Tangan Faiq laju menekan nekan dipapan kekunci laptop. Banyak nombor nombor yang tidak tersusun yang terpapar diskrin, Ray yang berada disebelahnya pun pening melihat . Macam mana entah si Faiq ni baca nombor nombor tu semua .
" Macam mana? Dapat tak ?" Soal Ray mendatar.
Kepala Faiq menggeleng perlahan. Cermin mata yang elok terletak dimata dicabut sebelum dibaling kearah laptop. Sumpah stress . Entah dekat mana lagi dia perlu mencari Rayyan dan juga Keith. Setiap jejak atau kesan yang dicari pasti berakhir dengan kegagalan.
Xavier yang melihat reaksi Faiq tahulah bahawa lelaki itu sekali lagi gagal untuk menjejak lokasi Rayyan dan Keith. Nafas dilepas panjang.
" Lucia mana? Sejak akhir akhir ni aku tengok dia dah jarang masuk bilik meeting ni " kata Ray kepada Xavier di hadapannya. Mereka berada di tingkat 3 , dimana terletakknya bilik meeting dan bilik medic.
" Bukan sejak akhir-akhir ni wey, aku rasa dah dekat 5 bulan dia dah tak join kita. Yang dia tahu cuma marah -marah dekat semua orang" ada terselit sedikit nada geram di suara Xavier. Mana tak geram. Lucia asyik nak menyalahkan semua orang tentang kehilangan Rayyan dan juga Keith. Tetapi dia sendiri tidak langsung membantu mereka untuk mencari bersama-sama.
Ray duduk diatas satu kerusi kulit beroda miliknya. Wajahnya jelas nampak tertekan .Tangan mengurut ke pelipis mata. Mana lagi dia hendak mencari adiknya itu. Rasanya disetiap pelosok Spain tu dia sudah mengarahkan anak buahnya untuk mencari Rayyan . Tetapi masih juga gagal. Seolah -olah seperti Rayyan sendiri menghilangkan diri dari mata dunia.
" Tapikan Ray... kau tak pelik ke?" Tanya Faiq tiba-tiba.
Ray memandang wajah Faiq .
" Apa yang pelik?"
" Kau perasan tak? Walaupun Lucia marah marah kita semua, tapi dia macam tak kisah pun sebenarnya dengan kehilangan Rayyan sekarang ni." kata Faiq mendatar.
" Aku pun perasan jugak. Dia macam bagi kita semua tekanan nak cari Rayyan tapi dia sendiri relax je . Seolah-olah macam dia dah tahu yang sebenarnya Rayyan selamat dan hidup disesuatu tempat" sambung Ray pula.
Xavier hanya mengunci mulutnya . Otaknya ligat berfikir . Tapi dalam tak sedar ada betulnya jugak apa yang Faiq dan Ray cakapkan . Adiknya macam tak ambil peduli pun pasal kes kehilangan Rayyan dan Keith ni.
" Lagi satu kan kadang -kadang tu aku ada terdengar dia macam tengah berborak dengan seseorang dalam bilik dia. Siap gelak sakan pulak tu " sambung Faiq lagi.
" Okay kita assume dia maybe tengah berbual dalam phone. Tapi dengan siapa dia berborak? " Kata Ray pula.
Mereka memandang wajah masing masing sebelum satu nama timbul di benak fikiran .
" Rayyan... " kata mereka serentak.
" Cuba kau try check log phone dia Faiq" cadang Xavier tiba-tiba.
Faiq pantas melakukan tugasnya . Papan kekunci ditekan laju.
" Bila kali terakhir kau terdengar dia borak macam tu dalam phone?" Tanya Ray mendatar.
" Malam tadi..."
" Okay kita check log malam tadi punya" arah Ray .
Selang beberapa minit skrin laptop itu dihalakan kepada Ray dan juga Xavier.
" Aku syak adik kau dah gila...." kata Ray kepada Xavier dengan cukup selamba.
Tajam mata Xavier menjeling kearah Ray sebelum skrin laptop dipandang semula.
Call log telefon Lucia kosong wey, Lucia takda telefon sesiapa pun . Bukan malam tadi punya je, telefon Lucia seolah olah tidak pernah digunakan untuk menelefon sesiapa. Jadi selama ni dia borak sorang sorang ke macam mana ?
" Benda ni tak boleh buat main Ray . Aku risau Lucia terkena tekanan jiwa. Dahlah masa awal awal Rayyan hilang dulu dia pergi rodok balik bekas luka dekat abdomen dia tu kan?" Tanya Faiq serius.
Ray mengangguk perlahan. Rambutnya diraup kasar hingga berserabut. Takkan lah sampai macam tu sekali kesan kehilangan Rayyan pada Lucia?
Xavier pula sudah termenung memandang meja dihadapannya. Belum selesai masalah Rayyan tambah pulak lagi satu masalah.
" Korang borak pasal siapa ?" Tanya satu suara dari arah pintu.
Semua menoleh kearah pintu. Masing -masing terkelu. Tiba tiba pula dia muncul. Macam tahu-tahu je orang tengah bercakap pasal dia.
Lucia masuk kedalam bilik itu dengan senyuman terhias dibibirnya yang sedikit pucat merekah. Kerusi disebelah Faiq ditarik sebelum diduduk.
" Lucia abang nak tanya..." kata Ray memulakan bicara.
" Tanya lah..." kata Lucia ceria. Matanya bulat memandang kearah Ray.
Terus serba salah Ray hendak menanyakan soalan yang terhasil dibuah fikirannya .
Wajah Xavier pula dipandang sebelum mulut membuat isyarat ' Kau lah tanya dia, aku takut '.
Xavier mengeluh berat . Dasar bacot . Wajah Lucia dipandang lembut.
" Adik sejak akhir-akhir ni call siapa?" Tanya Xavier tenang.
Dahi Lucia berkerut .
" Call?" soal Lucia semula. Wajahnya jelas tidak faham dengan soalan yang dilontarkan oleh Xavier.
" Yelah kitaorang dengar adik kadang- kadang bercakap dalam bilik siap gelak gelak pulak tu. Kalau adik tak call sesiapa , dah tu takkan adik cakap sorang sorang "
" Oooo pasal tu ke. Haah adik memang cakap sorang sorang " jawab Lucia selamba dengan senyuman lebar menghiasi bibir.
Ray terus meletakkan tangannya ke dahi Lucia. Pelik. Tak panas pulak. Sah budak ni dah gila.
Xavier dan Faiq hanya memerhati dari tepi.
Lucia menepis tangan Ray sebelum terhambur gelaknya kuat.
" Aduh abang ni , buat lawak lah "
" Abang serius ni dik. Kau ni sihat ke tak ? Sejak -sejak Rayyan dah takda kau makin pelik pelik pulak perangai. Abang ada , Xavier ada, tu Faiq tu ada . Yang adik pergi borak sorang sorang dah kenapa." tanya Ray semula.
Lucia tergelak lagi .
" By the way tujuan adik masuk bilik ni sebenarnya ada benda adik nak suruh Faiq buat.." kata Lucia mengabaikan kata-kata Ray sebentar tadi.
Faiq menaikkan keningnya sebelah.
"Apa dia?"
" Boleh tak dalam masa 3 minggu ni . You carikan tanah yang sama luas dengan rumah agam ni . Lepastu bina rumah baru yang sebijik macam rumah ni" arah Lucia mendatar.
Masing-masing tayang muka pelik . Dah kenapa pulak nak buat rumah baru. Rumah ni dah elok elok cantik macam ni.
" Boleh i tahu kenapa?" Tanya Faiq yang sudah was was dengan kewarasan gadis dihadapannya ini.
" Kita akan tahu sebabnya nanti . Buat masa sekarang ni Faiq buat je dulu apa yang Lucia suruh tu. Jangan lupa tau. Dalam masa sebulan ni pastikan rumah tu dah siap , complete dan dah boleh diduduk" kata Lucia lagi.
Faiq masih lagi memberikan pandangan was wasnya.
Lucia tersenyum .
"You believe me right?" Tanya Lucia lembut. Perlahan -lahan Faiq mengangguk bagaikan terkena pukau.
Habis sahaja mengarahkan Faiq membuat kerja tak masuk akal itu , Lucia terus sahaja melangkah keluar dari bilik meeting dengan mulut bersiul perlahan.
" Sah wey... Sah dia dah gila!" Kata Ray sedikit kuat setelah pintu bilik tertutup rapat.
" Aah wey aku pun macam susah nak percaya yang dia masih waras sekarang ni " kata Xavier pula.
Wajah Faiq dipandang.
" Kau nak buat ke apa yang dia suruh tu ?." tanya Xavier mendatar.
Faiq berfikir sejenak . Bola matanya dipandang ke atas" Tapi dia suruh mesti bersebab kan. Takkan dia nak suruh kita buat benda sia-sia" kata Faiq .
" Ada ke wey orang waras suruh buat benda yang masuk akal ..." betah Ray semula .
" Tulah tu , lagipun kalau kita nak bina rumah sebijik macam ni lagi, termasuk isi dalaman, perabot ,tingkat bawah tanah , mall Ayyan dekat belakang tu semua. Kau tahu tak berapa kos yang kita nak kena pakai?" Tanya Xavier kepada Faiq. Kening diangkat sebelah . Tangan bermain-main dengan sebatang pen.
"Berapa?"
"550 " balas Xavier tenang .
" Eh murah jugak eh rumah ni " kata Faiq mendatar sebelum wajah Ray dihadapannya dipandang dengan mulut yang tersengih.
" Murah kau kata? 550 billion euro tahu tak ,bukan juta. Bersamaan dengan 644 ,319,267,450 US dollar " balas Ray mendatar.
" Tu baru US dollar , hah cuba kau tukar ke duit Malaysia. Tak ke ranap duit kita " sambung Xavier pula.
Mulut Faiq ternganga luas . Kalau ada lalat lalu ni , lalat tu siap boleh bertelur beranak dah dalam mulut Faiq . Boleh kahwin pastu siap ada cucu lalat. Nampak tak hiperbolanya tu?.
" Like, what the fucking hell ... mahal gila rumah ni!" kata Faiq jelas terkejut.
" Tahu takpa . Bukan senang senang je kita nak buang 550 billion euro kalau tak tahu untuk apa." sambung Ray kembali.
Kemudian masing-masing menyepi. Tinggallah bunyi lalat yang masih lagi menari-nari didalam fikiran Faiq. Tiber.
Lucia membuka pintu biliknya luas, dari tadi senyuman tak pernah lekang dimulut. Pintu ditutup semula sehingga rapat . Badan dihempas keatas katil sebelum satu gambar yang sentiasa berada dibawah bantalnya diambil. Gambar itu ditatap lama sebelum perlahan-lahan dikucup lembut.
" Soon..." bisik Lucia sendiri dengan mulut yang tersenyum manis.
Tapi tak lama , lambat-lambat senyuman dibibirnya layu . Gambar yang sedikit lusuh itu dibawa kedada sebelum dipeluk erat .
" I miss you so much Lucas .... and i miss you so much, Rayyan ...." setitis air mata jatuh ke cadar katil.
Gambar itu diambil 13 tahun yang lalu. Lucia yang berada ditengah-tengah sedang tersenyum lebar dan dipeluk oleh dua lelaki kacak disebelahnya . Seorang bermata coklat , seorang lagi bermata kelabu persis sepertinya .
" And i love you ..." kata Lucia lagi.
Sungguh dia rindu dengan dua jejaka didalam gambar itu. Tangan Lucia lembut mengusap gambar lelaki yang bermata coklat sebelum gambar itu dibawa kedada semula.
Kalau dulu lelaki itu paling dibenci , kini bertahta nombor satu dalam hati. Kalau dulu dia ingin membunuh lelaki itu kerana dendam , kini dia ingin hidup bersama lelaki itu kerana cinta.
Lama dia memeluk gambar itu sebelum kantung matanya menjadi semakin berat dan terus tertutup rapat. Lucia tertidur bersama dengan gambar itu dalam pelukan.
Selang beberapa saat ada satu lagi tangan yang mengambil gambar itu dari dalam pelukan Lucia.
Gambar itu ditenung lama sebelum perlahan lahan tangan mengusap kepala gadis itu dengan lembut.
" Abang pun sebenarnya rindu sangat dekat Rayyan...." kata Ray perlahan.
Gambar diletakkan keatas katil semula sebelum kakinya melangkah keluar.
Baru sahaja Ray ingin masuk kedalam bilik tidurnya . Telefon bimbitnya berbunyi .
" Hello , hah macam mana? jumpa tak Rayyan dengan Keith?" Tanya Ray mendatar. Tidak jadi tangan menekan tombol pintu bilik ,kakinya terus menghala kearah lift rumah.
" Abang , Lucia ada suruh Faiq buat apa apa tak ?" Tanya Avery dihujung talian.
Dahi Ray berkerut. Macam mana pulak Avery boleh tahu tentang hal ini. Padahal baru sahaja beberapa minit yang lepas Lucia memberikan arahan itu kepada Faiq.
" Ada , kenapa?" tanya Ray pelik.
"Okay , ikut je apa yang Lucia suruh buat tu . Kalau boleh jangan sampai gagal" kata Avery semula.
Makin berkerut dahi Ray. Butang lift ditekan ketingkat bawah.
"Kau dekat mana ni dik? Macam mana kau tahu yang Lucia ada suruh Faiq buat sesuatu"
"Alaa adik takda masa lah nak terangkan. Adik dekat Poland ni. Okay lah bang , adik gerak dulu. jangan lupa tau pesan dekat Faiq buat benda yang Lucia suruh buat tu" pesan Avery sebelum talian itu terus dimatikan .
Ray memandang telefon yang kini sudah tiada nama si pemanggil. Kurang hajar punya adik. Dia buat dang je aku tanya tadi.
Pintu lift terbuka. Telefonnya disimpan semula kedalam poket seluar.
Faiq yang baru sahaja ingin melangkah kearah ruang tamu itu terus sahaja memandang kearah Ray.
"Eh kata tadi nak rehat .." tanya Faiq mendatar. Tangan kanan memegang secawan koko panas.
"Takda masa lah aku nak rehat . Jom kita kena pergi sekarang jugak..." tangan kiri Faiq terus ditarik laju melangkah kearah pintu utama.
"Eh eh tumpah karang air aku. Nak pergi mana pulak ni.... " kata Faiq yang cuba mengimbangkan air koko panas dalam cawan.
Ray tidak mempedulikannya.
Sampai sahaja di kereta Ferrari hitam yang terparkir diluar rumah Ray terus merampas cawan ditangan Faiq sebelum dilempar ketepi.
"Aku takda masa nak tengok kau minum air koko tu sekarang . Masuk cepat" arah Ray mendatar.
Faiq masuk kedalam kereta dengan mulut muncung sedepa.
"Seriously? Pikir senang ke nak buat air koko" kata Faiq tak puas hati.
Kereta Ferrari hitam itu laju melunjur meninggalkan kawasan perkarangan rumah.
Share this novel