BAB 9

Drama Completed 668

Setelah jenuh dia berfikir akhirnya dia mengatur langkah ke arah bilik
Feroz . Satu ketukan dibuat dan dia terus membuka pintu dan masuk ke
dalam. Feroz memandangnya kosong dan tanpa sebarang suara. Jelas Feroz
sangat terasa dengan apa yang Isha cakapkan sebentar tadi.

“saya…saya rasa…”

“saya tak ada mood untuk bincang apa-apa” maklum Feroz terus dan Icha
gigit bibir bawahnya.

“kalau awak lepaskan saya…”

“boleh tak jangan kusutkan kepala saya? Saya tengah serabut dan saya tak
nak bahas soal ni. Boleh faham keadaan saya tak?” suara Feroz meninggi
dan Icha tahan rasa takut. Perlahan-lahan Icha anggukkan kepala dan
berjalan keluar dari bilik itu.

Seminggu selepas kejadian itu semua orang saling mengelak untuk bersua
muka dan masing-masing uruskan hal sendiri. Icha tak tahu apa yang dia
boleh buat dalam rumah itu seorang diri tapi dia memang tak nak bercakap
dengan Feroz buat masa sekarang. Icha hanya berkurung di dalam bilik
setelah sediakan semuanya.

“Icha, saya nak cakap sikit” Icha terbangun dari baring bila mendengar
suara Feroz di pintu bilik tidurnya. Icha meramas jemarinya sendiri
kerana takut dengan apa yang bakal Feroz bincangkan nanti. Statusnya?

“ya?” soal Icha perlahan bila membuka pintu dan dia masih lagi
mengenakan tudung.

“ruang tamu, saya nak bincang sikit” setelah itu Feroz terus ke ruang
tamu. Icha hanya mampu berdoa agar tiada apa buruk yang bakal berlaku
jadi, dia ikut ke ruang tamu. Semua orang sudah berada di sana dan dia
mengambil tempat duduk yang jauh dari semua orang.

“kita akan pindah, JB” maklum Feroz dengan nada serius.

“no way! Papa, tahun depan Isha SPM dan Isha nak sekolah kat sini!”
tegas Isha membantah keras.

“minggu depan kita pindah” Feroz hanya buat bodoh dan berlalu dari
ruang tamu macam tu je. Isha semakin bengang dan dia melempar beberapa
bantal kecil kepada Icha. Dia tetap salahkan Icha dalam hal ini dan dia
tak boleh sabar lagi dah.

“pasal kau la! Tak guna!” bentak Isha dan ikut sama berlalu masuk ke
dalam biliknya. Bunyi pintu dihempas dengan kuat buatkan Icha terkejut.

Apa yang kita akan rasa bila tak dipedulikan dan dibenci? Mesti sakit
yang teramat kan? Itulah yang Icha rasakan sekarang ini. Icha ambil
keputusan untuk keluar berjalan dan ambil angin. Dia tahu tak wajar dia
keluar tanpa izin Feroz lebih-lebih lagi pada waktu malam, tapi dia tak
pasti apa lagi yang dia boleh lakukan sekarang ini.

Icha mengambil teksi dan hanya bersiar-siar di sekitar bandar tanpa
tujuan. Akhirnya dia berhenti di depan sebuah air pancutan yang bersaiz
besar di tengah dataran bandar itu. Icha tersenyum sedikit bila melihat
mainan cahaya dan air yang sangat menyerlah dan kelihatan sangat cantik
pada waktu malam. Ada seorang DJ yang akan memainkan lagu permintaan
penonton selaras dengan rentak pancutan air.

Lagu-lagu yang dipilih memang menarik dan kebanyakannya yang menyentuh
perasaan. Lagu-lagu mengenai pasangan kekasih kerana banyak pasangan
yang sedang mengelilingi air pancut ini. Icha terus tersenyum dengan
gelagat DJ yang sangat mesra serta tersenyum kelucucan dengan kata-kata
yang dituju khas kepada pasangan masing-masing.

“lagu seterusnya yang berjudul smile ditujukan khas kepada cik adik yang
memakai baju berwarna kelabu itu dari seorang putera kayangan katanya.
Terimalah!”

Satu lampu bercahaya menyuluh ke arah Icha secara tiba-tiba membuatkan
Icha kehilangan kata-kata dan senyumannya pada masa yang sama. Semua
mata sedang memandangnya kini. Focus Icha jelas sudah pergi dan Icha
segera bangkit dari bangku untuk beredar dari situ. Dia tak sukakan
tumpuan.

“miss!” Icha melajukan langkahnya bila dia mendengar seseorang yang
seakan memanggil namanya. Dia takut untuk menoleh dan dia segerakan langkah.

“cik!” laung suara itu lagi menyebabkan Icha jatuh bila tersadung jalan
yang tidak rata. Icha menahan pedih dilututnya bila dia jatuh dan dia
cuba untuk bangun tetapi tidak berhasil.

“cik, sorry” pinta pemilik suara itu resah bila melihat Icha terjatuh.

“tolong jangan apa-apakan saya. Saya tak ada duit” pinta Icha penuh rasa
takut. Pemilik suara itu tersenyum ramah dan memandang wajah Icha yang
jelas ketakutan.

“maafkan saya ok, saya tak sangka saya akan dianggap perompak” ujarnya
lalu tergelak kecil. Icha beranikan diri untuk memandang lelaki di
hadapannya yang sedang melutut di sebelahnya.

‘subhanallah’ dalam hati Icha memuji hamba Allah yang sedang tersenyum
kepadanya kini. Jelas, ini adalah lelaki pertama yang mampu membuatkan
mata Icha tak jemu untuk memandang. Lelaki yang paling kacak pernah dia
jumpa.

“saya Raihan, boleh panggil saya Ryan”

“cik ok tak?” soal Raihan lagi bila Icha hanya diamkan diri.

“sorry about everything ok? Saya takutkan awak, saya tak sengaja. Its
just, your smile. It makes my heart flutter” Icha hanya mampu
mengedipkan mata seakan orang bingung. Walaupun dia faham apa yang
lelaki bernama Raihan ini cakap tapi dia tak mampu nak hadam maksud di
sebalik ayat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience