BAB 24

Drama Completed 668

Anna tak boleh terima dia ditolak Feroz berkali-kali dan dia mula
bengang dengan semuanya.

“Anna?” soal Raihan bila melihat Anna kembali ke meja mereka dengan wajah
bengang dan sedang membebel sesuatu yang tak jelas.

“ Feroz ! What? Setakat jadi pengurus utama hotel dia ingat dia hebat? I
don’t need a man like him!” Anna meneguk rakus jus yang berada di atas meja.

“if you don’t need him, stop chasing him” Raihan dengan tegas menyedarkan
Anna.

“I will make him beg!”

“Anna, don’t be stupid!” marah Raihan lagi.

“no, I get what I want. I want him suffer! He is stupid!” Anna dengan
geram terjerit sedikit tapi dia tergamam bila bajunya tiba-tiba basah.

“what the…” darah Anna mendidih bila ada orang tumpahkan air di atas
bajunya yang mahal. Anna terus bangun dari kerusi dengan kasar sehingga
kerusi terbalik dan memandang tajam orang yang telah mencari pasal
dengannya.

“tak guna!” bentak Anna dan membaling gelas ke lantai menyebabkan keca
bertaburan di lantai dan semua mata focus kepadanya dengan pelayan yang
malang itu.

“maaf saya tak sengaja…” pinta pelayan itu dengan wajah selamba.

‘aku sengaja sebenarnya,berani cakap Feroz bodoh?’ dalam hati, pelayan
itu tergelak kecil dan bangga dengan apa yang dia dah buat.

Suasana bertambah kalut dan pelbagai sumpah seranah yang ditaburkan
kepada pelayan itu. pelayan itu tetap berlagak tenang dan menelan semua
kata-kata kesat yang ditujukan kepadanya.

“stupid!” jerit Anna dan mengangkat tangannya untuk menampar pelayan itu
dan tamparannya hanya menyinggah di angin.

Suasana senyap seketika bila seorang lelaki muncul dan menarik pelayan
itu ke dalam pelukan eratnya untuk menyelamatkan keadaan. Semua mata
masih lagi terkejut dengan perkara yang terjadi.

“she is my wife! Don’t you dare to touch her!” lelaki itu dengan tegas
dan serius mati mengeluarkan kenyataan berserta amaran menyebabkan semua
orang bertambah terkejut. Terutama sekali Anna dan Raihan. Well, a few
person yang kenal pelayan dan lelaki tersebut di hotel itu.

“I’m sorry but, don’t you mind sir, to bring your sister out of here?”
soal Feroz dengan wajah serius kepada Raihan yang masih lagi kaku dan
terkejut.

“su…sure” jawab Raihan tersekat-sekat dan menarik tangan Anna untuk
keluar dari situ.

“saya minta maaf kepada semua jemputan, mohon selesakan diri” Feroz
menenangkan keadaan dan semua orang kembali ke tempat duduk
masing-masing dan menyambung aktiviti mereka semula walaupun sedikit
janggal.

“Warny …” perlahan dan sangat lembut Feroz memanggil pelayan yang masih
lagi dalam pelukannya. Warny telan liur dan mula berdebar tak menentu.

“awak ok?” soal Feroz dan memandang tepat ke dalam mata Warny . Warny
menolak badan Feroz sedikit dan berjalan pergi dari situ dengan segera.

Kini, statusnya telah jelas dan semua orang sudah tahu dia adalah isteri
kepada seorang lelaki. Warny tak pasti kenapa dia sebak dan menangis. Air
matanya terus mengalir tanpa inginnya dan dia sendiri keliru sama ada
dia perlu rasa bahagia atau sedih. Yang pasti dia menangis.

Bagi pihak Feroz pula dia memang terkejut bila Warny pergi macam tu je
dan dia rasa sedikit sedih seandainya tindakannya telah menyebabkan Warny
melarikan diri. Feroz ikut sama beredar dari situ sebelum dia ditahan
oleh Miqael. Feroz tak boleh mengejar Warny kerana majlis itu adalah
bawahnya. Feroz lepaskan keluhan berat dan dia kembali ke dalam dewan
dengan wajah sedikit muram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience