Bab 31

Action Series 39599

Setiap hari berlalu tanpa henti, musim berlalu pergi. Kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Rayyan dan juga Keith.

Beberapa jam yang lalu mereka telah tiba di France bersama-sama dengan 1,200 anak buah Tyler . Tujuan mereka adalah untuk menyerang satu-satunya kediaman Mikayla yang tersergam indah di tengah-tengah bukit dalam hutan.

Suasana dalam kereta yang dinaiki Rayyan dan juga Keith cukup tegang .Keith duduk di antara Rayyan dan Hanz di tempat duduk belakang. Tyler sebagai pemandu kereta dan Elena pula duduk dibahagian penumpang hadapan. 

Hanya tangan Keith seorang sahaja yang bergari . 

Anak buah Tyler yang lain pula masing-masing ada yang naik kereta sendiri ada juga yang menaiki van. Yang pasti tiada yang menunggang kuda.

Rayyan membuangkan pandangannya keluar tingkap melihat salji salji yang mula mencair di sepanjang pinggiran jalan raya. Musim semi akan tiba tidak lama lagi . Tanpa Rayyan sedar dia sudahpun bersama dengan kumpulan anjing itu selama 2 musim . 

" Abang, lepas daripada kita hapuskan kumpulan mafia tu. Adik nak kahwin dengan Kiez tau. Tau ..." kata Elena memecahkan kesunyian dalam kereta.

Rayyan yang mendengar ayat Elena hanya membuat muka bosan.

'Itu pun kalau kau hidup lagi lah' . Kata Rayyan dalam hati.

Manakala Keith di sebelah sudah menyiku-yiku perut Rayyan. Rayyan menoleh kearah Keith sebelum sebelah keningnya diangkat. 

Mulut Keith bergerak tanpa suara 'Serius ke kau nak kahwin dengan dia?'

Rayyan mengeluh sebelum mulutnya membuat isyarat ' Manusia mana boleh kahwin dengan anjing' . 

Keith yang melihat sudah mengerutkan dahi. Mana satu anjing yang dimaksudkan Rayyan ni? Dia ke atau Elena? Susah nak bezakan. Hampir sama spesis.

" Abang tak kisah kalau Kiez tak kisah. Ikut suka korang lah..." Balas Hanz Isaak mendatar. Jelas tidak ambik peduli. Pandangannya juga dibuang keluar tingkap , termenung.

Elena sudah tersenyum-senyum memandang Rayyan dibelakang.

Rayyan membalas senyuman itu kemudian matanya terarah pula pada Hanz yang berada disebelah Keith.

Apa yang Rayyan muskil ialah, selama 6 bulan dia bersama dengan anjing-anjing itu semua . Rayyan tidak pernah melihat Hanz membunuh atau membuat perkara-perkara yang terkutuk .Tidak seperti Tyler yang setiap hari akan betukar-tukar gadis untuk ditiduri. Rayyan juga tidak pernah melihat Hanz minum minuman keras . 

Hanz hanya akan membuang masanya dengan mencipta bom , dan membuat halnya sendiri. Malah dia juga tidak pernah mengasari atau memukul Keith sepanjang mereka ditugaskan untuk bekerja bersama-sama.

Kadang kala, ada juga waktu dimana Hanz seperti ingin memberitahu sesuatu kepada Rayyan tetapi pada keesokan harinya apabila Rayyan bertanyakan semula dia pula yang akan menggelak .

Dasar lelaki aneh. 

Rayyan menghela nafas panjang. Lantak lah. Tidak lama lagi semua ni akan berakhir.

Selang beberapa jam ,mereka telahpun sampai dihadapan pintu gerbang untuk masuk kedalam kawasan Kediaman Mikayla.

" Tyler , biar aku drive pulak...." kata Rayyan mendatar kepada Tyler. 

Tyler hanya menurut. Tempat duduk mereka bertukar . Elena yang berada di sebelah sudah tersenyum senyum melihat kearah Rayyan . 

Rayyan memberi ruang kepada anak buah Tyler yang lain masuk dahulu ke dalam kawasan rumahnya setelah itu barulah dia pula mengikuti dari belakang . Jalan yang dilalui kelihatan suram sahaja . Cahaya matahari juga tidak dapat memancar kearah jalanraya kerana dihalang oleh pokok pokok yang besar.

Rayyan tersenyum kearah sesuatu yang menunggu di sebalik pokok . Kepalanya dianggukkan sedikit. Kelibat itu membalas senyuman Rayyan sebelum hilang dari pandangan.

Daripada pintu gerbang , mereka memerlukan 8 minit pemanduan untuk sampai ke rumah agam yang terletak ditengah tengah kawasan hutan itu. 

Rayyan memakirkan kereta agak jauh sedikit daripada kawasan rumahnya. Masing-masing keluar dari dalam kereta .

" So kita nak masuk sekali ke dengan diaorang semua?" Tanya Keith yang tidak tahu menahu langsung mengenai rancangan Rayyan.

Mereka yang lain memandang kearah Rayyan .

" Kejap kita suruh Squad A masuk dulu . Tak silap aku rumah ni ada pengawal yang berjaga dihadapan" balas Rayyan mendatar. Matanya tajam mencerlung kearah rumahnya yang telah ditinggalkan selama hampir 7 bulan itu. Terasa rindu pula.

Badannya disandarkan pada kereta dengan kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar.

" Okay..." Kata Tyler sebelum tersenyum lebar. 

Keith pula hanya mendiamkan diri melihat kearah Rayyan . Dia kadang-kala keliru dengan lelaki itu , adakah lelaki itu masih lagi Rayyan yang dia kenal ataupun dihadapannya adalah musuh bernama Kiez. 

Dan jikalau lelaki itu masih lagi Rayyan, kenapa dia perlu menyerang rumahnya sendiri ?

Elena berjalan kearah sisi pemandu sebelum tangan Rayyan dirangkul erat. Kepalanya pula dilentokkan manja ke bahu Rayyan. Rayyan hanya membiarkan sahaja perbuatan Elena. 

Tanpa mereka berdua sedar ada sepasang mata yang tajam merenung kearah kemesraan itu . Pokok disebelahnya ditendang-tendang kuat sehingga lekuk kedalam . Jejaka jejaka yang berhampiran dengan gadis itu masing-masing sudah menelan air liur kesat.

" Sabar Sabar , dia tengah berlakon je tu " pujuk jejaka yang berada disebelah gadis yang sedang berapi melihat kemesraan yang jelas tidak disukai olehnya.

Gadis itu mendengus kasar sebelum dia berlalu pergi dengan mulut yang menyumpah serapah. 

Selang beberapa minit anak buah Tyler masuk kedalam rumah itu, kedengaran bunyi tembakan kuat mula kedengaran dari dalam rumah.

Mulut Rayyan tersenyum sinis. 

Game On.

Selepas beberapa minit kumpulan seterusnya pula masuk kedalam, kumpulan seterusnya, seterusnya dan seterusnya hinggalah kesemua 1,200 anak buah Tyler berjaya masuk.

Tyler pula hanya membiarkan sahaja Rayyan mengambil alih tugasnya . Lelaki itu langsung tidak tahu rancangan Rayyan yang sebenarnya ingin membunuh mereka semua sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.

Hanz berdiri disebelah Keith. Badannya disandarkan pada kereta. 

" Aku minta maaf...." bicara Hanz perlahan. 

Keith menoleh kearah Hanz sebelum dahinya berkerut . Dah kenapa pulak si gila ni minta maaf tiba-tiba. 

" Rumah korang...." sambung Hanz apabila Keith hanya memberikan pandangan tertanya-tanya. Mulutnya ditunjuk kearah rumah agam. Kemudian Hanz menyeluk jaket baju yang dipakai sebelum satu kunci dibawa keluar. Kunci itu diselitkan pula kedalam jaket baju Keith. Sempat matanya menjeling kearah Tyler yang berdiri dekat dengan Rayyan di sisi kanan kereta .

" Kalau boleh aku taknak kau terkorban dekat sini , bila ada peluang aku nak kau lari selamatkan diri..." bisik Hanz lagi.

Keith jelas terkejut mendengar kata-kata Hanz. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk. Hanz pula menepuk -nepuk bahu Keith perlahan sebelum mulutnya tersenyum sayu. " Maafkan aku..." kata Hanz lagi.

Keith yang masih lagi terpinga-pinga itu memandang pula kearah Rayyan. 'Patut ke kita bunuh dia ni? Macam tak bersalah je' 

Setelah hampir kesemua Squad telah diarahkan masuk kedalam , Rayyan mengambil rifflenya yang tersimpan didalam bonet kereta. Tyler mengambil dua pucuk pistol manakala dua lagi disimpan dalam kocek seluar belakang. Elena pula hanya mengambil sepucuk pistol sahaja . Pistol itu berwarna pink pekat yang ditempah khas olehnya ,di bahagian pemegang pistol itu juga diletakkan beberapa butir berlian . 

Keith tayang muka menyampah apabila melihat pistol Elena, dia ni nak berperang ke nak pergi Fashion Show?

" Jom kita masuk...." kata Rayyan dingin . Sempat dia menoleh kearah Keith disisi kereta sebelum mulut buat isyarat ' Kau jangan masuk ' .

" Hanz kau jaga Keith dekat luar, jangan sampai dia dapat lari " arah Tyler mendatar sebelum kaki melangkah kearah rumah sebelum diikuti pula dengan Elena dan juga Rayyan dibelakang.

Hanz mengangguk . Keith pula hanya mampu mengeluh panjang melihat Rayyan yang sudah melangkah pergi meninggalkan dia . 

Agak lama juga Hanz dan Keith menyepi dari sebarang bunyi ditepi kereta itu. Masing-masing tidak berkata apa-apa . 

" Sebenarnya... aku bukan dipihak Tyler.." kata Hanz tiba-tiba sahaja. Dia duduk mencangkung disisi kereta.

Melihat peluang yang ada Keith pantas membuka gari ditangannya menggunakan kunci yang diberikan oleh Hanz tadi. Kemudian dia juga turut mencangkung disebelah Hanz. Kedua lututnya dipeluk kedada.

" Dah tu kenapa kau ikut je apa yang dia suruh buat?" Tanya Keith mendatar.

Agak lama Hanz mendiamkan diri, jarinya sibuk melukis lukis gambar diatas pasir tanah.

" Aku dengan Elena anak yatim piatu....." kata Hanz memulakan cerita.

" Elena? Dia adik kau kan?" 

Hanz menggelengkan kepalanya.

" Tak. Dia bukan adik kandung aku . Dia dengan aku kenal daripada kecik, jadi aku anggap dia sebagai adik"

" Dekat rumah anak yatim?" Tanya Keith lagi.

Hanz mengangguk perlahan.

" Jadi macam mana korang boleh jumpa dengan Tyler?" Soal Keith cuba-cuba mengorek rahsia.

" Rumah anak yatim yang kitaorang duduk tu terbakar. Semua orang terkorban dalam kebakaran tu kecuali aku dengan Elena, Lepas 2 bulan kitaorang duduk merempat tepi jalan. Tyler datang ambik kitaorang  ..." sambung Hanz mendatar.

" Tyler? "

Hanz angguk lagi.

" Tapi aku dengar Rayyan cerita kau pun terlibat dalam kes penculikan dia 13 tahun lepas.." 

" Seperti mana Rayyan sekarang menjadi Kiez Lythe. Macam itulah keadaan aku 13 tahun lepas sampailah sekarang..." balas Hanz datar. Mukanya dingin sahaja bercerita. Sumpah sebijik macam Xavier.

Keith jelas terkejut.

"Kau nak kata yang kau pun kena ambik suntikan tu setiap hari?" 

Hanz tidak menjawab pertanyaan Keith dia terus sahaja membuka jaket baju yang dipakai sebelum lengan bajunya di selak hingga ke siku.

Sekali lagi Keith terkejut. Lengan Hanz penuh dengan bekas suntikan ,sampaikan ada yang sudah lebam dan bengkak .

"Kenapa kau tak larikan diri je daripada doktor gila tu....?" Tanya Keith lagi.

"Aku nak lari kemana? Sekurang-kurangnya aku dapat makan setiap hari dan ada tempat tinggal kalau aku ikut Tyler" balas Hanz semula.

Betul jugak apa yang Hanz katakan itu  . Keith menghela nafas panjang.

" Kau dah takda sedara lain ke? Yang boleh bantu kau"

" Semuanya dah mati. Aku hidup sebatang kara " balas Hanz tenang.

" Elena?"

" Dia memang rela tinggal dengan Tyler. Kau tengoklah macam mana Tyler layan dia, semua dia minta semua dia dapat . Siapa je tak suka hidup mewah macam tu...."

Keith terdiam. Kenapa takdir Hanz begitu kejam sekali? Jikalau dulu dia pernah keseorangan merempat di tepi lorong, Rayyan lah yang menarik Keith keluar daripada dunia itu. Jika dulu Keith hampir putus harapan kepada takdir yang menimpa hidupnya. Rayyan jugalah yang memberikannya sinar kehidupan yang baru.

Tetapi macam mana pula dengan Hanz? Dia sudah tiada sesiapa lagi didunia ini. Hanya bergantung kepada Tyler. Malah lelaki itu menyalahgunakan kewujudan dirinya.

Baru Keith sedar betapa besarnya jasa Rayyan kepada dia. Kalaulah dulu dia tidak bertemu dengan jejaka kacukan eropah itu , pasti hidupnya akan menjadi seperti Hanz malah mungkin lebih teruk lagi.

Keith kembali menundukkan wajahnya.

" Nanti aku cuba cakap dekat Rayyan..." kata Keith mendatar.

" Rayyan? Tapi sekarang dia bukan lagi Rayyan..." balas Hanz sedikit perlahan.

Keith tersenyum sinis sebelum wajah Hanz dipandang semula.

" Kau yakin..?" Soal Keith kembali.

Hanz mula kebingungan. Kemudian Keith menepuk bahunya lembut.

" Mafia gila yang aku kenal tu, dia tak bodoh. Kau tengok jelah nanti . Silap haribulan harini jugak lesap semua kumpulan korang ni...." kata Keith cukup yakin.

" Tapi rumah dia...." tidak sempat Hanz berkata-kata ada satu suara yang menegur mereka dari arah belakang .

" Well...well...well tengoklah siapa yang dapat kawan baru sekarang." 

Mereka berdua cepat- cepat berdiri semula sebelum kepala pantas menoleh kearah suara tersebut.

Ray berdiri disebelah Xavier dengan tangan yang diletakkan ke atas bahu lelaki itu. Zariq dan Zen pula berada di sebelah Ray, mulut sibuk mengunyah gula-gula getah yang dibawa oleh Avery. Faiq pula berdiri disebelah Xavier .

Masing-masing berpakaian gelap dan lengkap bersenjata. Tangan pula dipakaikan sarung kulit berwarna hitam.

"KEITH!!!!" Jerit Avery kuat sebelum dia pantas memeluk jejaka itu.

" Hi Av...." kata Keith dengan mulut yang tersenyum manis. Pelukan gadis itu dibalas. Sudah 6 bulan mereka tidak berjumpa.

Tiba-tiba terdengar orang berpura-pura batuk dibelakang.

" Uhuks haram Uhuks... " kata Faiq selamba. 

Avery pantas melepaskan pelukannya . Sempat lagi matanya menghadiahkan satu jelingan kepada Faiq.

" Kenalkan inilah keluarga aku..." kata Keith kepada Hanz disebelahnya.

" Yow.." 

"Whatsupp man.."

" Hi..."

" Siapa ni? Anak ayam baru ke..?" 

Balas mereka semua serentak.

Hanz hanya mampu tersenyum kekok . Gila kau tak kekok . Dihadapannya ini semuanya adalah pembunuh pembunuh elit yang paling digeruni ramai, malah Ketua Mafia France juga ada dihadapannya sekarang. 

" Errr hi..." 

Tiba-tiba muncul seorang gadis yang berpakaian juga serba gelap seperti mereka yang lain meluru laju kearah Hanz sebelum sepucuk pistol diacukan betul-betul dibawah leher lelaki itu.

" Mana ...Rayyan ...Mikayla..." kata Lucia satu persatu dengan nada suara yang cukup dingin dan kasar. Matanya tajam menikam kedalam anak mata milik Hanz. Jarinya pula berada betul betul dipemicu pistol, tinggal untuk ditarik sahaja.

Mereka yang lain tidak berani hendak masuk campur. Masing-masing takut menerima nasib yang sama dengan pokok yang sudah lekuk ketika mereka menunggu dihutan tadi.

" Dia dah masuk..." kata Hanz perlahan. Kedua tangannya diangkat tinggi. 

Lucia menjauhkan pistolnya dari leher Hanz .

"Kau dengar sini eh, Aku tak akan teragak -agak untuk terbangkan peluru aku ni masuk kedalam otak betina yang gatal-gatal peluk bakal suami aku tadi..." kata Lucia dingin sebelum mendengus kasar.

Keith yang berada disebelah Hanz sudah kebingungan ditempatnya. Rayyan dengan Lucia? Sejak bila ? Mata terus memandang kearah mereka yang berada dibelakang Lucia.

"Jangan masuk campur hal laki bini. Boleh tempah maut beb..." kata Zariq mendatar.

Makin lah Kieth bingung. Laki bini? Woi sejak bila pulak ni? Bukan diaorang bermusuhan ke? Kenapa aku sorang je tak tahu ni? Aku ada tertinggal mana mana bab ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience