BAB 11

Drama Completed 668

Kini mereka semua sudah berada di JB dan kedinginan keluarga itu tetap
tidak berubah walau sedikit pun. Marah Feroz kepada Isha semakin teruk
bila Isha ditangkap ponteng kelas dan melepak di karaoke. Saat itu Isha
mula rasakan sesuatu yang dia pasti adalah kehilangan dan dia mula
menangis sendiri. Feroz langsung tidak mahu bercakap dengannya dan dia
rasa sedih teramat. Tiada lagi seorang papa yang selalu memanjakan
dirinya dan dia tahu semua itu berpunca daripada dirinya sendiri.

“Isha” dengan lembut Icha menyapa bila melihat Isha menangis. Isha kesat
air matanya dan bangun dari sofa lantas memeluk erat Icha. Icha
terpempan tapi dia hanya biarkan dirinya dipeluk.

“papa dah tak sayangkan Isha” ujarnya lirih dan Icha tersenyum sedikit
lalu mula mengusap lembut belakang anak tirinya itu.

“siapa cakap?” soal Icha lembut.

“papa dah tak nak cakap dengan Isha, papa dah tak pedulikan Isha”

“kalau macam tu, raih sayang papa balik” ujar Icha memujuk dan terus
mengusap belakang Isha.

“maafkan Isha” pinta Isha dan memandang tepat ke anak mata Icha. Icha
senyum dan matanya bertakung.

“saya yang patut minta maaf, saya tak patut muncul dalam keluarga ni”

“jangan cakap macam tu, kita keluarga sekarang. Sekarang, kita kena cari
papa yang lama balik. Dah berbulan kita macam ni”

“isha terima saya?” soal Icha terharu dan sebak.

“ya. Isha nak keluarga yang bahagia, papa yang sayangkan Isha. Bukannya
keluarga yang rosak macam ni”

“terima kasih terima saya”

“sama-sama, apa yang Isha nak panggil ni? Kakak ok? Mama macam…”

“ok. Kakak pun ok!”

“ok. Kakak!” mereka berpelukan lagi dan senyuman mereka berdua terus
merekah mekar.

Petang itu mereka berdua luangkan masa bersama dengan aman dan tenang
serta diselangi dengan gelak ketawa dan lawak tak seberapa. Budak
perempuan berusia 16 tahun bersama seorang perempuan yang berusia 26
tahun. Memang boleh dianggap seperti kakak dan adik.

Feroz selalunya sengaja balik lewat malam tambahan lagi dengan kenaikan
pangkatnya sekarang. Kerjanya semakin bertambah tapi dia tak pernah
gembira. Walaupun rumahnya jauh lebih besar sekarang dan ekonomi mereka
semakin stabil, perkataan keluarga yang semakin menghilang. Termasuk
hidupnya sendiri.

Feroz berhenti berjalan ke biliknya bila terdengar ada suara sedang
bergelak ketawa di ruangan dapur jadi dia tinggalkan beg pejabatnya dan
berjalan ke dapur. Dua suara itu semakin jelas kedengaran dan dia
terkejut dan tak percaya dengan apa yang dia lihat.

“Isha?” panggilnya perlahan menyebabkan dua suara itu berhenti ketawa.

Isha terus menuju ke arah Feroz dan memeluk erat badan tegap itu.
Rindu! Rindu yang teramat!

“papa! Maafkan Isha, Isha dah terima kakak. Boleh papa sayang Isha macam
dulu lagi?” pinta Isha yang sudah kembali menangis. Feroz ukir senyum
bersyukur dan bahagia lalu membalas pelukan anaknya.

“I miss you and I love you” ujar Feroz dan mencium ubun-ubun anaknya
itu. Isha memeluk Feroz semakin erat dan masih lagi menangis. Icha di
satu sudut gembira melihat ikatan yang kembali terjalin itu. Icha buat
keputusan untuk beredar dari situ untuk memberi ruang tetapi tangannya
ditarik Isha sehingga dia juga terdorong ke dalam pelukan keluarga itu.
Jelas Icha dan Feroz sama-sama janggal dengan situasi yang terlajak
baru sekarang.

“papa mandi kejap, malam ni tak payah masak. Kita makan luar” ujar
Feroz dan mencium dahi Isha sebelum beredar. Isha bersorak riang dan
memeluk Icha pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience