"Beb paling kurang pun kau tukar lah dulu baju kau ni... Dah macam patient lari dari operate table dah aku tengok. Tadi ada nurse siap tanya aku kau okay ke tidak" kata Keith sebelum dia mengambil tempat di sebelah Rayyan. Air tin yang berada dalam tangan diteguk laju.
"Ya wey, kau baliklah tukar baju dulu. Ni paling kurang operation 6 atau 8 jam. Takkan kau nak tunggu dengan baju berdarah-darah macam ni" Zen pula mencelah. Dia berdiri di hadapan Rayyan. Tangan elok terletak di dalam kocek.
Zariq dan Faiq hanya diam memerhati dari tepi. Xavier pula daripada sampai hospital lagi dia sudah mengasingkan diri.
"Tapi..."
"Pergi balik... " pintas Ray yang baru sahaja melangkah mendekati mereka. Anaknya Alicia sudah diletakkan dirumah bersama dengan Khayra dan Avery.
Ray pandang wajah Rayyan. Mata Rayyan sayu sahaja. Tak pernah pernah adiknya sedih macam ni gara-gara seorang perempuan. Bahu Rayyan ditepuk perlahan.
"Pergi balik rest... Apa apahal aku call kau nanti..." kata Ray lagi. Jelas prihatin dengan emosi adiknya itu.
Lambat lambat Rayyan bangun sebelum melangkah pergi dengan muka yang murung.
Selang beberapa jam pintu wad kecemasan itu terbuka. Seorang doktor berpakaian biru pekat keluar dan melangkah kearah mereka berenam.
"Which one is her family?" Tanya doktor itu mendatar. Mask muka dibuka.
"Me" sahut Xavier laju.
Selepas beberapa minit doktor itu berbual dengan Xavier, dia melangkah pergi diikuti dengan dua orang nurse dibelakang.
"Macam mana? Okay tak Lucia?" Soal Ray risau. Jelas ingin tahu keadaan wanita yang telah melindungi anaknya.
"Korang baliklah dulu...biar aku tunggu Lucia. Dia tak apa apa. Tadi lepas operation doktor ada sedarkan dia kejap. Ni dia tengah rest. Nanti nanti dia sedar lah tu" kata Xavier mendatar.
"Okaylah kalau macam tu kitaorang balik dulu. Ni pun dah pagi buta dah ni. Lepas kitaorang mandi apa semua kitaorang datang sini balik" jelas Ray mendatar. Bahu Xavier ditepuk beberapa kali sebelum mukanya didekatkan ke telinga Xavier.
"Aku minta maaf tau...." bisiknya perlahan sebelum dia melangkah pergi diikuti dengan kembar Faiq dan Keith dibelakang.
Xavier duduk semula di atas kerusi . Wajahnya diraup kasar beberapa kali dengan nafas yang dilepas berat.
Buka sahaja pintu rumah mereka berenam terserempak dengan Rayyan yang baru sahaja ingin melangkah kearah pintu. Bajunya sudah ditukar. Rambut Rayyan juga kelihatan basah. Baru lepas mandi lah tu kut.
"Ni kau nak kemana tergesa gesa ni...?" Soal Ray hairan.
"Pergi hospital lah, kenapa korang semua balik ni ?" Soal Rayyan semula. Wajah mereka semua dipandang satu persatu.
Ray pandang yang lain sebelum senyuman nakal terukir. Wajah Rayyan dipandang semula dengan muka yang dibuat-buat sedih.
"Rayyan, kau dengar cakap aku baik baik, doktor kata Lucia koma .... doktor tak tahu bila dia boleh sedarkan diri" kata Ray dengan nada yang sayu. Kemudian mulutnya ditutup seakan akan menahan esakan.
"Ya wey, kemungkinan dia takkan bangun lagi atau koma bertahun-tahun" sambung Keith juga turut ikut menyakat. Mata yang sudah berair dipandang ke arah lain.
"Kata doktor, Lucia hilang banyak darah. Masa operation otak dia sempat mati beberapa saat ... kalau dia bangun pun dia akan cacat seumur hidup" sambung Zariq pula.
Zen yang berada di sebelah hanya menjelingkan mata ke arah mereka semua. Malas nak masuk campur.
Faiq pula sudah bingung ditempatnya, kejadahnya koma bukan ke tadi Xavier kata Lucia okay je ke?
Sesaat selepas itu Rayyan terus jatuh pengsan di hadapan mereka semua.
Nasib baik Ray pantas menangkap kepala Rayyan sebelum terhentak ke lantai.
"Alamak.. melampau sangat ke kita gurau tadi?" Soal Ray memandang mereka yang lain.
"Entah ek hahaha..." Keith sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Zariq pula hanya tersengih macam kera bodoh.
Zen terus melangkah masuk ke dalam rumah mengabaikan mereka yang lain.
"Betul ke Lucia koma wey? Bukan ke tadi Xavier kata dia okay je?" Soal Faiq yang masih lagi blur ditempatnya.
Yang lain terus memandang Faiq.
"Siapa yang kutip si bebal ni?" Tanya Ray mendatar.
"Kau lah yang kutip... " balas Zariq juga mendatar.
"Entahnya dia ni... Bebal tahap dewa" Keith pula menyambung, mata melihat ke arah wajah itik hodoh Faiq.
Tanpa buang masa Ray terus mengangkat Rayyan untuk diletakkan ke dalam bilik. Mereka yang lain juga turut masuk ke dalam meninggalkan Faiq yang masih lagi bingung di depan pintu. Seriuslah wey, Lucia koma ke ?
Selepas beberapa jam Xavier duduk di kerusi luar untuk menenangkan fikirannya dia melangkah masuk ke dalam wad VVIP yang menempatkan Lucia.
Wajah pucat Lucia dipandang sayu.
"Kalau Ma dengan Pa hidup lagi mesti diaorang sedih tengok kau macam ni dik" kata Xavier mendatar. Xavier kemudian mengambil tempat di sebelah katil Lucia. Tangan Lucia digenggam erat.
"Jangan buat macam ni lagi... Abang risau..." kata Xavier perlahan. Wajahnya sayu sahaja menunduk ke bawah.
Beberapa saat selepas tu tangan Lucia tergerak perlahan.
"Dik?" Wajah Lucia disentuh lembut .
Perlahan lahan Lucia membuka matanya sebelum kepala menoleh ke arah Xavier di sebelah. Mulutnya tersenyum sakit.
"Abang... Alicia okay?" Soal Lucia perlahan.
Xavier mengangguk. Tangannya mengusap kepala Lucia perlahan. Bibirnya terukir senyuman nipis.
"Rayyan... mana?" Soal Lucia lagi.
"Dia balik rumah kejap tukar baju, nanti dia datang balik dengan yang lain. Adik rehat lah dulu. Kalau dia datang balik nanti abang kejutkan" kata Xavier lagi.
Lucia mengangguk perlahan sebelum matanya tertutup rapat semula. Kesan ubat masih lagi tidak hilang dari badan. Rasa letih macam dah lima hari tak tidur.
Perlahan lahan Rayyan membuka kelopak matanya. Benda pertama yang dia nampak ialah wajah Ray. Kedua dua bahu Ray pantas dipegang dengan kuat.
"Woi, kau okay tak ni?" Soal Ray mendatar.
"Serius lah Lucia koma!" Tanya Rayyan kuat. Wajahnya jelas nampak risau.
Ray tersenyum halus. Alamak macam mana ni nak bagi tahu ke tak.
"Ha ... aah dia tak sedarkan diri lagi tadi tapi..." belum sempat Ray menghabiskan kata katanya Rayyan terus sahaja bangun daripada katil. Kaki laju melangkah keluar dari bilik.
Ray mengejar dari belakang.
"Woi kau nak kemana. Dengar dulu aku nak cakap apa" kata Ray dengan tangan yang menahan bahu Rayyan.
Rayyan menepis tangan Ray kuat.
"Aku nak pergi hospital..." terus pintu utama dibuka. Rayyan terus melangkah ke arah kereta Ferrari hitam yang sememangnya dipakir di depan pintu rumah pagi tadi.
Enjin kereta dihidupkan sebelum laju kereta itu meninggalkan kawasan rumah. Ray hanya memerhatikan daripada pintu rumah melihat kereta Rayyan yang sudah meluncur pergi.
"Apasal dia tu?" Tanya Keith yang baru sahaja datang ke arah Ray.
Tanpa cakap banyak Ray terus sahaja menarik tangan Keith masuk ke dalam keretanya.
"Woi woi kita nak kemana pulak ni..." tanya Keith bingung tiba tiba sahaja diajak masuk kereta.
Ray tersenyum nakal.
"Kita nak pergi tengok drama free...." kata Ray mendatar sebelum keretanya juga laju meninggalkan kawasan rumah.
Pintu bilik VVIP dibuka kasar dari luar. Rayyan laju menerpa ke arah Lucia yang berada atas katil. Xavier yang duduk di sebelah Lucia terkejut dengan kehadiran Rayyan yang tiba-tiba itu. Selang beberapa saat Ray dengan Keith pula masuk kedalam.
"Lucia... Aku minta maaf Lucia.. semua ni salah aku" kata Rayyan perlahan. Palang katil dipegang kuat.
Xavier sudah bingung ditempatnya. Dah kenapa pulak dengan si Rayyan ni. Wajah Ray dipandang hairan.
Ray tersenyum nipis, tangan diletakkan kemulut membuat isyarat agar menyuruh Xavier diam.
"Lucia aku janji aku akan cari siapa yang bunuh Lucas... Please bangun..." kata Rayyan sayu.
"Aku rasa dia taknak pun bangun, dahlah kau selalu buli dia buat kerja kau kan?" Tanya Ray mendatar. Tangannya elok dimasukkan ke dalam kocek.
"Lucia aku janji, kalau kau bangun aku takkan malas buat kerja syarikat lagi..." kata Rayyan semula.
"Kau janji kau akan datang setiap kali ada meeting ? " Keith pula mencelah. Hahaha seronok kenakan Rayyan.
"Ye aku janji.."
"Kau janji takkan berperangai macam sial lagi?"
"Ya aku janji aku baik baik dengan dia"
"Kau janji kau akan lindungi dia?"
"Ya ya aku janji" kata Rayyan perlahan.
"Kau janji kau akan kahwin dengan Lucia kalau dia bangun?" Soal Ray lagi. Mulut sudah tersenyum lebar. Makin galak menyakat Rayyan.
"Ye ye aku janji aku buat semua tu..." kata Rayyan tanpa sedar dia sedang dipermainkan oleh dua ekor makhluk di sebelahnya.
Xavier hanya diam memerhati.
"Apa benda yang korang merepek ni dari tadi ni..?" Soal Lucia mendatar sebelum perlahan lahan matanya dibuka. Wajah Rayyan dipandang .
Rayyan jelas terkejut melihat Lucia yang sudah membuka mata seolah olah tiada apa yang terjadi, terus wajah Xavier pula dipandang.
"Apa?" Tanya Xavier yang masih tidak tahu apa apa.
Koler baju Xavier ditarik kasar.
"Kau kata Lucia koma!!" Jerit Rayyan geram.
"Bila masa pulak ....." belum sempat Xavier menghabiskan kata-katanya Ray dan Keith sudah tergelak kuat.
"HAHAHAHAHAHAHAH!!"
"Jangan lupa tau Rayyan buat janji-janji kau semua tu tadi" kata Ray sambil tergelak kuat.
"Pergh aku patut rakam tadi tau, boleh tunjuk dekat yang lain. Hahahaha" Keith sudah menepuk-nepuk bahu Ray di sebelahnya.
Rayyan mengetap gigi geram. Terus kakinya melangkah ke arah Keith sebelum kepala jejaka itu dipijak. Pisau rembo yang setia dikaki ditarik keluar sebelum diletakkan betul-betul bawah leher Keith.
"Bro relax bro. Kitaorang gurau je tadi.." kata Keith cuak.
"Hah sekarang kau sampaikan gurau aku ni pulak dekat tuhan kau nanti..." kata Rayyan dingin. Pisau ditekan makin kuat.
"WEHH! WEH BABI! TAJAM BABI PISAU KAU!" Jerit Keith sudah mula takut.
Ray di sebelah makin galak menggelakkan Keith.
"Kau jangan nak gelak sangat lah anjing .." kata Rayyan dingin kepada Ray, sebelah tangannya lagi mencapai kunai tajam yang berada di dalam poket bajunya.
"Woah woah relax lah bro .." kata Ray juga sudah cuak dengan adiknya itu.
Xavier hanya diam memerhati, takda nafsu nak masuk campur.
"Rayyan.." panggil Lucia.
Rayyan tidak menyahut. Kaki masih lagi memijak kepala Keith.
"Rayyan!" Panggil Lucia lagi tapi kali ni lebih kuat.
"Nak apa!" Tanya Rayyan dingin. Kaki diangkat daripada memijak kepala Keith, pisau rembonya diselitkan semula ke kaki.
"You okay?" Tanya Lucia perlahan. Xavier membantunya untuk duduk bersandar ke katil.
"Kau yang kena tembak kau tanya pulak aku okay ke tak.." Rayyan mengambil tempat di sebelah kanan Lucia. Berdepan dengan Xavier.
Keith dengan Ray sudah mengambil tempat atas sofa yang sememangnya tersedia dalam bilik VVIP itu. Masing-masing menarik nafas lega. Sedikit sahaja lagi tadi mereka berdua hampir berjumpa dengan malaikat maut.
Lucia tersenyum hambar. Tangan memegang perutnya yang berbalut. Pergh , sakit ngilu semua ada.
"Lain kali jangan buat macam tu lagi..." kata Rayyan dingin.
Lucia mengangguk.
"Terima kasih sebab kau selamatkan Alicia" kata Rayyan dengan mata yang merenung ke dalam anak mata kelabu milik Lucia.
"Hmm sama-sama..." balas Lucia lembut. Bibir mengukir senyuman manis. Pipinya mula berona merah apabila ditenung oleh Rayyan lama.
Rayyan bangun daripada duduknya sebelum melangkah ke arah pintu.
"Cepat cepat sikit sihat. Aku nak tunaikan janji aku yang terakhir tadi..." kata Rayyan mendatar sebelum pintu dibuka dan dia terus melangkah pergi dari bilik VVIP itu.
"WOOOHOOOO !" Sorak Keith dan juga Ray serentak.
Makin merah pipi Lucia apabila dia teringat kembali kata kata Rayyan sebentar tadi.
"Gila babi lah. Mamat gay tu propose kau wey..." kata Keith teruja. Mata memandang ke arah Lucia dikatil.
Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dengan kasar. Rayyan berdiri dihadapan pintu dengan tangan yang memegang selaras pistol.
"Siapa kata aku dah habis dengan kau ..." kata Rayyan dingin. Pistol dihala tepat ke arah Keith.
"Bro! Relaxlah Bro!" Kata Keith cuba memujuk Rayyan yang jelas nampak bengang.
"Rayyan!" Jerit Ray.
"Kau diam sebelum kau pun aku tembak. Kau takyah acah suci depan aku" balas Rayyan semula.
"Kau berani kau buat lah. Memang mati kau, aku kerjakan.." ugut Ray tenang.
Rayyan tersenyum sinis. Pemicu pistol ditarik.
Bang!
Peluru itu lalu betul betul hampir dengan pipi Keith sebelum menghentam kepada cermin tingkap hospital dibelakangnya .
PRANGGG!!
Cermin hospital itu terus pecah dan jatuh kebawah.
Keith terkedu. Nafasnya turun naik dengan laju. Adakah dia hampir mati ?
Lucia terkejut melihat perangai Rayyan. Xavier pula hanya diam, sudah menjadi kebiasaan dengan perangai sial Rayyan yang tak kena tempat itu.
"Rayyan!!!" Jerit Ray.
"Hahahaha" tiba-tiba Rayyan melepaskan ketawanya terbahak bahak. Wajah terkejut Lucia dipandang sebelum mata dikenyit sebelah.
"Can't wait to call you as my darling...." kata Rayyan dengan nada yang cukup menggoda sebelum pintu ditutup semula.
"Habis lah aku....." kata Lucia perlahan.
Share this novel