Bab 19

Action Series 39599

Kevin terus menekan butang merah, telefon dijauhkan dari telinga Lucia.

          "Apa benda yang kau merepek ni hah?" Soal Kevin bingung sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Lucia hanya menayang muka selamba.

         "Manalah tahu kau nak bunuh aku dekat sini, at least aku sempat maki si tak guna tu" kata Lucia mendatar. Matanya dihala kearah lain. Jelas tidak berminat untuk menatap wajah hodoh Kevin.

"Hahaha, tak da kerja aku nak bunuh kau...." kata Kevin sebelum dia terus melangkah keluar dari pada bilik itu.

Lucia melepaskan nafas lega. Keluar sahaja Kevin dari bilik itu, cepat cepat dia memandang kearah Alicia.. Eh sejak bila budak ni dah terjaga?

             "Adik, Adik okay??" Tanya Lucia lembut.

             "Kenapa akak kena icat?" bisik Alicia perlahan dengan pelatnya. Matanya kosong sahaja memandang kearah Lucia.

Lucia menunduk melihat kakinya yang berantai besi kemudian wajah kanak kanak kecil itu dipandang semula.

        "Ni? Hahaha ni akak saja je main ikat-ikat .." kata Lucia dengan gelak tawa hambar.

        "Sakit ke?" Tanya Alicia lagi .

        "Tak lah tak sakit pun, kaki sayang sakit ke?" Tanya Lucia semula. 

Alicia memandang kakinya yang diikat dengan rantai besi.

          "Uncle Rayyan celalu main icat- icat macam ni. Tak cakit pun" balas Alicia selamba.

Rayyan!! apa kau buat dengan budak ni hah! Lucia menjerit didalam hati.

           "Where's daddy?" Soal Alicia masih lagi berbisik.

           "Nanti daddy datang selamatkan kita, adik baring dulu diam diam. Jangan bising tau.." kata Lucia perlahan.

           "Ocay..." Alicia yang seakan akan faham itu kembali baring dan menutup matanya rapat.

Lucia menghembus nafas lega. Nasib baik budak ni tak banyak ragam. Rayyan tolonglah datang cepat.

Mata masing-masing tertumpu pada skrin ipad ditangan Avery. Peta berdekatan dengan gereja Lucia diculik dipaparkan. Khayra dan Rachel sahaja yang tiada di bilik Meeting itu. Ray tidak membenarkan isterinya masuk campur hal mereka demi keselamatan dia dan anak anak.

           "Semua tengok ni, ni bangunan yang Lucia sebut tu" kata Avery tangan menunjuk kearah satu bangunan berbentuk bulatan. Semua mata tertumpu pada peta tersebut.

           "Yang ni pulak hotel yang dia suruh letak dokumen tu" kata Avery lagi. Sebelah bangunan gereja itu pula ditunjuk.

           "Ouhhh dekat je" kata Zariq mendatar. Mata masih tidak lepas memandang skrin ipad.

           "Jadi siapa yang nak jadi umpan pergi hantar dokumen tu?" Soal Zen mendatar. Wajah masing-masing dipandang satu persatu  Tapi semua mendiamkan diri termasuklah Rayyan.

          "Eh kejap, sebelum tu ... Dokumen TPB tu dekat mana sekarang ni?" Tanya Ray mendatar sebelum matanya memandang ke arah Rayyan.

Rayyan tayang muka blur.

"Dekat mana apanya?" Soal Rayyan semula.

"Yelah, dekat mana kau letak dokumen tu?" Soal Keith mendatar.

"Mana ada dah dokumen tu" kata Rayyan selamba.

"HAH!!!!" Jerit mereka semua serentak. Semua mata tertumpu pada Rayyan yang menayangkan wajah itik hodoh itu.

"Apa maksud kau dah takda?" Tanya Ray dengan mata yang sudah membulat besar.

Rayyan menghela nafas panjang.

"Dokumen tu dah lama takda ... Aku sendiri bakar semua file file dalam dokumen tu depan mata aku" jawab Rayyan mendatar.

"Serius lah?" Tanya Keith dengan muka yang jelas terkejut.

"Alahhh aku baru je nak cuba buat bom tu" sambung Avery pula.

"Kepala hotak kau. Benda tu bahaya tahu tak" kata Rayyan sebelum mengetuk kepala Avery.

"Dah tahu bahaya gatal pergi cipta buat apa" kata Ray mendatar. 

"Ehh aku pulak yang kena... Lucas yang cipta..aku tolong siapkan je" kata Rayyan bersahaja. Wajah ditayang muka tak bersalah.

"Habis tu macam mana ni sekarang? takkan kita nak letak file kosong dekat bilik tu" tanya Xavier yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Hah! Aku ada idea baik punya" Rayyan tersenyum sinis.

Semua terus buat muka tak percaya. Serius lah? Idea dari Rayyan?

"Tak apahal korang pandang aku macam tu?" Kata Rayyan tak puas hati.

"Sebab selama ni idea yang datang dari kau semuanya bala wey" balas Keith mendatar.

"Apa kau kata! Meh sini kau ..."  kepala Keith ditarik sebelum disekeh dengan kuat .

"Ahhhh wey relax lah aku gurau je!!!" Jerit Keith.

"Dah dah! Jangan nak bergaduh pulak dekat sini ..." kata Ray tegas. Kemudian wajah Rayyan dipandang semula.

"Apa idea kau, bagi kitaorang dengar dulu.." kata Ray mendatar.

Rayyan tayang muka sinis sebelum dia memandang wajah Faiq yang berada disebelahnya.

"First sekali, Faiq aku nak kau beli hotel iblis tu sekarang dengan harga yang paling rendah kau boleh tawar ..." arah Rayyan serius. 

"Ibis bingai bukan Iblis .." balas Faiq semula. Laptop yang berada disebelahnya di ambil sebelum laju tangan menekan-nekan papan kekunci.

"Mengisah pulak aku ..." balas Rayyan selamba. Mata dijuling keatas. Yang lain hanya memerhatikan dari tepi.

Selepas beberapa minit Faiq menunjukkan skrin laptopnya kearah mereka yang lain.

"Done .. 600 juta euro" kata Faiq mendatar.

"Okay now aku akan bagi tahu rancangan aku" kata Rayyan dingin. Wajahnya kembali serius. 

Yang lain terus pasang telinga menunggu apa rancangan bangang yang akan keluar dari mulut Rayyan.

Satu plastik roti dicampakkan tepat ke wajah Lucia. Roti itu terjatuh keatas peha. Lucia yang dari tadi melelapkan mata terus sahaja terjaga dari tidur.

          "Makan ni ... aku taknak kau mampus pulak dekat sini" kata Kevin kasar.

"Eh bodoh macam mana aku nak makan kalau kau gari tangan aku kebelakang macam ni" jawab Lucia juga kasar. Mata tajam menjeling kearah Kevin.

"Kau makan lah guna mulut kau macam binatang ... Hahahaha" gelak Kevin kuat .

Satu air kotak susu pula dicampakkan keatas katil Alicia sebelum dia terus keluar dari bilik itu.

Gadis kecil itu hanya duduk diam melihat kotak susu yang baru sahaja dibaling. Matanya sedikit merah. 

Daripada semalam Alicia tak henti-henti menangis nak balik kerumah, nasib baik Lucia berjaya memujuknya. 

Setelah Kevin hilang dari pandangan Lucia terus menoleh kearah Alicia yang berada diatas katil.

           "Adik ...Akak campak roti ni nanti adik sambut okay ..." Arah Lucia lembut.

Alicia mengangguk perlahan. Kemudian dengan segala kudrat yang ada Lucia menggigit roti yang berada diatas pehanya mengunakan gigi sebelum dibaling keatas katil Alicia.

           "Akak tak macan..?" Tanya Alicia perlahan. Roti itu diambil. Nasib baik hanya kaki Alicia sahaja yang berantaikan besi tangannya masih lagi bebas.

           "Tak .. akak dah makan tadi masa adik tido... roti tu adik makanlah" bohong Lucia mendatar. Hakikatnya dia tidak menjamah apa apa pun sejak mereka kena culik semalam, sekarang sudah malam sehari selepas kejadian . Tetapi dia lebih rela berlapar demi gadis kecil yang tak bersalah itu.

Alicia terus sahaja membuka roti yang dicampak tadi dan mengunyah perlahan.

Bibir Lucia mengukir senyuman. Mata memandang Alicia serba salah. Dia menyesal kerana telah membahayakan keselamatan kanak kanak itu. Dirinya terasa bodoh kerana membuat perjanjian dengan Kevin. 

Tiba-tiba pintu dibuka kasar dari luar. Kevin masuk semula dengan wajah yang jelas nampak bahagia.

            "HAHAHAH tak lama lagi aku akan dapat dokumen tu ... kau tengok ni " skrin telefon ditunjuk kepada Lucia.

-Aku akan hantar dokumen tu setengah jam lagi - Rayyan 

Lucia membaca mesej yang tertera pada skrin itu perlahan sebelum wajah Kevin dipandang semula.

          "So kau tunggu apa lagi, lepaskan lah aku ...." kata Lucia dingin. 

          "Eh siapa kata aku nak lepaskan kau? Lepas je aku dapat dokumen tu. Korang berdua ni ... aku akan bunuh depan mata mafia bodoh tu ...hahahahaha" gelak Kevin macam setan.

         "Kau memang binatang Kevin!" Jerit Lucia geram. Tangannya meronta kuat. Mata tajam merenung Kevin.

         "Atleast aku jadi binatang yang kaya ...hahaha" kata Kevin lagi. Kaki terus melangkah meninggalkan bilik itu.

Keluar sahaja Kevin dari bilik itu Lucia terus melepaskan tawanya yang sedari tadi ditahan.

"Mengaku diri sendiri binatang .. hahahhaa" kemudian wajah Alicia pula dipandang.

"Adik dah besar jangan ikut perangai macam dia tau. Baik baik jadi manusia mengaku diri binatang ..." kata Lucia sebelum menyambung gelakknya.

Alicia hanya menayangkan wajah polos. Hairan dengan dua manusia dihadapannya ini. Apa yang kelakarnya tak tahulah.

Lucia tersenyum sinis. Perlahan-lahan rantai yang mengikat tangannya itu dilepaskan. Tada. Magik kan?

Sebenarnya dia memang sudah membuka kunci rantai tangannya itu daripada malam sebelumnya lagi. Pin rambut yang sempat diselitkan dekat lengan bajunya dijadikan sebagai pencungkil. Lucia hanya menunggu masa untuk Rayyan dan lain bertindak dahulu baru dia akan melepaskan diri.

Rantai dikaki pula dicungkil.

Lucia melangkah kearah Alicia .

"Shit .." mata melihat rantai yang mengikat dikaki Alicia. Rantai itu tidak boleh dicungkil menggunakan pin rambutnya. Berbeza dengan kunci yang merantai tangannya sebelum ini.

Kepala Alicia diusap lembut.

"Takpam Akak janji yang akak akan selamatkan jugak adik. Adik jangan risau tau" Badan gadis itu dipeluk erat sebelum umbun umbunnya dicium lama.

          "Betul ke apa yang kita buat ni Rayyan ... " soal Faiq disebelahnya. Mereka berdua kini sedang menyorok di belakang tong sampah betul-betul sebelah gereja Evry.

"Kau jangan banyak bunyi, kau ikut je rancangan aku ni ... aku confirm menjadi punya" kata Rayyan sedikit berbisik. Hotel ibis dihadapannya ditenung lama. 

Ray dan Xavier berada dibelakang bangunan gereja manakala Keith dan Avery baru sahaja keluar daripada bangunan ibis selepas memasang 10 bom di dalam bangunan itu. 

Earpiece yang menyumbat telinga ditekan. "Done" kata Avery dingin. Kaki laju melangkah bersama dengan Keith.

Zen dan Zariq pula berada disalah satu bangunan yang paling tinggi berjarak 2 kilometer daripada gereja Evry. Masing-masing sudah siap dengan sniper ditangan. 

"Keith, ready  ..kau nampak diorang masuk je hotel tu terus kau letupkan bom" kata Rayyan kepada Keith menggunakan Earpiece. Keith dan Avery menyorok di salah satu bangunan bersebelahan dengan Rayyan dan Faiq.

"Roger" balas Keith tenang. Mulut sibuk mengunyah gula gula getah.

Avery disebelah pula elok sedang meneropong ke arah bangunan musuh.

Tak lama lepas tu ramai anak anak buah Kevin keluar dari dalam gereja. Masing-masing bersuit gelap dan bersenjata. Semua melangkah masuk kedalam hotel Ibis.

"Now Keith!" Kata Rayyan setelah melihat semua lelaki itu telah masuk kedalam bangunan.

Keith dan Avery memakai penyumbat telinga sebelum tangan menekan butang bewarna hitam dan merah serentak.

BOOOMM!!! BOOMM!!!BOOMM! BOMMM!!BOOMMM!!!

Sekelip mata runtuh bangunan 10 tingkat yang tadinya masih kekal teguh.

Avery dan Keith membuat high five. 

"Now!" Arah Rayyan. 

Mereka semua masuk ke dalam gereja dengan berhati-hati. Avery dengan Keith masuk ikut pintu tepi. Rayyan dan Faiq masuk ikut pintu depan. Ray dengan Xavier pula ikut pintu belakang. Zen dan Zariq sahaja yang masih lagi diposisi tadi menunggu mangsa.

"Kau agak diorang dekat mana?" Bisik Ray kepada Xavier perlahan, tangan penuh memegang pistol hitam. Lantai gereja itu dipijak dengan berhati hati.

"Entah, bawah tanah lah kut .." Balas Xavier mendatar. Rifle ditangan diletakkan di atas bahu selamba.

"TAKKKK GUNAAA KAU !!!!!!!" 

Masing masing sudah memandang wajah partner masing-masing.

"Woi kau dengar tak tu Ray?" Soal Rayyan kepada Ray di earpiece. 

"Dengar, tu suara Kevin an?" Tanya Ray semula perlahan. Mata meliar memerhati keadaan sekeliling gereja yang agak gelap itu.

"Mana ada ...." kata Rayyan meleret. 

"Habis tu, suara siapa?" Soal Faiq dibelakang Rayyan.

"Tu suara babi tak sunat..." balas Rayyan selamba.

"Jangan main mainlah anjing, dah lah gelap tempat ni.. " marah Keith kedengaran di earpiece. 

"Apahal? Kau takut...?" Kata Rayyan menganjing.

"Harap kau mampus wey kat dalam nanti." balas Avery mendatar. Dia dengan Keith sudah berada di dalam prayer hall.

"Kalau aku mampus kau orang pertama aku rasuk lepas jadi hantu. Lepas tu aku akan jalan bogel tengah tengah jalanraya sampai kau mati bunuh diri sebab tak tahan malu" balas Rayyan semula. 

"Try ah ..." Jawab Avery berani.

"Okay aku buat.." 

"Buat ah aku cabar.."

"Okay!" 

"Okay...."

"Okay!" Balas Rayyan kuat.

"Dekat sini pun nak main main jugak ke babun!" Marah Ray tegas.

Rayyan tersengih. Relax relax sudah nak serius memanjang nak kemana. 

Rayyan dan Faiq masuk ke dalam satu bilik yang penuh dengan patung bersaiz manusia. Ada patung berbentuk lelaki, ada yang berkaki kuda, ada yang disalib. Patung patung disitu semua nampak menyeramkan. Seolah olah semua mata memandang kearah mereka berdua. Bilik tu juga kelihatan suram sahaja, tiada cahaya lampu langsung ,hanya berbekalkan bantuan cahaya bulan diluar.

"Mana siak anjing ni dari tadi aku tak nampak batang hidung, dahlah gelap tempat ni. Banyak setan ke apa?" bebel Rayyan. Satu patung bersayap dihadapannya dipegang pegang. Apa ni? manusia bersayap? Aneh.

"Kalau ada pun, kau lah setannya tu ..." Kata Faiq dibelakang. 

"Kau nampak orang bogel kena salib atas tu? Jangan sampai aku ganti tempat dia dengan kau karang ..." ugut Rayyan semula dengan tangan yang sudah menunjuk kearah salah satu patung yang bersalib. 

"Hehe.. tak tak" Faiq tersengih.

Tiba-tiba telinga mereka menangkap bunyi tepukan dari arah belakang.

"Dah lama buat kerja macam ni?" Soal Kevin bersama lebih kurang 10 orang anak buahnya berdiri menghadap Rayyan dan Faiq.

Rayyan menoleh ke arah Kevin sebelum diikuti oleh Faiq.

"Hah datang pun anak anjing ni. Penat aku cari daripada tadi tau..." kata Rayyan selamba. Jelas tidak gentar dengan kemunculan Kevin di hadapannya. Tangan kanan elok dimasukkan ke dalam kocek, tangan sebelahnya lagi penuh memegang Rifle AK 74 berwarna putih.

Faiq sorok di belakang Rayyan. Earpiece dalam telinga ditekan.

"Korang, Kevin dekat sini wey. Bilik patung. Datang sini cepat" kata Faiq mendatar.

"Beb aku tak rasa aku boleh datang sana" jawab Keith. Matanya tertumpu ke hadapan yang kini penuh dengan anak buah Kevin yang masing -masing lengkap bersenjata.

"Guys, aku dengan Ray pun rasa tak boleh nak kesana sekarang." Jawab Xavier pula. Situasi mereka juga sama. Masing-masing telah di kepung dengan anak buah Kevin.

Faiq menyentuh bahu Rayyan dari belakang.

"Wey diorang tak boleh nak datang" bisik Faiq perlahan.

"Aku tahulah bahalol aku pun dengar. Apahal, kau goyang ke?" Tanya Rayyan semula. Mukanya cukup sinis sekali.

Kevin dihadapan sudah tersenyum mengejek kearah mereka berdua.

"Aku bukan takut cuma...." belum sempat Faiq menghabiskan ayatnya Rayyan menyampuk semula.

"Cuma aku takda telur je... Hahaha" sambung Rayyan.

"Anjing lu..." kata Faiq geram.

"Kau lek je... Time time ni lah aku nak beraksi" Rayyan pandang kearah Kevin semula.

"Ni ke anak anak anjing baru kau. Vin ?" Soal Rayyan kuat.

"Kau bodoh sebab pilih untuk lawan aku Rayyan" kata Kevin kedengaran seperti mengejek.

"Hahaha aku rasa kau yang bodoh sebab lupa siapa ketua kau yang dulu" sebaik sahaja Rayyan berkata pantas tangan kirinya mengambil selaras pistol putih di belakang kocek seluar sebelum dihala ke arah depan. Pemicu ditarik.

BANGGG!

Peluru itu betul betul kena tepat pada kepala salah seorang anak buah Kevin yang berdiri dihadapannya.

"It's showtime..." Kata Rayyan tenang dengan mulut yang tersenyum senget.

AN: Habis Rayyan ngamuk hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience