BAB 3

Drama Completed 668

“papa, Isha nanti ada tour tau. Boleh tak Isha nak ikut?” soal Isha bila
berbual dengan papanya diruang tamu sambil melipat baju yang diangkat di
jemuran petang tadi.

“tour? Kat mana?” soal Feroz memberi perhatian kepada anak perempuannya.

“Perak”

“Isha nak pergi?” soal Feroz pula.

“kalau ikutkan memang nak tapi, lama jugak pa. seminggu macam tu dan,
bayaran dia RM250” perlahan sahaja harga yang disebut oleh Isha. Dia
tahu dia tak kaya dan duit adalah masalah kepada mereka juga.

“boleh, RM250 papa mampu lagi” Feroz dengan senyuman berikan keizinan
kepada Isha, isha yang terlalu gembira terus melompat ke atas belakang
Feroz dan memeluk badan sasa itu erat. Sebab itu la Isha tak perlukan
ibu dalam hidupnya. Ada papa sebaik Feroz sudah lebih daripada mencukupi.

“love you papa!” pipi Feroz dicium berkali kali sehingga Feroz ketawa
ringan.

“tapi janji dengan papa, final exam nanti at least 5A” pinta Feroz
sebagai syarat dan rahang Isha jatuh gedegang.

“papa! Daripada satu A nak lompat ke 5 A? tu bukan anjakan paradigma pa
tapi anjakan planet ke planet!” protes Isha keras seperti untuk
mendapatkan 5 A itu perlu korbankan nyawa dan mustahil yang teramat.
Feroz senyum sedikit sebab dia tahu yang Isha akan protes habis-habisan
dengan segala hujah yang dia ada untuk menang.

“at least 3 A” Feroz buat toleransi kepada Isha. Isha kalau tak dipaksa
takkan buat selalunya kalau bab belajar ni.

“2?” cuba Isha lagi.

“no! 3 A dan kalau anak papa ni dapat 5 A, smart phone for you” Feroz
terus mencuba dan Isha dah mula membayangkan saat tangannya memegang
smart phone yang menjadi kegilaan semua orang di dunia ini.

“promise like rabbit?”

“ya”

“done! 5 A!” tekad dan azam Isha mula membuak buak dan terbakar sekarang
ni. Feroz tersenyum melihat anak perempuannya yang masih lagi mentah
dan tak mampu berfikir dengan matang. Masih jauh perjalanan hidup Isha
jadi, Feroz berniat ingin berikan yang terbaik kepada anaknya walaupun
dia tidaklah berkemampuan seperti orang lain. Dia sedih Isha tak mampu
rasa kehadiran dan kasih sayang seorang ibu tapi tak pernah sekali
keluar dari mulut Isha mengiginkan seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience