Bab 18

Action Series 39599

Kain yang menutup mata Lucia dilepas kasar. Cahaya lampu berlumba - lumba masuk kedalam mata. Lucia duduk diatas sebuah kerusi kayu ditengah-tengah bilik. Mata terus memandang disekeliling bilik itu. Macam ruangan bawah tanah. Kerana bilik itu memerlukan bantuan cahaya lampu untuk menerangi ruangan. Satu tingkap pun takda. 

        "Selamat datang..." kata seorang lelaki yang memakai hoodie hitam berdiri tegak di hadapan Lucia.

Lucia mengangkat wajahnya melihat jejaka di hadapannya itu. 

Kevin, lelaki inilah yang membuat perjanjian dengannya sewaktu di Thailand dulu.

       "Kau!... Apa yang kau buat ni hah!" Marah Lucia. Nada suaranya naik seoktaf. Wajahnya jelas nampak bengang.

        "Hahaha. Aku tak buat apa... Aku cuma culik kau dan budak tu je..." kata lelaki itu sebelum jarinya menunjuk ke arah sebuah katil di sebelah dinding kiri.

Lucia memandang katil tersebut. Matanya terus membulat melihat Alicia sedang elok berbaring di atas katil itu nyenyak. Kaki gadis kecil itu digari menggunakan rantai yang menyambung kepada tiang besi yang besar. Tangan Lucia juga diikat kebelakang menggunakan rantai besi yang sama. 

       "Tak guna kau! Ni bukan dalam perjanjian kita! Lepas kan budak tu! Dia tak bersalah pun dalam hal ni! Sanggup kau gari dia macam tu! Aku kata lepaskan dia!!" Marah Lucia sambil meronta-ronta. Bunyi rantai besi memenuhi ruang . 

    "Perjanjian kita? Ouh perjanjian kita... Aku dah tak perlukan perjanjian bodoh tu lagi! Sekarang aku dah ada budak ni! Aku dah ada kau! Bila bila masa je aku akan dapatkan apa yang aku nak... Hahaha" kata Kevin dengan kuat.

     "Heh kau fikir aku ni berguna sangat ke hah! Kalau kau ugut untuk bunuh aku sekarang pun, aku rasa si Rayyan tu tak peduli langsung tahu tak!" Jerit Lucia. 

     "Mungkin tak berguna pada si anjing tu, tapi berguna pada abang kau yang lagi dua orang tu kan? Hmmm siapa nama dia ya. hah! Xavier Macaire dan Ray Mikayla... HAHAHAHAHA.... Agak agak abang kau yang mental tu jadi gila balik tak kalau dapat tahu adik dia ni mati?" Tanya lelaki itu kedengaran sinis sekali.

    "Kau memang tak guna! Anjing! Anak haram !" Marah Lucia. Suaranya naik dua oktaf.

    "Anjing ? Aku? Aku ke atau bakal suami kau tu yang anjing? Hahaha" gelak lelaki itu kuat.

     "Tak! Dia bukan anjing macam kau, aku dah tahu dah semuanya. Bukan dia yang bunuh abang aku kan! Kau penipu!" kata Lucia.

       "Hahahaha... Ouhh jadi kau dah tahu rupanya. Patutlah kau tak buat apa yang aku suruh ..." kata Kevin mendatar.

        "Memang betul.. Bukan dia yang bunuh Lucas. Aku sendiri tak tahu siapa yang bunuh abang kau yang bodoh tu! Aku cuma mempergunakan kau je. Hahahahhahaha dasar perempuan cetek akal! Adik beradik sama je dua-dua bodoh! senang dipergunakan" sambungnya lagi.

Lucia mengetap gigi geram. Mata tajam merenung lelaki di hadapannya.

Kevin mengambil telefon yang berada diatas meja sebelum kaki melangkah kearah Lucia semula.

     "Aku nak kau call bakal suami kau tu sekarang jugak.... Bagi tahu dia, kalau dia nak budak ni selamat dia kena dengar cakap aku" kata Kevin dingin dengan tangan yang sudah menghulurkan telefon bimbit kepada Lucia.

    "Apasal pulak aku yang nak kena call dia. Kau dah culik budak tu kau lah yang call dia ! Pengecut!" Balas Lucia berani.

Rambut Lucia ditarik kuat ke belakang. Kepalanya terdongak keatas.

     "Heh perempuan! Kau jangan banyak bunyi eh.. Ikut je apa yang aku suruh!" Kata Kevin dingin sebelum kepalanya didekatkan lagi ketelinga Lucia.

    "Kalau kau tak nak dengar cakap aku... aku rogol budak kecik atas katil tu....." bisiknya perlahan dengan mulut sudah tersenyum sinis.

     "Kau memang binatang ! Tak guna! Manusia sial! Babi punya laknat!! Kau sentuh dia memang aku siat kau hidup hidup!! Aku sumpah aku akan bunuh kau setan!!!" Jerit Lucia dengan nada yang meninggi dari satu ayat ke ayat yang lain. Badannya meronta-ronta kuat. Bunyi besi kuat bergesel memenuhi ruangan.

Kevin tergelak besar.

      "Call BAKAL SUAMI KAU tu sekarang... Hahahah itupun kalau kau nak budak tu selamat lah. Aku tak kisah kalau kau nak bagi aku jadi orang pertama yang akan pecahkan dara dia ... HAHAHAHAHA " kata Kevin lagi.

      "KAU MEMANG SIAL !" Jerit Lucia.

Rayyan sudah tidak senang duduk daripada tadi. Sekejap ke kanan sekejap kekiri. Sekejap lagi menonggeng pula. Ray yang duduk diatas sofa pening melihat adiknya yang seperti ayam berak kapur itu.

    "Kau ni tak reti nak relax kenapa..." kata Ray mendatar.

    "Macam mana aku nak relax wey.. Diorang dah dapat Alicia, Lucia pun aku tak tahu dekat mana sekarang ni. Entah betul ke tak, tah tah dia yang pakat dengan penculik tu. Kalau jadi apa apa pada anak sedara aku tu macam mana!" Kata Rayyan kemudian dia duduk disebelah Ray.

      "Woi kau cerita macam aku ni orang asing... Anak sedara kau tu anak aku bingai! Relax lah....kau macam ni pun bukan boleh muncul balik budak berdua tu" kata Ray tenang.

     "Relax kepala bapak kau!" Balas Rayyan semula.

     "Bapak kita kan dah mati, kau dah lupa ke? Huhu" balas Ray mendatar.

Rayyan pantas menjeling Ray tajam. Time time ni lah kau nak buat lawak bodoh kau tu! Tak lawak setan!

Ray hanya tersengih. 

Zariq, Zen dan Xavier dari tadi hanya menyepikan diri, Keith pula sibuk mengunyah kerepek tak henti -henti . 

Faiq dan Avery pula dari tadi gigih mencari keberadaan dua gadis yang hilang itu. Papan kekunci laptop ditekan laju.

Xavier memandang ke arah Rayyan yang duduk di atas sofa sebelum nafas dilepas perlahan. Nanti nanti jelah dia bagi tahu . Sekarang masa macam tengah tak sesuai lagi nak mengaku.

Tiba-tiba telefon Rayyan berbunyi.

Rayyan pantas mengangkat panggilan itu. Butang pembesar suara ditekan.

        "Assalammualaikum, awak....." kata Lucia. Suaranya agak lemah.

        "Kau memang tak guna! Mana kau letak anak sedara aku hah!! Bagi dia sekarang ! Kalau tak memang mampus kau aku kerjakan" kata Rayyan dingin.

Yang lain hanya pasang telinga. Faiq dan Avery pantas membuat kerja mereka untuk menjejak lokasi si pemanggil.

         "Tch!.... " 

         "Kau jangan nak Tch Tch dengan aku .. Cepat bagi tahu mana anak sedara aku lah betina!" Marah Rayyan lagi. 

         "Woi setan bodoh! Kau dengar cakap aku baik baik eh!" Kata Lucia tiba tiba.

Rayyan terkedu. Mukanya jelas nampak bengang.

Yang lain hanya mampu menahan gelak. Keith cepat-cepat minum air kerana tersedak kerepek yang tengah dikunyah dalam mulut. Hanya Faiq dan Avery sahaja yang masih serius menunggu ayat yang akan diberitahu gadis itu.

         "Selama 48 hari aku tinggal dengan kau. Aku benci kau!! Kau syaitan, kau bodoh, kau tak guna. Memang semua ni salah kau! 623,568 ribu jam masa aku terbuang dan sia-sia dekat orang bahalol macam kau ni tahu tak! Dua kali kau malukan aku depan semua orang. Tapi aku tahan je. Kalau kau nak tahu aku benci kau sejak daripada kau suruh aku kira 428,813ribu biji peluru yang kau tabur dekat tingkat bawah rumah kau tu! Kau fikir kau siapa nak arah arah aku hah? Bapak aku pun tak pernah lah nak tengking aku macam mana kau tengking pekerja pekerja lama kau tu!" Kata Lucia lagi.

Rayyan pandang muka Ray. Apa benda yang perempuan ni merepek? Dah gila ke dia? Dahi masing-masing berkerut.

            "Woi setan sejak bila pulak aku....." belum sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya Lucia mencelah semula.

             "Diam Rayyan!! Kalau kau nak tahu Faiq dengan Avery pun benci nak tengok muka kau yang tak siap tu. Dasar anak anjing, setan laknat. Berlagak kaya !!! Bodoh pulak tu... Dah tak dapat nak selamatkan lagi dah kebodohan kau tu. Baik mampus jelah lagi bagus..." kata Lucia lagi.

Zariq dan Zen sudah terguling-guling atas karpet mendengar bicara Lucia. Ray pula menekan-nekan perutnya. Senak wey gelak tahan-tahan ni.  Hanya Xavier sahaja yang masih kekal berwajah beku. 

           "Tujuan aku call kau yang bodoh muka tak siap ni...." sambung Lucia lagi. Yang lain memasang telinga semula.

          "Aku nak kau serah kan balik Dokumen TPB yang kau simpan. Itu bukan hak kau. Itu hak aku. Bom tu abang aku yang cipta! Jadi sepatutnya dokumen itu jadi hak milik aku. Aku akan mesej kau dekat mana kau perlu hantar dokumen tu. Kalau kau nak Alicia selamat. Kau cepat cepat hantar, Aku tak pasti apa akan aku buat dekat budak kecik ni kalau kau lambat" kata Lucia tenang.

         "Okay aku setuju" kata Rayyan mendatar.

          "Tolong...."  belum sempat Lucia menyambung panggilan itu terus terputus.

          "Hello? Hello!" Jerit Rayyan kuat.

"Bangkai betul..." kata Rayyan sebelum telefon itu dibaling ke sofa.

          "HAHAHAHAHAHA ..."  yang lain kuat melepaskan gelak masing-masing. 

           "Yang korang gelak apahal setan!" Marah Rayyan bengang.

           "Aku rasa kan beb, Lucia memang betul betul bencikan kau..." kata Ray di sebelah.

           "Aah lah wey, dah macam ni pun sempat lagi dia kutuk kau macam macam" kata Keith pula.

           "Tulah, dari tadi aku rasa nak terkencing" Zen pula menyambung. Yang si Zariq awal-awal lagi dah lari masuk ketandas. 

Xavier hanya jadi pemerhati.

           "Tak masalah dia sekarang ni, apa benda dia merepek dari tadi? Satu habuk pun aku tak faham ni.." tanya Rayyan bingung.

Ray dan Keith pandang sesama sendiri sebelum memandang kearah Rayyan semula.

           "Kau perasan tak suara dia tadi lain lain?" Soal Ray mendatar.

           "Lain lain yang macam mana" tanya Rayyan semula.

          "Ada yang tinggi ada yang nada rendah" celah Keith.

Ray mengangguk.

         "Yup, bila nada suara dia tinggi tu  dia saja nak kutuk kau, tapi dia akan guna nada suara yang rendah sikit bila nak bagi kita clue.. " kata Ray tenang.

        "Maksud kau?" Tanya Rayyan lagi.

Ray memandang Avery disebelahnya. Avery mengangguk kepala.

        "Clue yang dia bagi ialah, dengar, 48.623568, 2.428,813. Dekat bawah tanah. Pekerja lama. Faiq dengan Avery. Kalau nak Alicia selamat. Cepat cepat hantar. Aku tak pasti apa akan aku buat dekat budak kecik ni kalau kau lambat. Last sekali dia sebut tolong..." kata Avery mendatar.

      "Aah dia bukan cakap merepek pun tadi. Memang dengar macam merepek tapi nombor yang dia bagi tu sebenarnya nombor lokasi dia dekat mana sekarang ni. Dan dia kena kurung dekat bilik bawah tanah. Musuh kita sekarang ni pulak ialah salah sorang pekerja lama kau. Dia sebut nama aku dengan Av sebab dia tahu kitaorang berdua akan dapat tangkap clue yang dia bagi tu. Dia pesan jangan lambat sebab aku rasa musuh kita tu akan apa apakan Alicia kalau kita lambat. Aku syak ayat last dia tergantung sebab penculik tu yang matikan call" terang Faiq panjang lebar.

      "Betul tu, yang ayat lain tu aku rasa dia saja nak kutuk kau" kata Ray kemudian dia dengan Keith tergelak semula.

      "Jadi bukan dia yang culik Alicia?" Tanya Rayyan.

Ray menggeleng. Zariq yang sudah kembali dari tandas terus duduk di sebelah Ray semula.

      "Dia tak salah?" Tanya Rayyan lagi.

      "Memang betul, bukan Lucia yang culik Alicia ..." kata Xavier tiba-tiba.

Yang lain terus pandang wajah lelaki beku itu. Rayyan terus menerpa kearah Xavier.

      "Kau dah tahu tapi kau senyap je! Kau memang tak guna!" Pistol silver yang berada dalam kocek seluar dikeluarkan sebelum terus diacu ke kepala Xavier.

      "Bro relax bro...." Kata Xavier.

      "Diam kau! Apasal kau senyap dari tadi hah! Cepat cakap sebelum aku sumbat stokin aku dalam mulut kau" kata Rayyan dingin.

     "Aku nak cakap tapi.. "

     "Memang betul, Lucia tak salah dia cuma salah faham je.." celah Khayra yang baru sahaja melangkah kearah ruang tamu.

    "Apa maksud you dia salah faham?" Tanya Rayyan kepada Khayra. Xavier sudah dilepaskan. Pistol silvernya disimpan semula dalam kocek seluar belakang.

       "Memang betul mula mula dia datang sini dia nak balas dendam. Dia ingatkan you yang bunuh abang dia, Lucas. Dia buat perjanjian dengan penculik tu untuk bunuh you dan dapatkan dokumen TPB. Tapi dia salah. Dan dia menyesal sebab buat perjanjian tu" kata Khayra lagi sebelum mengambil tempat di sebelah Avery.

       "Sayang tahu ke siapa yang culik diorang?" Tanya Ray lembut. Wajah Khayra dipandang.

Khayra mengangguk.

        "Kevin. Lucia buat perjanjian tu dengan Kevin" jawab Khayra tenang.

        "Eh? Hidup lagi anak anjing tu.." kata Rayyan.

        "Ya kevin yang tipu dia kata Lucas kena bunuh dengan kau" celah Xavier.

        "Kepala atok dia lah ..." kata Rayyan.

        "Sebab tulah mulanya dia datang sini memang untuk balas dendam tapi lepas dia dah tahu hal yang sebenarnya dia terus matikan niat dia tu.." sambung Khayra lagi.

        "Eh Eh! kejap. Apasal you tahu semua ni?" Tanya Rayyan semula.

        "I curi curi dengar you berbual dengan Ray masa dekat pejabat minggu lepas. Lepas tu i terus tanya Lucia. Dan dia mengaku" kata Khayra tenang.

Xavier memandang ke arah Khayra. Tanya kebendanya. Dia ugut Lucia dengan pistol dekat kepala. Xavier sendiri cuak masa tu.

       "Sial... bukan aku yang bunuh Lucas" kata Rayyan perlahan. Kepalanya menunduk kebawah.

       "Ya kitaorang tahu bukan kau yang bunuh Lucas" balas Keith pula.

Ray memandang kearah Faiq.

       "Dah dapat lokasi diorang Faiq?" Tanya Ray kepada Faiq mendatar.

       "Dah. Diorang kena kurung dekat bilik bawah tanah gereja Evry Catherel sebelah bangunan Mairie d'evry-Courcouronnes" jawab Faiq.

Tingg!

Satu mesej masuk telefon Rayyan.

Dokumen tu letak dekat hotel Ibis Styles Evry Cathedrale. Bilik nombor 413 sebelum pukul 12 tengah malam esok.

Rayyan membaca mesej itu dengan kuat.

            "Hotel tu dekat dengan gereja diaorang kena kurung!" Kata Avery setelah mencari lokasi yang disebutkan.

          "Bagus. Senang kita nak plan selamatkan diaorang nanti" kata Ray tenang.

          "Tapi sebelum tu..." celah Rayyan semula mata memandang wajah Xavier yang berada disebelah.

         "Aku still lagi tak puas hati dengan setan ni...." kata Rayyan dingin. Leher Xavier dicekik sebelum dua dua terjatuh kelantai.

        "Bro relax bro..." kata Xavier .

        "Ah takda relax relax, kau dah tahu tapi kau senyap je kan...ni makan dia" kata Rayyan sebelum botol mineral yang dipegang Keith diambil dan disumbat ke dalam mulut Xavier.

        "Manusia macam kau ni patut mati awal je....menyusahkan aku betul" kata Rayyan lagi.

        "Bro jangan bro... weyyyyy!!" Jerit Xavier.

Yang lain hanya memerhati dari tepi. Takde nafsu langsung nak menolong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience