BAB 43

Drama Completed 668

Kini, Feroz dan Warny sedang berbulan madu di Langkawi, semuanya
rancangan solo Isha pada mulanya sebelum Feroz tahu dan akhirnya Feroz
ikut sama dalam rancangan itu dan membuat kejutan yang tak disangka itu
kepada Warny .

“terima kasih, Warny bahagia sangat sekarang ni” ucap Warny sambil
tersenyum dan memegang erat jemari Feroz semasa mereka berjalan di
pinggir pantai.

“sama-sama, terima kasih jugak, abang happy” balas Feroz semula dan
memeluk bahu Warny erat.

“balik dari Langkawi nanti Warny nak pergi satu tempat”

“mana?”

“kubur mak dan abah”

“ok, kita pergi”

“terima kasih” ucap Warny dan memandang Feroz dengan pandangan bersyukur
dan bahagia. Feroz terlalu sempurna untuknya.

“Warny sayangkan abang” bisik Warny dan membenamkan wajahnya ke dada
Feroz , selalunya dia malu tapi kali ini dia nak sangat Feroz tahu yang
dia sangat sayangkan Feroz dan Isha, tersangat sayangkan mereka
sehingga Warny tak boleh bayangkan hidupnya tanpa dua insan itu dalam
hidupnya.

“saya sayangkan awak” balas Feroz semula dan memeluk Warny erat.
Beberapa baris ayat Feroz bisikkan ke telinga Warny menyebabkan Warny
merona merah dan Feroz tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience