Hujan renyai yang menimpa di tanah Sweden menjejaskan lagi penglihatan gadis itu. Avery pantas melarikan diri ke sebuah lorong yang gelap. Udara berlumba-lumba masuk ke ruang rongga hidung. Jantung pula laju mengepap darah agar dapat membekalkan oksigen keseluruh badan. Sesekali gadis itu akan menoleh ke belakang untuk melihat jika lelaki tadi masih mengejarnya.
"Fuck betul!" Kata Avery sedikit geram. Luka di bahunya yang terkoyak sepanjang 3 cm itu dilihat. Darah tidak henti-henti daripada mengalir keluar. Badannya disandarkan sebentar kedinding. Kain balutan yang berada dalam beg sandangnya terus diambil sebelum membalut kasar luka dibahunya itu. Serta merta kain yang bersih suci itu dicemari dengan cecair berwarna merah. Sekurang-kurangnya kain itu dapat memperlahankan sedikit darah yang mengalir keluar dari bahunya.
Tangan Avery memegang ke arah dinding batu yang sedang disandar.
Batu Cement!
Beg dibuka semula sebelum pantas Avery melekatkan bom yang hanya bersaiz kotak mancis kedinding batu tersebut. Selepas memastikan tiada siapa yang melihat dirinya. Avery meneruskan lariannya lagi.
Setelah dia yakin dia sudah berlari dengan agak jauh sedikit daripada lorong tadi, satu butang kecil dibawa keluar dari dalam beg sandangnya. Siapa sangka beg yang bercorakkan doremon itu mengandungi banyak bom hasil daripada tangannya sendiri.
Tit! Tit!!
BOOMMMM!!!
Sekelip mata runtuh dua bangunan yang berdekatan dengan letupan bom tersebut. Telefon bimbit yang berada di dalam kocek dibawa keluar dan terus mendail nombor abangnya, Rayyan.
"Angkat lah setan!" Marah Avery apabila panggilan itu masuk ke peti simpanan suara. Rambutnya yang sudah basah dengan air hujan itu diselakkan ke belakang sedikit.
"Telefon siapa tu?" Tanya satu suara dari arah belakang.
Laju Avery mengambil pistol yang tersemat di kocek seluar sebelum terus mengacu tepat ke arah lelaki yang menegurnya tadi.
"Look here miss.... I want Rayyan to.... "
Bang! Bang! Bang!
Tanpa bercakap banyak, Avery terus melepaskan tembakannya terlebih dahulu. Dua tersasar. Satu tepat mengena pada bahu lelaki itu.
"God dammit!" Kuat lelaki itu menjerit sambil memegang bahunya yang kini sudah berlubang.
Dengan peluang yang ada Avery terus menyepak pula bahu lelaki itu kuat sehingga manghasilkan bunyi tulang yang patah.
Kau nak berbincang dengan gadis kecil ini? Silap besar. Memang silap besar.
Setelah Avery berlari dengan agak jauh. Dia membalingkan sebatang pen kearah lelaki yang mengerang kesakitan tadi.
"Nah! Hadiah!" Jerit Avery dengan suaranya yang comel.
Pen jejak ke tanah.
Tit! Tit!!
BOOMMMM!
Gadis kecil itu tersenyum lebar. Padan muka kau.
Bilik rumah tumpangan di Madrid ibu negara Spain, itu agak kecil namun cukup selesa buat Avery untuk merehatkan badannya yang letih. Ingatannya terngiang kembali disaat dia berada di Sweden kelmarin. Saat itu dia baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bangunan syarikatnya yang berada di Sweden.
"MISS LOOK OUT!" Jerit salah sorang pengawal peribadinya kuat. Bunyi tembakan dilepaskan kedengaran disegenap ruang. Darah terpercik ke seluruh wajah Avery. Pengawal peribadinya yang menjerit tadi jatuh terkulai dalam pangkuan Avery.
Dengan pantas Avery terus melepaskan satu bom asap untuk mengaburi penglihatan orang yang melepaskan tembakan tadi.
Avery perlahan-lahan meletakkan pengawal peribadinya itu ke lantai. Mata gadis itu ditutup rapat.
"Thank you Ris sebab setia dengan aku, aku janji aku akan balas balik pada anjing yang berani bunuh kau depan mata aku" bisik Avery perlahan. Pistol silver putih di belakang seluarnya dibawa keluar. Pistol hitam kepunyaan pengawalnya itu juga turut diambil.
Terus gadis itu mengenal pasti dari mana arah tembakan tadi dilepaskan. Kemudian dia menyorok pula di belakang sebuah kereta yang baru sahaja dinaiki, pengawal pengawalnya yang lain juga mengikuti langkah Avery.
"You guys stay here. I will go alone" arah Avery tegas kepada semua pengawalnya yang berada disitu.
Dengan langkah berjaga-jaga dia melangkah kehadapan. Sebaik sahaja tubuh penembak yang melepaskan tembakan tadi kelihatan disebalik tembok. Avery pantas melepaskan dua das tembakan ke arah penembak itu.
Bang! Bang!
Dua-dua tepat menggena pada bahu dan perut. Lelaki itu terus jatuh terduduk.
"How dare you to kill my kind!" Kata Avery dingin. Matanya tajam merenung penembak yang sudah terbaring di hadapannya. Wajah penembak itu disepak dan dipijak berkali-kali sehingga tersembur darah dari mulut lelaki itu. Giginya patah tiga.
Namun baru sahaja Avery ingin bertanyakan tentang gerangan ketua mereka. Penembak itu tersenyuman senget kearah Avery. Dalam tak sedar tangannya sudah menekan satu butang yang terselit dalam baju kot yang dipakai.
BOOMMMMM!!
Avery pantas menoleh semula ke arah tempat dimana semua pengawalnya tadi berada.
Kereta yang dinaikinya tadi meletup.
"NOOOOOO!!!" Mayat pengawalnya berterabur diserata tempat. Darah merecik- recik seperti hujan. Anggota-anggota badan yang berkecai bersepah di atas lantai.
"Ha ha... Ha fun.. ny how you think.. You can.. Sa.. ve your kind alone..." ucap penembak itu tersekat sekat mencari nafas.
Mata Avery tajam merenung penembak itu tadi. Wajahnya jelas tampak marah.
"Dasar anjing punya cilaka!"
Avery dengan pantas terus mengacukan pistol bewarna hitam ke arah lelaki itu.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Habis kosong semua peluru pistol hitam milik Ris, pengawal yang menyelamatkannya tadi. Semuanya tepat mengena pada dahi penembak itu. Kepalanya berkecai, isi - isi otak juga terkeluar dari sarung kepala.
Avery melangkah ke arah mayat tersebut sebelum dia memijak pula isi isi daging kepala yang berkecai itu menggunakan kasut tumit tingginya sehingga lumat.
"FUCK YOU! DAMMIT!" Air mata Avery mengalir. Tidak tahu apa yang dirasakan saat ini. Marah? Kecewa? Sedih? Dia sendiri keliru.
Dalam tak sedar gadis itu sedang diperhatikan dari jarak yang jauh.
Bang!
Satu peluru dilepaskan kearah Avery. Peluru tersebut tepat mengena pada bahu gadis itu.
Sniper!
Avery terus sahaja melarikan diri dari tempat kejadian.
Lukanya yang terkoyak dibahagian bahu itu dicuci sebelum dijahit tanpa menggunakan ubat kebas. Setelah selesai merawat dirinya sendiri dia berbaring diatas katil semula.
Wajahnya ditutup dengan sebelah tangan. Sekali lagi air mata gadis itu mengalir di pipi putihnya yang gebu. Jelas dia sangat tertekan saat ini. Dalam masa yang begitu singkat ramai anak-anak buahnya yang mati gara-gara kecuaian dirinya sendiri.
"Arghhhhhhhh!"
Tiba - tiba Avery teringat pada abang-abangnya yang kini berada di France. Lelaki yang mengejarnya ada menyebut salah seorang nama abangnya, Rayyan.
Nombor telefon Ray didail.
Sedang dia memastikan keadaan abangnya yang berada di France. Tiba-tiba pintu biliknya itu diketuk secara kuat dan kedengaran suara lelaki bercakap dalam bahasa melayu dari arah luar bilik . Mustahil untuk kenalannya yang tahu bahasa Malaysia kini berada di Madrid.
Tanpa membuang masa, Avery terus sahaja mencapai beg doremon dan guitar case-nya sebelum melompat keluar daripada tingkap tingkat satu bilik itu. Setelah selamat mendarat ke bawah, Avery cepat cepat meninggalkan kawasan itu.
"Abang, aku takda masa ni...... " bisik Avery perlahan. Lorong belakang bangunan itu diredah berani.
"Kau tengok tengok diorang yang lain. Cakap dengan Faiq ketatkan kawalan. Jaga jaga sikit dua tiga minggu ni. Minggu depan aku turun sana.... Lelaki yang kejar aku ni kenal kau.. Hello.. .."
Sunyi.
Avery melihat telefonnya kembali.
Anjing betul. Waktu ni lah kau nak habis bateri macam drama dalam tv tu. Telefon itu terus dibuang ke dalam tong sampah yang berada di sebelahnya.
"Takda masa aku nak cas bateri time-time macam ni" kata Avery perlahan.
Kaki laju melangkah ke arah bangunan yang agak tinggi. Tingkat paling atas dituju. Setelah sampai di bahagian bumbung, terus Avery membuka Guitar casenya . Sniper berwarna putih Mc MILLAN TAC50, itu dibawa keluar. Selepas arah angin dibaca, terus gadis itu mencari semula lelaki yang mengejarnya tadi.
4 orang.
Penyumbat telinga yang berada dalam beg dipakai kemas ke telinga.
Sasaran target dikunci.
Bangggg!
Peluru itu laju meluncur dan tepat mengena kepala salah seorang lelaki yang mengejarnya tadi. Namun akibat daripada daya tekanan yang dihasilkan, peluru itu terus menembus ke tubuh lelaki yang berada dibelakangnya sekali.
Dua tumbang.
Apabila melihat dua orang rakannya mati. Dua orang lagi yang masih hidup itu segera mengeluarkan pistol yang berada di poket seluar masing masing. Mata masing-masing meliar memandang ke atas mencari kedudukan Avery.
Avery tersenyum senget. Kau takkan jumpa aku.
Bangggg!
Bangggg!
Settel!
Avery segera mencabut semula penyumbat yang disumbat ke dalam telinganya itu.
Bunyi yang terhasil daripada senapangnya itu sangat membingitkan. Sebab itu dia perlu menyumbatkan sesuatu ke dalam telinga untuk mengelakkan gangguan pendengaran.
Mata memandang tajam ke arah 4 jasad yang sudah tumbang di bawah bangunan 1 kilometer jauh daripada bangunan yang digunakan ini.
Mulutnya tersenyum sinis. Mampus loh anjing! Ada hati nak lawan aku.
Beberapa minit selepas itu terdengar bunyi siren polis membingitkan suasana disekitar bandar Madrid.
Avery cepat-cepat mengemas kembali snipernya ke dalam guitar case sebelum digendong kebahu yang tidak luka. Beg doremon berwarna biru cair itu dibuka. Dua gula - gula getah diambil sebelum dikunyah.
Siapa sangka selain daripada bom tangan, beg doremon biru cair itu juga penuh dengan gula-gula getah perisa kegemaran Avery.
Mission accomplished
Share this novel