BAB 33

Drama Completed 668

Pada malamnya, Warny masih lagi berdiam diri kerana segan dengan apa yang
dia telah lakukan siang tadi. Sekarang dia hanya mahu tidur dan lupakan
semua yang terjadi tapi dia tak mampu. Dia tak tahu apa yang dia perlu
buat dan dia tetap paksa matanya supaya terlelap dan akhirnya dia
betul-betul lena.

Feroz masih lagi mampu mendengar apa yang Warny katakan siang tadi dan
kini dia sedang berdiri di hadapan pintu bilik Warny . Pintu dikuak dan
wajah Warny yang sedang lena menjadi santapan mata Feroz . Feroz
berjalan ke arah katil dengan senyuman manis. Feroz duduk di sisi katil
dan mengusap lembut kepala Warny .

Warny tak pernah rasa nyaman macam ni bila bangun pagi jadi dia
menggeliat perlahan kerana tak nak kehilangan rasa hangat itu bila dia
bangun dan keluar dari katil. Warny membuka matanya yang masih berat
dengan perlahan lahan. Tiba-tiba Warny kaku bila rasakan ada deruan nafas
yang menyentuh dahinya dan dia teragak-agak untuk melihat ke atas. Dia
takut akan ada hantu di atas kepalanya nanti.

Warny meneguk liur sendiri beberapa kali sebelum dengan berani menolak
apa sahaja yang berada dekat dengan kepalanya. Aksinya yang terlalu
cepat itu menyebabkan benda itu bergerak dan jatuh ke lantai, malangnya,
membawa dia untuk jatuh bersama. Bunyi yang agak kuat kedengaran di
segenap ruang bilik itu.

“auchh!” Warny telan liur lagi bila benda yang dia takutkan itu berada
dibawahnya dan dia sedang memeluk benda itu erat.

‘tolong jangan makan aku’ pinta Warny berdoa di dalam hati.

“Ha…Warny ” suara yang serak dan putus-putus buatkan akal waras Warny
muncul seketika. Warny mengangkat muka untuk memandang pemilik suara itu
dan kali ini dia bertambah terkejut. Dengan kalut, Warny cuba untuk
bangun dan melarikan diri tapi semuanya gagal bila dia tersekat dibawah
selimut dan menyebabkan dia kembali terbaring di atas badan orang yang
malang ini.

“auchh!!” sekali lagi bunyi orang mengaduh kesakitan kedengaran.

“Warny , ni saya ok? Feroz ” Feroz bersuara tenang dan memandang Warny
dengan senyuman. Sebab dia Feroz la,Warny bertambah terkejut.

“sorry, saya bangun ya” Warny mencuba dengan kalut lagi menyebabkan
Feroz tergelak kecil. Feroz memeluk Warny erat sehingga Warny tidak
mampu bergerak dan matanya terbuka luas.

“relax ok, saya tolak awak ke tepi, then kita sama-sama bangun” ujar
Feroz bila Warny diam. Feroz dengan senyuman menolak lembut Warny supaya
jatuh disebelahnya dengan perlahan dan dia terus berdiri. Dia membantu
Warny untuk bangun dan tersenyum lagi. Warny menutup mukanya dengan kedua
tapak tangan sebab malu dengan kejadian ini.

“saya masuk bilik saya dulu” ujar Feroz dan sempat dia mencium pipi
Warny sebelum berlalu dengan senyuman melebar.

Warny terduduk bila bibir Feroz mendarat di pipinya dan tangan dia
perlahan-lahan menyentuh pipinya yang bertambah hangat.

‘apa kena dia ni? Jap, dia tidur kat sini ke semalam?’

Warny jadi tak tentu hala pagi itu dan dia lebih kelam kabut bila melihat
Feroz masuk ke dapur. Isha pun pelik kenapa mama dia boleh jadi kalut
sampai macam tu sekali.

“mama ok? Sejak tadi lagi muka mama merah. Kenapa?” soalan Isha buatkan
mata Warny tertacap pada wajah anaknya kemudian pada wajah Feroz yang
sedang tersenyum senang tanpa hiraukan perbualan dua orang itu.

“ma..mama ok.” Jawab Warny gugup dan kembali membuat kerja.

“mama demam ke?” soal Isha lagi dan Warny gelengkan kepala dengan laju.
Kelajuan maksima rasanya.

Isha pandang Feroz yang sedang tersenyum sejak tadi dan dia pelik
jugak. Isha cuba nak faham isi cerita sebenar tapi sebab dia dah lewat
nak ke sekolah dia tunda dahulu sesi bersoal jawab itu.

“papa, jom pergi” ajak Isha dan Feroz anggukkan kepala. Warny dan Isha
menunggu Feroz di parkir kereta, sekarang, mereka bertiga bergerak satu
kereta. Atas permintaan dan arahan Feroz . Warny berada di depan dan Isha
dibelakang seperti biasa.

“awak demam ke?” soal Feroz dan menyentuh dahi Warny menyebabkan Warny
freeze lagi. Feroz tersenyum dan memandang wajah Warny yang bertambah
merah. Isha yang menjadi penonton tumpang senang dengan perubahan orang
tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience