"Bunuh dia!" Kata Kevin angkuh. Anak anak buahnya terus melepaskan tembakan ke arah Rayyan dan Faiq.
Rayyan mengelak semua tembakan anak buah Kevin dalam pada masa yang sama dia juga membalas tembakan itu menggunakan rifflenya. Bunyi bingit memenuhi ruangan apabila Rayyan menggunakan AK 72 . Tidak cukup dengan itu, selepas riflenya sudah kehabisan peluru dibawa keluar pula pistol putihnya.
Faiq awal awal lagi dah sorok belakang salah satu patung yang bersayap. Tangannya memegang selaras pistol Glock Meyer 22 berwarna hitam. Sekali sekala dia juga akan menembak apabila jumpa peluang.
Tembakan berbalas tembakan. Kelongsong peluru berterabur merata di atas lantai.
Satu persatu anak buah Kevin mula jatuh menyembah bumi apabila Rayyan melepaskan tembakannya.
Ktak! Ktak! Ktak!
"Tch.. Time time ni lah kau nak habis peluru" kata Rayyan mendatar sebelum mencampakkan kedua dua pistol dan riflenya ketepi. Rayyan menyorok dibelakang sebuah patung berkaki kuda.
"Yang kau tak bawak peluru spare apasal?" Tanya Faiq yang juga menyorok di sebelahnya. Dia juga telah kehabisan peluru.
"Aku tak expect pun diorang boleh ramai macam ni.." kata Rayyan mendatar.
"Alasan... '' kepala dijengah sedikit melihat kehadapan.
Bang!
"Kau nak lari mana hah.. Hahahahaha " kata Kevin kuat.
Faiq sorok semula di belakang patung.
"So macam mana ni sekarang..." tanya Faiq kepada Rayyan.
Rayyan menyelak baju suit hitam yang dipakai. Mulutnya tersenyum senget.
"Serius lah beb?" soal Faiq melihat bahagian dalam baju suit Rayyan yang penuh disorok dengan Kunai tajam . ( Sejenis throwing knife )
?
"Sebab aku bukan dilatih untuk guna peluru bodoh tu je" terus satu pisau dibaling tepat ke arah tangan Kevin yang memegang pistol. Pistol itu automatik jatuh kelantai.
"Arhhh!!!" Jerit Kevin apabila tangannya sudah ditembusi satu pisau yang tajam dan agak halus.
"Selamat datang ke pertunjukkan sarkas Rayyan Mikayla!" Kedua belah baju diselak kebelakang. Pisau pisau yang tersusun dalam bajunya semua bersinar apabila terkena cahaya bulan.
Rayyan membuat flip badan kehadapan dalam masa yang sama satu persatu pisau yang berada dalam bajunya dibaling kearah musuh dihadapan. Semua tepat ditangan dan kepala anak buah Kevin. Apabila jarak mereka sudah dekat Rayyan menggunakan teknik Capoeiranya pula menendang leher mereka dengan kuat. Melihat mereka semua sudah jatuh kelantai pisau rembo yang terselit dikakinya terus dicapai sebelum dia mengelar leher anak buah Kevin tanpa belas kasihan. Darah terpercik-percik keserata tempat.
Kevin yang melihat seperti sudah mahu kalah itu cepat-cepat mengambil pistolnya dan melarikan diri.
"Pergh gila babi dia ni ..." kata Faiq yang berada di belakang perlahan. Gerun melihat Rayyan yang seperti kerasukan setan tu. Dengan baju dan muka yang dah penuh darah, mulutnya pula tersenyum sinis. Sumpah nampak macam setan.
Rayyan mengelap mukanya yang terkena darah anak buah Kevin dengan lengan baju. Pisau rembo disimpan semula ke dalam sarung kaki. Kunai yang tercacak cacak dimayat mereka juga diambil satu persatu.
Rayyan pandang Faiq yang masih kekal berdiri di sebelah patung bersayap.
"Kalau kau nak lawan, lawan macam ni .... bukan bergantung pada pistol je. Jom cau kita cari yang lain" kata Rayyan mendatar dengan mulut yang tersenyum senget.
"Masalahnya aku ni pakar hack je......" bisik Faiq perlahan sebelum dia mengekor dari belakang.
"So kita nak buat apa ni ?" Soal Avery tenang di sebelah Keith. Lebih kurang 15 orang lelaki berpakaian gelap berdiri di hadapan mereka menghalang pintu keluar Prayer Hall.
"Agak agak kalau kita cakap tumpang lalu diaorang nak bagi kita lalu tak..? Aku malas betul nak gaduh gaduh ni ..." kata Keith semula. Kedua tangan elok diletak dalam kocek seluat
Avery jeling Keith di sebelahnya. Lelaki itu hanya tersengih kacak sehingga menampakkan baris gigi.
"Aku pun malas sebenarnya nak gaduh gaduh ni...." Avery jalan ke hadapan sedikit sebelum badannya ditunduk ke bawah. Dua-dua tangan menyeluk poket seluar dikaki. Shuriken yang berada di poket kaki laju diambil sebelum dibaling kearah musuh.
Zap!Zap!Zap!
Avery pantas pusing semula ke arah Keith.
"Keith sorok !!!!" Jerit Avery sebelum menarik tangan Keith yang berada di belakangnya dan menyorok di belakang salah satu kerusi panjang di dalam Prayer Hall itu.
BOOMMM!!!BOOOMMMM!!!BOOMMMMM!!!
Bergegar jugaklah gegendang telinga mereka berdua. Sekelip mata mati semua anak buah Kevin.
"Seriously Av! Kenapa tak cakap yang tu bom" soal Keith. Tangan mengibas habuk yang memukul muka.
"Kalau aku cakap awal awal nanti diaorang dengar.... teheee" kata Avery sambil mulut yang sudah tersengih lebar.
Mereka berdua bangun daripada belakang kerusi. Mata memandang ke arah jasad jasad yang sudah bersepah di hadapan pintu masuk.
"Dah jomlah blah, mesti diorang dah dengar bunyi bom ni. Aku dah takda senjata lagi. Bom tiga biji tu je tinggal " bohong Avery mendatar. Kaki melangkah ke arah pintu. Mayat anak buah Kevin semua dipijak selamba.
"Takda senjata lah sangat ....." kata Keith perlahan sebelum mengekor Avery dari belakang. Sempat matanya melihat kearah kaki Avery yang masih lagi penuh dengan shuriken yang bentuknya sama dengan shuriken yang baru sekejap dibaling.
"Tu bunyi bom kan?" Soal Ray di belakang Xavier. Badan bersandar badan.
Keadaan mereka juga lebih kurang sama dikepung oleh anak buah Kevin.
"Yelah kut aku rasa tu Av yang guna, tak pun Keith" balas Xavier semula.
"Xavier kau ingat tak masa muda-muda dulu kita berlatih main campak-campak?" soal Ray mendatar.
"Masalahnya tu masa muda sekarang kita dah tua" balas Xavier malas.
Ray tersengih. Tangan Xavier di belakangnya terus dicapai sebelum Xavier memusingkan badan Ray berbentuk bulatan. Ray memijak muka semua anak buah Kevin dengan kuat. Setelah semua jatuh Xavier pantas mengeluarkan selaras pistol hitam dikocek seluar belakang sebelum tembakan dilepaskan. Tepat semuanya dibahagian muka. Headshot.
"Wuishhh kejam siak kau ni. Siapa ajar?" Tanya Ray mendatar. Matanya melihat anak buah Kevin yang kini sudah tidak bernyawa.
"Setan kut..." kata Xavier tenang . Pistol disimpan semula kedalam kocek seluar.
Terus kepalanya diketuk oleh Ray. Setan kepala hotak dia, dia yang ajar Xavier kelas menembaknya dulu.
"Dah jom..." kata Ray melangkah pergi dari situ sebelum diikuti dengan Xavier di belakang.
"Abang !" Panggil Avery sebaik sahaja mereka berdua melepasi satu ruangan air pancut ditengah tengah Hall yang besar.
Avery datang mendekati Xavier dan Ray.
"Yosh... Rayyan mana?" Soal Keith disebelah Avery.
"Entah aku..." belum sempat Ray menghabiskan ayatnya Rayyan datang kearah mereka berempat.
"Bro... macam mana kita nak masuk bawah tanah ni? Korek guna tangan ke?" soal Rayyan yang sedang melangkah ke arah mereka.
Mata masing-masing melihat ke arah Rayyan yang sudah dipenuhi darah dari muka hingga ke kaki. Faiq berada di belakangnya.
"Woi darah siapa kau buat mandi ni ?" Soal Ray jelas terkejut. Mata melihat baju yang dipakai Rayyan. Lencun wey. Faiq punya baju bersih je, suci murni lagi.
"Darah babi...." balas Rayyan selamba.
"Habis ah kena samak kejap lagi." Kata Avery mendatar.
"Jangan dekat dengan aku lah anjing ... Geli bodoh .." kata Keith menjauhi Rayyan yang datang semakin hampir dengannya.
"Apa kau kata? geli? Meh sini kau " Rayyan terus menyapu darah ditangannya ke muka Keith.
"BABI KAU !" Jerit Keith yang kini muka sudah dipenuhi dengan darah entah siapa. Tangannya laju mengelap - ngelap darah dimukanya menggunakan lengan baju.
"Hahahahaha... padan muka kau" gelak Rayyan kuat.
"Dah dah , jom kita cari pintu nak ke ruangan bawah tanah..." kata Ray mendatar.
"Aku tahu, aku ada ternampak satu pintu yang mencurigakan sebelum ke sini tadi. Aku rasa itu pintu untuk ke ruangan bawah" Faiq mencelah.
"Nais. Dah jom blah" kata Rayyan sebelum melangkah mendahului yang lain. Kedua dua tangan elok diletak ke dalam kocek seluar.
Mereka yang lain hanya mengekor Rayyan dari belakang.
"Seriuslah? Korang buat apa tadi? Apasal dia sorang je mandi darah macam tu?" Bisik Keith kepada Faiq di sebelahnya.
"Serius wey, aku macam nampak setan tengah menggila tadi. Kau jangan tanya aku. Aku masih tengah trauma ni ..." balas Faiq semula.
Keith memukul bahu Faiq perlahan.
"Trauma tok mu ... kau jangan nak berdrama dekat sini..."
Faiq hanya menayangkan giginya.
Mereka berenam sudah berdiri dihadapan pintu yang disebutkan oleh Faiq sebentar tadi.
"Kunci ke?" Soal Keith mendatar.
"Takda yang berkunci dalam dunia ni . " Terus pintu kayu berlambang salib itu ditendang kuat oleh Rayyan sehingga patah dua ditengah tengah.
Yang lain masing-masing tepuk tangan melihat aksi Rayyan.
Mereka masuk ke dalam sebelum turun ke bawah menggunakan tangga berbentuk bulatan. Diakhir tangga tersebut disambung pula kepada hallway yang sangat panjang dan suram. Ada satu pintu terletak dihujung laluan.
"Situ kut diorang ..." pintas Avery.
Mereka melangkah dengan berhati hati kearah pintu tersebut. Tombol pintu dipulas.
Bukak sahaja pintu itu, mereka melihat Kevin dengan tangan yang masih lagi berdarah akibat pisau Rayyan tadi sedang memeluk leher Lucia. Di sebelah tanggannya pula mengacu pistol dikepala Alicia.
"Kalau kau nak kepala anak kau ni berlubang kau datanglah dekat.." Kata Kevin dengan mulut yang tersenyum psiko.
"Daddy....."
"Rayyan..."
Kata Alicia dan Lucia serentak.
Mata Rayyan tajam merenung Kevin di hadapannya. Mukanya jelas tampak dingin dan marah.
"Relax...kita boleh bincang ..." kata Ray mendatar. Cuba untuk memujuk Kevin.
"Mana dokumen TPB ....??" Kata Kevin semula.
Semua mata memandang Rayyan. Rayyan tersengih sinis sangat sinis.
"Dokumen tu semua ada dalam kepala otak aku sekarang... file sebenar aku dah bakar" kata Rayyan tenang.
"Kau tak guna!" Marah Kevin. Kepala Alicia ditonjol tonjol menggunakan pistol.
"Kau dengar sini makhluk laknat..." kata Rayyan dingin. Pisau rembo yang terselit dikakinya ditarik keluar sebelum dihala kearah kepalanya sendiri.
"Selain aku takda sesiapa pun yang tahu apa isi file TPB yang kau sanjung sanjungkan tu. Kau nak aku cucuk kepala aku sendiri atau kau lepaskan budak tu" kata Rayyan dingin dan mendatar. Mukanya jelas nampak serius dengan kata katanya tadi.
Terus terbuntang mata mereka yang lain. Serius lah dia ni?
"Rayyan kau dah gila ke....?" Tanya Lucia perlahan.
"Kau diam!" Pintas Rayyan tegas.
"PILIH KEVIN !" Jeritnya semula. Masing masing diam memerhatikan mereka berdua.
Dalam masa yang ada itu Lucia terus mengigit luka tangan Kevin yang berlubang dengan kuat sebelum kaki dipusingkan dan menyepak kuat ke muka Kevin. Alicia yang berada disebelahnya terus dipeluk rapat.
"LUCIA !"
BANGGG!!
Dengan kesempatan yang ada terus Rayyan membaling pisau rembo ditangannya tepat ke arah kepala Kevin sebelum Xavier melepaskan beberapa tembakannya. Kevin jatuh rebah ke lantai.
Rayyan pantas mendapatkan Lucia. Bahu gadis itu dipeluk. Ray memeluk anaknya Alicia.
"Lucia! Lucia!" Panggil Rayyan kuat.
Lucia memegang perutnya yang kini sudah berlubang akibat tembakan daripada Kevin.
"Rayyan ...aku nak minta maaf... sebab tersalah anggap dekat kau..." kata Lucia tersekat-sekat. Darah laju mengalir keluar dari perutnya.
"Kau jangan buat drama dekat sini Lucia! Kau akan selamat! Aku akan selamatkan kau!" Kata Rayyan kuat. Wajah Ray disebelahnya pula dipandang.
"Cepat lah bukak rantai kaki anak kau tu woi! Aku takda masa ni !!" Marah Rayyan.
Xavier menekan luka adiknya itu dengan baju jaket yang dipakai.
"Aku cuma nak cari siapa yang ...bunuh Lucas.. abang aku..." kata Lucia lagi.
"Bukan aku yang bunuh Lucas..."
"Aku ... tahu..." kata Lucia lemah.
"Aku takkan benarkan kau mati dekat aku.." terus badan Lucia dicempung dan dibawa keluar dari ruangan bawah tanah itu.
Pintu kereta ditutup. Rayyan duduk bersama dengan Lucia di seat belakang. Xavier memandu kereta itu laju meninggalkan kawasan gereja.
Yang lain naik kereta masing-masing setelah Alicia berjaya dilepaskan dari rantai yang merantai kakinya.
Cecair merah mula mengalir keluar dari mulut Lucia. Lucia terbatuk-batuk perlahan. Sakit yang terasa diperutnya kini sudah menjalar ke seluruh badan.
Xavier menekan minyak makin laju.
"Rayyan... kalau aku mati ... kau tolong cari siapa yang bunuh Lucas..." pinta Lucia dengan nada yang sangat sangat lemah.
"Aku janji ...aku janji ...aku minta maaf Lucia... aku banyak buat salah dengan kau... Kalau awal awal aku bagi tahu perkara sebenar semua ni takkan jadi..." kata Rayyan perlahan. Tiba-tiba matanya berair sebelum satu persatu airmatanya jatuh menitik diwajah Lucia.
"Jangan mati please. Jangan mati dekat tangan aku....Jangan tinggalkan aku macam mana Lucas tinggalkan aku... " rayu Rayyan. Tangan Lucia digenggan erat manakala sebelahnya lagi ditekan kuat pada luka perut Lucia.
"Aku sayang..."
Belum sempat Rayyan menghabiskan kata katanya mata Lucia sudah tertutup rapat. Tangannya jatuh terkulai ke bawah.
"LUCIA!!"
Share this novel