BAB 40

Drama Completed 668

Setahun kemudian…

Tak banyak yang berubah dalam hidup Warny kecuali dia bahagia bersama
Feroz dan Isha. Dia sentiasa bersyukur kerana semua kesusahan dan
pelbagai ujian yang menimpa dia dulu telah menunjukkan hikmah yang
langsung tidak di duga olehnya. Kini, Feroz menjadi salah seorang
pengusaha hotel sendiri bersama Miqael dan mereka berjaya dan agak
disegani ramai, isha sedang menduduki SPM dan. Semuanya berjalan dengan
baik, malah Feroz tunaikan impian Warny untuk sambung belajar, walaupun
usianya 27 tahun, dia bahagia, dapat meneruskan pengajiannya.

“mama, lagi dua hari exam Isha habis, last kertas kimia” ujar Isha
sambil menolong Warny sediakan makan malam di meja.

“ya, mama ingat jadual Isha, mama pun ada exam nanti”

“bila?” soal Isha pula.

“minggu depan, ahad dan isnin”

“cuti mama bila?”

“selasa dah mula tapi sampai ahad je, mama dah ada kelas balik. Mama
singkatkan sem”

“oh, ok!” Isha tersengih dan mula merancang sesuatu dalam benaknya.

Warny terus menyediakan apa yang patut dan bila kereta Feroz kedengaran
masuk ke perkarangan rumah Warny sudah mengukir senyum. Isha meletakkan
pinggan di atas meja dan berlari keluar ke ruang tamu untuk menjemput
papanya. Warny juga berhenti melakukan kerja dan melihat dirinya di dalam
cermin sebelum berjalan keluar.

Mata Warny terbuka luas dan lututnya lemah bila melihat orang yang dia
tak sangka ada di depan matanya sekarang ini. Warny tak pasti apa yang
dia perlu buat sekarang ni dan dia tak pernah bersedia keadaan ini akan
berlaku pada dirinya.

“Icha” lama, lama sudah nama itu tak kedengaran di telinganya dan dia
tak nak kisah lama dia dibuka kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience