tulang besi pulak" celah Zariq laju.

         "Yang tu i tak tahu lah ... agaknya tulang dia ada masalah kut" balas Lucia semula.

         "Jadi apa kaitan dengan CCTV yang kau sebut tadi?" tanya Ray kepada Rayyan.

Rayyan hanya menayang sengihan sebelum tujuh keping gambar dibawa keluar dari poket seluarnya.

         "Dia dah buat pembedahan plastik. Ni hah muka Tyler yang sekarang" kata Rayyan tenang.

Gambar itu dipasskan kepada mereka semua . Lama mereka menilik gambar tersebut sebelum perlahan lahan mata masing-masing membulat besar.

Rayyan tersenyum sinis sebelum badannya ditegakkan semula. Tangannya diletakkan ke atas meja.

           "Persoalannya disini . Dimanakah, bagaimanakah, dan macam manakah kita semua nak tangkap dia. Aku risau dia dah mula bertindak je sekarang ni... " kata Rayyan tenang.

           "Bila kau dapat tahu ni!" Tanya Ray laju. Jelas mukanya kelihatan sedikit cuak.

           "Baru kejap . Aku dah confirm betul-betul baru aku datang sini" balas Rayyan semula.

           "Habis macam mana ni? diaorang tak dalam bahaya ke?" Tanya Keith risau. Mereka yang lain juga kelihatan gelisah. Kecuali Hanz yang masih lagi keliru.

          "Kenapa ni? Korang kenal ke dia ni siapa?" tanya Hanz mendatar.

          "Tu bodyguard parents diaorang. Tapi masalahnya sekarang ni Mr Darell dengan Mrs Agnes tak ada dekat France" jawab Faiq mendatar.

          "Habis diaorang dekat mana?" Tanya Hanz semula.

          "Diaorang dekat South Korea sekarang" jawab Lucia senada.

Serentak itu, pintu bilik meeting dibuka dengan kasar daripada luar. Mereka semua pantas menoleh ke arah yang sama. Avery sudah berdiri di balik pintu dengan muka yang sukar ditafsirkan. Nafasnya tak teratur. Seolah olah baru lepas berlari.

"Abang... Mummy dengan daddy dah takda. Jet peribadi yang diorang naik ...meletup" dua baris ayat Avery menutur sebelum gadis itu jatuh terjelepok ke atas lantai.

Kini tahulah mereka bahawa mereka telah pun terlambat. Dan waktu tak mungkin dapat diputarkan kembali.

Perlahan-lahan kertas pada tangan terlepas kebawah. Air mata mula bergenang di tubir mata masing masing. Dunia mereka seakan kelam. 

Tanah perkuburan Kristian itu penuh dihadiri dengan anak buah Ray dan Rayyan. Kesemuanya memakai baju hitam dan berpayung. Hujan yang turun membasahi bumi seakan tahu isi hati tiga adik beradik malang itu. 

Daripada rumah lagi Avery sudah mengalirkan air mata yang tidak henti. Walaupun tiada tangisan yang kedengaran di mulut, tetapi mata yang sembab itu sudah cukup untuk menjadi bukti kepiluan hatinya. Keith pula sentiasa berada di samping Avery sepanjang proses perkebumian berlangsung. 

Mata Ray dan yang lain juga kelihatan merah dan berair. Sekali lagi kematian yang tidak diingini berlaku. Sekali lagi mereka telah gagal untuk selamatkan ahli keluarga sendiri.

         "Awak okay?" Tanya Lucia kepada Rayyan yang masih tidak lepas memandang kubur ibu bapa angkatnya. Risau juga jika kesihatan suaminya itu semakin memburuk. 

Mereka yang hadir semua sudah beransur pulang. Kini hanya tinggal keluarga mafia itu sahaja yang masih lagi tidak beranjak.

         "Aku okay ..." balas Rayyan mendatar. Wajahnya kosong sahaja menatap ke arah dua papan tanda salib yang dicucuk atas kubur ibubapa angkatnya. Tidak lama selepas itu Rayyan berjalan mendekati Khayra.

         "You tolong tengok-tengokkan Ray tau. Jangan biar dia sorang-sorang. Jangan bagi dia tertekan" pinta Rayyan sayu. 

Khayra hanya mengangguk lemah. Matanya juga kelihatan basah dengan airmata.

Kemudian Rayyan melangkah pula kearah Avery yang berada di sebelah abangnya.

         "Korang jangan lama-lama sangat dekat sini. Aku balik dulu... " kata Rayyan perlahan sebelum kakinya terus melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu. Lucia pula hanya mengekor daripada belakang. 

Mereka yang lain masih lagi kekal di situ bersama ketua mereka.

Masuk sahaja kedalam kereta Rayyan terus duduk di kerusi penumpang. Lucia pula terus masuk ke tempat pemandu.

         "Sorry sayang, kau tolong drive boleh. Aku rasa macam tak laratlah" kata Rayyan perlahan. Kerusi yang sudah diturunkan separuh ke belakang itu disandar lemah. Tangannya diletakkan keatas dahi menutupi sebahagian muka.

         "Tak apa saya faham. Ni awak okay tak?" Tanya Lucia risau . Wajah suaminya yang kelihatan pucat itu di pandang lama.

          "Aku okay. Jom balik... " kata Rayyan lemah. 

Lucia tidak berkata apa-apa. Dia kemudian terus sahaja menghidupkan enjin kereta sebelum kereta itu laju meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Hujan yang turun semakin lebat.

Rayyan diam sahaja sepanjang perjalanan. Sekali-sekala ada juga Lucia menoleh kearah suaminya itu, risau kalau dia pengsan secara tiba-tiba. 

Rayyan masih lagi dengan posisi yang sama seperti tadi. Tak lama selepas itu ada satu cecair jernih yang mengalir turun di pipi Rayyan.

         "Awak sakit ke?" tanya Lucia apabila dia terperasan suaminya itu menangis.

         "Tak, Aku.... cuma rasa terkilan..." balas Rayyan perlahan. Kemudian terdengar sayup sayup suara tangisan yang keluar dari mulut jejaka itu. Badannya juga seakan menggigil.

         "Terkilan kenapa?" Tanya Lucia semula. Bibir bawahnya digigit kuat . Matanya kembali berkaca. Dia juga sedang menahan tangisan apabila mendengar Rayyan menangis di sebelah.

         "Aku...aku tak ingat kubur siapa yang aku lawat tadi" kata Rayyan dengan tangisnya yang semakin kedengaran.

Serentak itu, air mata Lucia mengalir turun dengan lebat.

"Sayang...." panggil Rayyan bersama esakan yang semakin sayu.

"Kubur siapa yang aku lawat tadi...? Kenapa aku menangis?" Tanya Rayyan sebelum dadanya ditumbuk lembut.

"Kenapa... Kenapa aku tak boleh ingat?" Rayyan menekup wajahnya sendiri sebelum matanya dipejam rapat serapat yang boleh.

Lucia ketap gigi makin kuat. Ya allah kau tabahkanlah hati suamiku ini ya allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience