Bab 36

Action Series 39599

Rayyan dan Lucia berjalan bersama-sama melihat rumah baru yang bernilai 850 billion euro itu. Rumah itu mempunyai 45 bilik butler di bahagian aras bawah, 2 dapur, 3 ruang tamu, dan 5 lift. Manakala di tingkat 1 pula adalah bilik mereka semua dan 6 bilik tetamu .

Di tingkat dua pula terdapat 2 bilik karaoke ,4 movie room, 2 bilik bowling, 1 bilik dart, 2 bilik gym , 3 bilik sauna , indoor swimming pool dan satu library 2 tingkat yang menyambungkan tingkat 2 dan tingkat 3. Ditengah tengah hall juga ada satu fountain water yang cukup besar. Dalam kolam pancuran air itu pula diisikan ikan koi yang jrlas kelihatan mahal.

Di tingkat tiga pula ada 4 bilik meeting, 2 bilik operation , 1 bilik medic, 1 bilik file syarikat manakala di tingkat 4 pula ada bilik Mrs Agnes dan Mr Darell dan 1 bilik stargazing sahaja.

Seperti rumah lama, rumah ini juga mempunyai 4 tingkat bahagian bawah tanah. Dan disetiap tingkat berbeza beza fungsinya.

Dan seperti biasa taman dan outdoor swimming pool berada di sebelah kiri rumah mereka manakala sebuah pusat membeli belah berada di sebelah bahagian kanan. Di bahagian belakang pula ada satu lapangan terbang untuk kapal terbang dan jet peribadi.

"Betul ke Hanz akan duduk sini dengan kita?" Soal Lucia mendatar. Mukanya sedikit cemberut. Jelas tidak menyukai idea mereka untuk menerima Hanz masuk dalam keluarga ini.

"Aah, yang lain setuju untuk ambik dia. Kenapa ? Kau tak suka dia ke?" soal Rayyan mendatar. Tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar. Mereka berdua kini berada betul betul di hadapan pancuran air di tingkat 2.

"Bukan tak suka, cuma tu lah. Diaorang kan yang culik kita berdua masa kecik dulu. I tak selesa" kata Lucia sedikit perlahan.

"Kalau kau tak suka, sekarang jugak aku pergi bunuh dia" kata Rayyan tenang. Kakinya sudah mahu berpatah balik ke arah lift. Namun cepat-cepat Lucia menahan.

"Ish you ni , jangan lah sampai bunuh" kata Lucia semula. 

"Habis tu..." 

"Biar jelah dia ..." kata Lucia semula. Tangan Rayyan masih lagi tidak dilepaskan.

Rayyan memandang Lucia dan tangannya bersilih ganti sebelum senyuman nakal terukir di bibir.

" Jangan suka-suka sentuh aku , karang kalau kau kena rogol tiba-tiba jangan nak salahkan aku pulak" kata Rayyan cukup selamba.

Lucia pantas melepaskan tangan Rayyan apabila mendengar ayat lelaki itu. Mukanya terus berona merah. Kepalanya dipalingkan kearah lain.

Rayyan pula hanya tergelak melihat reaksi gadis itu.

Dagu Lucia dipegang lembut sekaligus menarik menghadap ke arah wajah Rayyan semula. 

"Kau ingat tak janji aku 7 bulan lepas ?" Tanya Rayyan lembut. Matanya tidak lepas memandang mata kelabu milik Lucia.

Berkerut dahi Lucia cuba mengingat. 7 bulan lepas? Janji apa? Dia ada janji apa-apa ke?

Tiba-tiba Rayyan duduk melutut di hadapan Lucia sebelum satu kotak cincin berwarna merah dikeluarkan dari dalam kocek seluarnya.

"Kalau aku nak rorgol kau, aku akan buat dengan cara yang halal. Cinta yang selama ni aku ucapkan dengan mulut aku, betul betul ikhlas datang dari lubuk hati aku. Cinta aku bukan satu permainan yang perlu dihabiskan secepat mungkin. Cinta aku bukan cuma sekadar ayat manis yang kau jumpa dekat tepi pasar malam. Cinta aku bukan datang dan pergi tanpa diundang. Tapi cinta yang aku ucapkan ni kekal selamanya dalam hati dan jiwa aku. Aku cinta kan kau Lucia, tak kira berpuluh tahun yang lepas, semalam, harini, esok atau hari hari yang akan datang. Cinta aku pada kau takkan pernah berubah. Selagi jantung aku tak berhenti berdegup. Selagi laut dekat lautan tak kering dan selagi aku masih bernyawa dan bernafas, selagi tulah aku akan tetap cintakan kau. I will always love you. Kau satu satunya perempuan yang faham aku, terima baik buruk aku, sokong aku. Kau, hanya kau seorang sahaja, takde yang lain, takde perempuan lain selain kau dalam hati aku. Cincin ni bukan tanda sebagai kau menjadi isteri aku tapi cincin ni sebagai tanda yang cinta aku takkan pernah berubah pada kau. Sebagai tanda yang aku akan sentiasa ada disisi kau masa susah ataupun masa kau senang. Sebagai tanda yang aku akan menjadi tulang belakang dalam hidup kau.

I love you and only you ,my angel from the sky.

So will you marry me Lucia Natalie ?" Kata Rayyan penuh dengan romantik.

Lucia terkaku di tempatnya. 

Seminit...dua minit...

Tiba-tiba satu persatu air matanya jatuh mengalir ke pipinya yang putih gebu. Tangannya naik menekup mulut sendiri. Perlahan lahan Lucia mengangguk.

"Yes, I will..." kata Lucia.

Rayyan tersenyum manis sebelum jari Lucia terus dipakaikan cincin berlian yang berada di dalam kotak merah tadi.

Rayyan bangun daripada melutut sebelum pantas Lucia memeluk jejaka itu erat.

" I love you too, Rayyan " kata Lucia dengan suaranya yang sudah serak basah.

Serentak itu air pancut yang berada di hadapan mereka membuat pancuran berbentuk hati. Bukan itu sahaja lampu merah yang menyuluh pada air itu menjadikan air pancut bertukar warna menjadi merah.

Lama mereka berpelukan sebelum ada satu suara yang menegur dari belakang.

"Woi, woi dah! Nak lebih lebih lepas kahwin nanti " 

Rayyan dan Lucia pantas menoleh kearah suara tersebut.

Ray sedang elok bersandar pada salah satu tiang rumah. Di sebelahnya pula ada Keith yang sedang elok mencangkung bersama dengan Zariq dan Zen. Masing-masing mengunyah popcorn yang berada di tangan.

Faiq pula elok bersila sambil menongkat dagunya menggunakan kedua dua tangan melihat kearah Rayyan dan Lucia.

Xavier pula berdiri di sebelah Faiq dengan kedua tangan yang dimasukkan kedalam kocek seluar.  Muka takpayah cakap lah. Memang beku habis.

" Free show..." kata Keith.

" Haram ! That's haram! " Kata Faiq dengan kedua matanya ditutup menggunakan telapak tangan.

" Cium ! Cium ! Cium ! " Sorak Zariq dan Zen serentak .

" Kau jangan nak melebih eh. Adik aku tu " marah Xavier sebelum kedua tangannya memukul kepala Zariq dan Zen yang sedang mencangkung di sebelah.

" So bila nak langsung majlis nikah ni?" Tanya Ray yang sudah tersenyum lebar memandang kearah mereka berdua.

Muka Lucia terus berona merah. Tak sangka yang mereja semua menyaksikan adengan tadi. Rayyan hanya berlagak selamba.

"Esok nikah, lusa aku nak pergi honeymoon terus ..." kata Rayyan tenang.

" Wooooooo...!!" Jerit Keith ,Zariq , Zen dan Faiq serentak. 

Avery yang baru melangkah kearah ruang itu sudah tersenyum sambil kedua tangan disilang separas dada.

"Ada nafsu jugak kau ni rupanya. Ingatkan gay" kata Avery selamba.

"Kepala hotak kau! Aku normal okay! " Marah Rayyan. Dia kemudian melangkah mendekati mereka yang lain. Lucia pula hanya mengekor dari belakang.

"Tahniah dik, abang tumpang gembira" kata Xavier sebelum badan Lucia dipeluk erat.

"Abang... Adik happy sangat..." bisik Lucia sambil tersenyum manis dalam dakapan abang susuannya itu. Air mata Lucia mengalir lagi. Tak terucap perasannnya sata ini. Terharu, gembira, semua bercampur baur.

Xavier melepaskan pelukannya semula sebelum tangan naik mengelap pipi Lucia menggunakan kedua ibu jari.

"Jangan menangis, adik patutnya tersenyum... " kata Xavier perlahan.

"Adik menangis sebab adik terlalu gembira" balas Lucia semula.

Mereka yang lain hanya jadi pemerhati dua beradik itu bermesraan.

"Fuh tak sabar aku nak buat macam tu jugak .. ." seloroh Rayyan tiba-tiba.

"Bapak gelojoh kau ni. Baru je lamar. Belum nikah lagi" kata Keith . Sempat tangannya menepuk bahu jejaka di sebelahnya itu.

"Habis lah malam pertama you Lucia ..." usik Kembar serentak.

Mereka yang lain hanya tergelak. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience