Bab 50

Action Series 39599

      Rayyan terjaga dari lena apabila sakit yang menjalar di seluruh badannya semakin terasa. Dengan mata yang masih terpejam dia cuba untuk bangun mengambil ubat di atas meja bilik. Tersilap langkah, badannya terus jatuh ke lantai.

"Ya allah awak. Kenapa ni!" Tegur Lucia yang turut terjaga apabila mendengar bunyi hentakan kuat. Kakinya laju turun daripada katil sebelum badan Rayyan diangkat ke atas semula.

"Lucia, tolong aku..." Kata Rayyan yang seperti dalam kesakitan. Matanya masih lagi terpejam rapat.

"Kenapa ni, awak nak apa? Nak ubat ke?" Tanya Lucia cemas.

Rayyan mengangguk lemah. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang kian terasa. Kulitnya bagai disiat siat menggunakan besi panas. Keringat peluh jelas kelihatan pada dahinya walaupun suhu bilik sudah mencecah 19 darjah Celsius.

Lucia cepat-cepat mengambil antidote yang berada dalam beg atas meja. Lengan baju Rayyan diselak hingga ke  siku sebelum picagari itu disuntik dengan berhati-hati.

"Awak okay tak?" Soal Lucia. Jelas risau dengan keadaan Rayyan. Bibir lelaki itu nampak pucat.

Rayyan tidak menjawab hanya anggukan menjadi balasan.

Lucia memeluk dada Rayyan sebelum kepalanya dirapatkan ke bahagian kanan. Jantung lelaki itu berdetak laju.

"Everything gonna be fine... " ulang Lucia berkali-kali.

Mereka semua bersarapan di dining hall yang berada di bahagian sebelah lobi resort. Masing-masing mengambil tempat duduk di satu meja bulat yang besar. Xavier dan Hanz mengambil tempat di sebelah Ray. Avery duduk di sebelah Keith. Manakala kembar duduk bertentangan dengan Lucia. Anak kembar Ray pula duduk bersama Khayra.

"Rayyan mana?" Soal Ray sebaik sahaja dia melihat Lucia datang berseorangan.

"Dia tidur lagi tadi, tak sampai hati pula nak kejutkan. Nanti adik orderkan sarapan dari bilik je" balas Lucia mendatar.

Ray dan Khayra sudah berpandangan sesama sendiri. Seriuslah? Rayyan tak pernah bangun pagi lewat tahu tak. Selalunya dia lah orang paling awal sekali yang tengok matahari terbit.

"Aik lama tidur buat projek lama sangat ke malam tadi?" Soal Zariq yang mengambil tempat di sebelah abang kembarnya.

"Ke hurmm...hurmmm..." kata Faiq dengan kening yang diangkat sebelah.

"Hurmm..hurmm apa bodoh orang tak faham!" Celah Keith laju.

Kemudian mereka semua tergelak. Lucia hanya diam.

Apa yang kelakarnya setan!

Selang beberapa saat meja itu penuh dihidang dengan pelbagai jenis makanan.

"Lepas ni kita semua nak pergi mana?" Keith memulakan bicara.

"Aku ingatkan nak pergi Langkawi, Lucia dengan Rayyan ikut kitaorang tak?" Soal Ray yang sudah memandang ke arah Lucia.

"Rasanya tak kut. Adik dengan Rayyan duduk sini jelah. Jalan -jalan tepi pantai. Spend time together" balas Lucia mendatar.

"Wuuuuuu...Honeymoon lah katakan" balas Kembar dan Faiq serentak.

Xavier menoleh sekilas ke arah adiknya. Tengok muka Lucia yang sayu tu pun dah tahu. Sah Rayyan tengah sakit sekarang ni. Mereka yang lain memang bebal sikit susah nak faham emosi orang lain.

"Langkawi! Bestnya, tak sabar nak pergi, mesti dekat sana banyak coklat kan" Avery tayang muka teruja.

"Korang yang lain ikut sama tak?" Soal Khayra pula. Tangan sibuk menyuap Alicia dan Rachel.

"Aku rasa macam tak kut. Nak rehat dalam bilik" Xavier membuat alasan.

"Aku pun rasanya tak..." celah Hanz pula. Dalam otaknya ligat memikirkan perihal 5 orang lelaki semalam.

"Yang lain" soal Ray semula. Mata sudah memandang ke arah Faiq, Keith dan kembar.

"Aku ikut..."

"Aku pun..."

"Aku nak ikut..."

Kata mereka serentak.

"Lepas ni siap-siap, lagi setengah jam kita gerak. Tunggu aku dekat lobi" jelas Ray sambil mulut penuh mengunyah makanan.

Avery melihat aplikasi instagram di dalam iphonenya. Mereka yang lain masih lagi belum muncul di lobi seperti yang dijanjikan. Konon setengah jam, puih lah. Macam janji dengan pak pandir.

Tiber.

"Hi, ingat saya tak? Semalam kita ada jumpa dekat sini" tegur satu suara.

Avery mengangkat wajahnya sekilas. Nafas berat dilepaskan. Apa bendalah bodoh ni nak. Telefonnya dibelek semula mengabaikan jelmaan yang  tak tahu malu duduk di sebelah sofanya tanpa dijemput.

"Sombongnya, jangan macam tu. Saya ikhlas nak berkawan dengan you" Mika masih berusaha untuk berbual dengan Avery.

"Boleh tak jangan ganggu aku, orang diam tu maksudnya tak suka. Faham?" Balas Avery dengan muka yang masam mencuka. Sumpah takda mood nak layan monyet ni.

Muka Mika berubah kendur apabila ditegur oleh Avery seperti itu. Dia terus sahaja bangun dan melangkah pergi. Tangannya digenggam erat dengan gigi yang digetap.

Mika berjalan ke arah kawannya lagi 4 orang yang menunggu di dining hall.

"Hah dapat ke tak no dia? Tengok muka cemberut kau ni macam tak je" tanya Farid apabila Mika sudah mengambil tempat di sebelahnya.

"Sombong siak pompuan tu. Hak alah, aku borak sikit pun dia nak jeling jeling. Pikir dia cantik sangat ke?" Hambur Mika tak puas hati. Kakinya disilang atas kerusi yang lain.

"Tapi memang dia cantik pun..." celah Haikal sebelum tergelak.

"Entah betul tu," Diaz mengiyakan kata kata Haikal.

"Tu tengok tu, tu mesti keluarga dia an" kata Matin sambil menunjuk ke arah keluarga mafia yang sudah melangkah pergi bersama dengan Avery.

"Pergh masing masing bawak kereta canggih siak Lambo, Ferarri, Chevrolet. Mak aih ni memang kaya habis ni" kata Diaz mata masih lagi tidak mengalih dari melihat 4 biji kereta mewah yang pergi meninggalkan kawasan Resort.

"Wey perempuan yang mata kelabu tu takda lah" celah Haikal.

"Aah lah dengan abang dia tu kan. Entah entah dia stay resort kut. Jom kita jalan jalan sekeliling, manatahu nanti terjumpa. Boleh kita ngurat" cadang Diaz semula.

Mereka semua menayang sengihan nakal.

"Sejak bila dia macam ni?" Soal Xavier mendatar. Mata melihat ke arah Rayyan yang berbaring di atas katil.

"Semalam pukul 3 pagi dia ada terbangun. Agaknya dia dah terlampau sakit. Adik bagi dia ubat lepas tu dia tidur sampai lah sekarang" balas Lucia sayu.

Xavier melangkah dekat ke arah Rayyan sebelum tangan dilekapkan ke dahi lelaki itu.

"Tak teruk ni, sebab dia tak demam. Kalau badan dia panas tu maksudnya dah teruk sangatlah tu" jelas Xavier.

Kemudian bahu lelaki itu digoyang perlahan.

"Rayyan bangun. Dah pagi ni..." kejut Xavier.

Tiada respon.

"Rayyan ooo Rayyan..." bahu digoyang lagi.

Perlahan-lahan mata Rayyan dibuka.

"Pehal kau dalam bilik aku ni?" Soal Rayyan apabila melihat Xavier.

"Kau sakit lagi tak? Badan okay?" Tanya Xavier semula.

"Sekarang pukul berapa?" Soal Rayyan.

"Kepala ada rasa pening?"

Lucia yang melihat mereka sudah bingung. Memang tak nak jawab soalan masing masing ke macam mana ni?

"Sekarang pukul 10 pagi" balas Lucia bagi pihak Xavier. Karang nak tunggu diaorang jawab sampai ke subuh lah masih tak habis lagi tanya soalan.

Rayyan bangun perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa menyiat itu dipegang.

"Yang lain?" Soal Rayyan semula.

"Yang lain dah pergi Langkawi, jalan- jalan..."

"Yang kau pehal tak ikut?" Soal Rayyan mendatar. Matanya melihat ke arah pintu bilik. Lucia dan Xavier turut menoleh arah yang sama.

"Aku nak stay sini je, alang alang tu boleh tengokkan kau sekali" kata Hanz yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Rayyan dan Lucia sudah membuat muka hairan.

"Takda apalah, ni kau sihat tak ni?" Soal Hanz semula. Wajah pucat Rayyan direnung. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam seluar.

"Bernafas lagi kira okay lah tu" jawab Rayyan selamba.

"Okay lah bro aku nak masuk bilik. Ada kerja nak buat, nanti kalau kau nak minta tolong apa apa atau kau tak sihat, panggil aku. Aku satu bilik dengan Hanz" Xavier sudah melangkah ke arah pintu.

"Orang ajak ikut tu sebab nak suruh bercuti, bukan 24 jam ngadap kerja" bidas Rayyan semula.

Xavier tidak menjawab dia terus sahaja melangkah keluar. Bercuti tu bila bila boleh. Kesihatan Rayyan perlu diutamakan dahulu sekarang ni. Setiap saat berharga. Kerana setiap saat lelaki itu sengsara.

"Yang kau? Pehal jadi pak guard pulak dekat sini?" Soal Rayyan kepada Hanz apabila lelaki itu hanya menjadi patung di depan katilnya.

"Lepas ni kau nak pergi mana-mana ke?"

"Sayang nak pergi mana mana ke lepas ni?" Tanya Rayyan lembut. Mata sudah memandang ke arah Lucia yang berada di sebelah katilnya.

"Awak dah sihat ke?"

"Iya sudah"

"Saya ingatkan nak ajak ajak jalan tepi pantai kalau awak dah sihat..." balas Lucia mendatar.

"Okay, aku masuk bilik dulu. Apa apa hal panggil lah aku, sebelum pergi inform aku dulu tau" kata Hanz yang sudah melangkah ke pintu.

"Apahal pulak aku nak inform dia, orang nak sweet sweet dengan bini..." bebel Rayyan sendiri.

Keith melihat gadis di hadapannya yang kini sudah tenggelam dalam dunia coklat. Penuh kiri kanan diangkutnya. Mereka semua menyinggah salah satu pusat membeli belah yang ada di Langkawi ini. Ray dan Khayra berada di kedai lain. Kembar dengan Faiq pula sudah hilang entah kemana. Tinggallah hanya Keith dan Avery berdua sahaja.

"Keith sini kejap, tolong pegangkan beg coklat ni..." arah Avery sebelum menghulurkan dua beg coklat yang besar kepada Keith.

"Dah banyak ni, takkan nak beli lagi?" Soal Keith yang terkial kial memegang beg itu. Gila babun lah perempuan ni shopping. Seolah-olah kilang coklat akan tutup esok.

"Itu untuk Av sorang, Av nak cari untuk Abang Rayyan dengan kak Lucia pulak...alah lagipun kitakan banyak duit, time ni lah nak habiskan semua huhuhu" gelak Avery persis budak budak.

Keith menggelengkan kepalanya. Kalau nak ikutkan duit satu mall ni pun budak kecik ni boleh beli. Haih lantaklah.

"Mummy i want these candies!!" Jerit Alicia di tengah-tengah kedai yang mereka baru masuk.

"I want it too!" Jerit Rachel pulak. Biasalah budak budak kan. Pantang sikit jumpa gula-gula. Semua dia nak bedal.

"Ye, ye mummy nak beli lah ni" kata Khayra melayan anak anaknya. Penuh dua bakul hanya untuk mereka berdua sahaja.

Ray pula jadi tukang angkat bakul. Kesana kesini macam bodyguard. Nasib kau lah. Itulah function bawak laki bila shopping. Betul tak?

Setelah puas bershopping mereka berempat pergi pula ke taman gula gula. Seronok betul Si Alicia dan Rachel, menjerit sana sini apabila masuk dalam satu rumah yang berbentuk biskut. Selalunya terperap je dekat rumah. Sekali sekala dah keluar ni. Hah keluar terus perangai monyet.

Ray dan Kahyra pula hanya menunggu di luar. Gila kau, takkan nak masuk sama. Nanti tak dapat beza mana satu bapak mana satu anak.

"Semalam Louis ada keluar eh?" Soal Ray yang sudah mengambil tempat di sebelah isterinya. Gula-gula yang dibeli tadi sudah diletakkan dalam kereta.

"Aah, dia main main dengan Alicia dengan Rachel katanya rindu" balas Khayra mendatar. Mata masih tidak lepas melihat anak anaknya yang bermain dalam taman gula gula.

Ronggaklah gigi diaorang macam ni punya gaya. Daripada tadi disumbat benda manis tak henti henti.

"Sayang tak kisah ke?" Soal Ray lagi.

Khayra menoleh ke arah suaminya.

"Kisah? Takdalah sayang okay je, itukan diri abang jugak. Lagipun abang Louis dah berubah sekarang, dia dah tak kejam macam dulu. Dah tak selalu marah marah, dah tak tengking tengking sayang. Selalu gurau gurau. Alicia dengan Rachel pun suka dengan Abang Louis sebab dia rajin melayan budak budak ni"

Senyuman manis terukir di bibirnya. Badan Khayra dipeluk rapat. Betapa bersyukurnya dia ada isteri yang seperti Khayra memahami keadaan dirinya.

"Abang minta maaf tau kalau Louis ada susahkan sayang" bisik Ray dalam pelukan.

Lama sebelum Khayra turut membalas pelukan itu.

"Jangan risau, sayang tetap sayang abang selama lamanya. Dan bagi sayang, abang tak pernah sekali pun menyusahkan sayang atau menghukum sayang"

Lama juga mereka berpelukan. Pelancong pelancong lain ada yang turut memandang ke arah mereka berdua.

'Kau ni borak macam aku ni setan yang mengganggu umat adam kan?' terdengar ada satu suara mencelah dalam kepala Ray.

'Manalah tahu kau susah kan bini aku ke...'

'Bini kau tu bini aku jugak bebal...' balas Louis semula.

Ray tergelak mendengar bebelan Louis.

"Yang awak gelak tiba-tiba tu dah kenapa?" Soal Khayra pelik melihat suaminya yang tersenyum dan gelak sorang sorang. Rasanya dia takda pulak buat lawak tadi.

"Takda, abang gelakkan Louis. Dia tengah membebel dekat dalam kepala abang" balas Ray mendatar.

Automatik pipi Khayra berona merah apabila teringat apa yang dia lakukan bersama Louis semalam. Perlahan-lahan pelukan suaminya dilepaskan. Wajahnya dikalih ke arah lain.

Tiba-tiba rasa macam curang dengan suami sendiri. Tapi Louis juga suami dia betul tak? Tak salah kan? Boleh ke guna perkataan curang? Tapi mereka tetap orang yang berbeza.

Ah rumit lah macam ni.

Tiba-tiba dagu Khayra di tarik lembut menghadap ke arah Ray yang sudah tersenyum nakal.

"Sayang jangan ingat abang tak tahu apa yang sayang buat dengan Louis semalam" kata Ray dengan senyuman nakalnya.

Oh Damn!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience