BAB 13

Drama Completed 668

Feroz dan Isha sedang bersarapan di meja sementara Icha sengaja
sibukkan diri dengan membersihkan dapur. Tiada siapa yang sedar tapi
memang niat Icha untuk elakkan perhubungan dengan Feroz . Dia tak pasti
atas sebab apa tapi dia gembira setiap kali dia berdiri di sisi Feroz
dan dapat merasai istilah keluarga bila mereka bertiga makan bersama.
Dia nak kuburkan perasaan itu sebelum dia betul-betul dah terjatuh sayang.

“kakak, hari ni teman Isha pergi shopping” pinta Isha mesra dan manja.
Icha mengedipkan mata dua kali dan berfikir duit bakinya yang tinggal.
Dalam bank pun dah tak ada banyak, jadi dia risaukan hal itu.

“kakak” panggil Isha lagi kali ini memegang tangan Icha seakan merayu.

“ya. Tapi, nak pergi dengan apa?” soal Icha kembali dan kali ini Isha
pandang Feroz dengan harapan.

“papa minta driver hantarkan ok?”

“ok! Yay! Love you both” Isha melompat senang dan berlari ke ruang tamu
dengan beg sekolahnya. Sekarang keluarga Feroz sudah senang sejak
Feroz dinaikkan pangkat sebagai pengurus utama sebuah hotel kecil di JB.

“awak nak apa-apa?” soal Feroz kepada Icha. Dia sedar yang dia tak
pernah layan Icha seperti isteri tapi dia tak mampu nak melayan Icha
sedemikian.

“tak” jawab Icha perlahan dan berikan senyuman singkat sebelum kembali
melakukan kerja di dapur. Feroz lepaskan keluhan kecil dan bangun dari
kerusi. Bila Feroz ingin meletakkan pinggan di dalam sinki secara tidak
langsung depan badannya menyentuh belakang badan Icha dan jarak mereka
sangat rapat. Hal itu buatkan jantung Icha tak mampu nak berdegup dengan
normal.

Isha yang pada mulanya berniat untuk memanggil papanya terbantut dan dia
tersenyum sendiri melihat adegan tidak disangka itu. walaupun dia masih
kecil seperti yang papa dia nyatakan dia faham dengan situasi yang
sedang terjadi.

“papa, Isha dah lewat ni” Isha terpaksa habiskan scene itu dengan segera
sebab dia tak nak dia terlambat ke sekolah hari ni. Dia ada peperiksaan
pertengahan tahun!

Bila Feroz dan Isha pergi dari rumah Icha melepaskan nafas yang berat.
Dia memegang dadanya dan pada masa yang sama bibirnya seakan ingin
mengukir senyum.

‘ sedar diri sikit Icha!’ Icha mengetuk kepalanya sendiri dan sambung
melakukan kerjanya. Walaupun kebetulan tetapi serba sedikit mampu
buatkan hati kecil Icha gembira.

Icha meminta izin daripada Feroz untuk bekerja dan dia sudah
mendapatkan kerjanya itu. Feroz tak pernah bertanya lanjut tentang
kerja Icha. Sehinggalah Feroz secara tidak sengaja bertembung dengan
Icha di tempat kerjanya.

“saya nak awak semua kemas bilik ni dengan sempurna. Clear?” soal Feroz
dengan suara serius.

“clear!” jawab empat orang pekerja hotel serentak dan saat itulah mata
Icha dan Feroz bertembung. Suasana menjadi kekok dan Icha tak pasti apa
yang dia perlu buat sekarang ni. Feroz menutup mulutnya perlahan-lahan
dan cuba berfikir apa yang dia perlu katakan.

“Warny , kerja!” arah seorang rakan sekerjanya bila melihat Icha hanya
berdiri dan memandang Feroz . Icha segera melakukan kerjanya dan
hiraukan pandangan mata Feroz sehingga Feroz berlalu pergi.

“aku tahu dia segak kan?” soal rakannya yang lain mengusik dan Icha
tersengih sedikit. Bukan sebab Feroz segak ke apa dia pandang Feroz
macam tu, tapi sebab dia kenal Feroz dan Feroz kenal dia.

“mesti guest penting ni kan? Sebab En. Feroz sendiri datang check”

“mesti orang kaya gila!” mereka berempat terus berbual dan Icha hanya
sekadar tersenyum mendengar apa yang kawan-kawannya sedang bualkan.

Setelah setengah jam bersihkan dan kemaskan bilik itu akkhirnya kerja
mereka selesai dan mereka keluar dari bilik itu dengan segera.

Semasa Icha sedang berjalan ke stor bersama-sama yang lain dia terkejut
bila dia terlanggar bahu seseorang dan menyebabkan dia jatuh terduduk di
atas lantai. Well, lantai tu ada red carpet kut. Nasib baik.

“stupid! Watch where you step!” tengking seorang perempuan dengan kasar
dan nyaris dia dipukul dengan beg tangan.

“Anna!” halang seorang lagi lelaki dan memegang kejap tangan perempuan
yang bernama Anna ini.

“let me slap her, she is…”

“stop it! Its embarrassing!” mereka berdua terus bertekak dalam bahasa
inggeris dan Icha hanya mampu mengedipkan matanya melihat pertelingkahan
itu dengan keadaan masih terduduk di lantai. Tanpa dia sedar tiba-tiba
dia terasa seakan terangkat sendiri dan satu tangan kuat sedang
mengangkatnya dari belakang.

“awak ok?” soal orang yang menolongnya dan bila Icha menoleh sedikit dia
telan liur.

‘kenapa dia?’ soal Icha dalam otaknya sendiri.

“ok” ujar Icha lambat.

“ Feroz ? Is that you?”

“Anna?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience