BAB 12

Drama Completed 668

Icha tak pasti apa perasaannya sekarang ini yang jelas dia gembira
melihat dua beranak ini kembali mesra tapi, walaupun dia terasa sangat
asing di situ.

‘kau memang orang asing Icha’ bisik hati Icha sendiri dan dia jelas
kecewa dengan hakikat sebenar.

“kakak, kenapa?” soal Isha yang perasan air muka Icha langsung tak
gembira. Feroz ikut sama panggung kepala untuk melihat wajah muram Icha
yang hanya menunduk.

“kakak rindukan keluarga kakak” jawab Icha dan ukirkan senyuman nipis.
Isha meraih tangan Icha dan mengusapnya lembut.

“kami kan ada.” Ujar Isha lembut dan senyuman ikhlas terserlah di wajah
Icha.

“kakak tahu apa yang ada pada kakak dan tak ada pada orang lain?” soal
Isha spontan.

“senyuman ni” ujar Isha dan menyentuh kedua pipi Icha lembut. Icha
tergelak kecil dengan apa yang Isha cakapkan tapi dia tak membantah dan
hanya teruskan tersenyum.

Mata Feroz jatuh pada senyuman itu dan dia rasa apa yang anaknya
cakapkan adalah betul. Matanya mula menari di setiap sudut wajah yang
sedang tersenyum itu. lama, sejak dia menerima Icha sebagai yang halal
baginya, dia tak pernah melihat senyuman yang terbit dari wajah Icha
seikhlas malam ini.

“papa!” panggil Isha kuat bila Feroz seakan lenyap dalam dunianya sendiri.

“tengok apa kat muka kakak, dah tiga kali Isha panggil” bila ditegur
sebegitu bukan hanya Feroz yang malu malah Icha sekali. Feroz menggaru
belakang tengkuknya dan mengusap kepala Isha perlahan.

“umur kakak berapa ek? Macam muda je”

“26” jawab Icha tenang.

“really? Macam 22 je, kan papa?” soal Isha minta pendapat Feroz .

“erm” jawab Feroz ringkas dan otaknya tengah fikirkan sesuatu.

‘aku ingatkan aku kawin dengan budak-budak’ fikir Feroz sendiri sebelum
dia kembali kepada makanannya.

Makan malam mereka bertiga meriah dengan suara Isha seorang sahaja
tetapi keadaan itu lebih baik daripada semua orang berdiam diri. Bila
dalam perjalanan balik, Isha telah terlena di tempat duduk belakang dan
yang tinggal sekarang ini hanyalah Feroz dan Icha. Suasana kekok
semakin terasa kerana tempoh perjalanan yang sangat panjang.

“Isha dibesarkan tanpa ibu” laju kepala Icha menoleh setelah mendengar
suara Feroz .

“Isha lahir semasa umur saya 21 tahun. Terlalu muda untuk pikul
tanggungjawab sebagai suami dan ayah” sambung Feroz lagi dan Icha
alihkan matanya dari wajah Feroz seketika.

“saya dan ibu Isha kahwin kerana cinta tapi, keluarga dia tak restu
sebab saya miskin. Kami tetap kahwin dan bila keadaan semakin sukar, dia
pilih harta daripada kami berdua. Sejak itu, yang ada hanyalah saya dan
Isha” Feroz senyum sedikit dan memandang Icha yang jelas terkejut
dengan cerita yang baru sahaja dia dengar. Sedih dan menyakitkan.
Andainya ada cinta, ia pasti menyakitkan.

“saya nak awak tahu dan tak terlalu mengharap dalam hubungan kita. Saya
terima awak dalam keluarga saya, tapi…”

“tak apa. Awak jangan susah hati fikirkan saya. Saya dah bersyukur
sangat dengan apa yang saya ada sekarang. Terima kasih sangat-sangat
atas semuanya” laju Icha menjawab dan dia ukir senyum lagi. Kini, dia
tak pasti sama ada dia gembira atau kecewa. Kenapa hati dia terasa berat
sedangkan memang jelas tiada apa yang Feroz janjikan kepadanya.
Perlahan-lahan Icha sandarkan kepala kepada tingkap dan matanya jatuh
pada sisi jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience