BAB 18

Drama Completed 668

‘apa yang mereka gelakkan?’ otak Feroz bercakap sendiri dalam keadaan
tidak tenang. Dia tak suka bila Icha bergelak ketawa dengan Raihan, dia
tak suka!

“encik” sapa Nora yang kebetulan lalu di situ. Feroz menoleh dan
memandang Nora yang turut melihat ke luar.

“sesuai kan dua orang tu” ucap Nora penuh perasaan dan dengan dahi penuh
kedutan Feroz menatap Nora. Tajam.

“saya dengar En. Raihan nak kenalkan Warny kat parents dia” kali ini mata
Feroz membesar dan jelas terkejut yang teramat. Mata Feroz tak
berkedip memandang Nora yang seakan hilang dalam angan. Angan
perkahwinan Raihan dan Icha.

“saya harap mereka kahwin dan dapat anak comel-comel!” Nora yang terlalu
teruja terjerit sedikit. Rahang Feroz menegang dan dia rasa panas
tiba-tiba.

“sambung kerja! Panggil kawan awak sama” dengan tegas Feroz memberi
arahan dan jari telunjuk dia jelas menunjukkan ke arah Icha yang masih
lagi kelihatan senang berbual dengan Raihan.

Feroz berlalu dengan perasaan bengang dan meraup rambutnya ke belakang
beberapa kali sebelum masuk ke dalam pejabatnya. Dia hempaskan diri atas
kerusi dengan berat dan memukul meja perlahan.

“normal la seorang suami marah bila isteri dia ketawa dengan lelaki
lain. Kan?” soal Feroz pada dirinya sendiri dan dia letakkan kepala di
atas meja.

“kenapa tiba-tiba je bengang?” soal Nora dan menggaru dahinya sendiri.
Nora keluarkan telefonnya dan menghubungi Icha supaya segera sambung
kerja. Icha sebaik sahaja mendengar nama Feroz terus berlari masuk ke
dalam hotel untuk sambung kerja. Masa rehat dia 15 minit dah habis
beberapa minit yang lalu.

Icha tahu selama ini dia dan Feroz bukanlah seperti pasangan lain tapi
kali ini, Feroz sangat pelik dan langsung tak nak bercakap dengan Icha.
Walaupun sepatah kata. Icha jeling Feroz yang tegak memandnag skrin tv
tanpa berkalih langsung. Isha yang turut berada di situ dapat rasakan
suasana yang pelik.

“papa” panggilan itu buatkan Feroz berkalih sekilas untuk membalas
panggilan Isha. Feroz hanya diamkan diri tanpa tanya atas sebab apa
Isha memanggilnya.

“papa! Isha nak cakap ni” bentak Isha geram bila papanya hanya ambil
ringan dengan panggilannya.

“apa?” soal Feroz perlahan dan memandang anaknya lagi sekali, kali ini
lama.

“Isha nak panggil kakak mama, boleh?” soalan Isha buatkan dua pasang
mata terbuka luas dan yang paling terkejut disitu ialah Icha. Feroz
pandang Icha yang ikut sama bisu dan terkejut.

“dan papa sepatutnya panggil nama lain kat mama, bukan Icha. Confuse
Isha tau” tambah Isha lagi dan suasana bertambah sunyi sebelum Feroz
mengeluh perlahan.

“nak panggil apa?” soal Feroz malas dan Isha tersengih sampai ke telinga.

“Honey!” jawab Isha menjerit kuat dan memeluk Icha erat. Feroz pandang
Icha yang jelas masih lagi bingung.

“papa, please…” siapa yang dapat menolak bila Isha masuk zon memujuknya
yang confirm berjaya.

“fine” Feroz mengalah menyebabkan Isha melompat keriangan seperti anak
kecil. Icha pula membahang tiba-tiba bila dia teringat saat bibir Feroz
memanggilnya Warny di tempat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience