Completed
685
Isha digantung sekolah selama seminggu di atas hukuman memukul rakan
sekelas. Isha gunakan kesempatan yang dia ada untuk membuat masalah
dirumah dan membuli Icha dengan keras. Segala hal disuruhnya dan Icha
tanpa bantahan hanya mampu menurut.
“aku benci kau perempuan! Kenapa kau tak blah je dari sini?” soal Isha
bengang. Icha menahan perit bila dia disoal sebegitu dan memilih hanya
untuk berdiam diri sahaja. Dia tahu tak ada guna dia menjawab sebab
walau apa sekalipun yang dia jawab Isha tetap bencikan dia.
“aku tanya kau ni!” bentak Isha geram bila Icha hanya buat tak dengar.
“maaf, saya tak tahu apa yang perlu saya cakap” pinta Icha lembut.
“menyampahnya aku dengan perempuan murahan macam kau ni” Isha tolak
kasar bahu Icha sehingga badan Icha merapat ke sinki. Icha cuba menahan
dirinya supaya tidak tersembam ke dalam sinki dengan memegang tepian
cabinet dapur
“kau pergi dari sini!” halau Isha keras.
“tapi…”
“tapi apa bodoh?” soal Isha keras.
“Isha!” suasana kembali senyap bila ada satu suara kuat yang menjerit
dan tiada orang lain lagi selain Feroz sendiri. Isha sedikit kecut bila
terdengar suara papanya tapi dia tetap tayang muka berani habis.
“papa tak sangka papa dah besarkan seorang anak yang tak tahu nak hormat
orang lain” dengan dingin Feroz bersuara sedih. Dia sedih, teramat
sedih sebenarnya dengan apa yang terjadi kepada keluarganya sekarang ni.
Feroz hampir putus asa tapi dia terpaksa kuat kerana dia adalah ketua
keluarga.
“Isha pun tak sangka yang papa macam ni” jawapan Isha buatkan mata
Feroz terbuka luas dan pada masa yang sama hati Feroz jelas terluka
dengan perkataan yang keluar dari mulut anaknya.
“papa tak kisah kalau orang lain pandang serong pada papa tapi, anak
papa sendiri pun…” kata-kata Feroz berakhir di situ sahaja dan Feroz
tinggalkan dapur yang kembali sunyi itu.
Isha menundukkan wajahnya memandang lantai bila dia sedar perkataannya
telah mengguris hati orang yang paling dia sayang atas dunia ini tapi,
dia tak sanggup untuk meminta maaf dan perasaan marahnya masih lagi
kuat. Isha pandang Icha dengan jelingan tajam dan penuh kebencian
sebelum ikut sama beredar.
Icha di satu sudut lain sangat sedih bila perkahwinan mereka berdua
bukanlah sesuatu perkara yang baik malah sesuatu perkara yang buruk.
Icha duduk di lantai dan menarik lutut rapat ke dada sambil memikirkan
apa yang dia perlu buat. Dibuang keluarga, jadi isteri yang tidak
dianggap. Icha lepaskan keluhan berat dan dia berdoa agar Allah
tunjukkan dia jalan yang sepatutnya.
Share this novel