BAB 27

Drama Completed 668

“my ladies, jom” ajakan mesra Feroz buatkan dua hamba Allah dari kaum
hawa ini sedikit terkejut. Well, sejak bila Feroz ni pandai cakap
ala-ala gentleman macam ni? Sejak bila Feroz pandai bermanis mulut ni?

Mereka bertiga hanya diam dan menghayati lagu yang sedang berkumandang
di radio. Malam itu lebih tenang walaupun ada dua jiwa yang sedang
kerisauan. Feroz tahu dan faham dua hati itu tetapi dia hanya berpura
tidak menyedari keadaan itu. bila sampai di kediaman mewah wajah Isha
dan Warny terus berubah gusar.

“jom” dengan senyuman Feroz menarik kedua tangan itu dan berjalan masuk
ke parkarangan rumah di mana ramai tetamu sudah hadir.

Warny telan liur dan secara tidak sengaja dia memeluk erat lengan Feroz
dan Feroz tersenyum senang bila Warny memeluknya erat. Isha ikut sama
tersenyum melihat hubungan Feroz dan Warny yang semakin baik.

“ Feroz ” satu suara tua menyambut kedatagan Feroz dengan ceria dan
senyuman yang tertampal kemas pada wajah tua itu hilang sebaik melihat
seorang lagi perempuan berada di sisi Feroz .

“Dato’ JHaikal , nice to see you again” Feroz cuba untuk berlagak mesra
dan membalas huluran tangan lelaki tua itu. pada masa yang sama, Feroz
memberi senyuman kepada bekas ibu mertuanya. Anna tidak kelihatan di
mana-mana tetapi Raihan ada disitu dan Feroz nampak dengan jelas mata
Raihan menumpu kepada Warny dengan wajah terluka.

“Dato’, Datin, ni Isha anak saya dan ni Warny , isteri saya” Feroz dengan
bangga kenalkan kedua wanita miliknya dan wajah kurang senang semakin
jelas di wajah keluarga itu.

“this is our grand daughter?” soal Datin Isobel seraya melangkah kepada
Isha. Isha mengundur sedikit dan memegang kemas lengan Feroz .

“yes. Isha, salam dengan nenek” ujar Feroz dan Isha buat muka tidak
senang. Dia tak nak! Tapi dia terpaksa bila Feroz tayang wajah serius.

“Nenek” sapa Isha dan cuba untuk senyum. Sebelum tangannya sempat untuk
bersalam tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukan hangat dan erat. Isha
kaku seketika dan biarkan sahaja tubuhnya dipeluk.

Setelah beberapa minit kemudian, keadaan kembali normal walaupun sedikit
janggal dan mereka semua berada di meja makan sambil berborak mengenai
beberapa perkara. Isha pula melayan neneknya yang buat pertama kalinya
dia jumpa. Warny jeals tidak selesa kerana dia yakin yang dia dipandang
dan ditenung oleh seseorang.

“saya nak ambil air” bisik Warny pada Feroz dan Feroz anggukkan kepala.
Semasa Warny bangun, dia berikan senyuman kepada ahli meja itu dan
berjalan pergi dengan langkah agak laju.

Sebaik Warny bangun, Raihan meminta diri untuk tinggalkan meja dan ke
bilik air. Saat itu mata Feroz memandang tepat kepada Raihan dan dia
yakin Raihan ingin berjumpa dengan Warny .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience