BAB 2

Drama Completed 668

Harith Feroz , lelaki berumur 37 tahun dan mempunyai seorang anak berumur
16 tahun. Macam mana dia dapat bergelar seorang bapa kepada gadis seumur
itu, ceritanya sangat panjang dan penuh dengan drama yang tak terduga.
Bekerja sebagai pengurus di sebuah hotel tapi bekerja sampingan sebagai
trainer kepada orang yang berminat untuk menunggang kuda.

But hitam diikat dengan kemas dan rapi, baju dibetulkan dan topi dicapai
lalu diletakkan dengan kemas dia tas kepala. Mempunyai rupa yang
average tetapi sangat matang dan mata serta senyuman yang menarik
menyebabkan dia agak dikenali dikalangan pelatih wanita.

“Roz!” Feroz berkalih memandang lelaki yang memanggil namanya itu dan
senyuman ringkas diberikan kepadanya.

“anak datin nak kau jadi private trainer dia hari ni” maklum lelaki itu
sambil tersengih dan Feroz hanya gelengkan kepalanya.

“la, rezeki tu!”

“tak boleh la Zai, hari ni aku half day je, lagipun client aku dah
tunggu tu” tolak Feroz dengan sopan.

“berapa je kau dapat kalau dengan budak kecik tu” pujuk Zainan lagi.

“aku lebih rela ajar budak-budak yang ikhlas datang belajar daripada
orang yang datang nak menggatal. Lagipun, anak aku ada rumah ni. Pergi
dulu” Feroz malas nak dengar pujukan daripada Zainan lagi jadi, dia
terus pergi ke lapangan untuk berjumpa dengan pelatihnya.

“uncle! Kenapa lewat sangat. Lenguh Ita tunggu” mulut kecil itu mengomel
dengan kelewatan Feroz ada sesi latihannya. Feroz ukir senyum manis
dan melutut di depan budak kecil yang bernama Ita itu.

“maaf la, tadi ada hal sikit” bahu Ita diusap perlahan dan kepala kecil
itu disentuh lembut. Dia dah anggap Ita seperti anaknya sendiri.

Icha sudah lama bekerja di hotel itu dan dia mengambil kerja tambahan
dengan membersihkan kandang kuda pada waktu petang. Dia perlukan duit
jadi, dia tak peduli badannya yang letih atau sakit, lagipun dia lebih
bahagia bekerja daripada berada di runah.

Tepat jam 6.45 petang Icha mengayuh basikalnya pulang ke rumahnya yang
tidak berjauhan dari rumah majikannya itu. Icha seorang yang ceria dan
pandai tetapi kerana keluarganya bukanlah orang yang senang dia terpaksa
mengalah sebagai anak. Dia mula bekerja sejak berumur 22 tahun selepas
tamat diploma dan dapat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya tetapi
semua impiannya terpaksa dilupakan dan adik beradiknya yang lain perlu
diutamakan.

Mempunyai seorang abang dan masih lagi belajar, kenapa? Sebab mak dan
abahnya percaya yang abangnya mampu untuk mengubah hidup mereka suatu
hari nanti. Adik beradiknya hanya 4 orang orang dia ada adik lelaki dan
perempuan. Mereka berdua masih lagi belajar dan berumur 16 tahun. Hadi
dan Huda adalah pasangan kembar tetapi adik daripada ibu lain. Bukan ibu
yang sama dengan Aiman dan dia. Maknya selalu lebihkan anak-anaknya dan
abang icha sendiri dan dia sendiri tak pasti kenapa dia yang selalu
sahaja dikorbankan tetapi dia tetap bahagia.

“Icha, pergi beli beras sekejap” Icha terdiam di depan pintu sejenak
bila dia dipinta untuk ke kedai sedangkan dia baru sahaja balik dan
melangkah masuk ke dalam rumah. Mata Icha terkebil-kebil seakan tidak
mengerti kenapa dia yang disuruh sedangkan Warny dan Hadi sedang
bersenang lenang depan tv.

“tapi…beli apa mak?” soal Icha langsung, malas dia nak menolak lagipun
menolong ibubapa adalah ibadah.

“beras, tak dengar ke aku cakap tadi” Icha diam bila dia disindir macam tu.

“du…duit?” soal Icha perlahan lahan.

“kau kan kerja, takkan duit beras pun nak berkira dalam rumah ni. Kau
pun makan nasi dalam rumah ni jugak” Icha diam lagi.

“tapi mak. Duit bulan lepas Icha dah bagi semua kat mak. Tak ada duit
dah” jawab Icha bercakap benar.

“alah, kau ingat aku tak tahu kau simpan duit? Guna je la duit tu. Kau
simpan nak buat apa?” hati Icha terguris bila dia disindir macam tu dan
dilayan seperti anak tiri,well, secara logiknya memang anak tiri pun.

“tapi tu simpanan Icha, Icha nak sambung belajar”

“dah tua pun kau tu. Tak malu ke nak sambung belajar lagi. Lupa je la
niat kau tu. Pergi beli beras cepat nanti abah kau balik nak makan” Icha
tundukkan wajah memandang lantai dan air matanya hampir mengalir di pipi.

“mak! Hadi nak pergi kedai ni, nak kirim beras ke?” Hadi tiba-tiba
bersuara dan bangun mendekati maknya. Bila hadi yang minta duit terus
diberikan dan hadi senyum simpati kepada kakaknya itu.

“nasib baik ada anak aku.” Bila Icha disindir lagi air matanya sudah
jatuh ke lantai dan dia berjalan masuk ke dalam biliknya yang kecil dan
tidak dilengkapi walau dengan sebuah katil. Hanya tilam dan satu almari
pakaian yang hampir roboh. Kenapa hanya dia yang dilayan seakan bukan
anak di dalam rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience