Sudah berkali-kali Keith mendail nombor telefon Rayyan . Tetapi semuanya masuk ke dalam peti simpanan suara. Ah! Aku tak tahan ! Selagi aku tak tengok Rayyan depan mata selagi tulah aku risau.
Terus sahaja kunci kereta yang berada atas meja kaca dicapai laju. Lift rumah dituju sebelum tangan menekan butang tingkat bawah.
" Kau nak pergi mana ni?" Tanya Zariq yang kebetulan terserempak dengan Keith di ruang tamu. Abang kembarnya berada di sebelah.
"Korang jom ikut aku" ajak Keith mendatar.
" Pergi mana?" Soal Zen dengan mukanya yang sudah berkerut.
"Aku nak jumpa Rayyan. Selagi aku tak tengok dia depan mata aku , selagi tulah aku rasa tak sedap hati. Kejadah diaorang honeymoon sampai sebulan. Dia nak buat sampai anak kembar sepuluh ke apa?" Bebel Keith. Kaki laju melangkah kearah pintu rumah.
Zen dan Zariq pula hanya mengekor dari belakang.
Laju kereta Chevloret putih itu meninggalkan halaman rumah.
Bam bam bam...
Pintu bilik diketuk kuat.
" Lucia you ada dekat dalam tak?" Soal Keith dari luar bilik.
Sunyi. Tiada sahutan.
"Diaorang keluar kut?" celah Zariq di sisi Keith.
"Tapi orang dekat kaunter bawah kata dia tak pernah nampak Rayyan dengan Lucia keluar dari hotel" pintas Zen pula.
Keith tidak bercakap banyak. Kakinya diundur beberapa tapak kebelakang sebelum kuat pintu bilik itu ditendang. Terus terkopak pintu itu di bahagian tengah. Bayangkan pintu kayu setebal 3 inci itu boleh terkopak dua. Kuat tak kuat tendangan kaki Keith.
Setelah pintu dibuka Zariq, Zen dan Keith terus sahaja meluru masuk kedalam bilik itu.
"Lucia! Rayyan!" Panggil Keith kuat. Jelas dia terkejut melihat keadaan mereka berdua. Lucia sedang duduk sambil meletakkan kepalanya di atas badan Rayyan. Badannya jelas kelihatan kurus berbanding kali terakhir mereka bertemu. Mukanya juga nampak sedikit tak terurus. Rayyan pula berada di atas katil dengan tangan yang dimasukkan tiub air.
Lucia terus terjaga daripada tidurnya apabila terdengar jeritan Keith.
" Lucia apa dah jadi ni?" Tanya Zariq kuat kepada Lucia. Wajah pucat Rayyan dipandang sekilas.
" Korang... Macam mana ni. Rayyan dah taknak bangun" kata Lucia perlahan sebelum matanya yang kelihatan sedikit bengkak itu kembali mengalirkan air.
"Apa yang jadi ni! Apa dah jadi pada Rayyan ? Kenapa you tak bagitahu kitaorang!" Tanya Keith sedikit kuat. Wajah Rayyan dibelek. Muka jejaka itu sangat cengkung. Bibirnya pucat lesi. Tenat. Kondisi Rayyan nampak teruk.
"Rayyan sakit. Suami i sakit... I tak tahu apa benda lagi yang i perlu buat untuk buat dia bangun" kata Lucia sambil menangis teresak-esak.
Tanpa berkata apa apa, Zen terus sahaja mencempung badan Rayyan. Zariq pula dengan berhati-hati menanggalkan tiub air yang menyalur di tangan lelaki itu.
"Kita bawak balik dia orang berdua ni ke rumah" kata Keith tegas. Badan Lucia yang sudah kelihatan kurus itu dipapah keluar.
Pintu bilik dibuka dengan kasar. Ray laju sahaja melangkah masuk kedalam bilik Rayyan sebelum diikuti pula dengan Khayra yang berada dibelakang. Satu persatu wajah yang berada dalam bilik itu dipandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan, kecewa? Sedih? Entahlah dia sendiri kurang pasti.
"Apa yang dah jadi ni? What happen? Macam mana kondisi Rayyan boleh teruk sampai macam ni sekali?" Tanya Ray kuat. Tajam mata hijau kemerahannya itu merenung mereka semua.
Masing-masing tidak berani ingin bertentang mata dengan ketuanya itu.
"Relax Ray, kitaorang pun tak tahu apa yang jadi. Aku sampai sampai sana memang keadaan dia dah macam ni" terang Keith mendatar.
Ray pantas mendekati Rayyan yang masih belum sedarkan diri di atas katil. Wajah Rayyan kelihatan sedikit cengkung. Tangannya pula dicucuk dengan satu tiub air.
" Lucia mana?" Dingin sahaja suara Ray bertanya.
" Dekat bilik sebelah dengan Xavier. Tadi dia pengsan . Xavier kata sebab dia kekurangkan air dalam badan" giliran Zariq pula menjawab.
Ray menghela nafas panjang. Apa lagi ni. Apa yang sedang terjadi pada mereka berdua?
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dengan kuat sekali lagi. Mata masing-masing menoleh kearah pintu.
Lucia pantas sahaja masuk kedalam sebelum laju dia menerpa kearah Hanz. Koler baju lelaki itu ditarik kasar.
"Ini semua salah kau! Kau tahu tak! Ini semua salah korang! Kalau kau tak wujud, semua ni takkan jadi lah! Suami aku sakit sebab kau! Rayyan sakit sebab kau!" Jerkah Lucia kuat.
" Lucia, Hanz tak salah apa apa pun dalam hal ni. Bukan dia punca utama Rayyan sakit. Cuba you bawa bertenang" kata Faiq memujuk lembut. Tangan gadis itu cuba dileraikan dari koler Hanz. Tetapi Lucia pantas menolak Faiq kuat ketepi sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh ke lantai. Zariq cepat-cepat membantu Faiq untuk berdiri semula.
Yang lain hanya jadi pemerhati.
" Kalau laki aku tak bangun ! Mampus kau aku bunuh! Kau dengar tak ni!" jerit Lucia lagi. Dadanya berombak . Nafasnya turun naik dengan laju . Mata kelabunya tajam merenung kedalam mata hitam milik Hanz.
" Aku...a-aku minta maaf...."
"Lucia dah lah tu!" Tegur Xavier yang baru tiba di pintu bilik.
Lucia melepaskan koler Hanz kasar.
" GET OUT FROM HERE !" Jerkah Lucia kuat.
Hanz terkaku sebelum perlahan-lahan dia melangkah keluar daripada bilik itu.
"Hanz nanti dulu !" Panggil Faiq. Kakinya laju mengejar Hanz yang sudah pergi.
"Apa kena dengan kau ni!" Marah Keith kepada Lucia. Bengang juga dia melihat Hanz diperlakukan seperti tadi. Bukan salah lelaki itu pun. Sama seperti Rayyan, dia juga turut menjadi mangsa keadaan.
" Fuck..." kata Lucia perlahan. Giginya diketap kuat. Satu persatu air matanya mula menitik kembali. Tangannya ditekupkan ke muka. Kakinya sudah tidak kuat untuk menampung badan sebelum Lucia menangis teresak esak atas lantai.
Mereka yang lain jelas terkejut melihat gadis itu. Khayra yang berada di sisi suaminya itu pantas memeluk Lucia. Bahu Lucia digosok perlahan.
"Sabar boleh tak! Cuba terang satu satu apa tengah jadi ni! Serabut lah macam ni! Benda ni takkan settel kalau masing masing macam ni!" Zariq mencelah. Nada suaranya juga agak tinggi. Masing-masing sudah tertekan dengan situasi mereka.
Tiba-tiba Hanz yang tadinya keluar bersama dengan Faiq tercampak masuk semula kedalam bilik. Lelaki itu tergolek golek di lantai. Semua mata terus memandang ke arah pintu.
" Aku dengar sorang lagi yang tinggikan suara, sekor sekor aku tembak. Kau berani kau buat" dingin sahaja Avery menutur. Di tangannya juga ada dua pucuk pistol yang sudah mengacu kedepan. Matanya tajam memandang semua yang ada dalam bilik itu.
Automatik semua diam. Masing-masing tidak berani hendak bersuara.
" Okay okay kitaorang diam" kata Keith teragak-agak. Seram . Avery ni bukan boleh kira. Dia cakap dia buat.
Bam!
Kuat pintu bilik ditutup. Masing-masing tersentak . Avery melangkah ke arah Lucia yang masih berada di lantai sebelum bahu gadis itu diusap lembut.
" Cuba akak bagi tahu. Apa yang tengah jadi ni sebenarnya? Kenapa kondisi Abang Rayyan boleh jadi macam ni. Sejak bila?" Soal Avery mendatar. Nada suaranya juga sudah tidak dingin seperti tadi.
"Rayyan dah sebulan tak sedarkan diri...." kata Lucia perlahan.
" What! Kenapa adik tak bagi tahu kitaorang langsung?" Tanya Ray yang berada di sisi katil.
" Aku kata diam kan . Sekali lagi aku dengar bunyi suara selain dari suara Kak Lucia. Abang tak abang belakang kira semua aku tembak" kata Avery dingin. Wajah abangnya itu tidak dipandang langsung.
Yang lain terus terkelu lidah. Habislah, Avery dah marah!
" Rayyan sebenarnya tak pernah baik. Dia pura-pura je selama ni. Sebulan sebelum majlis sanding, Lucia yang ingatkan dia semua benda. Setiap hari dia mesti akan lupa nama korang semua . Masa waktu sanding tu keadaan dia sebenarnya dah teruk sangat. Dia muntah-muntah setiap malam . Kadang-kadang dia pengsan berjam jam . Tapi dia tetap cuba untuk gagahkan diri dia. Malam hari sanding kitaorang . Rayyan..." Lucia tidak meneruskan kata-katanya. Hanya tangisan sahaja yang kedengaran.
Avery dan Khayra sudah menggosok lembut belakang badan wanita itu. Cuba memberikan kekuatan.
" Malam tu dia dah lupa siapa diri dia . Esoknya pulak dia terus tak bangun lagi. Sampai lah harini. I'm scare, Av. I don't wanna lose him... Akak taknak hilang dia. Akak sayangkan Rayyan... " raung Lucia perlahan. Berjurai jurai airmata yang keluar dari tubir matanya. Habis basah baju yang dipakai. Sampaikan mata Lucia mula membengkak semula.
" Kenapa akak tak bagi tahu kitaorang semua?" Tanya Avery lembut.
" Rayyan taknak korang semua nampak keadaan dia macam ni. Dia taknak korang semua sedih . Lagi lagi Abang Ray. Dia taknak abang jatuh sakit sebab terlampau risau bila tahu keadaan dia nanti"
Bagaikan satu tamparan yang terkena pada wajah masing-masing. Hati mereka terkoyak mendengar ayat Lucia.
" Tapi kitaorang boleh bantu dia...." kata Avery semula.
Lucia menggeleng lemah.
" Tak Av, benda tu tak ada penawar. Tyler sahaja yang tahu penawar dadah yang dia buat..."
" Tapi Tyler kan...."
" Tyler hidup lagi" celah Lucia laju.
Masing-masing terkejut. Termasuklah Hanz yang berada di atas lantai. Masih lagi terbaring. Hanz sebenarnya takut dengan gadis kecil bernama Avery itu . Kekuatan gadis kecil itu mampu menarik dia dan Faiq hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
" What do you mean... Tyler dah mati " kata Avery lagi.
" Tak! Rayyan kata Tyler masih hidup. Selama 6 bulan dia kena culik tu. Itu bukan Tyler. Yang dia bunuh tu pun bukan Tyler. Yang meletup dalam rumah tu , itu bukan Tyler " bantah Lucia semula.
" Habis tu mana Tyler yang sebenar..."
"Akak tak tahu...dah macam macam cara macam macam usaha akak cuba. Tapi akak masih tak tahu dekat mana Tyler yang sebenar... " tangisan Lucia kembali berlagu.
Avery pantas menoleh kearah Hanz yang masih terkaku atas lantai bilik itu.
" Explain this shit before you eat this shit " ugut Avery dingin. Tangannya yang memegang selaras pistol tadi sudah diacukan tepat ke arah kepala Hanz.
Cepat cepat Hanz bangun daripada lantai bilik. Tangannya sedikit menggeletar.
" Aku tak tahu wey. Sumpah! Ni first time aku dengar!" Kata Hanz cuba membela dirinya.
" Another reason" bantah Avery dingin.
" Sebab muka Tyler sama je aku tengok. Tak pernah berubah pun. Takkan lah kalau dia brainwash Tyler palsu tu muka terus berubah macam muka Tyler asli " terang Hanz lagi.
Pistol diturunkan ke bawah. Otak masing-masing ligat berfikir.
" Unless..." kata Faiq sebelum dia menoleh kearah Zariq dan Zen yang berada di sebelah Keith.
Yang lain juga turut menoleh.
" Diaorang adik beradik kembar " kata mereka semua serentak.
Serentak itu Lucia bagaikan tersentak secara tiba-tiba. Hatinya gusar. Terus sahaja dia bangun sebelum laju kaki melangkah kearah Rayyan yang berada di atas katil.
" He's not breathing !"
Xavier yang mendengar bicara Lucia, pantas memberikan bantuan penafasan kepada Rayyan. Dada Rayyan ditekan mengikut kiraan. Cukup 15 kali, Xavier merapatkan telinganya ke dada milik Rayyan.
Masih tiada bunyi.
Melihat muka Xavier yang berubah kelat terus Lucia menolak abangnya ke tepi. Lucia pantas membuat chest compression kepada Rayyan. Sama seperti Xavier, cuma posisi tangannya rapat sedikit ke kanan.
Semua yang ada di dalam bilik itu keliru dengan perbuatan gadis itu.
" Lucia. Jantung sebelah kiri. Kenapa you tekan dada dia sebelah kanan" kata Keith sedikit cuak.
Selang beberapa saat dada Rayyan kembali turun naik. Masing-masing menarik nafas lega.
Kaki Lucia yang jelas sudah menggigil teruk itu terus sahaja terduduk di atas lantai. Masuk kali ini sahaja, sudah dua kali jantung Rayyan terhenti.
"Sebab... Sebab jantung Rayyan sebelah kanan" kata Lucia dalam getarannya.
Semua yang ada di dalam bilik itu jelas terkejut. Kecuali Ray dan Avery yang sememangnya sudah mengetahui tentang perkara itu.
Share this novel