"Okay, as we plan about this project. I will..." kata kata Ray terberhenti sebaik sahaja matanya melihat seekor makhluk yang sedang nyenyak tidur di hujung meja mesyuarat. Mukanya yang seolah olah tiada dosa itu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat pasti hendak menghadiahkan sepatah dua kata kata carutan.
"Mister Rayyan..." panggil Ray mendatar.
Ahli lembaga dan pekerja pekerjanya yang turut menghadiri mesyuarat itu terus melihat ke arah manusia yang baru sahaja disebut oleh ketua mereka itu.
Diam. Tiada sahutan yang didengari.
"Mister Rayyan!" Kata Ray. Tetapi kalini lebih kuat.
Lucia yang sememangnya duduk di sebelah makhluk itu, pantas menyiku kuat pinggang jejaka bermata coklat cair itu.
"Bangunlah bodoh" bisiknya geram. Mulutnya sudah terukir senyuman hambar melihat semua mata mata yang berada dalam bilik itu merenungnya dan juga lelaki yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.
Dasar pekerja paling berdisiplin betul.
Lucia lagi sekali menyiku badan jejaka itu, tetapi kali ini lebih kuat sehingga menyebabkan Rayyan terbangun.
"Ey nak apa! Aku nak tidur lah" marah Rayyan bengang kerana Lucia telah menganggu tidurnya. Mata tajam merenung gadis itu.
"Ehem! Mister Rayyan, can i ask, why are you sleeping in the middle of our discussion?" Ucap Ray dengan gaya yang sungguh formal. Sebagai ketua di syarikat itu, dia haruslah menunjukkan sifat dan contoh yang baik untuk pekerja-pekerjanya yang lain. Kalau perangainya serupa Rayyan, korang dapat bayangkan tak perangai pekerjanya yang lain nanti macam mana. Silap haribulan harini dia buka syarikat esok terus bankrup. Nasib baik syarikatnya di Spain itu ditolong oleh adik beradik kembar. Nampak lah teratur sikit.
"Then why you do that discussion while I'm sleeping " jawab Rayyan selamba. Sedikit pun tiada rasa takut atau gentar. Mentang mentang boss tu abang sendiri.
Kepalanya diletakkan kembali di atas meja. Matanya ditutup semula berura-ura ingin tidur kembali.
Ray sudah menggelengkan kepala melihat perangai adiknya itu. Nafas dikeluh perlahan.
Wajah Rayyan dipandang berselang seli dengan wajah Lucia yang nampak serba salah dengan perangai biadap Rayyan.
"Okay good, as we plan, this project will be handled by Mister Rayyan Mikayla. Please give him an applause" serentak itu mereka semua menepuk tangan masing-masing.
Mata yang tadi sudah tertutup terus terbeliak luas apabila Rayyan mendengar kata kata abangnya itu. Sah hilang akal orang tua ni.
"Bagi dekat aku? Projek tu? Kau dah gila ke? Aku takda masa lah nak buat, bagilah Keith ke, Xavier ke, Faiq ke" cadang Rayyan membabi buta. Wajah Ray dipandang tidak puas hati.
"Xavier tengah tolong aku siapkan projek Tan Sri Fruger yang daripada haritu tak siap siap lagi, Faiq tengah siapkan projek S. A yang perlu dihantar dalam masa bulan ni jugak dan Keith lusa dia dah nak bertolak ke US untuk handel masalah company dekat sana, so any excuse?" Terang Ray panjang lebar dengan muka tenang setenang air tasik benua antartika.
Relax. nak deal dengan budak tadika tak boleh marah marah sebab nanti last last dia emotional dan tak nak buat kerja sebab rasa tertekan. So kita kena handel dengan cara cool dan relax.
"Kembar ada, diorang kan pakar bab bab macam ni. Kenapa mesti aku?" Balas Rayyan semula.
"Kembar ada kerja yang diorang kena selesaikan, kau pulak buat apa?" Soal Ray semula.
"Kerjalah sangat. Yelah yelah fine, aku buat" balas Rayyan mengalah sempat lagi dia menjulingkan bola matanya ke atas tanda protes.
"And Lucia, please support him okay " arah Ray lagi.
Lucia menganggguk berserta dengan senyuman "Yes Sir".
"That all for today, Dismiss" kata Ray kepada pekerjanya yang lain. Habis sahaja Ray berkata sedemikian maka tamatlah mesyuarat yang dihadiri oleh 15/16 itu. Tidak termasuk Rayyan. Dia hanya tidur sepanjang meeting .
"Oukay... Sir..." ajuk Rayyan meleweh dengan muka yang dihodohkan sehodoh hodoh yang boleh.
"Diam lah kau" ujar Lucia bengang. Sakit hati dia tengok perangai tak matang Rayyan. Lucia mengemas sedikit kertas kertas yang dibawa olehnya sebelum masuk bilik mesyuarat tadi sebelum dia terus melangkah keluar meninggalkan Rayyan.
Rayyan hanya memerhatikan gadis itu dari ekor mata hinggalah hilang dari pandangan.. Huh perempuan dan emo. Berpisah tiada. Terus dia berdiri dan turut melangkah keluar dari bilik itu.
"Betul ke abang nak suruh Ayyan handel projek tu?" Soal Khayra yang berjalan beriringan dengan suaminya. Pintu bilik pejabat Ray dibuka sebelum mereka berdua masuk ke dalam bersama-sama.
Ray melangkah ke arah mejanya diikuti dengan Khayra di belakang. Kerusi beroda berwarna hitam itu ditarik sebelum dilabuhkan punggung. Khayra pula hanya berdiri sahaja di hadapan meja. Fail fail yang dibawa ke meeting tadi diletakkan betul betul di hadapan suaminya.
"Kenapa pulak tak betul? Ayyan tu dah besar patutnya dah matang, bukan buat perangai budak budak pergi tembak orang sana sini" balas Ray mendatar. Kedua tangannya ditongkatkan ke dagu.
Khayra memandang wajah suaminya yang kacak itu tidak percaya. Gila eh kau? Tembak orang sana sini tu perangai budak- budak ke? Nafas dikeluh perlahan. Lantak lah pemikiran diorang ni memang luar biasa sikit.
"Lagi satu dia tu sebenarnya pandai, bukannya bodoh. Kalau tak takkanlah dia dah ada phd dengan master masa umur dia 17 tahun. Kalau tak takkan lah dia boleh fasih 15 bahasa dengan mudah. Kalau tak sayang takkan jumpa abang sekarang ni... " balas Ray semula. Kerusinya dipusing ke belakang menghadap tingkap. Pandangannya dibuang keluar, melihat kenderaan yang lalu lalang di jalanraya bawah.
'Hah? Takkan jumpa abang?'
Ray masih lagi dengan riak muka dia yang acah acah menyimpan seribu satu rahsia dalam kepala otak tu.
"Maksud abang?" Soal Khayra kembali.
Ray mengeluh. Badannya dipusing semula. Wajah Khayra dipandang sebelum senyuman palsu terukir. Palsu? Lebih kepada senyuman yang sayu.
"Sir tahu tak projek yang abang Ray suruh buat tadi tu berkaitan dengan apa?" Soal Lucia apabila mereka berdua baru sudah duduk di tempat masing masing di dalam bilik pejabat Rayyan.
Rayyan memandang gadis berambut perang itu. Haih cantik. Tapi kalau membebel, kalah nenek negara jiran sebelah.
"Kenapa kau panggil dia abang?" Soal Rayyan mendatar. Terselit nada cemburu di dalam ayatnya itu. Aik cemburu? Macam bodoh je nak cemburu. Wey aku hidup 26 tahun takda perempuan tak matilah.
"Abang Ray yang suruh, kenapa? Ada apa apa masalah ke?" Balas Lucia semula.
"Abis tu kalau Ray suruh kau terjun bangunan pun kau ikut jelah?" Soal Rayyan lagi.
"Sir ni kenapa? Tiba tiba nak sensitif pasal hal macam ni? Panggilan je pun. Kenapa? Nak saya panggil sir dengan panggilan abang jugak ke?" Balas Lucia sedikit geram. Wajah Rayyan dipandang tidak puas hati. Perangai dia ni memang menjengkelkan setiap masa ke?
Mata kelabu itu bertentang mata coklat.
Lama.
Kedua duanya bagai terbuai merenung antara satu sama lain. Masing-masing tidak mengalihkan pandangan. Namun Rayyan pantas berpura-pura batuk apabila dia tersedar bahawa mereka telah merenung antara satu sama lain selama lebih seminit.
"Ehem... Relax lah aku gurau je. Hak alah kau ni pun. Ouh ye takpayah panggil aku sir. Aku tak suka pekerja yang terlalu formal, panggil aku kau pun boleh. Mesti Ray pun dah anggap kau sebahagian daripada keluarga dia" balas Rayyan sebelum dia mula menyemak satu persatu fail yang baru sahaja diletakkan di atas mejanya oleh anak buah yang bernama Feres.
Tiba - tiba saka pemalasnya sudah berambus dari dalam badan.
Fail itu diselak satu persatu namun perkataan-perkataan yang tersusun di atas kertas itu bagaikan bahasa asing, dibaca berulang kali tetap tak faham. Shit bahasa apa diorang guna ni.
Kertas itu sudah renyuk apabila dipegang dengan agak kuat. Rayyan mendekatkan lagi kertas itu kemukanya, setelah beberapa kali membaca perkataan yang sama. Tiba-tiba dirinya terasa bodoh apabila dia perasan kertas itu menggunakan bahasa English. Dahinya diketuk sedikit, apa kena dengan dia ni?.
Lucia berdehem beberapa kali untuk mengurangkan suasana yang menjadi semakin janggal itu.
"Jadi you tahu tak projek tu pasal apa?" Tanya Lucia kembali.
"Tahulah," balas Rayyan semula senada.
Lucia memandang pelik. Bukan ke dia tidur sepanjang meeting?
"Macam mana pulak you tahu, kan you tidur je masa Ray membebel kat depan".
"Aku tido tapi telinga masih boleh mendengar" bidas Rayyan semula.
Makinlah Lucia pelik bila dengar jawapan Rayyan. Macam mana tu? Kau tidur tapi boleh dengar?
"Jadi projek tu pasal apa?" Sengaja Lucia menguji.
Rayyan menayang muka malas. Kertas yang sudah nyawa-nyawa ikan itu diletak semula ke atas meja. Wajah gadis bermata kelabu itu dipandang.
"Orang tua tu takda kerja, bosan agaknya. Dah berlambak branded yang dia dah buat tapi oleh kerana dia sejenis makhluk yang tamak dan tak boleh nak tengok adik dia yang satu ni senang so dia sengaja suruh cipta something yang berjenama under Mikayla dan proposalnya haruslah disiapkan dalam masa sebulan dan dibentangkan dalam meeting akan datang. Puas?" Terang Rayyan setelah mengulaskan balik meeting yang dihadiri selama 2 jam setengah tadi. Tengok, kan bagus kalau bagi dia je jadi ketua, senang sikit, tak payah nak meeting berejam. Cakap direct dan straight to the point.
Lucia sudah tergamam. Macam mana dia boleh tahu semua tu sedangkan dia tidur?
"Sebab aku tak bodoh macam kau" balas Rayyan selamba seolah olah mengetahui isi hati gadis itu.
Lucia menggenggam tangannya kuat. Ada jugak yang makin penyepak hari ni. Haih sabar hati sabar.
"Ouh ya, aku dari dulu nak tanya kau. Kenapa aku macam pernah tengok kau eh?" Soal Rayyan tiba tiba. Kedua tangannya ditongkat kedagu. Merenung tepat ke arah Lucia.
Lucia tergamam. Dia ingat ke? Tolonglah jangan kata dia dah ingat semula.
"Yelah takkan dah lupa, orang yang you humban tengah-tengah laut guna kontena kayu tu dulu" cepat-cepat Lucia membalas dengan harapan supaya Rayyan tidak menyentuh topik yang satu itu. Walaupun saat ini hatinya bagaikan nak terkeluar dari tubuh jasadnya sendiri.
"Hmm yeke? Tapi kenapa aku rasa kita pernah jumpa sebelum daripada kes tu lagi. Seems like I already know you quite long..... Maybe not you but someone similar to you. Are you hiding something from me?" Soal Rayyan lagi.
Lucia semakin cuak. Kalau tadi hati dia bagai nak terkeluar dari jasad kini jantungnya pula terasa susah untuk mengepam darah di dalam badan secara normal. Mukanya yang putih itu bertambah putih, atau lebih tepat menjadi semakin pucat apabila mendengar soalan jejaka itu.
"T.. Tak lah mana ada, jangan nak merepek" balas Lucia semula sedikit tergagap. Peluh yang mengalir didahi hanya dibiar menitik.
Namun Rayyan masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lucia. Dia yakin dia pernah berjumpa dengan gadis itu sebelum ini. Wajah gadis itu mirip dengan seseorang. Tapi siapa?
"Kau ada abang?" Soal Rayyan lagi. Masih lagi dengan muka dia yang penuh dengan tanda tanya.
Lucia semakin gelisah di tempat duduknya. Setiap nafas yang dihirup terasa perit, tiba-tiba terasa bagai oksigen yang berada di bilik ini tidak cukup untuk memenuhi ruang jantungnya. Air liur yang ditelan juga terasa kesat.
"Xa.. Xavier, Xavier kan.. Dia kan abang i" balas Lucia sedikit tergagap.
"Tak... Maksud aku abang kandung"
Pantas Lucia berdiri secara mengejut.
"Cukup! Jangan tanya apa apa lagi berkaitan dengan aku. Itu privasi. Tak perlu rasanya untuk kau masuk campur urusan peribadi aku" sejurus itu dia terus melangkah keluar daripada bilik. Pintu bilik dihempas sekuat kuat yang boleh.
Rayyan sudah tercenggang di meja kerjanya sendiri. Apa kes?
"Eh eh.. Perempuan ni dah kenapa? Period ke? Aku tanya elok elok, tiba-tiba nak marah. Aku tanya pasal abang je pun. Peribadi sangat ke tu?" Malas dia nak ambik pusing, terus dia menyambung semula kerja tadi.
Sementara itu di luar bilik. Lucia terus bersandar di muka pintu sambil kedua matanya dipejam rapat. Tangannya dibawa ke dada atau lebih tepat di keberadaan jantung terletak dan berfungsi. Nafas yang tadi terasa berat sudah semakin teratur.
"Adik okay?"
Pantas Lucia melihat gerangan yang menyoal.
Xavier keluar daripada biliknya sebelum melangkah mendekati Lucia. Kedua tangannya elok terletak di dalam poket seluar.
"Abang..." pasti abangnya itu mendengar hempasan pintu tadi.
"Kenapa? Ayyan buli adik ke?" Soal Xavier prihatin. Sungguh dia sayang kepada adiknya yang satu ini. Walaupun dia hanya sekadar adik susuan yang tiada pertalian darah, tetapi dia tetap satu satunya adik yang dia masih ada.
"Tak lah" Lucia menggeleng perlahan.
"Habis tu?" Tangan Xavier naik mengusap kepala gadis itu.
"Ayyan tanya, kenapa dia macam pernah tengok adik sebelum ni"
"Pastu?" Soal Xavier lagi masih kekal dengan muka beku yang setaraf ais di negara kutub.
"Adik ingatkan ingatan dia dah pulih. Sebab dia tanya pasal abang kandung adik" balas Lucia semula. Nafas dikeluh lega. Sekurang-kurangnya tidaklah dia merasa tertekan sorang sorang.
"Dia dah ingat ke pasal Lucas?"
Lucia mengangkat wajahnya. Wajah putih yang kacak itu ditatap sayang sebelum pinggang lelaki itu dipeluk. Xavier membalas pelukan Lucia.
"Tak dia tak ingat, dan adik harap dia tak ingat sampai bila-bila" balas Lucia sayu.
Terus Xavier memegang kedua bahu adiknya itu sebelum ditarik meleraikan pelukan. Wajah sayu gadis itu dipandang.
"Adik, sampai bila adik nak rahsiakan semua ni? Mungkin adik boleh rahsiakan sekarang, tapi sampai bila? Lambat laun mesti dia tahu jugak satu hari nanti. Mesti musuh dia datang balik cari dia. Itu sebab utama adik datang kesini kan?" Soal Xavier mendatar.
Raut wajah Lucia berubah saat mendengar soalan abangnya. Tangannya laju memeluk kembali tubuh sasa itu.
"Tak lama. Cukup sampai musuh kita mati, sampai adik dapat bunuh lelaki tak guna tu dengan tangan adik sendiri. Sampai adik dapat dengar sendiri jantung lelaki yang membuat hidup adik terseksa macam ni berhenti tak bernyawa. Kalau boleh adik taknak Abang Rayyan ingat semula memori memori dia yang dulu. Biarlah kitaorang terhapus dari memori dia. Adik tak kisah. Adik okay je bang " balas Lucia sayu.
"Adik tak kisah pun dia lupa pasal adik, pasal Abang Lucas. Adik tak kisah semua tu. Biarlah dia macam sekarang. Adik harap abang simpan dulu rahsia ni. Adik tak nak dia hilang kawalan. Boleh abang janji dengan adik?" Air mata yang dari tadi bertakung di tubir mata jatuh mengalir di pipi mulus gadis itu.
Jarinya diangkat mengesat air mata yang mengalir dipipi Lucia. "Abang janji " kedua pipi itu dipegang.
Lucia memicit pipi Xavier sebelum ditarik berlawanan arah. Sehingga terhasil senyuman yang lebar.
"Abang senyum nampak hensem, abang senyum lah selalu nanti mesti adik dapat akak ipar cepat. Kalau abang asyik masam je muka tu. Babi hutan pun takut nak dekat dengan abang tau" kata Lucia sambil tergelak kecil.
"Eee budak ni memang nak kena"
Mereka sama sama tergelak.
Yup, memang sah Xavier dah buang tabiat.
Share this novel