BAB 30

Drama Completed 668

Isha dan Warny sama-sama menonton cerita hantu walaupun mereka berdua
sedar yang mereka sangat penakut. Isha dan Warny saling berpelukan dan
menelan liur menahan ketakutan masing-masing dan mengelak untuk menjerit
dengan lebih kuat.

“mama, Isha rasa nak mati dah ni” luah Isha sambil memegang erat tangan
Warny . Warny ikut sama telan liur dan membalas pegangan Isha.

“tutup je la” luah Warny perlahan dan memandang Isha dengan harapan Isha
akan bersetuju. Memang silap besar mereka tengok cerita incidious 1
malam ini tanpa Feroz di rumah. Isha anggukkan kepala dan menunggu Warny
untuk pergi menutup tv.

“pergi la tutup ma, kaki Isha dah beku kat sini” Isha menyuruh Warny dan
menolak lembut badan Warny supaya bergerak daripada sofa. Warny pandang
Isha risau dan gelangkan kepalanya beberapa kali kerana tidak sanggup
nak tinggalkan sofa itu. dah tahu penakut tengok jugak cerita hantu dan
tutup lampu lagi.

“kita pergi sama-sama?” cadang Warny dan Isha terpaksa setuju.

“remote kan ada” ujar Isha pula setelah sedar yang dia sedang memegang
remote tv, dia tersengih sedikit bila Warny tayang wajah geram.

“argh!!!” mereka berdua menjerit dengan kuat bila skrin tv menjadi gelap
kerana mereka berdua berada dalam kegelapan sepenuhnya.

“buka balik, buka balik!” arah Isha dan memasang semula tv.

“arghh!!!” lagi sekali mereka menjerit bila hantu betul-betul muncul
depan skrin ketika itu. Isha dan Warny sama-sama berpeluh resah dan
ketakutan yang teramat.

“ARHHHH!!!” kali ini paling kuat mereka menjerit bila telefon Isha yang
membawa lagu sedikit heavy metal kedengaran di ruang tamu. Setelah
mencerna semuanya mereka kembali tenang dan Isha mencapai telefonnya
yang berada di atas meja kopi.

“papa, kenapa call Isha time ni?” soal Isha sambil mengurut dadanya.

Feroz yang berada di sebelah sana menggaru keningnya sebab pelik, sejak
bila ada masa nak call anak dia ni?

“Isha dah tidur ke?” soal Feroz sambil merenung jam di dinding hotel.

“belum.” Jawab Isha seakan geram.

“papa salah call ke?” soal Feroz ragu-ragu dan Isha pasangkan pembesar
suara supaya Warny dapat dengar perbualan mereka. Nafas mereka masih lagi
memberat kerana ketakutan.

“anak papa ok tak ni? Kenapa bunyi macam lelah semacam je? Mama mana?”
soal Feroz sedikit risau bila mendengar suara Isha yang sedang lelah.

“ada ni, kat sebelah Isha” jawab Isha selamba sambil sodorkan telefon
kepada Warny yang blur habis.

“kenapa?” soal Warny kepada Isha.

“ok, tell me, apa yang kamu berdua buat kat rumah tu? Kenapa semua orang
macam kena kejar dengan hantu…”

“papa!” . “ Feroz !” Isha dan Warny menjerit serentak bila Feroz sebut
perkataan yang paling mereka tak nak dengar malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience