Bab 28

Action Series 39599

Telefon diletakkan semula ke dalam laci kecil disebelah katilnya. Perlahan lahan bibir mengukir senyuman. Lucia menekup mukanya menggunakan bantal. Ni bantal lain. Dua lagi bantal memang dah tercampak atas lantai.

'Bahagianya....!!' Jerit Lucia dalam hati. Wajahnya yang putih itu mula kemerah-merahan. Hujung bantal digigit gigit geram. Sampai nak terkoyak nampak gayanya.

Tak sabar nak tunggu bakal suami balik. Arhhh!

" Hahahaha eee tak malunya aku ... cakap i love you.. Arghh Malu Bodoh Malu!" Kata Lucia sendiri dengan nada yang agak kuat .

Faiq yang kebetulan berjalan di hadapan bilik Lucia terdengar suara gadis itu.

" Sah dah gila Si Lucia ni ..." mulut mencicip perlahan air koko panas yang dibawa dari dapur sebelum kaki terus melangkah kearah biliknya.

Cermin yang memisahkan antara dua bilik itu itu ketuk perlahan. Lelaki yang sedang tekun menyusun dan memintal wayar di atas meja segera mengangkat wajahnya.

" Woi sini kejap ..." panggil Rayyan diluar bilik. 

Berbanding dengan Rayyan, Keith telah dikurung dalam satu bilik kurungan dan tidak dibiarkan bebas.

Manakala Rayyan pula oleh kerana otaknya telah di Brainwash dengan anak buah Tyler, Tyler telah menjadikan Rayyan sebagai orang kanannya. Tetapi itu semua hanyalah lakonan daripada Rayyan.

Tanpa Tyler sedar selama 6 bulan, Rayyan masih lagi Rayyan yang asal kerana hampir tiap malam Rayyan akan menelefon Lucia dan menyuruh Lucia mengingatkan kembali perkara perkara penting yang Rayyan telah lupa. 

Hanya beberapa hari yang lepas sahaja Rayyan hampir-hampir lupa akan identiti dirinya kerana mereka menggandakan dos yang diberi kepada Rayyan.

Keith jalan mendekati cermin .

" Kau nak apa lagi Keiz.." tanya Keith malas. 

" Lagi 3 minggu ... kau bertahan lagi tiga minggu... Aku akan pastikan rancangan kita kali ni berjaya " kata Rayyan mendatar.

" Haih, aku tak kisah sangat sebenarnya tiga minggu apa lah sangat, aku setakat buat bom je. Kau tu , boleh ke bertahan lagi 3 minggu ? Dah berapa banyak dadah diaorang sumbat dekat kepala kau . Aku risau ada effect je nanti dekat badan " kata Keith sedikit risau .

" Hahaha takda apalah. Aku okay je ni masih waras. Okaylah aku cau dulu. Nak jumpa bapak anjing kejap .." kata Rayyan selamba. Tangan diangkat sebelum dia terus melangkah pergi meninggalkan bilik Keith.

Keith melepaskan nafas panjang. Sumpah kau memang gila Rayyan .

IMBAS KEMBALI

Dua hari selepas Rayyan sedar di hospital kerana ditembak peluru beracun ketika di US, Rayyan dan yang lain telah pulang semula ke tanah prancis.

Suasana kafe yang agak riuh di Bagel cafe itu sedikit pun tidak menganggu dua orang jejaka yang serius berbincangkan sesuatu.

" Jadi kau nak kata yang kau dah ingat semula siapa culik dan yang belasah kau sampai kau hilang ingatan 13 tahun lepas?" Tanya Keith mendatar.

" Iya , diaorang ada tiga orang ketua . Yang tangkap aku dengan Lucas nama dia Cartez Dion . Seorang lagi saintis gila yang cipta macam macam jenis dadah tu, nama dia Tyler Sebastian. Lagi seorang nama dia Hanz isaak . Hanz tu yang aku rasa nak sangat pasal dokumen bom TPB tu. Sebab dia agak mahir cipta bom.." kata Rayyan serius. Matanya tajam merenung kearah cawan yang berisi air dihadapannya. Tangan bermain main dengan straw.

" Takda lah mahir mana dah kalau sibuk nak tiru hasil ciptaan orang..." balas Keith semula.

Rayyan tergelak sinis.

" Itulah tu , bodoh alam .."

" Habis tu kenapa , kau nak lawan dengan diaorang ke? Kita berdua? Aku takda hal .... Aku sentiasa on kalau kau yang minta tolong dekat aku.." tanya Keith semula . Jelas serius dengan kata- katanya .

Rayyan senyum lebar . Tak sia sia dia kutip Keith dulu . Keith adalah antara anak buah Rayyan yang paling setia dengannya. 

Wajah serius Keith dipandang kembali.

" Cartez Dion dekat sini sekarang ..." kata Rayyan mendatar.

" Sini? Apa maksud kau dekat sini. Dekat France ni?" Tanya Keith semula.

" Tak. Dekat dalam kafe ni sekarang" balas Rayyan tenang. 

Terus membulat mata Keith mendengar ayat Rayyan. Matanya terus meliar memerhatikan orang-orang yang berada dalam Kafe tersebut. Satu persatu wajah dilihat.

" Yang mana..?"

" Hujung , meja dekat dengan pintu masuk . Pakai kemeja warna hijau gelap " Air minumannya disedut lagi. Haus pulak tekak. 

Keith terus melihat kearah yang disebutkan oleh Rayyan sebentar tadi.

" Kau gila ke? Kenapa baru sekarang kau cakap?" Bisik Keith perlahan dan keras.

"Hahaha apahal , kau goyang? Jangan risau dia sorang je tu aku dah check tadi sebelum masuk sini " 

" Kepala hotak kau goyang ... Memanglah dia sorang tapi aku tengah tak bawak apa apa senjata ni . Kau bawak ke?" Tanya Keith semula.

Rayyan selamba menggeleng . Keith sudah menepuk dahi.

" Dia kenal kau tak? Dia datang sini buat apa? Nak bunuh kau ke?"

" Manalah aku tahu dia kenal aku ke tak , Muka aku kan dah semakin hensem ... " balas Rayyan sedikit riak.

" Tapi dia datang kafe ini bukan sebab nak bunuh aku....." sambung Rayyan semula.

" Habis tu " celah Keith.

" Aku yang datang sini nak bunuh dia..." balas Rayyan tenang.

"Kau nak bunuh guna apa bebal! Kalau kau tak bawak apa apa senjata langsung" marah Keith masih lagi dalam keadaan berbisik.

Rayyan tergelak halus. Gelabah lah anak anjing ni . 

" Relax relax sudah, kau nak goyang apahal . Kita tunggu dia keluar kafe ni , Kau ikut dia, aku ambik something kejap dalam kereta aku" kata Rayyan mendatar.

" Something tu apa?" 

" Adalah .." balas Rayyan bicaranya seperti bermain main sahaja . Air minuman disedut lagi sehingga habis. Tak boleh bazir, satu air tu berharga RM20. Mahal beb . Harga yahudi betullah kafe ni.

Keith melangkah dengan berhati hati mengekori Cartez dari belakang. Jauh sedikit takut terkantoi pula nanti. Sudahlah dia tidak memegang apa apa yang boleh dijadikan senjata . Nak berlawan pun dia tak beberapa nak mahir sangat macam si Kembar dan Rayyan. 

Cartez berjalan ke arah belakang kedai.

'' Aduh dah kenapa pulak dia ni masuk lorong belakang .... Rayyan ni mana.." kata Keith sedikit risau. Dia masih lagi mengekori Cartez dari belakang .

Tiba-tiba langkah Cartez terhenti . Tetapi badannya masih lagi tidak berpusing ke belakang. Keith juga turut ikut berhenti dan segera menyorok dibelakang tong sampah apabila melihat musuhnya itu berhenti secara mengejut.

" Siapa kau? Kenapa kau ikut aku daripada tadi ..." Tanya Cartez tenang.

" Aduh Rayyan, dah terkantoi dah ni... Kau ni mana...." Keith mula gelisah.

Baru sahaja Keith ingin kelular dari persembunyiannya Rayyan terlebih dahulu melangkah ke arah Cartez. Sempat dia menendang sedikit badan Keith supaya kembali menyorok.

" Hai anjing ... Kenal aku siapa?" Tanya Rayyan mendatar sambil tangan kanannya memegang sebilah pedang yang agak panjang macam pedang samurai . Pedang itu disandarkan atas bahunya. Tangan kiri pula elok terletak dalam kocek seluar.

Cartez menoleh kebelakang sebelum mulutnya mengukir senyuman .

" Rayyan Mikayla..... Hahaha aku tak sangka dapat jumpa dengan kau hari ini ..." 

" Tak sangka kan? Aku pun tak sangka yang harini akan menjadi hari dimana aku akan mencabut nyawa kau...." balas Rayyan cukup tenang . 

Keith yang masih lagi menyorok dibelakang tong sampah memandang kelantai. Ada selaras pistol betul betul di sebelah kakinya. 

Sejak bila pulak ada pistol dekat sini. Matanya memandang ke arah Rayyan semula dihadapan sebelum pistol semi auto itu diambil. Rayyan lah kut yang baling tadi. 

Keith terus sahaja menarik Safety pin pistol itu sebagai langkah berjaga jaga.

" Hahaha kau nak bunuh aku? Sama macam aku bunuh Lucas dulu ke?" ejek Cartez semula. Tangannya laju mengambil pistol dikocek belakang sebelum diacukan tepat kepada Rayyan.

Rayyan tersengih . Kepalanya digaru menggunakan hujung pedang .

" Lucas? Siapa Lucas eh... Haha aku tak kenal lah mana mana lelaki nama Lucas" balas Rayyan semula.

" Kau jangan pura-pura bodoh depan aku..." kata Cartez dingin. Matanya tajam mencerlung kearah Rayyan.

" Aku tak pura pura lah ... kura-kura adalah" balas Rayyan main-main.

Pelahan lahan sarung pedangnya ditanggalkan . Rayyan melihat pedang itu dari pemegang hingga ke hujung . Bersinar dan berkilat . 

" Kau rasa pedang ni cukup tajam tak untuk belah otak kau..." tanya Rayyan sinis. Mulutnya juga tersenyum sinis. Kemudian Rayyan menjilat permukaan pedangnya perlahan -lahan.

" Heh dalam mimpi kau lah !!" Tanpa bercakap banyak Cartez terus melepaskan tembakannya tepat pada dada Rayyan.

Tetapi peluru itu tidak mengena pada Rayyan . Peluru itu jatuh kebawah menjadi dua .

" See... aku dah kata pedang aku tajam .." entah macam mana Rayyan yang tadinya berdiri dihadapan, kini sudah berada dekat dengan Cartez . Pedangnya diletakkan betul betul dibawah halkum milik Cartez.

Cartez menelan air liur yang kini terasa kesat. Baru sahaja pistolnya ingin mengacu semula pada kepala Rayyan , Keith pantas melepaskan tembakan tepat pada pistol Cartez.

Pistol itu terpelanting jauh ketepi .

Keith keluar dari belakang tong sampah sebelum melangkah mendekati Rayyan dan juga Cartez.

" Nampak tak? Aku cukup bijak bawak member , bukan macam kau. Bodoh..." bisik Rayyan ditelinga Cartez. Pedang yang tadi dibawah leher Cartez di halakan secara menegak keatas.

" Aku teringin nak tengok apa akan jadi kalau aku rodok kepala manusia dari bawah leher. Agak-agak pedang ni boleh rodok keluar dengan otak kau sekali tak" bisik Rayyan lagi. Nada suaranya cukup mengerikan. Dengan matanya yang agak redup dan mulut yang tak lekang dengan senyuman mampu membuatkan sesiapa yang mendengar terasa gentar dan mimpi ngeri selama 3 malam berturut-turut.

Dahi Cartez sudah berpeluh -peluh. Dia tahu dia sudah tersilap langkah kerana tidak membawa bersama anak buahnya datang ke kafe tadi.

" Kau dah g-gila ke..?" Tanya Cartez sedikit tergagap.

Rayyan tergelak halus. Matanya tajam mencerlung ke anak mata milik Cartez.

" Kau yang jadikan aku gila, Cartez. Kau dah lupa ke?" 

" A-apa kau nak? Kalau kau nak duit aku boleh bagi ..." kata Cartez cuba untuk menawar.

" Duit... Hahahahaha tetapi aku dah cukup kaya sekarang ni  ..." 

" H-habis tu kau nak apa. K-kau cakap je aku boleh bagi ..." balas Cartez masih lagi tergagap.

" Apa-apa je ? Hmm.... Kalau aku kata aku nak nyawa kau? Betul ke kau boleh bagi?" Tanya Rayyan dingin.

Cartez terkelu . Jelas dia sudah tersilap memilih kata katanya. Darah yang menyalur dalam badan kini terasa perlahan. Jantungnya mula berdegup dengan pantas.

Rayyan tergelak melihat wajah Cartez yang sudah mula pucat .

" Kau takut dengan aku rupanya. Mana lagi dua orang member sial kau tu? Hanz Isaak dengan Tyler Sebastian..." tanya Rayyan dingin.

" D-diaorang  ... diaorang dekat Iraq.." bohong Cartez takut-takut. 

" Hati-hati bila kau bercakap dengan aku Cartez. Pedang aku ni lagi seinci je nak rodok muka kau...." balas Rayyan cukup dingin dan mendatar. Jelas mukanya nampak marah . Pedang ditekan sedikit ke leher Cartez sehingga leher itu mengalirkan cecair merah . 

Keith disebelah sudah meremang bulu roma melihat sisi Rayyan yang ini. Yelah selama ini kan perangai Rayyan macam budak terencat yang autism. Tetapi Rayyan yang berada dihadapannya ini persis seperti seorang lelaki psycho, pembunuh yang berdarah dingin.

" O-okay okay aku jawab betul betul. Diaorang dekat S-spain sekarang ni... s-sumpah kalini aku tak tipu..." jawab Cartez tergagap-gagap.

" Hahaha tahu pulak kau nak takut..." Rayyan mendekatkan kepalanya ke telinga Cartez. Tangan kiri menarik rambut Cartez dengan kuat sehingga lelaki itu terdongak keatas.

" Tapi apakan daya, kalau kau bercakap jujur sekalipun aku tetap akan bunuh kau " bisik Rayyan perlahan. Terus pedang itu ditolak kuat keatas sehingga tembus ke dalam kepala . Darah merecik recik kemuka Rayyan yang memang sangat hampir dengan Cartez.

Keith yang berada di sebelah lelaki itu jelas terkejut.

Beberapa saat Cartez meronta-ronta sebelum perlahan-lahan tangannya terkulai jatuh ke bawah. Matanya terbuka luas dan agak tersembul keluar. Menunjukkan betapa seksanya nyawa Cartez ditarik keluar dari badan. 

" Hahahahahahahaha...." gelak Rayyan sinis. Mulutnya tersenyum lebar.

Dengan selamba pedangnya ditarik keluar semula. Badan Cartez terus jatuh ke atas tanah. Rayyan melihat permukaan pedangnya yang kini diselaputi dengan darah milik Cartez sebelum darah itu dijilat sedikit. 

Mayat Cartez dipandang semula .

"Kau, punca aku jadi gila macam ni kau tahu tak... " terus pedang itu ditusuk pada mulut Cartez dan ditarik kuat ketepi. Hasilnya, mulut Cartez terbelah dan terkoyak luas ,nampak segala isi daging, gigi dan rahang Cartez. 

Darah pula mengalir laju keluar dari setiap belahan yang dibuat.

"Rayyan sudah lah tu ..." tegur Keith perlahan. Takut juga dia melihat Rayyan yang seperti mahu hilang kawalan itu.

Rayyan tidak menghiraukan kata-kata Keith. Kakinya melangkah pula ke sisi mayat Cartez.

"Kau punca kawan aku mati!" Marah Rayyan. Perut Cartez ditusuk tusuk beberapa kali dengan kuat sehingga terkoyak koyak isi perutnya. Darah dari perut pula mula mengalir keluar dengan laju. 

Di sekeliling mayat Cartez kini sudah seperti lopak air yang bewarna merah.

Keith memegang lengan Rayyan lembut.

"Sudahlah tu wey, dia dah mati dah pun..." pujuk Keith lagi.

Tangan Keith ditepis sebelum dia mencangkung pula di sebelah mayat Cartez.

"Nanti aku bawa Hanz dengan Tyler ikut kau sekali. Kau jangan risau, kau tak akan berseorangan dalam neraka. Diaorang akan teman kau" kata Rayyan mendatar. Mata Cartez yang agak tersembul itu dikorek menggunakan tangan. Kemudian Mata itu diletakkan diatas tanah sebelum Rayyan memijak mata itu sehingga leper.

"Kau tak layak nak tengok muka aku lah sial !! Lancau punya pukimak !!! Babi anak haram!" Tiba-tiba Rayyan jadi berang. Pistol ditangan Keith terus dirampas sebelum dihala pula pada kemaluan Cartez. Lima tembakan dilepaskan. 

Jangan cakap lah, kalau dah lima tembakan, sah hancur teruk kemaluan Cartez. Memang terseksa betul mayat Cartez dibuat oleh Rayyan.

"Rayyan sudah lah tu!!! Dia dah mati dah pun!!" Jerit Keith sedikit kuat. Geram kerana Rayyan mengabaikan kata-katanya. 

Keith pantas menarik kedua-dua bahu Rayyan menghadap ke arahnya.

Air muka Keith serta merta berubah. Jelas dia terkejut melihat muka Rayyan yang terkena percikan darah Cartez itu kini bercampur dengan linangan air mata. Mulut Rayyan mengukir senyuman sakit. Pistol ditangannya terlepas jatuh ke bawah.

" Rayyan... kenapa kau..." 

" K-Keith.. A-aku ...."

"A-aku kena rogol dengan dia 13 tahun lepas. Aku kena seksa dengan dia, Keith. Dia seksa aku macam binatang. Dia buat aku macam binatang. Dia yang buat aku macam ni. Dia punca aku jadi macam ni..." tutur Rayyan mendatar sebelum matanya dipejam rapat.

Keith yang mendengar bicara Rayyan pantas mendakap bahu lelaki itu erat ke dalam pelukan . Jelas dia terkejut .

"Rayyan...aku minta maaf ... aku..." Keith kehilangan kata kata.

"Jangan bagi tahu dekat yang lain.... " airmata Rayyan masih lagi mengalir keluar dari kelopak matanya.

"Aku jijik dengan diri aku sendiri ...." kata Rayyan semula perlahan. Matanya dipejam rapat .

"Rayyan...."

"Aku jijik dengan diri aku sendiri....Keith..." 

"Aku manusia paling jijik..."

Sayup sayup Keith terdengar esakan halus keluar daripada mulut Rayyan.

"Tak.. aku tak akan bagi tahu dekat yang lain...Kau jangan risau" pujuk Keith lembut.

Keith mengosok gosok belakang badan Rayyan perlahan. Menyalurkan sisa kekuatan yang ada.

Dia tidak menyangka Rayyan diseksa sekejam itu. Jika kes penculikan abangnya diseksa sehingga mentalnya rosak tetapi Rayyan pula diseksa fizikal dan mental sebanyak dua kali berturut turut dalam kes penculikannya. 

Tetapi dia masih lagi kuat menghadapi kehidupannya dalam masa yang sama dia jugalah yang menjaga Ray sewaktu Ray masih lagi sakit.

Dan dia masih boleh kekal waras selepas diseksa, dijadikan tikus makmal , kehilangan rakan baiknya dan melihat ibubapanya dibakar hidup-hidup depan matanya sendiri.

"Kau manusia paling kuat pernah aku kenal...." kata Keith perlahan. Mayat Cartez yang kini sudah tidak serupa mayat itu dipandang hina. Memang patut pun kau mati dalam keadaan macam ni. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience