BAB 41

Drama Completed 668

Kini semua duduk di ruang tamu dan Isha beredar ke biliknya, Feroz
pandang Warny dan senyum sebelum dia mula bangun untuk berikan ruang
kepada keluarga Warny berbual. Tetapi tangan Warny memegang tangan Feroz
erat dan memberi isyarat mata kepada Feroz supaya ada bersamanya.
Feroz tersenyum faham dan membalas pegangan Warny .

“Icha, mak dan abah dah meninggal, jatuh motor” Aiman, abang kepada Warny
bersuara tenang dan saat itu hati Warny terasa ditusuk.

“bila?” soal Feroz bagi pihak Warny yang langsung tak mampu nak bersuara
terima berita itu.

“lapan bulan lepas, mak dan abah nak jumpa Icha, abang cari Icha tapi
tak jumpa” Aiman sambung lagi dan Huda mula menangis dan memeluk Warny
yang hanya kaku di tempat duduknya.

“mak dan abah nak minta maaf dengan Icha, mak dan abah nak Icha maafkan
mereka, kami pun nak minta maaf sangat-sangat” ujar Aiman dengan nada
sebak dan Warny mula beri respon, Huda yang menangis diusapnya lembut dan
dia juga mula menangis.

“maafkan Huda” pinta Huda lagi dan Warny anggukkan kepalanya.

“Icha tak salahkan sesiapa, Icha bahagia sekrang jadi, tak ada siapa
yang bersalah”

Keadaan mula kedengaran dengan tangisan dan Feroz meninggalkan ruang
itu untuk keluarga Warny bersama buat seketika. Feroz berdiri di sisi
Isha yang baru sahaja keluar dan memeluk bahu anaknya sambil tersenyum.

“pa, walaupun Isha tak faham apa yang jadi, tapi hati Isha tersentuh”
bisik Isha perlahan membuatkan Feroz tersenyum kelucuan.

“jom kita makan, abang dah lapar ni Warny ” suara Feroz menyebabkan
pelukan dan drama keluarga itu terhenti dan mereka semua tergelak kecil
kerana terlalu terbawa dengan perasaan masing-masing.

Warny mengajak keluarganya ke ruang makan dan dia mencari Feroz dan
mencubit lembut perut suaminya, geram kerana Feroz dah buatkan suasana
tadi rosak, tapi dia gembira Feroz buat semua tu, kalau tak sampai bila
pun tak selesai agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience