BAB 32

Drama Completed 668

Feroz tiba di rumah dan hanya disambut dengan mesra oleh Isha, Warny tak
kelihatan di mana-mana. Sedikit dalam hati Feroz kecewa kerana dia
harapkan untuk melihat dua orang buah hatinya sebaik dia balik dari
Kelantan.

“mama pergi pasar, mama nak masak nasi ayam untuk papa” Isha tersengih
bila melihat air muka Feroz terus berubah bila tahu hal sebenar. Isha
tersengih lagi dan menarik tangan Feroz supaya masuk ke dalam rumah.

“mama pergi dengan apa?” soal Feroz dan rebahkan diri di atas sofa.
Isha yang keluar dari dapur bersama segelas air duduk disebelahnya.

“motor”

Feroz mengeluh bila mendengar jawapan itu. dia tak suka Warny naik
motorsikal sebab padanya bahaya.

“papa, mama dah biasa kan, no worries la” ujar Isha untuk tenangkan Feroz .

“boleh Isha tanya sikit?” pinta Isha dan merenung ke dalam mata Feroz .

“apa?” soal Feroz membalas pandangan anaknya.

“erm, papa…sayang mama?” soalan Isha buatkan mata Feroz berkedip
beberapa kali dengan pantas.

“papa…”

“assalamualaikum” salam yang diberi oleh Warny buatkan perbualan mereka
terhenti di situ saja. Jelas Isha sedikit geram sebab soalan dia tak
sempat dijawab.

“aw…awak dah sampai?” Warny tanya soalan yang tak berapa cerdik tapi
Feroz iyakan dan senyum.

“saya masuk dapur dulu, nanti kita makan” Warny segera melangkah ke dapur
dengan senyuman yang melebar.

“papa sayang mama sama macam papa sayang Isha” Feroz bisik di telinga
Isha dan berjalan masuk ke dalam biliknya untuk elakkan soalan-soalan
lain yang keluar dari mulut Isha.

Isha hampir menjerit bila mendengar jawapan Feroz . Yay! Impian dan
harapan dia dah tercapai, sekarang ni dia hanya perlu tanyakan Warny .
Perasaan Warny pada papanya.

“mama!” Isha memeluk Warny dengan senang dan ceria.

“kenapa bahagia sangat ni? Papa belikan hadiah ke?” soal Warny dan
tersenyum sambil bersihkan bawang yang belum dipotong.

“tak ada la, papa cakap papa sayang mama” ujar Isha ceria dan Warny yang
terkejut terus terhiris jari sedikit semasa menghiris bawang.

“mama!” Isha terjerit bila melihat darah mengalir dengan banyak dari
jari Warny . Isha bukakan paip air dan letakkan jari Warny di bawah air
untuk bersihkan darah tetapi darah tetap juga mengalir.

“papa! Papa!” jerit Isha memanggil papanya dan Feroz segera berlari
kedapur sebaik mendengar suara cemas Isha.

“ya Allah, Warny !” Feroz ikut sama terkejut melihat jari yang berdarah
itu dan dia mengambil kain bersih untuk menghentikan pendarahan.

“kenapa cuai sangat ni?”

“awak termenung ke apa?”

“banyak jugak darah ni”

“kena letak ubat ni” Feroz terus membebel dengan nada perlahan tapi
dapat ditangkap dengan jelas oleh Warny dan Isha.

“saya pun sayangkan awak” bila Warny yang seakan dalam awangan lagi
bersuara dan menyatakan rasa hatinya menyebabkan suasana didapur hening.
Feroz terdiam dan kaku disitu sambil memegang tangan Warny .

Seminit berlalu dengan keadaan yang senyap dan pelik. Warny menutup
mulutnya dengan tangan yang tidak terluka dan memandang lantai kerana
malu. Malu yang teramat. Isha tergelak kecil dan berjalan keluar dari
dapur untuk memberikan masa kepada orang tuanya menyelesaikan soal hati
masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience