BAB 21

Drama Completed 668

Feroz masuk perlahan-lahan dan memandang ke persekitaran tetapi Warny
tetap tidak ada. Feroz menuju ke bilik air dan mengetuknya perlahan.

“Warny ?” senyap.

“saya masuk ni” masih lagi senyap.

Feroz bukakan pintu dan dia memandang ke lantai putih sepanjang
melangkah perlahan-lahan dan langkahnya berhenti dengan mendadak bila
ada cairan merah yang mengalir dengan perlahan di kakinya.

“Warny !” suara Feroz meninggi bila melihat Warny yang terbaring di atas
lantai dengan darah yang masih lagi mengalir di bahagian belakang
kepalanya.

Feroz dah tak pedulikan betapa terdedahnya badan Warny ketika itu, yang
dia fikirkan hanyalah untuk selamatkan Warny dengan segera. Feroz capai
tuala dan membalut tubuh lemah itu dan dibawa ke katil. Kepala Warny
dibersihkan dan kepala Warny dibalut dengan rapi. Untung Feroz pernah
belajar semua tu dan ambil kursus keselamatan lagi.

Feroz pakaikan baju yang sesuai untuk Warny dan dia mengeluh perlahan
sambil melihat wajah pucat Warny yang sedang terbaring. Feroz bangun
dari katil dan menuju ke bilik air untuk bersihkan bilik air dan
seterusnya ke bilik basuhan untuk membersihkan darah pada cadar katil,
tuala dan sebagainya. Selesai semuanya, Feroz masuk semula ke bilik
Warny untuk memeriksa keadaan Warny .

Isha yang baru sahaja pulang dari latihan tarian pelik bila salam dia
tak bersambut. Isha masuk ke dalam rumah setelah letakkan kasut di rak
dan mengintai dapur. Warny tak ada.

“kereta ada, mana papa ni?” soal Isha lagi dan duduk di sofa. Bila dia
duduk, bunyi pintu dibuka buatkan dia kembali berdiri dan pelik. Pelik
bila Feroz keluar dari bilik Warny .

“papa?”

“Allah!” Feroz terkejut bila dia disapa tanpa salam. Feroz pandang
Isha dan jegilkan mata sedikit. Isha tanpa rasa bersalah sengih dan
mendekati Feroz untuk bersalam.

“apa papa buat dalam bilik mama?” soal Isha dengan senyum semedeng.
Feroz gelengkan kepala malas nak melayan perangai anaknya dan usap
kepala Isha perlahan.

“mana mama?” soal Isha lagi.

“mama jatuh dalam bilik air. Tak sedar lagi” ujar Feroz dengan nada
tenang tapi Isha yang tak dapat terimanya dengan tenang terus berlari
masuk ke dalam bilik Warny dan menuju ke katil. Jelas wajah Isha berubah
melihat keadaan Warny yang pucat dan kepala berbalut.

“papa?” soal Isha dengan suara bergetar menahan sebak. Feroz mendekati
Isha dan menarik anaknya rapat ke dada untuk memberi sedikit ketenangan.

“mama ok, bagi mama rehat kejap” ujar Feroz dan usap kepala Isha.

“ok…” jawab Isha perlahan dan duduk dibirai katil di sisi Warny .

“papa nak masak kejap, mama sedar panggil papa ok?”

“erm” balas Isha dan angguk perlahan. Feroz senyum sedikit dan berjalan
keluar. Sebelum tutup pintu sempat Feroz memandang Isha dan Warny dan
tersenyum lagi.

Warny dah sedar dan sedang makan dengan bantuan Isha. Feroz hanya
melihat dari luar bilik. Dia tak nak ganggu masa mereka berdua.

“macam mana mama boleh jatuh?” soal Isha risau.

“lantai licin sangat”

“kenapa tak pakai selipar?”

“dah, tetap jugak licin. Jangan risau, mama ok” Warny senyum dan usap
lembut pipi Isha. Isha senyum sedikit dan mendekatkan dirinya untuk
memeluk Warny .

“Isha sayang mama” ujar Isha dan cium pipi Warny lembut. Warny senyum dan
membalas ciuman Isha.

“nasib baik papa ada kat rumah, kalau tak, entah apa yang jadi”

“papa?” soal Warny agak terkejut.

“ya, papa yang selamatkan mama. Bila Isha balik dari latihan, tengok
mama baring atas katil dengan kepala berbalut semua, sedih Isha tau”
ayat yang keluar dari mulut Isha buatkan Warny tenggelam dalam otaknya
sendiri. Warny melihat dirinya dan ingat balik keadaannya sebelum jatuh.
Badannya terasa panas tiba-tiba.

“mama, kenapa muka mama merah ni? Mama sakit ke?” soal Isha kalut dan
menyentuh pipi Warny .

Wajah Feroz ikut sama membahang bila mendengar perbualan Isha dan Warny .
Dia segera beredar dari situ dan ke dapur dengan rasa segan yang
menggunung. Feroz menepuk dahinya sendiri dengan agak kuat dan tergelak
kecil dengan dirinya sendiri. Feroz buka peti sejuk dan berdiri di
depan peti itu lama untuk hilangkan rasa bahang pada mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience