BAB 7

Drama Completed 668

Dua minggu berlalu dan Icha hanya terluka berada di dalam rumah itu.
Terluka dengan sikap dan kata-kata kasar dari mulut anak tirinya.
Terluka dengan sikap Feroz yang dingin dalam lembut bicaranya. Terluka
dengan kehadirannya dalam rumah ini. Tak ada sesiapa yang mengalu alukan
dia ke sini dan tiada siapa yang ambil berat tentangnya.

“menangis?” Icha angkat muka dan kesat air mata bila melihat Isha masuk
ke dapur rumah.

“basuh semua baju ni. Basuh tangan!” arah Isha kasar dan mencampak
baju-baju kotor itu tepat ke muka Icha. Icha hanya mampu menurut dan
mengambil setiap helai baju itu dan dibawa ke bilik air untuk dibasuh.

“kenapa basuh tangan?” soal Feroz sedikit terkejut bila melihat Icha
sedang membasuh baju di dalam bilik air.

“saja, nak jimat elektrik” jawapan spontan Icha buatkan Feroz tersenyum
sedikit. Feroz tercuit dengan jawapan Icha yang pada akalnya logic tapi
jelas sangat Icha berbohong.

“saya tahu Isha yang paksa awak buat semua ni” ujar Feroz dan ikut sama
duduk bercangkung di sebelah Icha.

“tak, dia tak paksa. Dia minta tolong dari saya”

“awak tak perlu ikut je apa yang dia nak. Saya minta maaf tak mampu nak
halang dia”

“apa awak cakap ni, saya tak kisah”

“tak ada siapa pun layak layan awak macam ni”

“semua ni bukannya beban pada saya. Saya bersyukur sekurangnya ada yang
sudi kutip saya” jawab Icha dalam nada sedih tapi masih lagi mampu
tersenyum. Feroz pandang lantai yang bersabun dan dia rasa sakit dari
dalam. Dia tak mampu nak menjaga mana-mana hati dalam rumah ni lagi dah.
Isha, anak dan perempuan yang dia paling sayang dalam dunia ni serta
Icha, asing. Ya, sangat asing dalam hidup Feroz .

Perangai Isha semakin menjadi-jadi dan prestasi akademiknya jatuh
merudum, masalah disiplinnya juga sangat teruk sehingga Feroz dipanggil
ke sekolah di atas kesalahan berat yang Isha lakukan. Iaitu memukul
seorang pelajar lelaki di sekolah.

“papa tak tahu kenapa mesti jadi macam ni” Feroz ingin marah tapi dia
tak pasti macam mana. Dia tak pernah berkeras dengan Isha dan dia tak
berani nak meninggikan suara.

“papa ceraikan dia dan semuanya selesai” balas Isha selamba tanpa
berfikir banyak. Mulut Feroz terbuka bila mendengar jawapan selamba
anak perempuannya.

“nikah cerai ni bukan benda main-main” terang Feroz lembut.

“Isha tak peduli. Semua budak di sekolah cakap pasal papa kahwin lain.
Dah la kena tangkap basah!” jerit Isha lantang.

“Isha!” suara Feroz ikut sama meninggi dan nafasnya turun naik menahan
sebak dan geram. Wajah Isha dipandang tajam dan dia kembali focus kepada
jalan. Isha mendiamkan diri setelah dijerkah kerana dia tahu yang dia
salah tapi dia tak akan pernah mengaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience