BAB 26

Drama Completed 668

Warny memilih beberapa helai baju yang sesuai tetapi semuanya melebihi
bajet yang dia ada. Warny mengeluh perlahan bila dia hanya mampu
memandang dan tak mampu untuk memiliki busana yang serba mewah dan
cantik ini.

“cantik”

Warny tersentak bila ada suara yang begitu dekat di belakangnya dan dia
rasa sedikit tak selesa bila tubuh mereka begitu dekat. Jantung Warny
mula buat hal balik dah. Warny tersepit antara tubuh tegap itu dan
baju-baju yang tergantung kemas di depannya. Warny telan liur dan cuba
untuk bergerak tapi bila tangannya secara tak sengaja menyentuh tangan
lain dia kaku.

“awak suka yang ni?” soalan Feroz buatkan Warny tak tentu hala.

“su…suka” jawab Warny tergagap-gagap.

“cuba ok?” pinta Feroz dan menjengah sedikit untuk mengambil baju itu
dari tempatnya menyebabkan badan mereka tersentuh sepenuhnya.

“nah, try” Feroz dengan senyuman hulurkan baju itu kepada Warny . Wajah
Warny mula memerah dan dia mencapai baju di tangan Feroz dengan cepat
dan beredar dengan segera.

Dalam bilik persalinan, Warny rasa nak hentak kepala dia di dinding dan
biarkan dia pengsan. Dia rasa sangat berdebar dan dia dah blushing macam
orang gila sekarang ni. Dia meremas kemas baju ditangannya dan masih
lagi belum mula menukar pakaian. Dia tak nak keluar dari ruang itu untuk
selamanya.

“Warny ” panggilan Feroz buatkan Warny terkejut dan dia segera mengganti
baju. Dia melihat dirinya dari dalam cermin dan yakin baju itu sesuai
dengannya dan dia suka.

“macam mana?” soal Feroz bila Warny keluar.

“ok” jawab Warny perlahan tanpa memandang mata Feroz .

“kita beli yang ni” Feroz ambil baju itu dari tangan Warny dan ke
kaunter bayaran. Isha juga selesai membeli bajunya yang sama warna
dengan Warny .

“sekarang kemeja papa” Feroz bersuara dan menarik Isha serta Warny untuk
berjalan disisinya. Isha dengan mesra memeluk lengan Feroz .

Mata Warny melekap kemas pada jemarinya dan jemari Feroz yang sedang
bertaut kemas. Warny rasa dia boleh mati disebabkan terlalu segan,
bahagia, dan berdebar sekarang ni jugak. Feroz sangat pelik dan
melayannya dengan terlajak baik dan mesra. Dia mulai risau, risau kerana
dia suka dengan layanan macam ni. Dia sukakan Feroz .

Feroz tersenyum puas bila dia dapat luangkan masa bertiga hari ini dan
malam ini dia akan perkenalkan Warny kepada semua orang dengan rasminya.
Feroz kini sedar, masa lalu adalah satu pengajaran dan pengalaman,
bukanlah satu hukuman kepadanya jadi, dia memilih untuk bahagia.

Warny masih lagi berada di dalam bilik di depan cermin. Dia tak pasti dia
perlu ikut sama atau tak. Dia tak mampu nak terima serangan dari Anna
lagi dan dia takut akan perkara yang mungkin berlaku. Warny duduk di bucu
katil dan bermain dengan jarinya.

“mama, jom pergi!” ajak Isha ceria. Warny senyum sedikit dan berdiri
dengan perlahan-lahan.

“mama risau?” soal Isha seakan mengerti raut wajah itu dan Warny menjawab
dengan anggukan perlahan.

“mama, Isha pun takut. Isha tak pernah jumpa pun dengan orang yang
lahirkan Isha tapi, papa kan ada” pujuk Isha dan usap lembut bahu Warny .
Warny senyum dan melepaskan nafasya sekali sebelum berjalan keluar
bersama Isha.

Feroz tersenyum bertambah lebar bila melihat dua orang perempuan yang
ada dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience