Bab 47

Action Series 39599

          Lucia memandang lama pusara yang berada di hadapannya. Buku yassin yang baru sahaja selesai dibaca dimasukkan semula ke dalam beg . Mata Lucia sedikit sembab kerana terlalu banyak menangis sejak mereka sampai ke sini.

"Relakan pemergian dia dik...Biarkan dia tenang dekat sana" kata Xavier yang berada di sebelah gadis itu. Bahu Lucia digosok lembut.

"Iya, relakan sahaja pemergian dia. Kita doakan supaya dia dapat tidur dengan aman, jangan menyeksa rohnya, cukuplah dulu dia pernah terseksa ketika di dunia. Semua manusia membuat kesilapan dan kita juga adalah manusia..." sambung Ray pula.

Lucia hanya diam. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk dalam keterpaksaan. Matanya menoleh semula pusara di hadapannya itu. Lambat lambat setitik demi setitik air mata mengalir ke pipinya yang putih bersih. Hati terasa sedih apabila terkenang kenangan yang pernah mereka cipta bersama sewaktu ketika yang dulu.

Seorang lelaki datang menghampiri mereka bertiga sebelum satu bunga rose diletakkan di hadapan batu nisan itu.

"Yo bro, sorry sebab aku ambik masa yang sangat lama untuk datang lawat kubur kau..." kata Rayyan yang kini sudah berdiri betul betul di hadapan pusara Lucas. 

"Maafkan aku atas semua silap aku dekat kau dulu...harap kau tenang dekat sana. Jangan risau, aku akan sentiasa doakan kau... " kata Rayyan perlahan dan mendatar.

Mereka semua sudah memandang ke arah Rayyan yang sudah berdiri di sebelah Lucia. Lelaki itu masih lagi kekal kacak walaupun mukanya kelihatan agak pucat.

"Mana yang lain?" Tanya Ray mendatar.

"Ada, kejap lagi sampai lah tu..." balas Rayyan.

Beberapa saat selepas itu Faiq, Avery, Zariq, Zen, Keith dan juga Hanz turut melangkah ke arah mereka berempat.

Masing-masing membawa bunga rose sebelum diletakkan di atas pusara Lucas.

Selesai sahaja menghadiahkan al-fatihah mereka semua mula beransur pulang. 

Kini hanya tinggal Lucia dan Rayyan sahaja yang tinggal.

"Dah jangan nangis banyak banyak, dosa tau meratap kematian" pujuk Rayyan sambil memeluk bahu Lucia lembut.

Lucia cepat cepat mengelap wajahnya menggunakan tisu muka.

"Yelah yelah, ni awak dah sihat belum?" Soal Lucia semula. Wajah pucat suaminya itu dipandang lama.

"Kalau tak sihat aku tak datang..."

Mulut mengukir senyuman sebelum satu kucupan singgah ke pipi Lucia.

Dua bulan yang lepas, siapa sangka bom TPB yang tertanam di tingkat bawah rumah mereka itu tidak meletup apabila dipotong ketiga-tiga wayar berwarna hijau. Masa pada bom itu, berhenti betul betul tepat di angka 10 saat.

Avery, Faiq dan Rayyan masing-masing menarik nafas lega. Baru sahaja sebentar tadi mereka sudah membayangkan apa yang bakal terjadi jika bom itu meletup di hadapan mereka semua. Pastinya mayat mereka hancur berkecai sehingga menjadi ketulan daging yang kecil.

Namun perasaan lega itu tidak lama apabila Rayyan tiba-tiba sahaja pengsan di hadapan Faiq dan Avery.

Nasib baik Xavier yang pada waktu itu sudah mendapatkan antidote yang dijumpai di makmal Tyler. Tetapi oleh kerana dia terlambat sedikit memberi penawar itu kepada lelaki itu. Rayyan telah koma hampir sebulan.

Bukan itu sahaja, dia juga sudah lupa beberapa nama, muka, dan perkara yang penting ketika tersedar dari koma. Nasib baik dia masih lagi ingat isterinya yang siang malam mengalirkan air mata ketika menjaga dirinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Dah jom balik" ajak Rayyan mendatar.

Lucia hanya mengangguk.

"Nanti aku datang lagi ya bro..." kata Rayyan perlahan sebelum kaki terus melangkah pergi meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu bersama Lucia.

Setahun sudah pun berlalu sejak  majlis harijadi Alicia dan Rachel, dan ketika gadis kecil itu diculik. Macam-macam yang sudah terjadi hanya dalam waktu setahun. Ada yang duka ada juga yang manis. Tetapi yang pasti banyak peristiwa yang duka berbanding bahagia.

Zariq yang baru sahaja melangkah keluar dari lift tidak jadi hendak ke taman apabila dia terpandang Hanz yang masih lagi dengan laptop kerja di ruang tamu.

"Bro sudah-sudah lah tu buat kerja, memang takkan siap lah kalau kau ngadap kerja Si Rayyan tu 24 jam pun..." kata Zariq kepada Hanz.

"Tapi masalahnya benda ni nak esok..." balas Hanz yang sudah mengurut pelipis matanya. Kadang kala ada juga terbit rasa menyesal kerana telah masuk keluarga mafia itu. Habis 24 jam kerja dia menghadap laptop sahaja. Punya lah banyak kerja Si Rayyan tu yang tertangguh. Tapi bila fikirkan balik, hidupnya sekarang lebih baik berbanding hidupnya ketika dia bersama dengan Tyler. Jadi biarlah dia merasai kebahagian ini.

"Entahnya, kalau tak siap pun biar jelah. Apadehal..." celah Rayyan yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu bersama Isterinya.

"Tapi kalau Ray marah nanti macam mana?" Soal Hanz semula.

"Ahhh mengisah pulak aku dia nak marah ke tak...Biar je syarikat dia tu bankrup" balas Rayyan selamba sebelum dia dan Lucia terus sahaja pergi ke kearah luar taman.

"Hah kau dengar tu, tuan kerja tu sendiri tak kisah pasal kerja dia..." celah Zariq semula.

Hanz melepaskan nafas panjang sebelum perlahan-lahan laptopnya itu diletakkan ketepi. Dia juga turut ikut melangkah ke arah taman yang berada di luar.

Khayra dan Ray awal-awal lagi sudah berada di luar bersama anak kembar mereka.

"Uncle Rayyan!" Jerit Alicia apabila melihat pakcik kesayangannya itu sudah melangkah kearahnya. Tanpa sedar gadis kecil itu sudahpun lancar berbicara. Macam sekejap je masa berlalu.

Rayyan terus sahaja mendukung gadis kecil itu tinggi sebelum dipusing beberapa kali. Mengekek- ngekek lah budak itu jawabnya. Suka benor dia dengan uncle tiga suku dia tu.

"Adik Rachel mana?" Soal Rayyan apabila sudah meletakkan Alicia ke tanah semula.

"Tu adik Rachel" Alicia menunjuk jarinya ke arah Khayra yang sibuk menyuap sepotong kek ke dalam mulut adik lelakinya itu.

Rayyan dan Lucia terus sahaja melangkah ke arah pasangan tersebut.

"Yow, bila acara bagi hadiah ni.." tanya Rayyan kepada Ray yang berada di sebelah Khayra.

"Rasanya dah boleh start dah ni..." balas Ray sambil mata yang melihat jam tangan.

Mereka semua berkumpul di hadapan meja yang penuh dengan makanan.

"Sebelum korang semua bagi anak anak aku hadiah. Aku nak tegaskan sekali lagi, No drug and chemical..." wajah beku Xavier di renung tajam.

"...no weapon..." wajah Keith pula di lihat.

"...no bomb ..." Avery sudah tersengih di tempatnya.

"...and no anything yang berbahaya untuk anak anak aku. Bagi hadiah normal normal please. Anak anak aku baru 4 tahun tahu tak" kata Ray seakan merayu. 

Hah kau, nak bagi hadiah pun kena merayu tahu tak. Mana taknya, diaorang semua ni bukan boleh percaya sangat. Tahun lepas, hanya hadiah daripada Lucia sahaja yang boleh diterima dek akal fikiran. Yang lain? Macam bangkek.

"Alah..." kata Avery, Keith, Kembar dan Xavier serentak.

"Apa? Alaa? Kau nak bagi apa hah dekat anak-anak aku!" marah Ray dengan mata yang sudah membulat besar. Masing-masing sudah menayang sengihan.

Lucia menghulurkan sebuah buku diary berwarna pink kepada Alicia.

"Nah hadiah dari auntie..."

"Terima kasih Auntie Lucia cantik!" Sambut Alicia gembira.

Sebiji bola sepak pula dihulurkan kepada kepada Rachel.

"Nah ini untuk adik Rachel..."

"Thank you auntie..." balas Rachel sambil tersenyum.

Lucia memeluk mereka berdua serentak.

"Happy birthday ye sayang..." tangan menggosok ke kepala.

"Nah ni dari uncle..." kata Rayyan sambil menghulurkan dua buku bank kepada Rachel dan Alicia.

"Alah uncle ni asyik bagi buku ni je... tahun lepas pun dapat benda yang sama..." kata ALicia yang sudah menayang muka cemberut. Jelas dia tidak mengetahui fungsi buku kecil itu. Kalau sudah besar nanti pasti mereka akan terkejut.

"Betul tu... asyik bagi buku ni je..." kata Rachel pula di sebelah kakak kembarnya.

"The happiness comes late...nanti korang dah besar konfirm suka buku tu..." balas Rayyan selamba.

Khayra menyimpan kedua buku bank itu.

"Terima kasih Rayyan"

Sempat juga dia mengintai angka yang ada di dalam buku bank itu. Agak terkejut jugak kerana nombor yang tertera, sekali ganda dengan hadiah yang diberi pada anak anaknya tahun lepas.

Ray memandang kearah mereka yang lain. Semua masih lagi memegang hadiah di tangan.

"Kenapa korang tercegat je ni? Taknak bagi hadiah tu ke?" Soal Ray apabila yang lain hanya mendiamkan diri sebaik sahaja Rayyan dan Lucia memberikan hadiah mereka.

"Kau kata tadi no drug..." kata Xavier.

"...no chemical..." sambung si kembar pula.

"...no weapon..." celah Keith.

"...and no bomb..." kata Avery .

"Dah tu! Kiranya kau nak bagi anak anak aku natang tu semua ke?" Marah Ray yang sudah menjengilkan kedua matanya.

Masing- masing tersengih.

"Dah itu je yang kitaorang pandai buat..." balas mereka berlima serentak.

Khayra dan Ray sudah menepuk dahi mereka. Kepala hotak kau lah.

Faiq melangkah mendekati Alicia.

" Nah ni dari uncle..." kata Faiq sebelum memakaikan satu rantai pada leher Alicia. Kemudian dia memakaikan gelang silver di pergelangan tangan Rachel.

"Jangan tanggalkan tau..." pesan Faiq sambil tersenyum manis ke arah mereka berdua.

"Otayyy!"

"Lets me guess... dalam rantai dan gelang tu ada alat penjejak betul tak?" Tanya Khayra kepada Faiq.

Faiq hanya membalas dengan senyuman. Kemudian Hanz pula melangkah ke depan.

"Nah uncle Hanz tak tahu nak bagi apa... harap korang suka..." kata Hanz pula sebelum menyerahkan dua balang yang penuh dengan gula-gula dan coklat di dalamnya.

"Candies!" Jerit si kembar serentak. Setakat ini hanya hadiah dari Hanz yang paling disukai oleh mereka.

Mereka yang lain sudah mencebikkan mulut.

"Err yang korang semua nak bagi apa dekat anak i?" Tanya Khayra sambil matanya sudah terarah pada kotak yang berada di tangan Kembar, Keith, Xavier dan Avery.

"Vitamin..."

"Pil pandai..."

"Bom mainan..."

"Pistol mainan..."

Kata mereka serentak.

"Kepala hotak kau! Berani kau bagi diaorang, memang aku tembak kau sekor sekor!" Marah Ray semula. Kejadahnya bagi semua tu hadiah untuk budak 4 tahun. Bom dengan pistol mainan itu konfirm menyempang, kau tengok jelah tahun lepas punya cerita. Konon kata mainan last last pistol betul dia bagi.

Jahanam punya anak buah.

"Haish kau ni asyik nak marah marah je, mentang mentang lah Louis sekarang dah ada balik..." kata Rayyan mendatar.

"Eh aah lah haritu abang Louis kata dia pun nak sambut jugak birthday party dengan kita semua.." celah Avery.

"Panggil lah dia..." cadang Faiq pula.

"NO! Jangan panggil dia!" Bantah Keith dengan si kembar laju. Mereka berdua memang takut sikit dengan personaliti Louis berbanding yang lain.

"Mana boleh panggil sesuka hati. Dia takkan datang kalau takda apa apa yang jadi..." kata Lucia tenang. Air yang berada di tangan diminum sampai habis.

"Louis datang waktu bila je?" Soal Hanz kepada mereka semua. Dia juga sudah maklum dengan penyakit ketua mafia itu. Kerana beberapa bulan yang lepas Louis sempat berjumpa dengannya.

"Kalau Ray terlampau marah..." balas Xavier tenang.

Rayyan tidak berkata apa-apa hanya mulut sahaja yang kini sudah terukir senyuman nakal. Kaki terus melangkah ke arah abangnya yang sedang membetulkan tocang rambut Alicia.

"Ray ikut aku kejap ..." kata Rayyan sebelum tangan laju menarik Ray ke arah kolam renang yang berada di sebelah taman.

"Apa kau nak bu..." belum sempat dia menghabiskan kata kata badannya sudah hilang imbangan.

Gedebush!

Dengan selamba Rayyan menolak Ray masuk ke dalam kolam renang itu. Mereka yang lain sudah terkejut beruk. Lagi lagi Keith dengan Kembar. Cuak terus muka.

"Rayyan!" Marah Khayra dan Lucia serentak.

Avery dan Faiq sudah ketawa terbahak-bahak. 

"RAYYAN!!!!!!" Jerit Ray yang sudah basah dalam kolam air. Matanya sudah bertukar sepenuhnya kepada merah gelap.

Rayyan elok mencangkung di tepi kolam.

"Hi Louis. Best mandi kolam?" Tanya Rayyan selamba. Mulutnya sudah mengukir senyuman.

"Kau ni memang nak kena! Kau tunggu kau!" Kata Louis yang sudah berenang ke tepi kolam. Rayyan cepat-cepat melarikan diri ke arah taman semula. Kemudian dia menyorok di belakang badan Lucia.

"Hahaha... sayang tengok tu ada orang gila mengamuk.." Kata Rayyan sambil menunjuk kepada Louis yang sedang melangkah ke arahnya dengan muka yang bengis.

Keith dan kembar awal awal lagi sudah berlari masuk ke dalam rumah semasa mereka melihat Rayyan menolak Ray ke dalam kolam sebentar tadi.

"Kau sini kau!" Tengking Louis yang sedang mengejar Rayyan di sekeliling taman.

"Ahh tolong!" Rayyan terus melarikan diri dalam masa yang sama dia masih lagi memegang tangan Lucia. Akibatnya ikut berlari jugaklah Si Lucia tu sekeliling taman.

Mereka yang lain sudah menggelengkan kepala. Bilalah ketua mereka ni nak matang. Padahal masing-masing sudah besar. Tapi perangai masih kebudak budakan.

Perlahan lahan mulut Lucia mengukir senyuman sebelum akhirnya dia tertawa kecil. Sesungguhnya dia cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. 

Walaupun dia tahu, tak semua yang bahagia itu akan kekal selamanya.

Dia tahu, yang Rayyan belum baik sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience